Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Khamis, Januari 28, 2016

4 SEBAB KENAPA ANUGERAH JUARA LAGU TAK PATUHI SYARAK


 
(Oleh Tarbiah Sentap.)

Sebelum ini, kami ada mengeluarkan status di FB dan twitter yang berbunyi:

"Syukur masih tak sampai ajal masa tengah tengok AJL." 

Kemudian,ia menjadi hangat dan viral di media sosial yang mana ramai orang salahkan kami dari status tu. Ia juga berpunca dari satu screen shot yang seolah-olah menyatakan kami salah cara dalam berdakwah.

Lalu kami pun sampai sekarang masih tertanya-tanya, kat mana salahnya status:

"Syukur masih tak sampai ajal masa tengah tengok AJL." ??

Kalau nak ikut sangat logik akal tu, berdosa dan salah sangat ke buat status ni berbanding persembahan AJL tu?

Ahad, Julai 12, 2015

Mengapa Tidak Boleh Mengucap "Israel Laknatullah'?



Kamu Mencela Israel Sedangkan Itu Nama Nabi Ya'kub Alaihisalam

Baru baru ini dengan conflict yang telah dilakukan oleh Rejim Zionist Laknatullah terhadap Palestine sudah membangkit kemarahan umat manusia lagi lagi umat islam. Kemarahan ini memang sepatutnya ada dan kami umat islam juga lebih diutama untuk merasa marah dan tidak puas hati kerana saudara kita dizalimi. 

Tetapi ada yang melampaui batas hingga mereka mencaci dan mencela dan ada yang hingga melaknat ISRAEL. Memang niat itu hendak mencela negara Israel dan bukan lah terhadap Nabi Allah Ya'kub Alaihisalam yang digelar Israel juga.

Jadi persoalannya adakah ini dibolehkan walaupun niat kita bukan hendak mencela seorang Nabi Allah?

Jumaat, April 24, 2015

HUKUM ZIKIR MENARI



Mukadimah


Isu ini hangat diperkatakan oleh semua pihak. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Facebook kami, kami mahu membincangkannya secara khusus seperti yang telah dijanjikan. Bersama dengan isu ini, banyak tajuk berkaitan yang lain dan kami tidaklah membincangkannya kecuali tajuk ini sahaja supaya ia lebih terfokus dan sampai kepada sasaran. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami namakan dengan Penjelasan Berhubung Hukum Zikir Menari. 

Maka, kami kemukakan di sini pelbagai pandangan dan hujahan berdasarkan nas atau fatwa yang dikemukakan. Semoga pencerahan ini memberi kefahaman yang baik kepada kita. Amin.

Sabtu, Mac 28, 2015

Cukai, GST, Amanah & Hukum Islam


                                                 oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahmangst
Sewaktu saya menulis artikel ini, GST telah pun diluluskan oleh kerajaan dan parlimen Malaysia dengan undi majoriti ahli dewan rakyat. Namun apa pula sebenarnya pandangan ahli fiqh dan ulama berkenaannya?. Banyak perbincangan timbul berkenaan cukai lantaran pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan Goods and Service Tax (GST) bermula April 2015 nanti. Tidak kurang juga yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit, ada yang mendakwanya haram secara mutlaq (total), ada juga yang menganggapnya haram kerana sebab-sebab lain dan sebagainya. Ada pula yang menyebutnya sebagai harus lagi halal. Menteri Agama pula menyatakan tiada keperluan untuk membincangkan hukum GST di peringkat Majlis Fatwa.
HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI

Rabu, Februari 18, 2015

Aku Mati

Boleh bayangkan, saat kita terjaga dari tidur, sedar-sedar kita sudah berada dalam liang lahad?

Saat itu, kita meronta-ronta mahu dikembalikan semula ke dunia untuk beramal, tetapi semuanya itu sia-sia. Kita sudah terlambat.

Usia yang Allah swt anugerahkan untuk kita di atas dunia ini, kita tidak dapat gunakan dengan sebaiknya.
Kita menyangka, kita punya masa yang lama lagi untuk hidup di atas muka bumi ini, sebagai seorang anak muda yang sihat segala tubuh badannya, kacak atau cantik rupa parasnya, kita bergelumang dalam maksiat.
Kita langsung tidak ingat akan kematian yang sedang mengejar kita dengan pantas.

Langsung tidak ingat!

Masa yang ada di atas dunia ini kita bazirkan dengan perkara sia-sia.
Bila lagi kita mahu berubah wahai anak muda? Bila lagi?

Saat tangan atau kaki kita patah dalam kemalangan? 
Saat kita sesak dada di malam hari tanpa bantuan oksigen? 
Saat bas yang kita naikki mahu kemalangan? Ataupun kereta yang kita pandu kemalangan? 
Atau saat kita nyaris dilanggar oleh kereta? Atau kita mendapat berita ditimpa penyakit merbahaya yang boleh membawa maut?

Berubahlah wahai anak muda.

Gunakan waktu yang masih berbaki ini dengan sebaik-baiknya.
Hari-hari, saya selalu pandang ke langit. Selalunya usai pulang daripada solat. Memandang jauh ke langit, apa anak muda kecil ini mampu lakukan untuk mengubah dunia? Apa?

Andai dia pergi dari dunia, apa yang telah dia sumbangkan untuk ummah ini? Apa? Adakah cukup untuk di bawa bekalan, memandangkan dosanya sudah terlalu banyak?

Jika mati, anak muda ini sangat berharap, agar matinya ketika sedang berjuang di jalan Allah!
Hanya itu yang diharapkan. Tiada lain!

Sudah tiada masa lagi untuk dibazirkan dalam kesia-sian!
Bangkitlah wahai anak muda!

Isnin, Februari 25, 2013

DI SINI PEMIMPIN TERCIPTA

kem kepimpinan di SEPINTAR berjalan dengan jayanya,
semua unit pimpinan sekolah, PP,PPS,PRS,Ketua Kelas,BADAR dan sebagainya telah diberi peluang untuk menyertainya.
Alhamdulillah kem ini telah berjaya berakhir tanpa sebarang ketidak kepuashatian..Rabitah Martotillah..
hanya itu ungkapan yg mampu digambarkan sepanjang kem ini.
kem ini hanyalah semata-mata bertujuan melahirkan khalifah muda SEPINTAR terus digilap dan disanjung...
sapa tahu..merekalah pewaris sultan Alfateh??amin... lestarikan pimpinan Islam terajui warisan alam....In Sha Allah..
barisan pimpinan ..botak lagi kacak...

Jumaat, Februari 01, 2013

hayati tarbiah, hindari asabiyah

perlukah dibiarkan seorang sahabat keseorangan? 

ahlan wasahlan kami ucapkan kepada 60 ahli tingkatan1 dan 63 orang ahli tingkatan 4 ambilan 2013 di bumi wakafan SEPINTAR ini. Selamat menjalani tarbiah islamiah sepanjang di SEPINTAR.
pastinya kehadiran sahbat-sahabiah baru ini menjadi kegembiraan warga SEPINTAR sendiri. namun 
yang cantik tak semestinya mahal, yang baik tak semestinya berguna.
kegembiraan yang dirasa pastinya tak lama.. mesti ada jer sahabat yg baru ini berjalan tanpa teman.. 
pelajar lama,dengan yang lama..
pelajar baru, diam membisu..
ASABIYAH, secara konseptual bermaksud "suka berpuak". 'weh aq tak suka betul la dekat budak tu..POYO giler..kau jgan tegur gan cakap dengan dia tau..biar je dia tak de kawan..haha..'
astaghfirullahalazim,ini lah kebiasaanya berlaku di antara kita. perlukah biarkan kawan kita?? kalau tak puas hati,kenapa tak tegur baik2?? bukankah itu yang lebih molek? jadi rakan2 ku,marilah kita jauhi sifat ASABIYAH di antara kita semua..fikir-fikirkan..wallahualam....

Jumaat, September 28, 2012

Mengapa US Enggan Mengiktiraf Palestin?


Rakyat Palestin menuntut dunia dan PBB mengiktiraf negara berdaulat Palestin mengikut persempadanan yang ditetapkan pada 4 Jun, 1967.
Hakikatnya, proses perdamaian yang telah berlangsung selama 18 tahun antara Palestin dan Israel adalah untuk mengakhiri konflik berpanjangan antara kedua belah pihak dan menubuhkan sebuah negara Palestin yang berdaulat. Negara ini tentunya dibentuk berdasarkan persempadanan tahun 1967.
Konflik ini akan berakhir lebih mudah kerana matlamat yang satu : mencapai keamanan. Keamanan mampu direalisasi apabila dunia membuka mata dan mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat yang bersempadan dengan Israel.
Melihat kepada fakta-fakta ini, saya terfikir : Mengapa pentadbiran US tidak melihat matlamat ini, dan menganggap kedua-dua pihak sedang bergerak ke arah yang sama? Atau, adakah dengan memperoleh pengiktirafan daripada PBB bermakna perbincangan antara kedua-dua negara sudah tidak diperlukan lagi?
Untuk menjawab persoalan ini, kita harus mengenepikan seketika peranan PBB, dan melihat tindakan Amerika dan Israel sepanjang proses perdamaian berlangsung. Adalah tidak bijak untuk Amerika menggunakan kuasa Veto untuk menggagalkan usaha Palestin sambil melaungkan pula komitmennya untuk menghidupkan proses perdamaian.
Fakta ini amat penting kerana usaha-usaha yang diambil Palestin ke  arah mencapai matlamat perdamaian dan pengiktirafan dunia sangat jelas dapat dilihat. Tanpa lelah, ia telah mengumpul respons massa dan membendung sebarang keganasan politik. Semua pihak yang berusaha ke arah pengiktirafan Palestin sebagai negara berdaulat tidak pernah mempamerkan niat untuk mengetepikan kewujudan Israel. Bahkan, ia berhajat untuk berada di dalam kelab yang sama dengan Israel dan negara berdaulat lain yang telah menjadi ahli.
Agenda ini akan terus dihidupkan dalam forum dan organisasi serantau dan antarabangsa. Palestin akan terus mendedahkan perkara pokok permasalahan ini iaitu pendudukan haram secara paksa dan kekerasan.  Ini jugalah yang dibawa ke resolusi 242 dan 338 di PBB dan membawa kepada penerimaan Palestin sebagai ‘entiti bukan ahli’ di PBB.
Gerakan untuk memperoleh penerimaan PBB dan pengiktirafan dunia tidak bercanggah dengan pokok proses perdamaian yang sedang diusahakan. Namun, bagaimana pula kini apabila proses itu terbantut selama 3 tahun akibat pendudukan dan keganasan ekstrim rejim Israel?
Segala kepentingan Israel harus dibawa ke meja rundingan secara rasional bersama Palestin. Kepentingan tersebut juga tidak patut mengakibatkan sekatan dan embargo ke atas Palestin yang menambah parah ke atas masalah yang sedia ada.
Israel sepatutnya bertindak rasional dengan mengambil setiap undi yang menyokong penubuhan negara berdaulat Palestin mengikut persempadanan 1967 sebagai menyokong pengiktirafan ke atas mereka. Ini berikutan masih wujud beberapa negara yang tidak mengiktiraf kewujudannya sebagai sebuah negara. Amerika Syarikat, sebagai penaja utama rundingan wajib menangani situasi ini dengan tanggungjawab, hikmah dan keprihatinan yang tinggi.
Malangnya, pentadbiran Amerika dilihat dengan terang-terangan mengamalkan dasar berat sebelah kepada Israel dan mengenepikan hak Palestin secara melampau dan tidak rasional. Dasar ini hakikatnya merugikan Amerika dan menghilangkan keyakinan dunia terhadap peranan dan pengaruhnya di rantau itu, terutamanya dengan perubahan pucuk pimpinan di negara-negara Arab.
Peluang Palestin di sidang PBB September ini mesti digunakan sebaiknya untuk menterjemahkan sokongan antarabangsa ke arah Palestin yang merdeka, berdaulat dan diperakui mengikut persempadanan 1967 agar kedua-dua negara dapat wujud dengan aman.
Pengiktirafan PBB jika diperolehi, tetap tidak akan mencapai matlamat yang dituju tanpa rundingan perdamaian yang tulen berjaya dilakukan.
Jika rundingan itu berjaya, sebuah era baru di Timur Tengah akan bermula, lebih-lebih lagi dengan jatuhnya rejim sedia ada yang digantikan oleh pentadbiran baru yang lebih menyokong prinsip demokrasi dan penglibatan politik yang lebih meluas. Pentadbiran baru ini juga dibina atas dasar kerjasama ekonomi serantau dan keselamatan.
Rundingan-rundingan ini mampu mencapai matlamat yang dituju dengan pelbagai inisiatif dan idea yang dikemukakan sejak bertahun-tahun untuk menyelesaikan konflik ini.
Nidal Foqaha  ialah Pengarah Am Palestinian Peace Coalition – Geneva Initiative, Ramallah. Beliau juga terlibat dalam jawatankuasa pemandu Forum NGO Keamanan Palestin-Israel

Jumaat, September 07, 2012

Bolehkah Menceritakan Aurat Kepada Bukan Mahram?


Asssalamualaikum..
Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..

Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.
a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.
b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)
c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

Sumber: http://www.al-fikrah.net/

Jumaat, Julai 13, 2012

materialisma satu agama ciptaan makhluk - mengajak manusia kepada kesesatan

Sejauh mana benarnya dakwaan ini? Samakah dengan teori Darwin? Atau doktrin Komunisma?

 
Darwin

teori ini sedang menguasai pemikiran masyarakat

Apa yang manusia idamkan di dunia ini mungkin akan bertukar menjadi "tuhan" kepada mereka kecuali yang tersedar bahawa itu semua tipudaya yang dicipta Maha Kuasa. Oleh itu mampukah kita menguasai alam atau alam yang menguasai kita?


Akhirnya? Kita kecundang dengan mudah sebelum diuji. Dalam pada kita memahami dan menginsafinya, kita msih lagi terdorong kearah tersebut. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak pernah memahami perkara ini? Sukar jika kita tidak memberikan perhatian sewajarnya terhadap gejala ini. Ia ada bersama kita setiap masa.


Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata: ”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata: ”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata: ”Kerana inilah tanganku dipotong”. Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.” (Muslim)

Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: 

“Seorang hamba (manusia) berkata, ‘Hartaku, hartaku!’ Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis:
(1) Apa yang dimakannya lalu habis.
(2) Apa yang dipakainya lalu lusuh.
(3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat.
Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain”. (Muslim)

Harapnya antara kita tidak terlalu jauh tersesat dan dapat segera kembali.

Sentiasalah berwaspada. Jerat ada dihadapan mata.



Darwinisma begitu menonjol di dunia Barat. Idea ini dipaksakan kepada masyarakat timur termasuk negara kita. Kita dipaksa menerima semua ini jika mahu menjadi negara maju seperti mereka. Sebahagian dari kita hari ini sedang bergelut menuju ke arah yang sama. Kita bersedia menjadi penganut agama Darwinisma tanpa disedari.

Keterbalikannya ialah berlakulah adil kepada diri sendiri. Imbangilah seberapa yang terdaya, usah menolak mentah-mentah perkara baru tetapi sesuaikanlah dengan ajaran agama supaya tidak tersalah langkah. Elakkan bersikap melampau atau melebihi batas. Kita renungi kupasan berikut.


MATERIALISMA

Seperti yang telah disebutkan materialisme adalah sebuah pergerakan ideologi merbahaya yang berusaha menghancurkan nilai-nilai spiritual dan menjauhkan manusia daripada pegangan agama. Majoriti besar masyarakat hari ini, samada sedar atau tidak, kekal di dalam belenggu psikologi materialisme. Bagaimanapun, seperkara yang harus difikirkan; kesetiaan terhadap pegangan materialisme bukanlah penyebab kepada penafian terhadap kewujudan Tuhan. sebilangan besar masyarakat tetap mengakui akan kewujudan-Nya namun tetap berpegang kepada fahaman materialisme. Al-Qur’an menjelaskan golongan yang berfikiran seperti ini:

Katakanlah: ‘Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?’ Maka mereka akan menjawab: ‘Allah’. Maka katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak bertakwa?’. Maka itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya; dan tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan? Surah Yunus: 31-32

Katakanlah: ‘Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak beringat?’ Katakanlah: ‘Siapakah yang empunya langit yang tujun dan yang empunya ‘Arasy yang besar?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah’. Katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak bertakwa?’. Katakanlah: ‘Siapakah yang ditangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu yang Dia lindungi tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab-Nya) jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah’. Katakanlah: ‘(Kalau demikian) maka dari jalan manakah kamu ditipu?’. Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta. Surah Mukminun: 84-90

Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’, nescaya mereka menjawab: ‘Allah’. Katakanlah: ‘Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudaratan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudaratan itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?’. Katakanlah: ‘Cukuplah Allah bagiku’. Kepada-Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri. Surah Az-Zumar: 38


Seperti yang dapat difahami dari ayat di atas, golongan ini mendakwa bahawa mereka percaya kepada Tuhan dan agama-Nya. Akan tetapi, mereka tidak menunjukkan rasa pengagungan mereka terhadap kebesaran-Nya bahkan dalam diam-diam menyekutukan-Nya. Mereka adalah penganut agama batil yang terhasil akibat prinsip pegangan hidup yang jauh dipalingkan daripada agama yang benar. Seperti mana juga di masa lalu, betapa ramai manusia hari ini yang berpegang kepada agama yang batil dan menjauhkan diri mereka dari kebenaran agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Selain daripada golongan yang disebutkan di atas, di sana juga terdapat golongan yang secara terbuka mengisytiharkan penafian terhadap Allah dan Hari Kemudian. Mereka berusaha mempengaruhi orang ramai untuk melakukan kekufuran dan sekaligus menyertai mereka. Metodologi yang digunakan oleh para materialis di dalam masyarakat yang mengamalkan pemahaman agama yang terpesong (masyarakat di mana pemahaman tentang Tuhan adalah menyeleweng) adalah berbeza jika dibandingkan dengan kaedah di mana individunya cenderung terhadap fahaman atheisme. Materialis menjerumuskan manusia ke lembah syirik dengan mereka-reka agama bagi setiap masyarakat dan menyebatikannya dengan inspirasi yang diperolehi daripada kepercayaan tentang kemutlakan alam kebendaan.

Sudah pasti golongan yang menyimpang jauh daripada ajaran agama yang sebenar tidak mampu berjuang menentang kekufuran apatah lagi untuk memusnahkannya. Kekeliruan dalam memahami agama, sedar atau tidak, akan menyediakan suatu sokongan terhadap sistem kekufuran. Ini adalah mengapa, sekiranya seseorang ingin berjihad menentang kekufuran, kemampuan untuk menggarap pemahaman agama yang benar dan tepat mengenai konsep agama batil yang didirikan di atas tunjang fahaman materialisme dan menguasainya dengan sempurna adalah amat penting.

Di dalam lembaran berikutnya, perbincangan mengenai beberapa ciri-ciri agama materialis dan evolusionis akan diterangkan. Persamaan yang menarik di antara sistem yang diwariskan di dalam kepercayaan agama yang batil dan kepercayaan syirik yang diisyaratkan di dalam al-Qur’an akan dibincangkan secara khusus. Jahiliyyah Abad 20

Allah s.w.t. memaklumkan di dalam kitab-Nya mengenai manusia yang menyembah makhluk selain daripada Dia, dan mengambil patung dan berhala sebagai dewa sembahan begitu juga dengan kisah-kisah mengenai perjuangan gigih para utusan-Nya ketika berhadapan dengan kaum tersebut. Sebahagian besar individu menganggap bahawa masyarakat zaman lalu yang menyembah patung memiliki cara hidup yang primitif dan disebabkan itulah mereka berpegang kepada amalan tersebut. Akibatnya, mereka menganggap sesetengah kaum asli Afrika yang sehingga hari ini menyembah patung adalah kerana keprimitifan mereka.

Namun begitu, pemerhatian yang lebih teliti ke atas pemahaman dan sudut pandangan masyarakat lalu yang dikenali sebagai jahiliyyah di dalam Al-Qur’an mendedahkan bahawa mereka memilik banyak persamaan dengan golongan tertentu yang ada hari ini. Seperti mana masyarakat pagan lalu menjadikan patung dan objek kayu dan batu sebagai tuhan, rasional yang menganggap materi yang tidak bernyawa sebagai suatu bentuk pemujaan juga turut menjadi anutan yang dominan di zaman kita ini. Sebelum meneruskan perbandingan di antara rasional masyarakat pagan lalu dan hari ini, kita akan memerhatikan beberapa ayat Qur’an berkenaan masyarakat ini.


Salah satu daripada kaum yang dikenal pasti di dalam al-Qur’an ialah kaum Nabi Ibrahim:

Ingatlah ketika ia berkata kepada ayahnya: ‘Wahai ayahku! Mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun?’. Surah Maryam: 42

Ketika Ibrahim berkata kepada ayahnya dan kaumnya: ‘Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadah kepadanya?’. Mereka menjawab: ‘Kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya’. Surah al-Anbiya: 52-54

Seperti yang tersebut di atas, bapa Nabi Ibrahim a.s dan kaumnya menjadikan material kaku yang dihasilkan dengan tangan mereka sendiri malah tidak mempunyai sebarang kuasa mencipta sebagai tuhan sembahan. Dengan menganggap apa sahaja sebagai tuhan adalah bererti menyifatkannya (samada separuh atau seluruhnya) sebagai kuasa yang bertanggungjawab ke atas penciptaan, memberi rezeki, memberi rahmat, menyembuhkan, merancang dan mengawal proses alam semesta. Para musyrikin di zaman Nabi Ibrahim a.s percaya bahawa setiap bentuk patung yang diukir oleh mereka sendiri memiliki kekuasaan yang disebutkan di atas dan sekaligus mengangkatnya sebagai tuhan sembahan.

Amalan Syirik yang Dominan di Dalam Masyarakat Hari Ini

Golongan kufur zaman lalu mendakwa bahawa patung-patung yang diukir dengan batu dan kayu, yang tidak berkuasa untuk bergerak atau berbicara, memiliki sejenis kuasa bahkan mencipta alam semesta dan menguasainya, dan mereka menyembahnya dan memohon kesihatan, rezeki dan anugerah rahmat darinya. Dengan keterangan ini, kita dengan jelas dapat membandingkan di mana majoriti besar manusia hari ini juga turut mengamalkan rasional serupa seperti yang dilakukan oleh para musyrikin silam. para materialis dan evolusionis percaya bahawa unsur tidak bernyawa yang tersusun melalui himpunan dan longgokan atom yang kaku sebagai suatu kuasa. Mereka mendakwa bahawa sebagai suatu hasil kebetulan, materi yang tidak bernyawa berupaya mencipta dirinya sendiri untuk menghasilkan variasi hidupan yang sempurna dan begitu kompleks.

Bahkan, mereka menganggap semua kejadian di dalam alam semesta adalah di bawah kekuasaan atom-molekul yang kaku dan mati ini. Sebagai contoh, mereka menganggap bencana alam akibat gempa bumi (yang mereka sifatkan sebagai ‘kemurkaan alam’ atau ‘bencana alam’) adalah terjadi kerana kehendak ‘alam semulajadi’. Walau bagaimanapun, mereka gagal untuk menerangkan hakikat sebenar kuasa atau asal usul kuasa yang dipanggil alam ini. Unsur yang dipanggil alam pada hakikatnya adalah tidak berbeza dengan tuhan sembahan yang digelar oleh masyarakat kufur silam sebagai ‘dewa bumi’ atau ‘dewa pemberi rezeki’. Perbezaan di antara keduanya hanyalah bentuk simbol; ketuhanan kini disifatkan sebagai materi yang mati dan tidak mampu dicapai dan juga kuasa kebetulan, yang mereka yakini bertanggungjawab terhadap kuasa penciptaan.

Pierre Paul Grasse, seorang ahli zoologi Perancis dan evolusionis yang bersemangat, menerangkan konsep ketuhanan yang tersembunyi bagi golongan evolusionis dan materialis sebagai berikut:

Kebetulan menjadi suatu pengurnia rezeki, di mana, di sebalik tirai atheisme, tidak dijolokkan dengan nama tetapi disembah secara rahsia.

 

Penyifatan kuasa penciptaan terhadap material yang tidak berjiwa dan atom yang mati adalah kecacatan logik akal yang sangat serius. Seperti mana kepercayaan para musyrikin zaman silam bahawa patung sembahan mereka adalah berkuasa mencipta makhluk hidupan, maka begitu jugalah halnya bagi para materialis dan evolusionis di zaman ini bahawa materi secara spontan berevolusi menjadi makhluk hidupan yang memberi suatu pengertian di mana elemen dan sejumlah unsur bahan sebagai kuasa hidup dan sedar yang membolehkannya memutuskan dan bertindak di atas sesuatu keputusan. Daripada sudut pandangan ini, mereka sebenarnya menyifatkan segala-galanya sebagai suatu sifat ketuhanan.

Sebagai contoh, evolusionis menganggap sekuntum bunga mawar dengan warna merahnya yang memukau yang tumbuh di permukaan tanah yang kotor sebagai tuhan kerana mereka percaya bahawa bunga mawar tersebut wujud dengan sendiri atau bahan dan unsur yang membinanya secara spontan mencipta dan membentuknya. Begitu juga halnya, mereka melihat buah limau, epal, strawberi, pisang, anggur, bebunga, rusa, singat, gajah, semut, lebah, lalat, ikan dan ringkasnya, seluruh makhluk hidupan termasuk bukan hidupan memiliki kemampuan mencipta diri sendiri kerana mereka mendakwa bahawa semuanya membentuk struktur fizikal yang ada hari ini melalui kehendak dan kekuasaan yang tersendiri.

Dalam sebuah contoh lain, evolusionis mendakwa bahawa seekor lebah yang dahulunya adalah haiwan lain tidak semena-mena memutuskan untuk menjadi seekor lebah dan kemudian mula membentuk mekanisme tubuh badan yang berupaya menghasilkan madu. Mereka mendakwa bahawa lalat pada mulanya tidak berupaya untuk terbang, tetapi kemudiannya membentuk sepasang sayap dan dengan itu memulakan penerbangan. Bahkan, lalat ini menyiapkan diri mereka dengan mekanisme penerbangan yang sempurna dengan teknologi yang jauh lebih canggih berbanding kapal terbang dan helikopter yang ada hari ini.

Para evolusionis amat mahir mereka-reka cerita yang sama ke atas berjiwa juta hidupan lain di atas muka bumi. Semuanya berkongsi asas yang sama iaitu; susunan atom mati yang membina organisma hidupan atau alam di mana mereka berada memiliki semacam suatu fungsi sedar dan kebijaksanaan. Istilah-istilah seperti pilihan semulajadi, mutasi rawak dan pemisahan geografi yang memberi sedikit sentuhan saintifik menghiasi cerekarama yang dihasilkan oleh evolusionis. Apa yang mereka agungkan pada hakikatnya adalah material kaku di dalam alam secara spontan berkuasa mencipta makhluk hidupan iaitu pisang, lalat, kucing, ikan paus, zirafah, rama-rama, semut, gajah dan generasi mereka seterusnya.

Berdasarkan kepada evolusionis, atom-atom ini jugalah yang mencipta ruang atmosfera dengan begitu sempurna, mentadbir dan mereka bentuknya. Dan dengan itu, atmosgera mampu menjadi sebuah atap protektif bagi planet bumi dan membentuk segala keperluannya. Ini bermaksud, mereka yang mengagungkan materi yang menyifatkan kekuasaan mutlak kekuasaannya. Menurut mereka, karbon, hidrogen, nitrogen dan besi semuanya adalah kuasa pencipta.

Sekali lagi, menurut keperacyaan pelik ini, atom yang sama juga mula berhimpun dan tidak semena-mena menyusun dirinya untuk membentuk sepasang mata yang mampu melihat. Tingkahlakunya begitu rapi dan sempurna yang memastikan bahagian lain mata akan membentuk rongga mata dan dengan begitu sabar menunggu sebarang akibat kebetulan yang akan membentuk rongga sebelum membentuk organ mata. Evolusionis melihat bahawa atom yang membina mata adalah pencipta kerana mereka percaya bahawa semuanya itu ‘berkemampuan untuk mencipta organ sesempurna itu’. Seperti mana masyarakat musyrikin silam menganggap hujan sebagai tuhan, para evolusionis juga turut mengangkat atom yang membina organ mata sebagai tuhan mereka.

Dari sudut pandangan ini, setiap individu dapat menyimpulkan bahawa agama bagi materialis dan evolusionis memiliki berjuta-juta tuhan untuk disembah. Dengan mendakwa bahawa setiap makhluk di dalam alam semesta wujud dengan sendirinya melalui sesiri kebetulan adalah bererti mengakui setiap satu daripada hidupan dan kuasa ini sebagai pencipta. Hal ini tidaklah jauh berbeza jika dibandingkan dengan logik yang mendorong seseorang itu menyembah berhala atau memohon kesihatan dan kebaikan kepada patung yang diukir. Pada hakikatnya, era zaman penyembahan berhala ini kembali dipraktikkan.

Sembahan Golongan Evolusionis: Atom yang Mati

Apa pun yang kita lihat dan rasakan, samada seketul batu atau tanah, kerusi di mana kita bersandar, udara yang kita sedut, makanan yang kita makan untuk terus hidup, air yang terdiri daripada dua pertiga daripada kandungan tubuh badan, dan sebagainya yang terletak di luar atau dalam tubuh badan, yang hidup atau yang mati, hakikatnya adalah terbina daripada atom. Selain itu, galaksi-galaksi, bebintang, matahari dan planet bumi yang menjadi tempat tinggal kita adalah terdiri daripada himpunan atom termasuk diri manusia sendiri. Dan hakikatnya, segala-galanya adalah terbina daripada susunana atom.

Makhluk hidupan termasuk manusia terbina daripada pelbagia unsur atom seperti karbon, hidrogen, oksigen, kalsium, magnesium dan besi. Di satu sudut lain, Darwinisme menegaskan bahawa atom-atom secara mendadak terhimpun bersama melalui suatu kuasa kebetulan. Iaitu, rasional evolusionis menyimpulkan bahawa longgokan atom-atom kaku melakukan mekanisme membuat-keputusan dan yang akhirnya membentuk, sebagai contoh, seorang jurutera nuklear yang amat mahir di dalam bidang fizik atom.

Dengan memerhatikan secara lebih dekat terhadap dakwaan yang tidak berasas ini, kita dapat menyimpulkan konklusi berikut: di bawah satu kuasa yang tidak diketahui asal usulnya, pelbagai atom mula wujud yang kemudiannya secara kebetulan berkumpul bersama untuk menghasilkan bintang-bintang dan planet, ringkasnya seluruh alam semesta. Kemudian, melalui longgokan kebetulan atom yang sama, sebutir sel hidupan dengan struktur yang begitu kompleks mula terhasil.

Sel hidup ini kemudiannya melalui sebuah proses evolusi dan menghasilkan pelbagai hidupan dengan sistem yang begitu luarbiasa, dan di kemuncak siri perubahan ini akhirnya membentuk seorang individu manusia dengan fungsi kebijaksanaan yang rumit. Seorang manusia yang tercipta semata-mata akibat proses kebetulan, sekali lagi berjaya menemui atom yang membina dirinya dengan membuat pemerhatian melalui mikroskop elektron misalnya, yang juga dibentuk melalui kebetulan. Inilah sebenarnya yang didakwa oleh Darwin sebagai sebuah tesis saintifik, dan teori evolusi kemudiannya secara jelas menerima setiap atom sebagai ‘tuhan’.

Pada hakikatnya, kekisi atom yang membina individu manusia dengan fungsi kebijaksanaan dan intelektual tidak memiliki sebarang kualiti atau kuasa dengan sendirinya. Akan tetapi, evolusionis entah bagaimana mendakwa bahawa atom yang mati membentuk individu manusia dan kemudian ‘struktur atom’ ini memutuskan untuk pergi ke sekolah dan berjaya memiliki segulung ijazah daripada universiti. Berdasarkan kepada dakwaan yang sama, atom-atom memiliki kebolehan yang sangat memukau; mampu merasa makanan yang juga terbina daripada atom; menghidu bau menyegarkan sekuntum bunga mawar yang juga terbina daripada atom dan memberi senyuman yang manis. Atom yang sama juga merasa kehangatan udara di sekitarnya. Pada masa yang sama, atom-atom juga mendengar gelombang suara yang dipindahkan dari radio dan mengubahnya menjadi irama muzik. Menurut evolusionis lagi, pelbagai atom yang berkumpul secara rawak mampu berfikir, merasa rindu, sedih dan gembira serta bergelak ketawa ketika menonton sebuah filem komedi. Komuniti jahiliyyah silam mendakwa bahawa ukiran kayu sembahan mereka memiliki kuasa istimewa, sebaliknya evolusionis yang ada hari ini menyifatkan kuasa istimewa tersebut kepada atom-atom.

Akan tetapi, adalah sangat jelas bahawa tidak ada sesuatu pun di dalam alam semesta yang dapat diserahkan kewujudannya semata-mata kepada kebetulan, iaitu pada asasnya di sana terdapat sebuah kuasa dan kebijaksanaan superior yang bertanggungjawab terhadap ciptaan hidupan di atas muka bumi. Seluruh kehebatan di dalam penciptaan manusia dan alam sendiri di kelilingi dengan petanda sebuah kebijaksanaan yang amat tinggi. Pemilik kebijaksanaan ini adalah Allah s.w.t., Tuhan seluruh langit dan bumi.

Allah berfirman kesia-siaan golongan penyembah tuhan yang batil ini dan mereka kelak pasti akan dimusnahkan:

Dan Kami seberangkan Bani Israil ke seberang lautan itu, maka setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala, Bani Israil berkata: ‘Hai Musa! Buatlah untuk kami sebuah tuhan sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan’. Musa menjawab: ‘Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil’. Sesungguhnya mereka itu akan dihancurkan kepercayaan yang dianutnya dan akan batal apa yang sering mereka kerjakan. Surah Al-A’raf: 138-140

Amalan Menyembah Matahari

Antara perbezaan lain di antara materialis dan evolusionis hari ini dengan masyarakat jahiliyyah zaman silam adalah berkaitan dengan suatu doktrin yang berasaskan penyembahan matahari yang berakar sejak dahulu kala. Sebagai sumber cahaya dan tenaga, manusia sering menganggap bahawa kewujudan mereka adalah disebabkan matahari dan sekaligus mendewa-dewakannya. Sepanjang sejarah, kepercayaan khurafat ini telah menyesatkan sejumlah tamadun manusia daripada agama Allah yang sebenar. Al-Qur’an mengisyaratkan hal ini dan menjadikan Kaum Saba’ di zaman Nabi Sulaiman a.s sebagai contoh yang menjadikan matahari sebagai tuhan sembahan:

Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalang mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk. Agar mereka tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunykan dan apa yang kamu nyatakan. Surah An-Naml: 24-25

Apa yang jelas, penyembahan matahari adalah suatu praktikal jahiliyyah yang sesat. Memang benar bahawa matahari menyinarkan haba dan cahaya kepada bumi, akan tetapi rasa syukur seharusnya ditujukan kepada Allah s.w.t sebagai Penciptanya. Matahari adalah sekadar sebuah jisim materi tanpa sebarang kuasa yang diciptakan oleh Allah. Suatu hari kelak, sumber tenaganya akan kehabisan dan pasti mati, atau pun Allah akan memusnahkannya lebih awal sebelum saat itu. Oleh kerana Allah adalah Pencipta kepada matahari dan setiap jasad samawi yang lain, maka kepada-Nyalah rasa syukur harus ditujukan. Hal ini dinyatakan sebagai berikut:

Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan juga bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya. Surah Fussilat: 37

Apa yang menarik, golongan evolusionis hari ini mengulangi semula asas yang amat serupa dengan agama pagan penyembahan matahari ini melalui dakwaan bahawa kewujudan manusia adalah berpunca daripada matahari. Menurut sumber evolusionis, asal usul hidupan di muka bumi adalah berpunca daripada matahari dan sinaran yang dipancarkan darinya menyalakan hidupan di planet ini. Tenaga suria juga didakwa bertanggungjawab ke atas generasi spesis hidupan dan sumber sinarannya sebagai punca kepada proses mutasi yang mengakibatkan perubahan. Pendekatan ini diterangkan oleh Carl Sagan, seorang ahli astronomi terkemuka Amerika yang menulis di dalam bukunya, Cosmos:

Nenek moyang kita menyembah matahari dan mereka terselamat dari amalan yang bodoh.. Sekiranya kita mesti menyembah sebuah kuasa yang lebih gagah daripada kita, bukankah mengagungkan matahari dan bintang itu adalah suatu yang masuk akal?

Harlow Shapley, ahli astronomi evolusionis yang merupakan seorang mentor Carl Sagan terkenal kerana ucapannya: Orang-orang alim menulis, ‘Pada permulaannya Tuhan’, tetapi saya katakan, ‘Pada permulaannya hidrogen’. Iaitu Shapley percaya bahawa dengan peredaran masa, gas hidrogen berevolusi menjadi haiwan, pokok-pokok dan manusia. Apa yang jelas, pendewaan ke atas materi dan alam menggambarkan seluruh pandangan tidak masuk akal yang diutarakan oleh para evolusionis. ‘Agama’ bagi mereka adalah berdasarkan kepada penyembahan materi dan alam sekeliling.

Di satu sudut lain, individu manusia yang bijak dan berhikmah pasti akan memahami bahawa seluruh alam semesta tidak sekali-kali merupakan produk ciptaan material yang mati dan kaku. Sebaliknya, mereka akan mendapati kehebatan perancangan yang teliti dan kesenian di dalam setiap ciptaan serta mengakui akan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Namun begitu, sebilangan besar manusia yang ada hari ini tetap buta terhadap hakikat ini dan terus mengagungkan kebendaan (materi). Ini adalah kerana, sebagaimana kaum Saba’: “Syaitan menjadikan perbuatan mereka itu indah di pandangan mereka dan memalingkan mereka daripada jalan (yang benar), dan mereka itu tidak diberi hidayah’.

Penyakit Materialisme dan Naturalisme

Di dalam himpunan Risalah An-Nur, sebuah koleksi ulasan berdasarkan al-Qur’an oleh Said Nurisi yang juga dikenali sebagai Badi’uzzaman dan merupakan salah seorang intelektual Islam abad 20, terdapat banyak perbahasan yang membincangkan kecacatan materialisme dan naturalisme. Materialisme dapat ditakrifkan sebagai ‘mengakui akan kewujudan materi sebagai hakikat tunggal’. Naturalisme sebaliknya adalah penyembahan alam semulajadi. Melalui istilah ini, Badi’uzzaman menumpukan perhatian terhadap materialisme dan Darwinisme, iaitu asas bagi kekufuran dan memberi penjelasan terperinci mengenai kecacatan logik pergerakan agama palsu ini:

Atau pun mereka membayangkan seperti mana yang dilakukan oleh materialis Fir’aun bahawa ‘mereka wujud dengan sendirinya, mendapat makanan dengan sendiri dan mencipta segala yang mereka perlukan dengan sendiri’ dan dengan itu, mereka tidak perlu beriman dan mengabdikan diri? Ini bererti mereka menganggap diri mereka sebagai pencipta, sebaliknya pencipta adalah sesuatu yang menjadi Pencipta kepada segalanya. Ini bermaksud, kesombongan dan penipuan menjadikan mereka begitu bodoh di mana mereka membayangkan seseorang sebagai pemilik kuasa yang mutlak yang begitu jelas amat lemah dan bahkan dapat ditewaskan oleh seekor nyamuk atau mikrob.

Materialis yang menggunakan akal adalah terhadap kepada apa yang terlihat jelas di hadapan mereka, dengan falsafah karut-marut yang berdasarkan kepada penipuan mereka, mengambil perubahan zarah yang dianggap sebagai hasil kebetulan untuk menjadi seluruh prinsip asas mereka dan melihlatkan bahawa hasil kerja ciptaan Ilahi terhasil melalui perubahan sembarangan itu. Sesiapa sahaja walaupun dengan sedikit kecerdasan akan memahami bagaimana tidak masuk akal untuk menganggap ciptaan yang dihiasi dengan contoh kebijaksanaan yang tidak terbatas kepada sesuatu yang berteraskan kebetulan tanpa pengertian dan tujuan, yang sangat sembarangan.

Di dalam kenyataan di atas, Badi’uzzaman menarik perhatian kita terhadap kenyataan bahawa adalah sesuatu yang kurang waras bagi seseorang untuk mengangkat dirinya sebagai tuhan dan yang sebenarnya makhluk yang lemah untuk mendakwa bahawa kewujudannya dan kesempurnaan alam semesta sebagai suatu ‘kebetulan’. Kekufurannya terhadap kewujudan Maha Suci Allah adalah kekafiran yang paling besar. Badi’uzzaman menyatakan bahawa terdapat banyak usaha pergerakan anti-agama yang semakin meluas di era kita dan adalah menjadi tanggungjawab besar untuk menyelamatkan umat manusia dari ancaman gerakan ini:

Falsafah kelahiran baru naturalis dan materialis yang kejam akan beransur-ansur menjadi kuat dan tersebar sehingga ke akhir zaman.. mencapai ke suatu tahap di mana menafikan Tuhan.. Adalah jelas kebodohan manusia yang lemah, yang berupaya dimusnahkan oleh seekor lalat dan tidak pula mampu walaupun mencipta sebilah kepak lalat, untuk mengaku sebagai tuhan.....

Seperti yang dinyatakan oleh beliau, kepercayaan bahawa materi yang mati mencipta alam semesta dan hidupan dengan sendirinya adalah suatu yang sangat-sangat tidak masuk akal. Lebih dari itu, adalah suatu yang amat mustahil untuk berkata bahawa seorang manusia dengan kepercayaan seumpama itu memiliki kebijaksanaan dan kewarasan akal fikiran. Sebenarnya, Nabi Ibrahim a.s telah menyatakan betapa jelas kedangkalan akal fikiran para musyrikin ketika menyembah ukiran kayu yang dibuat oleh mereka sendiri:

Ibrahim berkata: ‘Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun dan tidak memberi mudarat kepada kamu? (Celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami? Surah Al-Anbiya: 66-67

Pembentukan Agama Batil Melalui Pegangan Materialis dan Evolusionis

Fakta seharusnya harus diberikan sebuah konsepsi yang jelas iaitu impian golongan materialis untuk melahirkan sebuah masyarakat yang menafikan Allah dan agama-Nya sekaligus membentuk individu yang merasa bebas tanpa sebarang ikatan tanggungjawab. Di puncak falsafah materialisme terletak keinginan untuk membentuk sebuah sistem sosial yang bukan sekadar menafikan kewujudan Allah s.w.t. tetapi juga turut menyingkirkan nilai spiritual dan moral serta meyakini bahawa untuk mencapainya, usaha menanamkan ideologi atheisme ke dalam akal fikiran manusia dan menyebar-luaskannya adalah suatu keperluan yang besar. Dengan menentang agama Allah, mereka menerima sebuah bentuk agama yang telah diherot-perotkan sesuai dengan pegangan materialis. George Gaylord Simpson, nama yang terkemuka dalam pergerakan neo-Darwinisme, menghuraikan konsep agama yang diterima oleh para evolusionis:

Seperkara yang jelas, terdapat beberapa agama baru, dilabel sebagai pegangan dan terlibat di dalam emosi keagamaan, yang tidak selari dengan evolusi dan sekaligus tidak dapat dipertahankan secara intelektual meskipun doa mereka yang emosional. Namun begitu, saya mengambilnya kini sebagai suatu keyakinan yang jelas, yang tidak menuntut kepada sebarang perbincangan lanjut, bahawa evolusi dan agama sebenar adalah saling harmoni.

Simpson, sebagai seorang evolusionis, menyatakan bahawa agama dapat disatukan dengan pegangan hidup materialis selama mana ia tertakluk kepada definisinya. Bagaimanapun, seperkara yang harus diperhatikan bahawa apa yang dirujuknya sebagai ‘agama sebenar’ sudah pasti bukanlah agama yang berasaskan wahyu samawi tetapi adalah merupakan suatu pegangan yang jauh menyeleweng dari landasan kebenaran, iaitu mencipta sebuah agama ‘yang bertentangan dengan ajaran keagamaan’ berdasarkan kepada pemikiran materialis dan memuaskan manusia secara emosional. Hari ini, majoriti manusia yang mendakwa yakin beriman pada hakikatnya hidup di bawah kebatilan agama yang didakwa oleh materialis sebagai ‘agama sebenar’.

Simpson

Di dalam bahagian berikutnya, beberapa ciri agama batil akan dibincangkan. Pegangan terhadap kepercayaan yang menyeleweng secara berleluasa di atas nama agama akan dijelaskan. Akibat tidak ditarbiyah untuk memusatkan akal fikiran dengan mendalam, manusia sering gagal menyedari kesilapan di dalam fahaman tersebut. Adalah merupakan satu tanggungjawab yang penting bagi para mukminin yang ikhlas untuk saling ingat mengingatkan sesama manusia yang lain terhadap agama yang batil ini dan menyampaikan pesanan al-Qur’an yang merupakan sumber kebijaksanaan yang unik yang diturunkan Allah sebagai satu-satunya pegangan bagi para hamba-Nya.

1) Ajaran bahawa Allah berada di atas langit

Meskipun beriman akan kewujudan Allah, sebahagian manusia mempunyai keyakinan yang begitu dangkal tentang keberadaan Allah. Fahaman materialisme adalah begitu jelas dalam kaitan ini. Disebabkan para materialis mempertahankan bahawa materi adalah kewujudan yang mutlak, secara tidak langsung mereka terpaksa menerima bahawa Allah berada di dalam lingkungan alam semesta material ini walaupun gagal untuk membayangkan ruang kedudukan-Nya.

Al-Qur’an juga menyatakan bahawa segolongan manusia dengan mentaliti yang sama juga pernah wujud dahulu. Untuk melihat Allah, Fir’aun mengerahkan pembinaan sebuah menara yang memuncak tinggi ke langit. Kepercayaannya ini adalah berpunca daripada kegagalan untuk memahami sifat-sifat Allah dan keyakinannya yang begitu mendalam terhadap kemutlakan materi.

Dan berkata Fir’aun: Wahai pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untuk bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia termasuk orang-orang pendusta. Surah Al-Qasas: 38

Tetapi Allah s.w.t adalah Pencipta ruang dan sudah pasti tidak terbelenggu di dalam ruang yang diciptakan-Nya. Ruang adalah khusus untuk makhluk ciptaan-Nya dan Allah adalah Maha Tinggi daripada segala makhluk ciptaan dan pengetahuan-Nya meliputi segala-galanya.

Manusia yang terjerumus di bawah fahaman materialisme gagal untuk menggarap hakikat ini dengan menganggap bahawa Allah bersemayam di atas langit. Setengah yang lain melihat ke atas langit ketika berdoa, tetapi bagi mereka yang benar-benar memahami pengertian Asmaul-Husna-Nya sangat menyedari kehadiran-Nya di mana saja mereka berpaling. Allah berfirman tentang hakikat ini:

Dan kepunyaan Allah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya! Allah maha luas lagi maha mengetahui. Surah al-Baqarah: 115

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan, dan Dia-lah yang maha halus lagi maha mengetahui. Surah al-An’aam: 103

2) Ajaran bahawa Tuhan mencipta alam semesta termasuk manusia dan kemudian meninggalkan mereka tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Ajaran agama batil ini mendakwa bahawa Allah untuk pertamanya mencipta seluruh alam semesta termasuk segala makhluk hidupan dan kemudian meninggalkan mereka bersendirian, iaitu berada pada kedudukan yang jauh. Menurut fahaman ini, manusia ditinggalkan bergelut menentukan nasib mereka sendiri....

Akan tetapi, Allah juga bukan sahaja tidak dibelenggu oleh ruang tetap juga oleh masa. Apabila Dia mencipta alam semesta dan manusia, Dia mencipta mereka bersama-sama dengan masa silam dan hadapan di dalam suatu detik. Ini bermaksud, Allah mencipta segalanya dengan takdir mereka secara individu. Tanpa mengalaminya, manusia tidak dapat mengetahui sesuatu tentang masa hadapan. Tetapi Allah s.w.t. maha mengetahui masa hadapan bagi setiap individu manusia dan setiap detik yang akan dilaluinya. Ini adalah kerana Allah jualah yang mencipta setiap detik yang dilalaui, setiap perkataan yang diucap dan setiap perbuatan yang dilakukan. Dan sudah pasti Dia tidak mencipta alam semesta dan kemudian meninggalkannya sendiri, bahkan, Dia mencipta setiap detik kehidupan seluruh makhluk ciptaan-Nya mulai sejak permulaan sehingga ke saat terakhir. Segalanya, sehelai daun yang gugur atau peristiwa yang dialami oleh seseorang sepanjang hidupnya, terjadi selaras dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Dan pada sisi Allah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di darat dan di laut, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya. Dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam kitab yang nyata. Surah al-An’aam: 59

Padahal Allah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu. Surah as-Saffat: 96

3) Kufur terhadap Kewujudan syurga dan neraka

Sebahagian individu yang diselubungi pengaruh pemikiran materialis tidak mempercayai mengenai kewujudan syurga dan neraka walaupun mungkin percaya kepada kewujudan Tuhan. puncanya ialah kerana mereka tidak dapat memastikan kewujudan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata atau disentuh dengan tangan.

Bagi seseorang yang mempunyai kebijaksanaan dan akal yang waras, di sana terdapat petanda yang jelas mengisyaratkan akan kewujudan Tuhan dan Hari Kemudian, contohnya langit dan bumi yang diciptakan dengan begitu rapi dan harmoni, dan begitu juga sel yang merupakan bahan binaan asas bagi seluruh organisma hidupan. Alam yang menampung kehidupan setiap individu sarat dipenuhi dengan petanda maha Pencipta. Sesiapa sahaja dengan akal yang waras dapat memahami bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta setiap yang bernyawa buat kali pertama, dan Dia juga amat berkuasa untuk menghidupkan mereka buat kali kedua di saat hari kebangkitan. Golongan yang menafikan hakikat ini diterangkan di dalam Qur’an sebagai berikut:

Dan mereka berkata: Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benarkan kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru? Katakanlah: Jadilah kamu sekalian batu atau besi, atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin menurut fikiranmu. Maka mereka akan bertanya: Siapa yang akan menghidupkan kami kembali? Katakanlah: Yang telah menciptakan kamu pada kali pertama. Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: Bilakah itu akan terjadi? Katakanlah: Mudah-mudahan waktu kebangkitan itu dekat. Iaitu pada hari Dia memanggil kamu lalu kamu mematuhi-Nya sambil memuji-Nya dan kamu anggap kamu tidak berdiam (di dalam kubur) kecuali sebentar saja. Surah al-Isra: 49-52

Kegagalan mereka untuk memahami hakikat kebangkitan dan keraguan mereka terhadap kebenaran ini sekali lagi adalah diakibatkan kepercayaan materialisme yang menyeleweng. Materialis melihat proses fenomena kejadian seorang manusia sebagai hasil tindakbalas unsur dan zarah. Mereka menegaskan bahawa aspek metafizik manusia (jiwa dan emosinya) juga terhasil melalui tindakbalas yang serupa. Berdasarkan kenyataan itu, mereka menafsirkan saat kebangkitan sebagai pembinaan semula materi dan sekaligus gagal membayangkan kemungkinan proses ini. (ini bermaksud, mereka tidak dapat menerima bahawa materi yang telah musnah dapat hadir dan bersatu semula).

Apa yang gagal mereka fahami ialah bagaimana tubuh badan yang telah hancur dapat bercantum kembali setelah kematian, namun begitu mereka harus memikirkan bahawa manusia pada asalnya diciptakan daripada tiada. Seandainya demikian halnya, mempertikai kebenaran peristiwa kebangkitan atau meragui hakikat ini adalah suatu yang kurang bijak. Di dalam Qur’an, Allah mengisyaratkan tentang proses hari kebangkitan sebagai berikut:

Maka apakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama? Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan yang baru. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya. Surah Qaf: 15-16

Hakikatnya, roh adalah merupakan entiti yang hakiki bagi tiap diri seseorang dan bukanlah longgokan pepejal daging dan tulang temulang. Kematian memusnahkan struktur tubuh badan namun roh tetap hidup selama-lamanya. Kematian hanyalah suatu pengalaman perpindahan roh menuju ke alam kehidupan Hari Kemudian. Allah berfirman:

Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam (tubuh) roh-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur. Dan mereka berkata: ‘Apakah bila kami telah lenyap (hancur) di dalam tanah, kami benar-benar akan berada dalam ciptaan yang baru. Bahkan mereka (sebenarnya) ingkar akan menemui Tuhannya. Katakanlah: ‘Malaikat maut yang diutus untukmu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmu-lah kamu akan dikembalikan. Surah as-Sajadah: 9-11

Perasaan prejudis yang disemai oleh golongan ini mengakibatkan mereka terhalang daripada memahami walaupun hakikat yang begitu nyata. Di dalam banyak ayat, Allah menyatakan bahawa golongan yang mengingkari Hari Kemudian dan meragui kematian sebagai suatu saat akhir adalah golongan yang tidak menggunakan akal fikiran:

Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-ilmu-Nya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberikannya petunjuk sesudah Allah. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran? Dan mereka berkata: ‘Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita melainkan masa’, dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu; mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja. Surah al-Jathiyah: 23-24

Sebaliknya, keadaan para mukmin pula diterangkan sebagai berikut:

Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat. Mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Surah Luqman: 4-5

Iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan orang yang beriman kepada (kitab) yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum engkau sedang mereka itu yakin akan adanya akhirat. Surah al-Baqarah: 3-4

Berhubung dengan usaha menentang agama yang dianjurkan oleh golongan atheis, di sana terdapat dua perkara penting yang harus dipertimbangkan. Satu daripadanya ialah membatalkan teori evolusi daripada perspektif saintifik agar umat manusia mengetahui bahawa kewujudan mereka bukanlah suatu hasil kebetulan tetapi adalah merupakan hasil kebijaksanaan dalam penciptaan Allah s.w.t. Dan yang kedua ialah untuk memaklumkan manusia mengenai hakikat sebenar materi dan sekaligus membantu mereka memahami ajaran agama yang sebenar. Sesiapa yang memahami bahawa dirinya adalah lebih daripada sekadar materi juga akan menyedari akan hakikat kehebatan Penciptanya, Allah s.w.t.

Hakikat bahawa Allah meliputi segala-galanya dan tidak dikekang oleh ruang dan masa, dan bahawa takdir setiap makhluk yang bernyawa telah ditentukan, dan bahawa syurga dan neraka telah pun wujud dan, bahawa segala tingkahlaku manusia adalah diciptakan oleh Allah, pada asasnya adalah merupakan hakikat yang dibentangkan oleh agama hak yang mudah difahami. Bagaimanapun, segelintir manusia enggan untuk mengakui kebenaran ini, samada sedar atau pun tidak, akibat daripada pengaruh fahaman materialis. Dan dengan itu, adalah satu keperluan bagi mereka untuk melepaskan diri daripada belenggu rasa prejudis dan mempelajari mengenai hakikat sebenar kebendaan. Bab terakhir di dalam buku ini, Hakikat Kebenaran Yang Membatalkan Agama Batil dan Kekeliruan Evolusi mendedahkan intipati sebenar kebendaan dan melihatkan bahawa apa yang sehingga kini dianggap sebagai suatu misteri yang rumit sebenarnya adalah merupakan hakikat kebenaran yang begitu jelas, terang dan mudah.



Yahudi dengan semua kelengkapan rahsia mereka membawa kita menuju kepada satu kefahaman sesat yang amat merugikan. 

Setelah terjebak, kita sukar untuk kembali lagi ke landasan benar, kecuali atas kehendak dan rahmat dariNya.
Ilmu Syaitan menyesatkan manusia

Jauhilah dari terkena jerat Yahudi dan Nasrani. Mereka tidak pernah akan meredhai Kaum Muslimin sehingga semuanya mengikut kehendak dan cara mereka. Jangan ingkari pesanan baginda Nabi SAW. Darwininsma beselindung di sebalik jubah Yahudi dan Nasrani membawa Fahaman Meterialisma. Fahaman inilah yang sedang disogok kepada kita untuk diikuti. 

Jumaat, Jun 22, 2012

Haram Kunjung Al-Quds Kecuali Jihad Lwn Israel

KL 21 Apr 12: Ketua Persatuan Ulama Internasional, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dengan tegas menolak kunjungan Mufti Mesir Syeikh Ali Jum'ah ke Al-Quds dan Masjid Al-Aqsha. Qaradhawi kembali mempertegas fatwanya yang dikeluarkan sepuluh tahun lalu.

Fatwa tersebut mengharamkan kunjungan ke Al-Quds untuk umat Muslim selain orang Palestin, sebagai bentuk boikot terhadap penjajah Zionis Israel di bidang ekonomi, sosial dan budaya.

Dalam wawancaranya dengan AljazeeraQaradhawi mengatakan, kunjungan seperti itu akan memperkuat perekonomian penjajah Israel dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan penjajahan di Palestin.

"Ini adalah salah satu warna dari kerja sama dengan mereka, dan ini kerja sama yang diyakini haram kerana kerja sama dalam hal dosa dan permusuhan," tegas Qaradhawi.

"Bekerja sama dengan musuh adalah bentuk penerimaan terhadap mereka di wilayah kita, memecahkan pembatas antara kita dengan mereka," tambahnya lagi.

Qaradhawi menilai bahawa melakukan kunjungan atau melancong ke negara yang dijajah Zionis tersebut hukumnya haram secara syar'i, meski kunjungan tersebut dinamakan dengan kunjungan keagamaan atau ziarah ke Masjid Al-Aqsha.

Di samping itu, seperti yang diberitakan oleh surat khabar Mesir Al-Yaoum (19/042012), Dr. Abdul Mu'thi Bayumi, anggota Lembaga Kajian Al-Azhar juga menilai hal yang sama dengan Yusuf Qaradhawi. Bayumi juga melarang kunjungan ke negara Palestin yang sedang dijajah Zionis Israel.

"Saya menolak kunjungan ke Al-Quds di tengah penjajahan Israel, seperti yang saya ketahui bahawa Al-Quds berada di bawah Israel. Tidak dibolehkan umat Islam masuk ke Al-Quds, kecuali untuk berjihad dan melakukan perlawanan terhadap penjajah Israel," tutur Bayumi.

Sebelumnya, Syeikh Ali Jum’ah menyampaikan bahawa kunjungannya ke Al-Aqsha sepenuhnya atas bantuan pemerintah Jordan tanpa menggunakan visa dan cop di pihak penjajah Zionis, seperti yang dihebohkan media.. (IH)

Jumaat, Jun 15, 2012

Bendera Hitam Qutuz - Benteng akhir Makkah dan Madinah

Masih membincangkan mengenai Yakjuj dan Makjuj dalam Gelombang Pertama selepas leburnya Benteng atau Tembok Dzulqarnain. Sebagai sambungan kepada artikel sebelum ini.

Monggol - Utusan Dari NERAKA

Kekuasaan Allah swt memelihara Kota Suci Makkah dan Madinah di luar batas akal manusia. Secara tiba-tiba muncul Pembawa Bendera Hitam bangun menghalang kemusnahan dua bandar suci tersebut pada ketika Umat Islam berada dalam keadaan yang sangat lemah.

Bendera Hitam kembali semula selepas digunakan oleh tentera Islam zaman Khalifah ar Rasyidin. Peperangan ini berlaku di tanah Palestin, di mana terletaknya medan peperangan dahsyat antara tentera Islam dibawah kepimpinan Saifudin Qutuz dengan tentera Monggol (Hulagu) diketuai oleh Katabgha. Kemenangan mutlak Mamalik (Mamluk) Mesir ini ke atas tentera Monggol telah merencatkan gerakan ganas Hulagu di tanah Arab.


Quthbuddin Al Yunaini di dalam Al Bidayah Wan Nihayah(bab 658 H) mengatakan : ”Qutuz (sebelum menjadi raja) pernah bermimpi, Rasulullah saw mengatakan kepadanya bahwa dia akan menguasai Mesir dan memenangkan Perang melawan Tatar (Monggol)” 

Secara tidak langsung Qutuz telah menyelamatkan dua tanah suci Makkah dan Madinah. Makkah dan Madinah terselamat dari kerosakan yang dibawa oleh Monggol akibat kekalahan mereka di Ain Jalut. Kekalahan yang tidak pernah dijangkakan. Sebelum itu mereka membumi hanguskan Banghdad dan Syam. Menawan sepertiga muka bumi dari China hinggalah ke Eropah Timur (Poland). Alhirnya mereka tertewas juga di Ain Jalut. Satu peristiwa hebat yang terakam dalam sejarah. Ada sebab tertentu kenapa mereka tertewas di Ain Jalut ini.

Penulis Barat juga turut mengakui kehebatan pahlawan ini dan menggelarkannya sebagai Lion of Ain Jalut. Peperangan ini pula digelar sebagai Great Battle of Ain Jalut.

Medan Peperangan Ain Jalut

Monggol (Tatar) dengan ganasnya menawan seluruh bumi Arab sehinggalah dihalang oleh Mamalik (Mamluk) Mesir, sebuah kerajaan yang lemah dari segi ekonomi dan politik ketika itu. Sentiasa alami persengketaan dalaman dan huru hara berpanjangan sebelum itu. Tiada siapa pun menyangka kerajaan Mesir yang miskin akibat Perang Salib sebelumnya serta sengketa politik yang tidak pernah selesai, mampu tampil sebagai penampan kebuasan Monggol di Tanah Arab. Ramai pakar sejarah mengatakan, Monggol pasti akan meranapkan bumi Makkah dan Madinah sekaligus menghina Kaabah yang suci itu jika tidak ditewaskan oleh tentera Mamluk ini.

Lagi sekali keajaiban telah berlaku.

Akibat kekelahan yang tidak diduga itu, Makkah dan Madinah terselamat. Andaikata mereka terus menang dalam pertarungan tersebut, arah seterusnya ialah Jazirah Arab di mana terletaknya dua Tanah Suci tersebut. Begitulah hikmah hikmah dari Allah swt. Segalanya di bawah kekuasaanNya.

Mamluk Qutuz mengebarkan bendera hitam. Mereka secara tiba-tiba mendapat semangat jitu, cekal untuk mati shahid di medan perang ini. Inilah antara kehebatan tentera kecil dari Mesir yang mendapat pertolongan Allah. Secara tiba-tiba dapat mengalahkah tentera Monggol yang belum pernah kalah sebelum itu. Selepas dari peristiwa ini, terjadilah apa yang tidak pernah terfikirkan. Pemimpin Monggol dan tenteranya perlahan-lahan menerima Islam dan akhirnya beralih menjadi pemerintah dan tentera Islam pula. Makkah dan Madinah terus terselamat.


Kita imbas kembali peristiwa Ain Jalut ini.

Surat Hulagu Khan ini berbunyi :
Dari Raja Di Raja di Timur dan Di Barat, Khan Yang Agung Kepada Qutuz si Mamluk yang lari dari pedang-pedang kami!
Kamu seharusnya berpikir mengenai apa yang telah berlaku ke atas negara-negara yang lain dan menyerah kepada kami. Kamu telah mendapat kabar berita bagaimana kami telah menghancurkan kekhalifahan yang begitu besar, menyucikan bumi ini dari kerusakan yang mencacatkannya. Kami telah menawan kawasan yang luas dan membunuh semua manusia dengan kejam. Kamu tidak akan terlepas dari kerakusan dan kekejaman tentara kami!
Ke mana lagi kamu ingin lari? Jalan mana lagi yang kamu akan gunakan untuk melepaskan diri dari kami? Kuda-kuda kami berlari kencang, anak-anak panah kami tajam, pedang-pedang kami bagaikan guruh yang menakutkan, hati-hati kami keras bagaikan gunung, laskar-laskar kami banyak tak terbilang. Benteng-benteng kukuh tidak akan dapat menghalang kami, senjata-senjata tidak akan dapat membendung kami. Doa kamu tidak akan membawa apa-apa pengaruh ke atas kami. Kesedihan dan ratapan tidak kami pedulikan. Hanya mereka yang merayu untuk perlindungan kami akan selamat.
Bersegeralah dalam membalas surat ini sebelum api peperangan bermula. Jika kamu melawan, maka barang pasti kamu akan menderita dan tersiksa dengan kehancuran yang dahsyat. Kami akan menghancurkan masjid-masjid kamu dan memperlihatkan kelemahan Tuhan kamu.Kemudian kami akan membunuh anak-anak kamu dan orang-orang tua di kalangan kamu.
Kini, hanya kamulah satu-satunya musuh yang perlu kami hadapi.

Setelah menerima surat tersebut, Saifuddin Qutuz tidak gentar sedikitpun. Malah beliau dengan berani menghina delegasi tersebut dan membunuh mereka dan kepala mereka di gantung di pintu kota Mesir.

(Nota : Islam tidak membenarkan membunuh delegasi asing yang diutuskan. Kebanyakan ahli sejarah menyatakan bahwa tujuan kedatangan delegasi tersebut bukanlah sekadar menghantarkan surat Hulagu Khan semata- mata, tetapi telah bertindak sebagai mata- mata tentara Mongol. Hal ini selalu dilakukan Mongol sebelum berperang seperti yang mereka lakukan mata2 terhadap Hongaria oleh Subotai).

Peperangan Ain Jalut


Satu peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadhan adalah peristiwa peperangan Ain Jalut. Peristiwa ini berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 H di Ain Jalut dan Bisan, Palestin. Medan pertempuran tersebut terletak tidak jauh dari bandar al-Quds.

Ia adalah satu peperangan yang berjaya menebus kembali maruah umat Islam setelah dikalahkan oleh tentera Tatar di dalam peristiwa siri-siri serangan Tatar ke atas bumi Islam. Panglima yang berjaya mengembalikan kemuliaan umat ini adalah Saifudin Qutuz, salah seorang panglima Islam yang hebat. Kehebatan Qutuz dan kepentingan peperangan Ain Jalut hanya akan dapat dirasai jika kita dapat menyelami penderitaan umat hasil dari serangan Tatar ke atas umat Islam.

Kemaraan Tatar ke Negara Islam (617 H dan 628 H)

Serangan Tatar ke atas umat Islam di bawah pimpinan kerajaan Abbasiah sebenarnya tidak berlaku hanya pada tahun 656 H di dalam peristiwa kejatuhan Baghdad (650 tahun selepas era Rasulullah saw). Sebaliknya sebelum itu sudah pun ada dua siri serangan Tatar iaitu pada tahun 617 H dan 628 H.

Serangan pertama Tatar ke atas umat Islam berlaku pada tahun 617 H – 620 H di bawah pimpinan Genghis Khan. Serangan kali pertama ini mempunyai sebabnya yang diperselisihkan oleh ahli sejarah Islam. Apa pun puncanya, Dr. Raghib as-Sarjani lebih cenderung untuk mengatakan bahawa niat untuk menjatuhkan kerajaan Abbasiah memang telah wujud di dalam hati Genghis Khan sejak sekian lama.

Oleh kerana jarak yang jauh dari bumi China ke bumi Iraq, Genghis Khan menumpukan serangan pertamanya pada kali ini ke atas bumi Afghanistan dan Uzbekistan. Bumi ini dipilih kerana ia mempunyai sumber asli yang banyak dan amat sesuai untuk dijadikan pengkalan tentera Tatar untuk siri-siri serangan yang seterusnya.

Serangan pertama ini berjaya. Tatar berjaya bertapak di bumi tersebut dan bumi sekitarnya (Turkimenistan, Kazakhastan, Tajikistan, Pakistan dan sebahagian dari Iran). Kesemua negara-negara ini dahulunya dikenali sebagai Daulah Khawarizmiah. Hasil dari kejayaan ini, pemerintahan Tatar mula kukuh di kawasan tersebut. Mereka mempunyai pengkalan dan pusat pentadbiran mereka di tengah-tengah kerajaan Islam.

Serangan kedua Tatar ke atas umat Islam pula berlaku pada tahun 628 H. Pada tahun 624 H, Genghis Khan telah digantikan oleh seorang lagi raja Tatar yang tidak kurang bengisnya iaitu Okitai. Kerajaan Tatar di Mongolia dan China pada masa itu berada dalam keadaan stabil dan kuat. Keadaan ini memberikan banyak kelebihan kepada Okitai.

Lalu bermulalah serangan kedua Tatar ke atas umat Islam sebagai menyambung serangan yang pertama di zaman Genghis Khan. Serangan pada kali ini ditumpukan di sekitar bumi Rusia dan Eropah. Okitai melantik panglima perangnya, Syurmajan untuk mengepalai serangan pada kali ini.

Suasana bertambah buruk pada serangan kedua ini kerana pimpinan Islam pada masa itu berada dalam keadaan berpecah belah. Manakala sebahagian umat pula telah mula menunjukkan sikap pengecutnya dan tidak berani untuk melancarkan jihad. Ibnu al-Athir di dalam kitabnya al-Kamil meriwayatkan beberapa cerita yang didengarinya daripada sebahagian umat Islam yang berjaya melepaskan diri dari serangan kedua ini. Di antaranya:

a. Seorang tentera Tatar masuk ke dalam sebuah perkampungan seorang diri. Kemudian dia membunuh penduduk kampung tersebut seorang demi seorang tanpa mendapat tentangan dari sesiapa pun.

b. Seorang tentera Tatar menangkap seorang muslim. Oleh kerana tentera Tatar tersebut tidak bersenjata, dia telah mengarahkan pemuda muslim tadi agar melekapkan mukanya ke tanah dan tidak bergerak. Tentera Tatar tersebut pulang mengambil senjata dan kemudian datang kembali lalu membunuh pemuda tersebut.

c. Tentera Tatar memasuki bandar Badlis (sekarang berada di selatan Turki). Laluan ke bandar tersebut adalah laluan di celah-celah bukit yang sungguh sempit. Tidak ada seorang pun tentera Islam yang berjaya melepaskan diri dari serangan Tatar di bandar tersebut. Penduduk bandar tersebut pula melarikan diri ke atas bukit dan membiarkan Tatar membakar keseluruhan bandar tersebut.

Serangan Ketiga (656 H) dan Kejatuhan Baghdad


Kerajaan Tatar pada masa ini dipecahkan kepada tiga wilayah utama. Sebahagian ahli sejarah menamakannya ‘segitiga emas’. Raja Tatar pada masa ini adalah Manku Khan, seorang lagi Raja Tatar yang berjiwa keras dan mempunyai keazaman yang kuat. Beliau mentadbir ibu negara kerajaan Tatar, Qaraquram dengan dibantu oleh adiknya Ariq Bufa. Seorang lagi adiknya iaitu Qublai pula mentadbir jajahan Tatar di sebelah Timur (meliputi China, Korea dan bumi sekitarnya). Manakala jajahan Tatar di sebelah Iran dan bumi sekitarnya diserahkan kepada adiknya Hulagu, nama yang tidak asing bagi umat Islam.

Manku Khan ingin meneruskan misi Tatar yang seterusnya iaitu menjatuhkan kota Baghdad dan menyerang bumi Syam (Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan) dan Mesir. Tugas ini telah disandarkan kepada Hulagu, pahlawan Tatar yang mabukkan darah manusia dan dianggap sebagai jelmaan Genghis Khan. Dr. Raghib Sarjani menganggapnya sebagai manusia paling ganas sepanjang sejarah dunia. Kejahatannya itu makin bertambah setelah beliau berkahwin dengan Taqazkhatun, permaisuri Mongolia beragama Kristian yang amat membenci umat Islam.

Oleh kerana Baghdad adalah ibu negara kerajaan Islam Abbasiah, persiapan yang dilakukan oleh Hulagu dalam serangan ini agak teliti dan kemas. Tentera Tatar telah dipecahkan kepada tiga kumpulan dan datang dari tiga arah yang berlainan.

a. Pasukan pertama dipimpin oleh Hulagu sendiri. Ia dibantu oleh tentera elit Tatar dibawah pimpinan Bato. Misi pasukan pertama ini adalah mengepung bahagian timur kota Baghdad.

b. Pasukan kedua dipimpin oleh Katabgha, pahlawan Hulagu yang terbaik. Tugas pasukan ini adalah mengepung bahagian tenggara kota Baghdad. Katabgha jugalah yang memimpin tentera Tatar menentang Qutuz di dalam peperangan Ain Jalut.

c. Pasukan ketiga pula dipimpin oleh Bigo. Pasukan ketiga ini adalah tentera yang menjaga sempadan Anadol (sekarang di Turki). Tugas pasukan ini adalah untuk mendatangi Baghdad dari arah utara dan seterusnya mengepung bahagian barat kota Baghdad.

Ketelitian perancangan Hulagu boleh dilihat dari beberapa sudut:

a. Pasukan pertama dan kedua datang dari jarak 45o kilometer sebelum kota Baghdad. Walau pun begitu Hulagu berjaya mengaburi mata kerajaan Abbasiah sehinggakan tentera kerajaan Abbasiah hanya mengetahui kedatangan tentera itu ketika mereka hanya beberapa kilometer dari kota Baghdad.

b. Pasukan ketiga pula datang dari jarak 1,000 kilometer sebelum kota Baghdad. Tetapi pasukan ini berjaya sampai tepat pada masa yang dijanjikan untuk bergabung dengan kedua-dua pasukan yang lain.

c. Pasukan ketiga terpaksa merentasi 1,000 km perjalanan di bumi Turki dan Iraq (kedua-duanya adalah bumi Islam). Perjalanan ini akan merentasi perkampungan Islam dan kemungkinan terpaksa berhadapan dengan pertempuran awal. Amat menakjubkan apabila mereka berjaya berjalan tanpa disedari oleh orang Islam kecuali setelah mereka berada pada jarak 50 km dari kota Baghdad di sebelah Barat Daya. Kejayaan ini setelah mereka berjaya merasuah Gabenor Anadol, Qalaj Arsalan dan Gabenor Mosul, Badruddin Lu’lu’ sehingga kedua-duanya bertindak mengkhianati umat Islam.

Berlakulah peperangan. Jatuhlah kota Baghdad dengan segala cerita duka di dalamnya. Menurut Abul Hasan Ali an-Nadwi, umat Islam yang terbunuh di dalam peristiwa kejatuhan Baghdad tersebut adalah 1,800,000 orang. Satu angka yang cukup menakutkan sesiapa sahaja yang cuba membayangkannya. Darah mengalir di jalanan. Buku-buku dicampak ke dalam sungai dan semua itu dianggarkan berjumlah sebanyak dua juta naskhah buku. Ahli sejarah menganggap itu sebagai punca kemunduran umat Islam selepas itu. Semua itu berlaku dalam masa 40 hari.

Kejatuhan Syam

Kejatuhan Baghdad bukan kemuncak bagi penderitaan umat pada ketika itu. Sebaliknya umat semakin menderita dengan sikap sebahagian raja dan ulama’ Islam pada masa itu yang sanggup menggadaikan agama semata-mata untuk mendapat jaminan kehidupan dari Tatar.

Siapakah yang tidak sayu bila melihat sebahagian raja Islam menghulurkan tangan persahabatan dengan Hulagu sedangkan darah jutaan umat Islam masih lagi belum kering? Raja Mosul, Badruddin Lu’lu’ menghulurkan tangan persahabatan dengan Hulagu. Begitu juga Kaikawis II dan Qalaj Arsalan, Raja Anadol. Raja Halab dan Damsyik, al-Nasir Yusof juga mengambil langkah sama. Raja-raja itu telah membuka Iraq Utara, sebahagian Syam dan Turki kepada Tatar tanpa peperangan. Tidak cukup setakat itu. Tanggungan umat semakin berat apabila menyaksikan sebahagian ulama’ pada masa itu mengeluarkan fatwa mengharuskan perjanjian damai tersebut dengan hujah-hujah yang amat mengelirukan.

Hanya seorang Raja di daerah tersebut yang mengiklankan jihad. Raja tersebut adalah Al-Kamil Muhammad al-Ayubi, Raja Miyafarqin. Miyafarqin adalah bandar yang terletak sekarang ini timur Turki menuju ke sebelah barat Turki. Tentera Raja Al-Kamil Muhammad al-Ayubi menguasai timur Turki, barat laut Iraq dan timur laut Syria.

Tetapi kegilaan Tatar mengatasi segala-galanya. Bandar Miyafarqin dikepung dan akhirnya jatuh. Begitu juga dengan bandar Halab. Bandar Damsyik juga jatuh. Kemuncaknya adalah penjajahan Tatar ke atas bumi Palestin.

Mesir Bumi Ribat (Benteng Islam)

Ketika Tatar memulakan serangannya ke atas umat Islam, Mesir berada dalam krisis yang amat runcing. Ia berada di bawah pemerintahan kerajaan Mamalik dan melalui satu pergolakan politik yang amat dahsyat. Kerajaan Mamalik Bahriah (salah satu fasa dalam kerajaan Mamalik) mentadbir Mesir selama 144 tahun. Dalam tempoh tersebut Mesir diperintah oleh 29 orang sultan. Satu jumlah yang banyak untuk pemerintahan selama satu kurun setengah. Daripada 29 orang sultan tersebut, 10 daripadanya mati dibunuh dan 12 daripadanya digulingkan. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kekuatan dan kekerasan adalah asas perubahan di dalam kerajaan Mamalik.

Setelah fasa Mamalik Bahriah, menyusul pula fasa Mamalik Muizziah. Pemerintah awal di fasa ini adalah Raja Izzuddin Aibak. Beliau berjaya mengembalikan kestabilan politik kepada Mesir. Tetapi kestabilan itu hanya bertahan selama tujuh tahun. Keadaan kembali kucar kacir selepas pembunuhan beliau dan seterusnya pembunuhan isterinya, Syajarah ad-Dur. Setelah bertukar ganti pemerintah, akhirnya Mesir diperintah oleh Saifuddin Qutuz.

Pembunuhan Raja Izzudin Aibak dan isterinya telah membawa kepada perselisihan di antara Mamalik Bahriah (penyokong kerajaan lama) dan Mamalik Muizziah (kerajaan baru yang diperintah oleh Qutuz) dan ianya masih berterusan di zaman Qutuz. Sebahagian penyokong Mamalik Bahriah mengambil sikap berpindah ke bumi Syam dan lain-lain. Manakala yang tinggal menetap di Mesir mengambil sikap mengasingkan diri. Ini menjadikan Mesir lemah dari sudut pertahanan kerana asas kepada pasukan tentera Mesir adalah penyokong Mamalik Bahriah.

Di masa yang sama, serangan Tatar ke atas bumi Syam telah memutuskan Mesir dan Syam. Tiada perhubungan di antara keduanya. Mesir juga tidak mendapat bantuan dari Sudan dan negara-negara di utara Afrika. Ini menjadikan Mesir seolah-olah keseorangan di tengah-tengah krisis yang berlaku di seluruh negara Islam.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Mesir juga pada masa itu ditimpa krisis ekonomi. Siri-siri perang Salib yang berlaku sebelum itu telah melumpuhkan ekonomi Mesir. Sebahagian dari lokasi perang salib adalah di bumi Mesir. Tentera Mesir juga adalah tentera yang banyak terlibat di dalam perang salib yang berlaku di tempat lain. Salehudin Ayubi menjadikan Mesir sebagai salah satu benteng pertahanannya.

Disamping sebahagian tentera Salib yang masih ada di bumi Islam, masalah ditambah lagi dengan kedatangan musuh baru Islam iaitu Tatar.

Qutuz, Penyelamat Ummah

Qutuz menaiki tahta Mesir pada 24 Zulqaedah 657 H.

Sebelum beliau menaiki tahta Mesir, Serangan pertama Tatar (617 H), serangan kedua Tatar (628 H) dan kejatuhan Baghdad (656 H) telah pun berlaku dan meninggalkan kesan yang amat parah kepada umat Islam di luar Mesir. Selepas beliau menaiki tahta Mesir pula, Halab jatuh ke tangan Tatar pada Safar 658 H dan Damsyik jatuh pada Rabi’ul Awal 658 H menjadikan keadaan di luar Mesir bertambah gawat. Kejatuhan Palestin keseluruhannya juga berlaku pada masa yang sama. Mesir bersempadan dengan Palestin di sebelah timur Mesir pada bandar Gaza.

(Sila lihat penerangan terhadap kehadiran Yakjuj dan Makjuj di bumi Palestin dalam artikel sebelumnya, Utusan dari NERAKA -Gelombang pertama Yakjuj dan Makjuj dan Setelah leburnya Tembok Zulkarnain. Penguasaan terhadap Palestin ini mengesahkan bahawa mereka adalah gerombolan Yakjuj Makjud pertama sebaik sahaja runtuhnya Tembok Zulkarnain).

Demikianlah kita melihat Qutuz terbeban dengan satu masalah yang cukup berat. Sasaran Tatar seterusnya adalah Mesir sedangkan Mesir tidak bersedia untuk menambah masalah baru disamping masalah-masalah dalaman dan luaran yang sedia ada.

Sikapnya untuk memerangi Tartar sebagaimana yang ditunjukkan oleh Qutuz amat membanggakan umat Islam pada ketika itu. Sikap itu terus menerus menjadi punca kepada kehebatannya pada pandangan mata umat sepanjang zaman. Qutuz mengambil keputusan untuk menghadapi Tatar dan tidak akan lari seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam. Dia juga mengambil sikap tidak akan menghulurkan perdamaian kepada Tatar sebagai mana yang menjadi pilihan sebahagian Raja-raja Islam ketika itu.

Tiga Langkah Awal

Qutuz mengambil tiga langkah awal sebelum melancarkan peperangan ke atas Tatar. Ketiga-tiga langkah ini dilihat amat berkesan dan menjadi sumber kekuatan kepada tentera Islam pada ketika itu.

Langkah pertama yang diambil oleh Qutuz adalah mengembalikan kestabilan keadaan dalaman Mesir. Beliau memanggil golongan istana, pembesar-pembesar, menteri-menteri, ulama’-ulama’ dan golongan berpengaruh di dalam masyarakat. Beliau berkata kepada mereka: “Apa yang aku inginkan dari jawatan ini hanyalah agar kita bersatu untuk melawan Tatar. Urusan itu tidak mampu diselesaikan tanpa Raja. Apabila kita berjaya keluar dari masalah ini dan mengalahkan Tatar, urusan ini terletak di tangan kamu semua. Pilihlah sesiapa yang kamu kehendaki untuk menjadi pemerintah.”

Ucapan Qutuz tersebut telah meredakan ketamakan sebahagian dari pembesar yang berniat untuk merampas tahta Mesir dari tangan Qutuz.

Di masa yang sama beliau telah memecat Menteri, Ibnu binti al-A’az dan menggantikannya dengan Zainuddin Ya’kub bin Abd Rafi’. Ini kerana beliau lebih meyakini kesetiaan Zainuddin Ya’kub daripada Ibnu binti al-A’az. Kemudian beliau mengekalkan Farisuddin Aqtai as-Soghir sebagai panglima tentera walau pun beliau adalah penyokong Mamalik Bahriah.

Langkah kedua yang telah dilakukan oleh Qutuz adalah memberikan pengampunan kepada semua penyokong Mamalik Bahriah. Perselisihan yang berlaku sebelum ini yang berpunca dari pembunuhan Raja Izzuddin Aibak ingin segera dihentikan oleh Qutuz.

Mamalik Bahriah mempunyai pengalaman yang luas di dalam medan peperangan. Di antara kehebatan yang pernah mereka tunjukkan adalah kemenangan mereka di dalam Perang Mansurah (salah satu siri perang Salib) pada tahun 648 H. Pengampunan itu telah berjaya memujuk mereka yang telah keluar meninggalkan Mesir untuk kembali ke Mesir. Rombongan penyokong Mamalik Bahriah kembali berduyun ke Mesir dari bumi Syam, Karak (di Jordan sekarang) dan bumi kerajaan Saljuk. Dengan itu Mesir berjaya mendapatkan kembali kekuatan tenteranya.

Langkah ketiga yang diambil oleh Qutuz adalah mengusahakan penyatuan semula antara Mesir dan Syam. Seperti yang diceritakan sebelum ini, Raja Damsyik dan Halab (sebahagian dari bumi Syam) iaitu Raja Nasir al-Ayubi telah melakukan perjanjian damai dengan Tatar. Perjanjian itu tidak berhenti setakat memohon perdamaian, bahkan Raja Nasir al-Ayubi pergi lebih jauh dari itu dengan meminta bantuan Tatar untuk menjatuhkan Mesir.

Qutuz menulis surat kepada Raja Nasir al-Ayubi memohon penyatuan Mesir dengan Syam. Bahkan beliau menyatakan kesanggupannya untuk duduk di bawah Raja Nasir al-Ayubi. Malangnya surat tersebut tidak dilayan.

Tetapi apabila Damsyik dan Halab ditawan oleh Tatar dan selepas Raja Nasir al-Ayubi lari menyelamatkan diri ke Karak, tentera Syam telah bergerak menuju ke Mesir dan bergabung dengan tentera Mamalik. Kesatuan ini menambahkan lagi kekuatan Mesir dan memberikannya satu semangat yang cukup kuat untuk berhadapan dengan Tatar.

Ketiga-tiga langkah ini telah memberikan Mesir satu kekuatan baru pada awal tahun 658 H. Di sini terserlah kepada kita kecekalan dan kesungguhan Qutuz. Ketiga-tiga langkah awal yang mungkin memerlukan masa yang panjang untuk dicapai, telah berjaya diselesaikan oleh Qutuz dalam masa tidak sampai tiga bulan sahaja dari tarikh beliau menaiki tahta Mesir.

Disimpulkan bahawa keadaan dunia Islam pada awal tahun 658 H adalah:

a. Mesir berjaya mendapatkan kekuatannya

b. Baghdad, Halab dan Damsyik jatuh ke tangan Tatar disamping negara-negara lain yang telah jatuh sebelumya (Daulah al-Khowarizmiah, Daulah Arminiah, Daulah Karjiah)

c. Palestin keseluruhannya jatuh ke tangan Tatar termasuk Gaza yang terletak hanya 35 kilometer dari sempadan Mesir

Surat Ancaman Hulagu

Ketika Mesir masih lagi di peringkat awal untuk mempersiapkan dirinya, empat orang wakil Hulagu telah datang memberikan surat perutusan dari beliau. Wakil tersebut datang beberapa hari selepas kejatuhan Halab (Safar 658 H), iaitu hanya tiga bulan selepas Qutuz menaiki tahta Mesir (Zulqaedah 657 H).

Surat tersebut telah memperlekehkan kekuatan tentera Islam dan memberikan kata dua kepada mereka; menyerah atau berperang. Sebahagian dari pembesar pada masa itu mula merasa takut dan ingin menarik diri kerana persiapan Mesir pada ketika masih lagi tidak seberapa jika dibandingkan dengan Tatar yang menguasai satu kawasan jajahan yang cukup luas (dari Korea ke Poland hari ini).

Qutuz mengumpulkan pembesar-pembesar dan panglima-panglima perangnya lalu berkata kepada mereka:

“Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad.”

Kata-kata beliau telah menyentak dan menyedarkan kembali pembesar-pembesar Mesir ketika itu. Mereka bukan berhadapan dengan dua pilihan yang diberikan oleh Hulagu, tetapi mereka berhadapan dengan pilihan yang diberikan oleh Allah terhadap mereka. Jihad pada ketika itu adalah fardhu dan mereka tidak ada pilihan selain dari itu.

Setelah berunding dengan semua pembesar, akhirnya mereka memutuskan untuk membunuh keempat-empat utusan tersebut. Kepala mereka telah digantung di tengah bandar Kaherah.

Perbuatan ini yang bertujuan untuk menegaskan keberanian tentera Islam untuk berdepan dengan Tatar telah mendapat kritikan sebahagian dari pengkaji sejarah. Mereka berpendapat bahawa tidak terdapat sebab yang kuat untuk Qutuz membunuh kesemua utusan tersebut kerana Islam adalah agama yang tidak membenarkan utusan perang dibunuh.Walau pun begitu ada juga yang mengandaikan kemungkinan berlaku beberapa peristiwa yang membawa kepada pembunuhan tersebut tetapi tidak diketahui dan tidak tercatat dalam sejarah. Wallahu a’lam.

Masalah Belanjawan Perang dan Fatwa al-Izz bin Abdis Salam

Selesai dari masalah surat Hulagu, Qutuz berhadapan dengan satu masalah lain iaitu sumber kewangan untuk mempersiapkan Mesir menghadapi peperangan. Belanjawan yang besar diperlukan untuk memperbaiki benteng, jambatan, membeli senjata dan peralatan perang serta bekalan makanan yang mencukupi untuk tentera dan rakyat jika Mesir dikepung oleh Tatar. Dalam keadaan Mesir yang dilanda dengan krisis politk dan ekonomi ketika itu, Qutuz tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyelesaikan masalah itu setelah surat ancaman Hulagu sampai kepadanya memberikan isyarat bahawa serangan Tatar akan datang pada bila-bila masa. Tatar sudah berada di sempadan Mesir.

Qutuz memanggil para pembesar negara lalu melakukan mesyuarat. Pilihan yang ada pada mereka adalah untuk mengutip duit dari rakyat jelata. Ia perlu dilakukan segera. Mereka tidak ada pilihan selain dari itu. Tetapi pilihan ini memerlukan satu fatwa dikeluarkan oleh ulama’ Islam kerana umat tidak pernah kenal ada cukai lain selain dari zakat. Tanpa fatwa tersebut, Qutuz tidak akan melakukannya kerana menyelesaikan masalah dengan jalan yang tidak syar’ie hanya akan menjebakkan Mesir ke dalam masalah lain yang mungkin lebi h besar. Syariat adalah batas bagi segala-galanya.

Di antara yang dipanggil untuk turut serta di dalam mesyuarat tersebut adalah seorang ulama’ bernama al-Izz bin Abdis Salam (lebih dikenali sebagai Izzuddin Abdis Salam). Beliau lahir pada tahun 577 H. Ketika mesyuarat tersebut umurnya sudah mencecah 81 tahun. Ibnu Daqiq al-Aid menggelarnya sebagai ‘Sultan kepada semua ulama’. Gelaran ini diberikan kerana sifat beliau yang amat tegas di dalam menasihati para pemerintah dan panglima perang ketika perang Salib sedang rancak berlaku. Beliau bukan sahaja memberikan fatwa di dalam masalah ibadah tetapi juga turut campur tangan di dalam memberikan fatwa di dalam masalah politik dan peperangan.

Beliau pernah dipenjarakan di Damsyik dan di Quds kerana kelantangan fatwanya terhadap pemimpin Islam yang mengkhianati umat Islam dan melakukan persepakatan dengan tentera Salib. Setelah dibebaskan oleh Raja Soleh Najmuddin Ayub, raja Mesir ketika itu, beliau berpindah ke Mesir dan menjadi Mufti Mesir setelah sebelum ini menjadi Mufti di Palestin dan Syam.

Ketika Qutuz mencadangkan agar dilakukan kutipan dari rakyat jelata, Izzuddin Abdis Salam mengeluarkan satu fatwa yang cukup tegas. Beliau berkata:

“Apabila negara Islam diserang, wajib ke atas dunia Islam untuk memerangi musuh. Harus diambil dari rakyat jelata harta mereka untuk membantu peperangan dengan syarat tidak ada harta langsung di dalam Baitul Mal. Setiap kamu (pihak pemerintah) pula hendaklah menjual semua yang kamu miliki dan tinggalkan untuk diri kamu hanya kuda dan senjata. Kamu dan rakyat jelata adalah sama di dalam masalah ini. Ada pun mengambil harta rakyat sedangkan pimpinan tentera memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya adalah tidak harus.”

Fatwa yang cukup tegas ini disambut juga dengan ketegasan oleh Qutuz. Beliau memerintahkan semua pembesar negara dan pimpinan perang agar menyerahkan semua yang mereka miliki kepada negara. Hasil yang menakjubkan, secara tidak langsung menunjukkan bahawa Mesir sebenarnya adalah negara yang kaya tetapi kekayaan tersebut telah disalahgunakan oleh sebahagian pimpinan pada masa itu menjadikan ianya miskin. Penyerahan harta dari pembesar negara telah disambut oleh seluruh rakyat jelata. Mereka mula menyumbangkan harta masing-masing untuk memenuhi tuntutan belanjawan perang. Semua turut serta di dalam memberikan sumbangan. Fatwa Izzudin bin Abdis Salam benar-benar dapat menyelesaikan masalah tersebut dalam kadar yang segera.

Kejutan Dari Qutuz; Memerangi Tatar Bukan Bertahan di Mesir

Mesir sudah bersedia untuk menghadapi Tatar. Segala sunnah dan asbab telah diambil oleh Qutuz. Qutuz berjaya menaikkan semangat rakyat Mesir. Qutuz berjaya memadamkan perselisihan di antara pembesar Islam. Qutuz berjaya mendamaikan antara Mamalik Bahriah dan Mamalik Muizziah. Qutuz berjaya menyatukan antara Mesir dan Syam, dua wilayah Islam yang kuat. Qutuz berjaya memperkecilkan Tatar pada pandangan umat Islam. Qutuz berjaya membersihkan jiwa pembesar dan rakyat. Qutuz berjaya membersihkan wang-wang haram dan melancarkan jihad dengan menggunakan wang yang halal.

Dengan kekuatan tersebut Qutuz memilih untuk melakukan tindakan yang cukup berisiko. Beliau telah mengisytiharkan pandangannya di dalam mesyuarat dengan pimpinan tentera untuk mereka keluar menyerang Tatar di bumi Palestin dan mengubahnya dari rancangan asal iaitu menunggu serangan Tatar di Mesir. Pandangan ini amat mengejutkan pimpinan tentera sehinggakan sebahagian dari mereka bangun terkejut setelah mendengar pandangan tersebut. Berlakulah perbincangan dan Qutuz menerangkan kepada mereka rahsia pilihannya itu.

Qutuz menegaskan beberapa noktah yang kemungkinan tidak disedari oleh sebahagian pimpinan tentera akibat terlalu lama berada dalam krisis politik.

a. Keselamatan Mesir bukan terletak di Kaherah tetapi sebaliknya bermula dari sempadan Mesir di sebelah timur. Dengan itu usaha untuk menyelamatkan sempadan Mesir – Palestin mesti dilakukan dari peringkat awal dengan cara menyerang Tatar di Palestin.

b. Berperang di luar Mesir memberikan Mesir kelebihan; iaitu mereka masih lagi ada peluang kembali ke Mesir untuk menyusun semula strategi. Tetapi jika mereka kalah di dalam bumi Mesir, mereka tidak mempunyai peluang tersebut. Sebaliknya Tatar dengan mudah dapat terus menerobos ke Kaherah, ibu negara Mesir.

c. Tentera Islam mesti melakukan kejutan ke atas musuh dengan cara mereka yang menentukan tempat dan masa untuk berperang. Dengan itu mereka berada dalam keadaan cukup bersedia untuk berperang dalam keadaan musuh tidak bersedia sepenuhnya.

d. Mesir bertanggungjawab bukan sahaja ke atas keselamatan Mesir tetapi juga ke atas keselamatan bumi-bumi Islam yang lain. Jihad mempertahankan negara Islam yang dijajah adalah fardhu ke atas negara jiran jika negara yang dijajah itu tidak mampu mempertahankan dirinya.

e. Umat Islam mempunyai kewajipan untuk menyerang dan membuka negara Tatar lalu menawarkan kepada mereka samada Islam atau jizyah. Apatah lagi jika sekiranya tentera Tatar berada di bumi Islam, kewajipan untuk membuka yang dijajah oleh Tatar tersebut lebih wajib lagi dari menyerang negara Tatar sendiri.


Setelah perbincangan yang panjang, akhirnya keputusan diambil bersama. Tentera Islam akan bergerak menuju ke bumi Palestin dan menyerang Tatar di situ.

Perjanjian Damai Islam – Salib di Akka

Untuk sampai ke tempat yang sesuai dijadikan medan perang di Palestin, tentera Islam terpaksa melalui bandar Akka. Bandar Akka pada ketika itu masih lagi di bawah jajahan tentera Salib sejak tahun 492 H. Mereka telah berada di Akka selama 166 tahun. Terdapat generasi tentera Salib di bandar tersebut.

Tentera Salib berada dalam keadaan yang cukup lemah di Akka. Kelemahan ini hasil dari keletihan peperangan yang mereka terpaksa hadapi dari tentera Salehudin Ayyubi sebelum ini. Pembebasan Quds berlaku pada tahun 643 H. Peperangan Mansurah berlaku pada tahun 648 H. Selepas peperangan tersebut, ramai tentera Salib yang dijadikan tawanan termasuk King Louis IX, Raja Perancis.

Walau pun begitu, untuk membebaskan Akka dari tentera Salib tidaklah semudah yang disangkakan. Benteng terkuat tentera Salib adalah di Akka. Banyak cubaan termasuk cubaan oleh Salehudin al-Ayyubi untuk membebaskan Akka menemui kegagalan sebelum ini. Ini termasuk kemungkinan akan berlaku sekali lagi persepakatan di antara tentera Tatar dan tentera Salib yang akan menguatkan kembali Akka.

Langkah yang diambil oleh Qutuz adalah melakukan perjanjian damai sementara dengan pemerintah Salib di Akka. Perjanjian damai ini akan berakhir apabila peperangan menentang Tatar selesai. Langkah ini diambil oleh Qutuz di atas beberapa pertimbangan:

a. Memerangi tentera Salib dan tentera Tatar serentak akan menghilangkan tumpuan tentera Islam dan melemahkan mereka.

b. Tatar adalah masalah utama ketika itu

Qutuz menghantar utusannya untuk menawarkan perjanjian damai. Beberapa syarat diberikan oleh Qutuz kepada tentera Salib yang menunjukkan bahawa Islam sebenarnya berada di posisi kuat ketika melakukan perjanjian dan bukan di posisi lemah. Ia tidak boleh disamakan dengan perjanjian yang berlaku di antara sebahagian pihak yang mewakili Palestin sekarang dengan Yahudi penjajah.

Wakil Qutuz menawarkan kepada penduduk Akka keamanan. Mereka juga menawarkan akan menjual kuda-kuda tentera Tatar dengan harga yang murah kepada penduduk Akka jika mereka berjaya menjatuhkan Tatar. Tawaran ini amat menarik bagi penduduk Akka yang sememangnya kekurangan kuda. Kuda-kuda Tatar terkenal di zaman itu sebagai kuda yang kuat.

Tetapi di masa yang sama, wakil Qutuz mengenakan syarat bahawa Akka perlu memberikan bantuan makanan dan apa-apa yang diperlukan oleh tentera Islam sepanjang mereka berada di Palestin. Wakil Qutuz juga memberikan amaran keras kepada tentera Salib di Akka bahawa jika berlaku sebarang pengkhianatan di pihak tentera Salib, tentera Islam akan meninggalkan peperangan melawan Tatar dan menumpukan sepenuh tenaga mereka kepada tentera Salib sehingga Akka berjaya dibebaskan.

Di pihak tentera Salib, mereka sebenarnya tidak mempunyai pilihan yang lebih baik dari menerima tawaran tersebut. Menolak tawaran perjanjian damai akan menaikkan kemarahan tentera Islam dan kemungkinan akan membawa kepada kejatuhan Akka. Dengan itu Akka dengan segera menerima perjanjian damai sementara itu.

Laluan Qutuz dan tentera Islam ke Palestin untuk berhadapan dengan Tatar kini terbuka.

Pembersihan Saff Muslimin

Kini peperangan benar-benar berada di ambang mata. Ia benar-benar akan berlaku. Kejutan berlaku kepada sebahagian tentera yang pada awalnya menyangka bahawa usaha Qutuz tersebut hanyalah kempen menaikkan semangat. Ketakutan menyelubungi mereka kerana Tatar adalah kekuatan gila yang tidak pernah dikalahkan. Tentera Salib tidak segila itu. Bahkan pada zaman itu meniti dari mulut ke mulut satu mitos yang diterima oleh semua orang pada masa itu ‘jika kamu mendengar Tatar dikalahkan, jangan percaya’.

Mereka lari meninggalkan tentera Islam. Sebahagiannya lari ke bumi Hijaz. Ada yang lari ke Yaman. Ada juga yang lari jauh sehingga ke Morocco. Hasil dari itu tentera Islam benar-benar bersih dari jiwa-jiwa yang kotor. Yang turut berperang adalah mereka yang benar-benar jelas matlamatnya, kuat dan berani menanggung segala risiko. Mereka bersedia untuk syahid di jalan Allah.

Soff muslimin berada di kemuncak persiapan. Segala-galanya telah disiapkan oleh Qutuz, Raja yang menyerahkan kehidupannya untuk agama Allah. Usaha yang bermula dari Zulkaedah 657 H sehingga ke Sya’ban 658 H itu (tidak sampai 10 bulan) telah benar-benar membuahkan hasilnya.

Kini tentera Islam sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi Tatar.

Sya’ban 658 H: Ke Bumi Palestin Untuk Menumbangkan Tatar


Pergerakan tentera Islam bermula pada bulan Sya’ban 658 H. Ia bersamaan bulan Julai 1260 M. Bulan Julai adalah musim panas. Merentasi padang pasir di dalam musim panas bukanlah suatu yang mudah. Ditambah pula mereka akan menghampiri bulan Ramadhan. Tetapi Qutuz tidak menangguhkan langsung operasi tersebut.

Tentera Islam dilatih di Kaherah, Asyut, Iskandariah dan Dimyat. Daripada kem-kem latihan tersebut mereka berkumpul di Solehiah yang terletak di Syarqiah, Mesir sekarang ini. Dari situ mereka bergerak ke sebelah timur dan kemudian naik ke utara menuju ke Arisyh. Itulah bandar pertama mereka berteduh setelah merentasi padang pasir dari Solehiah. Dari Arisyh mereka menuju ke Gaza yang berada di bawah penguasaan Tatar.

Qutuz telah membagikan tenteranya kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama agak kecil jika dibandingkan dengan kumpulan kedua. Kumpulan pertama ini diketuai oleh panglima Islam yang hebat, Ruknuddin Baibras. Kumpulan ini berjalan terpisah agak jauh dari kumpulan kedua. Kumpulan pertama ini berjalan menzahirkan dirinya manakala kumpulan kedua berjalan dengan perlahan dan menyembunyikan diri. Ini adalah antara taktik perang yang dilakukan oleh Qutuz untuk mengelabui mata musuh agar musuh silap di dalam menghitung kekuatan tentera Islam.

Kemenangan di Gaza

Pada 26 Julai 1260 M (16 SHa`baan 658 H) Baibras sudah berjaya melepasi sempadan Mesir – Palestin. Dia berjaya melepasi Rafah, Khan Yunus dan Dir Balah. Kini dia berada terlalu hampir dengan bandar Gaza.

Perisikan Tatar berjaya mengesan kemaraan tentera Baibras. Mereka menyangka bahawa pasukan itu adalah keseluruhan tentera Islam tanpa mengetahui tentang kewujudan pasukan kedua tentera Islam yang berada jauh dari Gaza. Berita tersebut sampai kepada tentera Tatar. Ketika itu tentera utama Tatar di bawah pimpinan Katabgha masih lagi jauh dari Gaza. Mereka berada di bumi Lubnan, 300 kilometer dari Gaza. Dengan itu mereka menghantar satu pasukan yang tidak begitu besar untuk menghadapi tentera Islam.

Berlakulah pertembungan di antara dua pasukan tersebut. Kali pertama setelah puluhan tahun, tentera Islam menang di dalam pertembungan melawan Tatar. Terbunuh di dalam peperangan tersebut sebahagian tentera Tatar. Tentera yang terselamat melarikan diri menyampaikan berita tersebut kepada Katabgha.

Marah bercampur terkejut. Itulah reaksi Katabgha dan tentera Tatar ketika mendengar berita kekalahan mereka. Sebelum ini mereka sudah terbiasa membunuh orang Islam tanpa mendapat tentangan sengit. Mereka juga sudah terbiasa dengan beberapa Raja Islam yang menghinakan diri memohon perdamaian dari mereka. Di luar jangkaan mereka, masih ada lagi tentera Islam yang berani melawan mereka dan mampu mengalahkan mereka. Ini adalah pengalaman baru bagi Tatar.

Di pihak tentera Islam, kemenangan itu menaikkan semangat mereka untuk terus berjihad. Mereka tidak lagi menoleh ke belakang. Sebaliknya mereka akan terus ke hadapan sehingga ke kehancuran Tatar.

 

Pemilihan Lokasi Peperangan: Ain Jalut

Tentera Islam terus bergerak dari Gaza melepasi Asqalan dan Yafa. Dari situ mereka singgah sebentar di Akka dan berjumpa dengan pimpinan tentera Salib di Akka untuk memastikan perjanjian masih lagi dipatuhi oleh mereka.

Seterusnya Qutuz dan tentera Islam bergerak meninggalkan Akka menuju ke Ain Jalut. Di manakah Ain Jalut?




Ain Jalut terletak tidak jauh dari perkhemahan Janin sekarang ini. Ia terletak di antara bandar Bisan dan Nablus. Ia terletak 65 kilometer dari Hittin, medan peperangan Hittin yang berlaku pada tahun 583 H. Ia terletak 6o kilometer dari Yarmuk, medan peperangan Yarmuk yang berlaku enam kurun sebelumnya. Kedudukannya banyak mengembalikan memori tentera Islam kepada kemenangan tentera Islam sebelum itu.

Ia dipilih kerana ia adalah kawasan lapang yang luas dan dikelilingi oleh bukit kecuali di bahagian utaranya. Bukit-bukit tersebut dipenuhi pokok-pokok yang memudahkan tentera Islam untuk bersembunyi. Satu pasukan kecil di bawah pimpinan Baibras diletakkan di bahagian utara sementara tentera yang lain bersembunyi di sebalik pokok.

Semua berada dalam keadaan bersedia menanti kedatangan Katabgha dan tentera Tatar.

24 Ramadhan 658 H

Ketika Qutuz dan tentera Islam sudah pun berada di bumi Ain Jalut, datang sejumlah sukarelawan dari Palestin. Sebelum ini mereka menyembunyikan diri dari medan peperangan. Kesungguhan Qutuz dan qudwah yang ditunjukkan oleh beliau telah menghilangkan ketakutan mereka.

Di samping itu, medan Ain Jalut juga mula dipenuhi dengan petani-petani, kanak-kanak dan wanita. Sebahagiannya ada yang telah tua dan uzur. Kesemuanya keluar untuk memberikan bantuan dalam bentuk yang mereka mampu. Qutuz benar-benar berjaya menggerakkan umat Islam kembali ke medan jihad.

Di hari yang sama, datang seorang utusan kepada tentera Islam dan memohon untuk bertemu dengan Qutuz. Dia memperkenalkan dirinya sebagai wakil Sorimuddin Aibak, seorang muslim yang dijadikan tawanan Tatar dan dipaksa berkhidmat untuk tentera Tatar. Wakil tersebut berkata bahawa dia membawa beberapa pesanan dari Sorimuddin Aibak untuk disampaikan kepada Qutuz.

Pesanan tersebut adalah beberapa maklumat penting untuk tentera Islam:

a. Tentera Tatar tidak lagi sekuat sebelum ini. Hulagu telah membawa sebahagian tentera dan panglima perangnya ke Tibriz, Iran. Kekuatan mereka tidak lagi sekuat ketika mereka menakluk Syam.

b. Bahagian kanan tentera Tatar lebih kuat dari bahagian kiri mereka. Dengan itu tentera Islam hendaklah menguatkan bahagian kiri mereka untuk menghadapi bahagian kanan tersebut.

c. Asyraf al-Ayubi, Raja Hims yang sekarang ini bersama tentera Tatar ingin kembali ke pangkuan tentera Islam. Mereka akan melakukan tipu helah agar tentera Tatar yang bersama mereka dapat dikalahkan.




Maklumat ini diterima oleh Qutuz dengan penuh hati-hati, bimbang jika sekiranya ia adalah sebahagian dari taktik dan tipu daya Tatar.

Semua ini berlaku pada siang 24 Ramadhan 658 H di Ain Jalut.

Pada malamnya Qutuz dan tentera Islam melakukan tahajud dan memohon dari Allah kemenangan tentera Islam dalam pertempuran esok hari. Malam itu adalah malam 25 Ramadhan dan kemungkinan ia adalah malam Lailatul Qadar. Mereka menghabiskan malam mereka dengan tahajud dan doa serta menyerahkan diri kepada Allah.Moga-moga Allah menerima mereka sebagai hambaNya dan memberikan kemuliaan kemenangan atau syahid di medan pertempuran esok hari.

Moga-moga esok adalah hari di mana mereka boleh menebus semula kematian jutaan umat Islam di tangan Tatar.

25 Ramadhan 658 H

Fajar menyinsing tiba. Hari yang dinantikan oleh tentera Islam dan muslimin yang bersama dengan mereka sudah menjelma. Hari itu adalah hari Jumaat 25 Ramadhan 658 H.

Tentera Tatar di bawah pimpinan Katabgha tiba dari arah utara. Tentera Islam bersembunyi di sebalik pokok-pokok. Pasukan kecil di bawah Baibras yang pada asalnya berjaga di sebelah utara dan menzahirkan diri juga menyembunyikan diri mereka ketika tentera Tatar tiba.

Qutuz memberikan arahan agar tentera Islam keluar menzahirkan diri secara berperingkat, satu katibah demi satu katibah.

Ketika katibah pertama turun dari bukit dan menghampiri tentera Tatar, Katabgha dan tentera Tatar menjerit ketakutan. Katibah ini turun dengan memakai pakaian berbelang putih dan merah. Keseluruhan peralatan senjata mereka dihias cantik. Mereka turun dalam keadaan tersusun. Pergerakan mereka sama dan seimbang.

Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin menjawab: “Inilah katibah Sanqar ar-Rumi.”

Kemudian turun pula katibah kedua. Katibah ini memakai pakaian berwarna kuning dan membawa senjata yang berhias indah. Mereka juga turun dalam keadaan tersusun, pergerakan yang sama dan seimbang.

Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin menjawab: “Inilah katibah Balban ar-Rasyidi.”

Kemudian turun pula katibah seterusnya dengan memakai pakaian berwarna lain. Setiap kali katibah baru turun, Katabgha akan bertanya kepada Sorimuddin: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin yang tidak mengetahui keseluruhan nama-nama katibah Mamalik mula mereka-reka nama tertentu untuk menambahkan ketakutan Katabgha.

Tentera Mamalik terpecah kepada banyak katibah. Setiap katibah akan memakai warna tertentu yang membezakannya dengan katibah lain. Kuda mereka akan dihias dengan warna yang sama. Begitu dengan senjata, khemah dan bahkan rumah-rumah mereka di Mesir. Semuanya akan diwarnakan dengan warna katibah masing-masing.

Semua katibah ini adalah sebahagian tentera Islam yang dipimpin oleh Baibras. Baki tentera yang masih lagi ramai menyembunyikan diri bersama Qutuz.

Gendang mula dimainkan oleh pasukan gendang tentera Islam. Sudah menjadi kebiasaan tentera Mamalik, mereka akan meletakkan satu pasukan gendang di medan perang. Mereka memainkan rentak yang akan memberikan isyarat tertentu kepada tentera Mamalik.Isyarat tersebut hanya mampu difahami oleh tentera Mamalik. Setiap pergerakan tentera akan ditentukan oleh gendang tersebut.

Pasukan Baibras sudah berada hampir dengan tentera Katabgha. Peperangan sudah semakin hampir.

Serangan Pertama: Bermula Peperangan

Bermulalah pertempuran. Katabgha yang menyangka bahawa pasukan Baibras yang kecil itu adalah keseluruhan tentera Islam telah mengarahkan keseluruhan tenteranya untuk masuk ke medan pertempuran. Mereka menyerbu masuk dengan jerit pekik yang kuat.

Baibras dan tenteranya berdiri tenang di tempat masing-masing menantikan kemaraan tentera Tatar yang berjumlah berkali ganda dari bilangan pasukan mereka. Apabila tentera Tatar sudah hampir kepada mereka, Baibras memberikan isyarat kepada tenteranya untuk merempuh ke depan.

Pedang bertemu pedang, gendang dipalu bertambah kuat berselang seli memberikan arahan dengan takbir dari petani-petani yang berada di atas bukit. Darah mula mengalir. Satu demi satu nyawa melayang. Walau pun begitu, Baibras dengan bilangan tentera yang sedikit mampu bertahan sehingga ke saat itu. Ketakutan mula meresap masuk ke dalam diri tentera Tatar. Belum pernah mereka menghadapi kekuatan sedemikian.

Pemilihan Qutuz sememangnya tepat. Panglima-panglima perang yang dipilih untuk bertembung di peringkat awal dengan Tatar dan menghabiskan tenaga Tatar adalah panglima perang Mamalik terbaik. Mereka adalah panglima yang terlibat sekali di dalam mengukir kemenangan di dalam peperangan Mansurah menentang tentera Salib pimpinan Louis IX. Mereka memiliki kemahiran perang yang tinggi.

Qutuz dan baki tentera masih lagi menanti di sebalik tempat persembunyian mereka menyaksikan peperangan tersebut dan menunggu waktu sesuai untuk masuk ke serangan kedua.

Serangan Kedua: Mengepung Tentera Tatar

Masanya sudah tiba untuk Qutuz memberikan arahan baru. Arahan seterusnya adalah agar Baibras dan tenteranya berundur secara seimbang dan berpura-pura lemah. Taktik ini adalah taktik yang sama digunakan oleh tentera Islam di dalam peperangan Nahawand ketika tentera Islam di zaman Saidina Omar r.a. membuka Parsi. Taktik ini digunakan untuk menarik tentera Tatar yang sudah keletihan masuk ke tengah-tengah medan peperangan dan mengepung mereka di situ. Sebagaimana yang kita ketahui medan Ain Jalut berbukit di seluruh kawasannya kecuali di bahagian utara. Kepungan itu agak mudah untuk dilakukan jika sekiranya Baibras berjaya menarik tentera Tatar ke tengah medan.

Ia bukanlah taktik yang mudah. Ia memerlukan satu perkiraan yang tepat. Terlalu cepat akan menyebabkan musuh menyedari taktik tersebut. Terlalu lambat akan menyebabkan kematian tentera Islam.

Qutuz memberikan arahan kepada pasukan gendang untuk memberikan arahan baru ini. Baibras memahami rentak gendang tersebut. Tanpa berlengah dia dan tenteranya mula berundur ke belakang sedkiit demi sedikit dengan penuh hati-hati. Mereka berpura-pura menzahirkan keletihan dan kelemahan mereka.

Katabgha tertipu. Dia mengarahkan seluruh tenteranya untuk masuk ke dalam medan perang tanpa menyedari taktik tersebut. Ini adalah satu yang cukup pelik berlaku kepada beliau. Katabgha adalah panglima perang Tatar yang mahir. Menjadi panglima perang sejak zaman Genghis Khan. Ketika peperangan Ain Jalut, beliau berusia lebih 60 tahun atau mungkin lebih 70 tahun. Satu usia yang memberikan pengalaman yang tidak sedikit berkenaan taktik-taktik perang di zaman itu. Tetapi Allah mengatur segala-galanya.

Taktik ini berjaya. Tentera Tatar telah berada dalam kepungan. Pada ketika baki tentera Islam muncul, Katabgha menyedari kesilapannya. Di sini tidak ada jalan lain bagi mereka kecuali terus berperang mati-matian. Mereka nampak kematian semakin menghampiri mereka.

Serangan Ketiga: Kekuatan Bahagian Kanan Tatar

Katabgha memberikan arahan agar semua tenteranya berjuang mati-matian. Mereka seolah-olah mengamuk dan mengasak tentera Islam. Di sini terbukti kebenaran apa yang dikatakan oleh wakil Sorimuddin Aibak berkenaan kekuatan bahagian kanan tentera Tatar. Bahagian kiri tentera Islam telah diasak dengan dahsyat oleh mereka. Gugur di kalangan tentera Islam seorang demi seorang sebagai syahid.

Qutuz yang melihat dari atas bukit merasai kesukaran yang dihadapi oleh tentera Islam. Langkah yang diambil oleh beliau amat menakjubkan. Beliau mencampakkan topi besinya lalu melaungkan ‘wa Islaaamah’. Laungan ini diucapkan oleh beliau sambil beliau turun ke medan perang dengan menunggang kudanya. Langkah ini diambil oleh Qutuz untuk menaikkan semangat tentera Islam.

Tentera Tatar terperanjat dengan kehadiran Qutuz di tengah-tengah medan perang. Qutuz memerangi mereka dengan penuh semangat seolah-olah beliau tidak langsung sayangkan nyawanya. Beberapa libasan pedang dan tombak hampir menemui beliau. Kudanya berjaya ditikam mati oleh tentera Tatar menyebabkan beliau terjatuh. Pun begitu beliau meneruskan jihadnya dengan berjalan kaki sehinggalah beliau berjaya mendapatkan kuda bantuan.


Seorang pembesar istana menjerit dan mencelanya kerana lambat menaiki kuda. Beliau bimbangkan Qutuz terbunuh lalu dengan itu akan kalahlah tentera Islam. Tetapi Qutuz menjawab: “Ada pun diriku, sesungguhnya ia sedang menuju surga. Ada pun Islam, ia mempunyai Tuhan yang tidak akan membiarkannya.”

Tentera Islam bertambah semangat dengan turunnya Qutuz ke medan perang.

Kematian Katabgha

Dibunuh oleh Jamaludin Aqusy as-Syams. Beliau adalah salah seorang panglima perang Mamalik. Pernah berada di bawah Raja Nasir al-Ayyubi. Kemudian beliau meninggalkannya setelah melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh Raja Nasir al-Ayyubi.

Beliau merempuh tentera Tatar sehingga berjaya masuk ke tengah-tengah tentera tersebut. Di situ beliau melihat Katabgha. Jamaluddin tidak menunggu lama. Beliau mengumpulkan seluruh tenaganya dan melibas pedangnya ke arah leher Katabgha. Kepala Katabgha berpisah dari badan dan tercampak ke tengah medan perang di hadapan tentera Tatar.

Ketakutan makin meningkat melihat kematian Katabgha di hadapan mata mereka. Tentera Tatar mula melarikan diri melalui bahagian utara Ain Jalut. Tentera Islam mengejar mereka.

Pertembungan Akhir di Bisan dan Berakhirnya Kekuatan Tatar

Tentera Tatar berjaya memecahkan kepungan tentera Islam. Mereka melarikan diri sejauh 20 kilometer dan berhenti di Bisan. Tentera Islam terus mengejar mereka.

Berlaku pertembungan yang lebih sengit. Kali ini tentera Tatar benar-benar menggila untuk memastikan mereka terus hidup. Qutuz berada di tengah-tengah medan peperangan memberikan semangat kepada tentera Islam. Beliau melaungkan: “Wa Islaamah. Wa Islaamah. Wa Islaamah. Ya Allah bantulah hambamu, Qutuz untuk menghancurkan Tatar.”

Akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Mereka berjaya menamatkan mitos bahawa Tatar tidak akan dikalahkan sampai bila-bila.

Medan peperangan kembali sunyi. Tidak ada lagi bunyi gendang. Tidak ada lagi jeritan Tatar. Tidak ada lagi takbir para petani. Tidak ada lagi bunyi libasan pedang. Mayat-mayat tentera Tatar mati bergelimpangan dalam bentuk yang mengerikan. Qutuz berjalan di tengah medan perang yang sudah sunyi melihat hasil peperangan selama sehari di bulan Ramadhan.

Kesudahan Yang Baik Buat Raja Yang Hebat

Qutuz sujud ke bumi mensyukuri kemenangan tersebut. Beliau dan tenteranya berjaya membunuh kesemua tentera Tatar. Ya! Kesemuanya. Tidak ada seorang pun dari tentera Tatar yang berjaya melepaskan diri mereka hidup-hidup. Semuanya mati dibunuh oleh tentera Islam di dalam peperangan yang cukup hebat ini.

Maruah umat Islam berjaya dikembalikan. Kematian jutaan umat Islam berjaya dibalas oleh Qutuz. Sememangnya beliau seorang pemimpin hebat yang berjaya mencipta satu sejarah untuk dibanggakan oleh umat Islam sepanjang zaman. 10 bulan sudah cukup bagi Qutuz untuk menjatuhkan Tatar yang bermaharajalela di bumi Islam selama lebih 40 tahun.

Semua itu berlaku pada hari ini, 25 Ramadhan, hari Jumaat.

Moga pahlawan seperti Qutuz akan ada penggantinya. Aamin.
sumber http://dakwah.info

Anggaplah sejarah Ain Jalut sebagai peniup semangat kaum Muslimin menantikan kebangkitan yang dinantikan. Kita sama-sama nantikan pengibaran Bendera Hitam akhir zaman. Bersedialah dari sekarang. Kita akan mengiringiPemuda Bani Tamin dan pejuang Islam menuju Bumi Palestin. InsyaAllah.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

SAIFUDDIN QUTUZ telah berjaya menghancurkan gerakan Monggol di Tanah Arab, Makkah dan Madinah terselamat, selesailah tugasnya. Dia meninggal sebaik sahaja pulang dari tugas besar tersebut. Dia mati syahid tetapi bukan dalam medan peperangan sebaliknya dibunuh oleh pembesar negaranya selepas pulang dari Ain Jalut. Berita yang sungguh menghibakan. Berlaku ke atas seorang pejuang Islam yang gagah berani. Sesungguhnya itu adalah kehendak Allah jua. Kematiannya bersalut pakaian Syuhada. Adanya.