Khamis, April 22, 2010

MAKSUD JIHAD

Maksud perkataan jihad dalam Islam amat luas.Ia merangkumi jihad harta benda,pendidikan,dakwah dengan lisan,penulisan dan seumpamanya.

Usaha agar umat Islam kuat dan mulia di hadapan masyarakat dunia juga termasuk sumbangan jihad walaupun ia tidak melibatkan senjata tetapi apabila menyebut peperangan atau dalam bahasa arabnya,Al-Harb Al-Jihad Al-Qitali atau mungkin diterjemahkan sebagai perang jihad maka ia bererti peperangan menentang musuh demi menegakkan agama menggunakan senjata.

Al-Zurqani berkata :

" Jihad menurut istilah syara' ialah mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kuffar"

Sabtu, April 10, 2010

Al-Fatihah...

salam..marilah bersama2 menadah tangan menyedekahkan al-fatihah buat arwah ayah saudari Mastura, mantan naib pengerusi 1 BADAR 2009 yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 april sekitar jam 9 pagi tadi... arwah merupakan seorang yang baik dan berhasil mendidik anak-anaknya menjadi insan kamil. lihat sahaja anaknya yang telah menjadi naib pengerusi BADAR 2009 ini. tanpa didikan arwah, beliau bukanlah seperti yang kita lihat pada hari ini.. moga mereka sekeluarga tabah menghadapinya...
wassalam...