Memaparkan catatan dengan label cerpen dan cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen dan cerita. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 15, 2015

"WHAT MATTERS MOST.."



“Qassim….”

“Saya cikgu ”

“Yeusoff..”


“Syahid cikgu!”
           
             “Abdullah..”

“Dibom cikgu!”

“Umar..”

“Syahid juga cikgu”

“Salman.”

“Ditawan cikgu”


Uwais memerhati ke hadapan kelas. Makin hari makin berkurang. Satu persatu anak didiknya syahid. Syahid di jalan paling mulia.
Anak-anak Gaza.


------------


“Danial..”

“Tak hadir cikgu, mabuk”

“Lutfi..”

“On the way cikgu”

“Fais..”

“Katanya kucing meninggal cikgu..”

“Sarah..”

“Baju lupa nak basuh cikgu..”


Berahim menarik nafas resah. Apa nak jadi dengan budak budak ini. Getus hatinya. Makin hari makin menjadi. Penat. Setelah penat berdiri, dia duduk sejenak. Dia memerhati satu persatu saki baki yang tinggal. Lemah.

Anak-anak bangsaku


---------------------



Selingan.


----------------------

“Im, is it possible kita boleh tinggalkan semua jahiliyyah kita tu?”

“Depends..” Im teguk air putih tu dua kali. Sekali lagi. “By the way, ni soalan ke cadangan?” Melawak.

“Kau rasa?”

“Well..”

“Soalan. Possible tak?”

“Kau rasa?”

“Entah.. Aku tanya kau, kau pula tanya aku”

“Kan aku dah cakap. It depends..”

“Depends on?”

Senyap.


Aman scroll lagi laman mukabuku. Down. Again and again. Tiada notis keluar pun. Tapi dia scroll lagi. Rasa kekosongan. Rasa something wrong. Ada something that haunts his mind. Not a good feeling. Not a good one. And he is seeking for the answer. To the unknown feeling.

“By the way, why so sudden?”

“Aku terfikir. Tiba-tiba”

“I have the same thought bro” Im pandang Aman. Aman pandnag Im balik. Dua-dua mata bertentang. Bertukar perasaan.

Aman tutup laptop. Tarik nafas. Tunduk.
Capai msuhaf.

“Lepas fikir-fikir, tak possible kan?”

“Hujah kau?”

“Yela. Dah settle satu, yang lain pulak datang. Jahiliyah ni berubah-ruba bentuk. Yang dulu pun tak settle settle, ada pula yang lain”

“Agree..”

“Satu hal. Aku dah cuba tinggalkan benda-benda ni, aku dah cuba, tapi tak boleh la Im. What do you think?” Aman mengeluh.

“Bak sini Quran tu”


Im buka zip. Diselak Quran tu.

“Kau nak cakap ini semua ujian kan? Cliche”

“Hmm. kau pun tahu kan. By the way sape yang cliché sekarang? Quran ?”


“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang dusta”


“Man, aku nak tanya kau, selama ni kita duk tadabur pasal ujian, kau rasa kenapa Allah uji hambaNya?”

“Kau ni nak uji aku ke ape?”

“Just answer me..”

“Macam ayat tu cakap la, untuk tahu siapa yang beriman, siapa yang tidak.”

“Tu jawapan kau? Final?”

“Salah ke”


Im tutup mushaf. Tadi dia berhenti di surah al ankabut. Surah yang sarat mesej pasal ujian. Im remain silent. Aman too. Waiting for each other to start first.


“Kalau kita fikir balik kan, buat apa Allah nak uji? Bukankah Allah tu Maha Mengetahui? Tak kan lepas dah uji baru Allah tahu kita ni benar ke tidak?”

Im lontarkan pandangan.
Bernas.

“Habis tu? Salah la statement Quran ni?”

“Tak la, kita yang mungkin salah tafsir”

“So, what’s you interpretation”

“Hmm.. kau rasa?”

“Alih-alih aku je yang kena rasa, tak best la”

“Ok. Sebenarnya Allah memang dah tahu kita ni, hamba-hamba Dia yang mana betul betul beriman dan yang mana tidak. Ujian ni, Allah nak bagi hint kat kita, supaya kita sendiri yang muhasabah. Allah nak suruh kita gred kan kita ni, hamba Gred A plus ke, A minus ke, B plus ke atau  Fail ke. Macam tu”

“Hmm”

“So do you get me?”

“Get what?”

“Jahiliyah tu, Allah turunkan supaya kita bley gred kan diri kita”

“So, kau nak cakap it’s not possible la seseorang itu boleh zero jahiliyah?”

“Entah..”

“Eish kau..”

“By the way, soalan kau tu, that does not even matter pun kan”

“Which means..?”

“What matters most, kita ni Gred brape?

Khamis, Jun 04, 2015

Cerpen 3 : Ibu Dan Ayah Tidak Solat





Adik-adik semua..” saya merendahkan nada bagi mengakhiri tazkirah maghrib saya,

“Jagalah solat adik-adik semua. Abang bagitau adik-adik semua tentang kewajipan solat, balasan apabila mengerjakan solat dan azab serta ancaman jika meninggalkan solat sebab abang sayang pada adik-adik semua.”

Saya menghelakan nafas. Kelihatan ada yang menundukkan kepala, ada juga yang mengalirkan air mata.

“Abang tahu, ada di hadapan abang yang banyak kali tinggal solat, atau solat lewat, atau ada yang tak pernah solat. Nanti kalau ada masalah, boleh jumpa dengan abang secara peribadi, atau jumpa dengan kakak dan abang fasi yang ada semasa program ini.”

Adik-adik di hadapan saya hampir kesemuanya mengangguk. Memikirkan masa untuk berjumpa barangkali.

Usai tazkirah maghrib itu, kami mendirikan solat isyak secara berjemaah. Kemudiannya ada slot untuk mereka seperti yang telah dirancang oleh kami. Kesemua pelajar yang hadir dalam program ini adalah sekitar umur 13 hingga 15 tahun.

Rabu, Mei 27, 2015

Ini Bukan Untuk Pendosa!




Siapakah pendosa?




وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا۟ فَٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ 

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri. Ali-Imran : 135

Selasa, Mei 12, 2015

MEMERAH SEBUAH USIA




Dalam Bahasa Arab, ada beberapa perkataan yang secara literal nya membawa maksud masa, time. Antaranya, waqti, murrah, fatrah, zaman, sa’ah, musim, ‘asr dan beberapa pilihan perkataan lagi. Namun yang menariknya, Allah swt memilih menggunakan perkataan ‘asr dalam surah al ‘asr untuk bersumpah demi masa, pasti ada hikmah tersendiri.
Tiada siapa tahu mengapa Allah memilih perkataan itu.

Wallahu’alam.


Sabtu, Mei 02, 2015

DAKWAH ATAU AKHWAT?



Tik tok tik tok
Bukan bunyi hujan yang turun merintik-rintik. Juga bukan bunyi alarm jam murahan yang dibeli oleh housemate di pasar malam kebanggaan masyarakat global seksyen 6. Kotak hitam berskrin empat segi tepat di atas meja di sebelah buku calculus yang terdampar lemah kucapai dengan penuh syak wasangka. Terpapar jelas pada skrin bersegi empat tepat itu, one message received. Lalu ku tekan-tekan bebutang yang ada, entah bagaimana inti pati pesanan ringkas tadi terburai.

"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari Sabtu leaps saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F"

Mesej Ukhti Balqis Rexora Safiah tiba-tiba mucnul di ruangan skrin tadi tanpa diduga. Agak berderau darah Melayu suci dan sejati aku apabila insan yang semakin ku pendam perasaan kepadannya menegur aku. Tersenyum seketika disitu bagai kera mendapat chadburry.

"Hehe.. saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi Presiden Kelab Bidadari Syurga. Tak silap awak pun dapat anugerah muslimat harapan sempena Bukan Dakwah dan Tarbiyah kan? "

Selasa, April 28, 2015

Cerpen 2 : Menikah Ketika Kuliah


Cerpen 2 : Menikah Ketika Kuliah


Danial… Maaf saya menolak luahan hati awak. Saya tidak perlukan teman lelaki… Yang saya perlukan adalah seorang suami… Bukan sebarang suami, tetapi seorang suami yang berdikari… Dan juga bukan sekadar berdikari, tetapi ia mahu untuk terus memahami ad din ini…”

Masih terbayang di telinga Danial gemersik suara Mariam ketika mana dia menolak permintaannya untuk bercinta.

“Hoih!”

Tersentak Danial dari lamunan.

Khamis, April 16, 2015

Cerpen : Aku Nak Bercouple Boleh Tak?





“Allah... cantiknya perempuan tu. Macam bidadari dari kayangan seh! Ini yang aku suka kuliah ni!”

“Oh yeke. Baguslah tu, rezeki dia Allah bagi cantik.”

“Ala... kau tengoklah Aiman. Mesti kau pun ternganga punya.”

Aiman menggelengkan kepala melihat kembarnya.

“Ah kau ni. Aku kuat iman kot. Hehe. Hmm... yang mana?”

“Puih. Haha. Tu ha yang pakai tudung labuh dan muka putih comel tu. Kalau jadi makmun aku,alangkah bahagianya dunia baitul Muslim aku... Kau tak terasa macam tu ke Aiman? Ke kau takde nafsu? Hehe.” Danial tersengih.

Aiman terkesima seketika apabila melihat pelajar muslimah itu. Dia menarik nafas panjang.

Terus Aiman memandang ke muka Danial yang sedang tersengih.

“ Ish kau ni dani, pantang nampak dahi licin, naik tocang... Solat jemaah kat masjid pun kadang-

kadang miss. Dah la, jom balik bilik.”

Aiman terus mengangkat beg dan keluar dari dewan kuliah.

Heh. "Kau kalau tak bagi ayat berasid spesis lebur makan dalam, tak boleh ke?"

“Haha.”

Aiman gelak sendirian.
-----------

Khamis, Mac 05, 2015

Wei, Dalam Diri Kau Ada Jahiliyah !

Pijak kepalaku wahai Bilal!”

“Demi Allah, aku mohon pijaklah!”

Abu Dzar Al-Ghiffari meletakkan kepalanya di tanah yang berdebu. Dilumurkan pasir ke wajahnya dan dia menunggu supaya terompah Bilal bin Rabah pijak ke pipinya.

“Ku mohon Bilal saudaraku…” rintihnya…

“Pijaklah wajahku. Demi Allah aku berharap dengannya Allah akan mengampuniku dan menghapuskan sifat jahiliyah dari jiwaku.”

Abu Dzar memang nak menangis menangis masa tu. Hatinya bercampur baur.

Dia menyesal.
Dia sedih.
Dia takut.
Dia marah pada dirinya sendiri.

Dia rasa sangat lemah dengan hawa nafsunya. Dengan wajahnya yang penuh dengan debu dan pasir, Abu Dzar merayu lagi,

“Aku mohon pijak kepalaku!”

Sayang seribu kali sayang, Bilal terus menggeleng dengan mata yang berkaca.

Kenapa Abu Dzar suruh Bilal pijak kepala dia?

Abu Dzar suruh Bilal pijak kepalanya sebab penyesalan Abu Dzar pada Bilal.

Kisahnya macam ni, Abu Dzar ada bagi tugasan pada Bilal. Tapi dia merasakan Bilal tak melaksanakan amanah tugasan tu dengan bersungguh, bahkan seakan membuat alasan untuk membenarkan dirinya sendiri.

Abu Dzar apa lagi, kecewa dengan Bilal. Tapi sayangnya, dia tidak dapat menahan lidahnya. Abu Dzar terus menengking Bilal,

“Hai anak budak hitam!”

Rasulullah sallahu alayhi wasallam bila dapat tahu yang Abu Dzar cakap macam ni pada Bilal, terus merah padam wajah baginda dan terus menghampiri serta menegur Abu Dzar,

“Wahai Abu Dzar..! Sesungguhnya dalam dirimu masih terdapat jahiliyah!”

Bila Abu Dzar dengar Rasulullah sebut macam ni, terus serta merta rasa sangat bersalah dan berbaring serta memohon Bilal pijak kepalanya. Berulang-ulang kali Abu Dzar minta Bilal pijak.

Tapi Bilal cakap pada Rasulullah,

“Aku memaafkan Abu Dzar ya Rasulullah. Dan biarkan urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak…”

Abu Dzar bila dengar Bilal cakap macam ni, lagi la sentap tahap gaban.

Masa tu Abu Dzar dah terfikir,

“Alangkah lebih ringan kalau semua boleh ditebus di dunia. Alangkah tidak indahnya  melalui hari dan sisa umur yang berbaki dengan rasa bersalah yang tidak terlupakan.”

Karat Jahiliyah Yang Melekat.

Malam ni saya nak kongsi hadis tentang teguran Rasulullah sallahu alayhi wasallam kepada seorang sahabat Rasulullah yang mulia – Abu Dzar Al-Ghifari – kat atas ni. Hadis ni direkod oleh Imam Muslim dalam kitab Sahih Muslim No 3139. 

Dan peristiwa ni direkod bukan untuk suka suki, tetapi untuk iktibar korang pada hari ini. Bukan korang je, saya pun sekali.

Nak tahu ada atau tidak karat jahiliyah dalam diri kita?

Cuba sebelum tidur ni kita termenung sekejap.

Pernahkah kita mencerca orang lain?
Pernahkah kita menggelarkan orang lain dengan gelaran yang buruk, terutama kepada saudara Islam kita?

Apatah lagi kepada orang soleh yang kita sendiri mengaku dalam hati yang dia tu soleh.

Tidak kisahlah kita kata, gemuk ke, macai ke, rambut besar ke, barua ke, tali barut ke, atau apa jua.

Apatah lagi dalam keadaan kita yang kononnya pendakwah. Atau dalam keadaan kita mengaku kita ini pejuang agama Allah.

Malah lebih teruk kita buat macam ni dalam keadaan kita mengaku kita ni ikut tarbiah?

Kesat hingus.

Lepas tu kita fikir lagi.

Berapa banyak kali kita lewatkan solat?
Berapa banyak kali kita langgar je ikhtilat lagi-lagi dalam facebook?
Berapa banyak kali kita tak baca Quran?
Berapa banyak kali kita komen smiley dengan yang bukan mahram dengan kita?
Berapa banyak kali kita tiru assignment?
Berapa banyak kali kita sengaja tangguh hutang?
Berapa banyak kali kita crush, tengok korea sampai bangun subuh lambat,

Berapa banyak kali kita dan kita bla3..

Hantuk kepala kat bantal.

Itu belum lagi sebut isu dalam jalan tarbiah.

Hak ukhuwwah yang tak selesai lagi.
Ziarah yang tak buat-buat.
Abaikan ikhwah yang sedang ada masalah, dan sebagainya.

Ada semua ini? Kalau ada, sila cakap pada diri sendiri ;

“Wei, Dalam Diri Kau Ada Jahiliyah! “

Kemudian lepas cakap macam tu, tanya pada diri sendiri, berapa kilo lagi karat jahiliyah yang masih melekat dalam hati kita?

Tak tahu bagaimana nak kira berat jahiliyah dalam diri?

Antara jawapannya ada di sini ;

“Seorang Mukmin adalah CERMIN bagi saudaranya. Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain…”

[Riwayat Abu Dawud 6/923]

Mintalah nasihat dengan mak ayah, adik-beradik atau sahabat baik korang..

Wallahu a'lam.

Ahad, Mac 01, 2015

Maafkan dia, dia dah jumpa buah hati...

 Maafkan dia, dia dah jumpa buah hati... 
 
Dia semakin jauh,
Dia tak serupa dulu,
Kau keliru,
Kesan kepelikan padanya terlampau jelas hingga kau buntu,
Adakah dia terkena rasukan hantu?





Kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali?
Adakah dia tak ingin bergaul lagi?
Mana pergi kawan lagha yang dulu kau kenali?
Atau ada sesuatu yang kau belum fahami?
Apa yang telah dia temui?


Serabut bagi kau,
Mungkin selesa bagi dia,
Mungkin dia mulai rasakan nikmatnya,
Walaupun makin banyak diduga,
Mungkin dia semakin sedar tujuan dunia, tempat berluka-luka,
Dalam nikmat kasih Pencipta..


Kerana dia sedar karat dalam jiwa.
Terlalu lama tumbuh dalam dodoian dunia, fitnah yang mereka cipta sejak mula.
Kini dia sedar dia sepatutnya ke mana. 

Janganlah marah dia,
Janganlah buka aibnya sedang dia telah kembali bertaubat padaNya,
Janganlah mengungkit kesalahnya,
Dia semakin kenal kenapa dia dicipta.

Jomlah ikut sama?
Kita bermadu dalam cuka, kerana syurga itu lebih manis dari segalanya...
Kat sanalah tempat berehat selama-lama..

..........................................................................

Wahai si pelik sekalian..
Kenapa kau pelik bersendirian?
Bukankah nikmat balasan kepelikan itu lebih manis untuk dikongsikan?
Mungkin dalam seribu kritikan dan tomahan, dia sedang menunggu ajakan?
Kenapa kau rahsiakan?
Mana hilangnya risau pada teman-teman?

Tabah,
Kau boleh,
Sikit lagi... Pujuk diri... Ada syurga menanti...
Lawan nafsu, ketepikan semua amalan jahiliyyah, lakukan semua yang Allah perintah..

Ada masalah?
Itu tandanya Allah sayang,
Kau sedang dilatih menjadi hebat,
Kerana ahli syurga semuanya hebat-hebat.

Buat dosa?
Rasa kotor & hina?
Rasa tak layak berada di landasanNya?
Memang, ada rasa nak simply delete history kejahilan & dosa.
Bertaubatlah, Dia Maha Pengampun,
Tapi jangan ambil kesempatan di atas pengampunan itu untuk berniat melakukan dosa semula...


GERAK! KAU BOLEH! 
MOGA KITA JUMPA 'NANTI'!

Khamis, Februari 26, 2015

"Kerana songkokmu yang tinggi.."


Hari ini sedikit perkongsian ingin disampaikan pada antum dan antunna. Berkenaan kealiman seseorang bukan pada pakaian.

        Terdapat seorang pemuda yang berpakaian jubah bersongkok tinggi datang ke sebuah kampung bersama keldainya. Kecoh satu kampung apabila mengetahui orang alim akan datang ke kampung mereka. Penduduk itu pun berkumpul disekelilingnya untuk meminta ilmu daripada pemuda itu.

         " Wahai orang alim, berilah aku ilmu," kata salah seorang penduduk kampung di situ. 
                        "Ya, orang alim berilah kami ilmumu. Kami ada persoalan buatmu!" sokong yang lain.

              Pemuda itu pun berasa hairan mengapa penduduk di situ memanggilnya orang alim.
                 "Mengapa kalian memanggilku orang alim?" ujarnya kehairanan.

                          Salah seorangnya membalas, "Kerana songkokmu yang tinggi,"
Mendengar sahaja jawapan penduduk di situ pemuda itu pun menjawab, "Jika begitu....
Pemuda itu meletakkan songkoknya yang tinggi itu ke atas keldainya.
Sekarang tanya pada keldaiku"

PENGAJARAN
Jangan memandang tingginya ilmu seseorang, tingginya iman seseorang dan banyaknya amal seseorang berdasarkan pakaian. Carilah ilmu kepada sesiapa sahaja kerana setiap insan di atas muka bumi ini layak memberi ilmu dan ingat Jangan Lihat Siapa Yang Berkata, Tetapi Dengar Apa yang Dikata. Tidak salah kita mendengar nasihat, tazkirah daripada seseorang yg sedang melakukan kesalahan. Terima dengan fikiran yg terbuka dan positif. Moga2 kita sama2 dapat meraih redhaNya.
                                                                                 -ukhwahfillah is the sweetest ukhwah-