Jumaat, September 25, 2009

sedeqah elak bala...

salam... hari ni ana telah pulang ke kampung sebelah ayah di sekinchan setelah lama tak pulang ke sana... alkisahnya ana pi la semayang jumaat di masjid parit 4... dalam kemamaian tu, ana terdengar juga isi khutbah yang ana kira cukup menarik untuk dikongsi bersama. tentang sedeqah oleh seorang imam muda bersemangat waja... ucapannya ala-ala ustaz Hj. Abdul Hadi...


sedeqah... antara point2 yang dapat ana tangkap...

rasulullah dalam hadisnya telah menerangkan tentang sedeqah... ana bukanlah pakar dalam hadis seperti sdr Hilmi, tp lebih kurang begini, ada yg mengatakan senyum itu sedeqah. ada yang mengatakan membuang duri di jalanan itu sedeqah. dan ada yang menyebut sedeqahlah walau sebiji tamar.
tiga hadis yg berbeza, bukan bercanggah tp punya tafsiran yang tersendiri.
bagi hadis yg mengatakan senyum itu sedeqah, dan membuang duri di jalanan itu juga sedeqah, Rasulullah jelas menunjukkan semua orang layak & mampu bersedeqah... tidak kira dia miskin atau kaya kerana senyum itu turut dikira sedeqah.
bagi hadis yang menceritakan tentang 'sedeqahlah walau sebiji kurma', nabi ingin menekankan bahawa sedeqah yg pling afdhal ialah sedeqah dlam bentuk material.

kenapa sgt ditekankan bersedeqah??
rasulullah juga mengajar kepada kita betapa sedeqah mampu membantu menyembuhkan penyakit, dengan kuasa Allah.
dalam satu hadis ada menyatakan, kalau kita ada penyakit yang tidak sembuh2, maka hendaklah kita bersedeqah. afwan, ana tak ingat matan.huhu.
ini kerana kadang2 penyakit itu berpunca dari hati yang tidaj bersih. Allah ingin membersihkan hati kita daripada sifat kedekut, lalu doberi penyakit supaya kita bersedekah. wallahua'lam,itu hanya pendapat ana.
dan ada lagi seperkara yang menarik...
hukum sedekah...
hukum sedekah ialah sunat, tetapi blh jatuh haram,blh jatuh wajib. ana taknak huraikan bab haram, tapi yang wajib.
sedekah menjadi wajib apabila:-
-niat nazar
-zakat bg yang mampu
-apabila jiran2 kelaparan dan kita tiada mengendahkan mereka, maka saat itu, tunggulah bala dari Allah...

itu sahaja ilmu yg ingin dikongsi... selamat hari raya, maaf lahir dan batin... assalamualaikum.

dua atau tiga???........

assalamualaikum........

pada kali ini saya ingin membetulkan sebuah persoalan yang boleh mengelirukan ramai pihak yakni mengenai :

*berapakah perkara yang ditinggalkan oleh nabi s.a.w.;dua atau tiga?

pada suatu hari, ada seorang sahabat saya menyatakan bahawa nabi muhammad s.a.w. telah meninggalkan kepada umatnya tiga perkara iaitu al-quran,al-hadith dan para ulama' berdasarkan dua hadith yang bermartabat shahih :

1-hadith yang pertama menyatakan bahawa rasulullah s.a.w. meninggalakan dua perkara iaitu al-quran dan as-sunnah....
2-hadith yang kedua meyatakan bahawa para ulama' ialah pewaris para nabi

.......................................................................................................................................................................................

walau bagaimanapun,jika nabi s.a.w. telah meninggalkan tiga perkara, semestinya hal ini telah dijelaskan oleh ulama'2 hadith baik mutaqaddimun mahupun muta'akhirun..........

seterusnya,sudah tentu kita akan terus dinyatakan dalam pembelajaran di sekolah bahawa perkara yang ditinggalkan oleh nabi s.a.w. adalah tiga....

.......................................................................................................................................................................................

pada pandangan saya,setelah saya berbincang dengan beberapa orang ahli usrah saya, hakikatnya rasulullah s.a.w. telah meninggalkan kepada umatnya dua perkara iaitu al-quran dan as-sunnah....

hal ini demikian kerana rukun waris telah diqiaskan dengan rukun wasiat. antara rukun wasiat ialah :

1.muso bihi[perkara yang diwasiatkan] yang sama dengan muwaris bihi[perkara yang diwariskan ]
2.muso lahu[pihak yang diberi wasiat] yang sama dengan muwaris lahu[pihak yang diberi waris]

dalam hadith yang pertama,nabi s.a.w. telah menyatakan bahawa baginda telah meninggalkan [mewariskan/muwaris bihi] kepada umatnya dua perkara iaitu al-quran dan as-sunnah.....
dalam hadith yang kedua,nabi s.a.w. telah menyatakan bahawa ulama' ialah pewaris[muwaris lahu] para nabi

kesimpulannya...........

1-para ulama' ialah pihak yang mewarisi para nabi dan bukanlah perkara yang ditinggalkan oleh nabi dan perkara yang ditinggalkan oleh nabi ialah al-quran dan as-sunnah dan bukanlah para ulama'

2-dalam perkara sebegini, tafsiran yang mendalam perlulah dilakukan supaya tidak berlaku sebarang salah tafsir

wallahu a'lam......
[nota:penjelasan di atas merupakan pandangan saya dan beberapa orang ahli usrah saya,jika ada sebarang pandangan lain,harap boleh dikongsi bersama.......]

Khamis, September 24, 2009

..hanya sebut..satu perkataan


Allah
...satu perkataan yg cukup mudah disebut..cukup mudah untuk diulang-ulang..malah anak yg kecil juga boleh menyebut...amat mudah sekali untuk melentur apa jenis lidah skali pun..x kira melayu, cina , india, bangla, mongolia ataupun apa jua jnis bangsa di muka bumi ini..hanya utk menyebut satu perkataan..

Allah
...satu perkataan yg melembutkan hati,..menenangkan jiwa...meningkatkan kerohanian..menambahkan keimanan...mengukuhkan ketaqwaan..



.setelah kita makan..menghadap rezeki kurniaanNya..kmudian kita kenyang...saat itu..perkataan kenyangnya seringkali mengatasi perkataan alhamdulillah..

..dan apabila kita melihat sesuatu yg indah..sesuatu yg diciptakanNya..seringkali terucap 'wah! cantiknya' dari mulut kita daripada perkataan subhanallah..

..kmudian kita melihat suatu kemalangan..bencana atau malapetaka yg menimpa saudara kita...perkataan innalillahiwainnailahirajiun seringkali ditutupi dengan ucapan.'.ei..kesiannya..'

dan apabila kita berada di saat kematian ..biarlah kalimah Lailahailallah mengatasi segala-galanya..

..lenturkan lidah...lembutkan hati..sebutlah Allah..sesungguhnya dia maha mendengar

Rabu, September 23, 2009

salam dari highway...

salam...
alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu... atas desakan 'bos' faiz ikmal, ana pun menulislah...

seingat ana, ana pernah bersekolah di merata-rata tempat... hira', al-amin, sambbst, dan sepintar ini... semuanya memberi ana kenangan tersendiri... tpi bukan itu yang ana hendak ceriterakan sebab ini bukan blog ana, tapi perjalanan dakwh yang ana lihat berbeza....
di hira' ana rasakan tarbiyyah yang sungguh hebat... satu2nya sekolah yang boleh celen (bak kata naqib ana akh fuad jamil), kisas jer sekolah yang sehebat hira'.. ana kagum... ana rasa kalau zionis nak serang malaysia, sekolah nilah yang dia datang serang dulu... sampai pernah termimpi lagi.. haha... tahun 2005, ana akan berpindah keluar.. ana dinasihati oleh akh fuad... abrar, anta belum cukup lagi ditarbiyyah di sini... sekurang2nya tiga tahun... ana tak faham. kenapa mesti tiga tahun? ana x mungkin hanyut dengan maksiat di luar. dengan cerita2 yang menjadi halwa telinga yang mengatakan sekolah agama di luar sudah teruk. agama hanya ada pada nama. ana takut. ana jadi benci pada sekolah agama. tak mungkin setanding dengan hira'...

ana pun berpindahlah ke sambbst... ana disambut oleh seorang ustaz yang bergaya sempoi, bernama ustaz ramli. ahlan ya abrar. ana ingat lagi. disambut pula oleh seorang kenalan baru bernama azim muiz yang menawarkan bantuan untuk menolong mengangkat beg....
panjang pula ceritanya...
apa moralnya?(cerita belum habis lagi... ana xnak selitkan cerita peribadi sangat... cukup sekadar memberi pengajaran...
pengajarannya, setiap tempat ada suasana dakwah tersendiri... kalau dulu di hira ana mungkin yang terteruk... di sekolah baru, ana yang terbaik... mungkin... situasi berperanan besar dalam dakwah kita... seperti post naurah, mengenai hasan al-banna, kita tidak boleh menerjah pemikiran mad'u dgn seribu satu dalil yang berlegar di kepala kita.. kita perlu lihat situasi... kalau di hira perbahasan ilmu semuanya mengenai perkara yang hebat2, lain pula di sambbst.. ana kagum dgn sambbst yang pelajarnya kuat amalan. berbeza dgn sepintar. ini golongan intelektual. kekerasan tidak berkesan, kecuali utk beberapa ketika. mereka semuanya golongan2 pemikir yan hebat. dan alhamdulillah semuanya menerima tarbiyyah dgn elok....
pesan ana, ingatlah, tarbiyyah sebenar kita adalah di dunia luar. dunia penuh maksiat yang kekurangan da'ie. bukan senang hendak berjumpa dengan da'ie sehebat murtadha di luar sana, sekental faiz ikmal, sepetah muadz. apa yang kita bawa hanyalah ilmu dam iman yang secebis tahi kuku. jgnlah sampai akhirnya kita menyesal di kemudian hari menolak tarbiyyah di sini, sekolah. ingat, hidup tanpa islam bermakna tiada tujuan. hiduplah dgn islam kerana islam akan tegak dijulang olh kita, generasi baru!kalau di hira ana akan qiammullail setiap minggu, tp tidak lagi di sambbst... ini semua kerana iman yang kian berkurangan. ambillah iktibar dari kisah ana... sorilah macam mengarut. inilah jadi kalau idea dah banyak sangat. asyik nak bercerita... lagi satu, elakkan sangka buruk macam ana. assalamualaikum.

Aidilfitri.. Berkumpul utk Berkongsi!

Salam..

Sronok masing2 beraya di halaman masing2! Ape khabor agaknye 'kome' sumer di Sne ek? haHA..! Ehm,ble balik rye nie masing2 pn da berubah.. Sy yang dok asrama nie lagi la.. Rae cam ketinggalan je.. coz smeorg da berubah and saya lak baru taw.! ader yang da bertunang.. Ader yang da kahwin.. Da de kreta baru.. Da jd lecturer.. Da masuk college.. huh!

Adik SAYA..
Ehm,sambil2 meniti perubahan sekeeliling terasa diri nie tenggelam lak. Mase hari terakhir nak bertarawikh,kebetulan hujan lak kat kampung nie.. Then,adik saya disuruh jd imam kat umah bersama saudara-mara bertarawikh di rumah! Maklumla da jd budak tahfiz,tu yg kena jd imam! Dulu rase cm tak siapa sangka adik akan jd sampai cmNie..

Cousin SAYA...
Then,sedara saya yang dari PASUM lak di katakan da jd 'karkun' sekarang nie.. dahsyat! Pg raye org berbaju melayu die berJUBAH PUTIH.. Mahsyuk beb! Memang ramai yang da berubah. Usaha dakwah ternyata berkembang sampai x sdor org sekeliling kita sedang menghadapi perubahan rohani..

Pg td kami mengambil peluang dengan menjemput cousin yg karkun uh utk ber'bayan' lepas subuh. mMg budaya amalan kat sini lepas subuh bace yaasin.. Then,kali nie ditambah dengan bayan lak.. Diceritakan 6 PRINSIP utama para sahabat dulu.. Sronok lak dengar.! Cam kat skola je..

Ternyata keluarga saya amat terbuka menerima sume bende nie.. tak kire bagamana appearance dieorg yang pasti sumer mengikut syara'.! Tp sememangnya appearance walau x menonjol tp dlm jiwa pasti KEBAL!



Family SAYA...
Lepas bayan uh,masing2 cte pengalaman mase muda2. Ayah saya ceritakan pengalaman die g ikut jemaah mase study kat USA dlu.. Pakcik sy pun same gak.. Then de seorang auntie saya ceritakan pengalaman mengikuti ESQ! Dulu tak pernah terpikir akan berjaya influence mak n ayah utk dapat kan peluang ber'ESQ'.. tp skarang cousin2 da pnah g da pn.. Even ade makcik saya yang plan utk ke JAKARTA akhir taon nie utk mengikuti ESQ di sane! Subhanallah!! Sekali lagi, ternyata dakwah berkembang di sekeliling kita tanpa disedari! Betul la agaknye, tiada hari tanpa dakwah.!


Moral of the STORY...
Rasenye mustahil sehari dalam dunia nie hanya seorang sahaja yang terima dakwah! Sehari ade 365 hari! lebih dari satu dakwah diGERAKkan dalam sehari,Lebih dari seORANG yang menerima dakwah dalam sehari.. Akhirnya berapa yang terima dakwah dan menampak keindahan ISLAM!!!!!!!!!!!


APe2 pn coretan di atas sekadar berkongsi. Xde pn nak berbangga dgn keturunan atau sebagainya. Saya akur dan sedar bahawa ALLAH melarang berbangga dengan keturunan! BErsama kita hayati dan yakini bahawa usaha dakwah tiada batas LETIHnye.. Ayuh....

Selasa, September 22, 2009

al-kisah di hari raya..


..assalamualaikum..w.b.t

..urgh! perjalanan yg mengambil masa lebih empat jam itu memang memenatkan aku.Lebih-lebih lagi tersangkut pula di tengah lebuh raya yang penuh sesak dengan kenderaan2.masing2 x sabar nak pulang ke kampung halaman.ku lihat jam di tangan..'eh lagi 2 jam lg kita nk buka da nih..solat asar blum agi..'..rsenya hari ni first time smpai kampung lambat..nk wat camne sume org nk blek kampung..

..sampai di rumah tok nenekku di kampung...trus aku mengambil wuduk dan trus menunaikan solat asar..ntah cmne lak ketika itu aku boleh terlupa..dah abis solat baru tringat..aku trsilap kiblat rpenya..ntah bnda aku smbah..aku trus angkat sejadah dan pusing sejadah 180 drjah...solat balik..huhu~

..mlm tu masing2 duduk depan televisyen..tunggu keputusan..esok raye ke tidak..alhamdulillah..tatkala diumumkan esoknya raye..adik beradikku yg lain sumenye menjerit keriangan mcm org utan gamaknye..mungkin raye stahun skali kut..fikirku sendirian..

..tepat jam 6.15 pg aku bgun tidur..heh lmbat..x mcm kt skola..trus amik wuduk utk solat subuh...wuhh memang sjuk..menggeltar aku pepagi buta tuh..da abis solat tido jap..pkul 7 lbih..kami bersiap-siap..nk pgi solat raye...haa ni part pling best saya nak citer...

..bila aku melihat keadaan masjid di kampung itu rse sebak pun ade..kubah masjid yg berwarna kekuningan itu diletaknya atas tanah..bknnya atas bumbung masjid..agaknya kna sambar kilat kot..tuu jatuh tu....tgk kolah..Allah brkulat..ber ape lg lah..nsib baik aku sudah berwuduk sebelum brtolak td..

..mcm biasa laa..sebelum solat sunat raya..kita akan sama2 bertakbir..menjulang kehebatan Allah s.w.t yang dimana takbir tersebut diketuai oleh org2 yg trpilih..tp..sdih plak kt kg nih..bilalnya sume da tua2..suara pn kjap ade kjap x de..sbut allahuakhbar pun jd allahuakhmar..lbih kurg cmtulah..sdih saya..nk nangis pun ade..tp apakn daya...saya hanya mampu mncegah dgn cara yg pling lemah....

..kmudian tiba la masa utk solat sunat...allah..ni pun satu hal..slalunya bilal akan bace assolatu jami'ah rahimakumullah...tetapi jd lain lak...bilal kt situ bgun kmudian bliau bace assolatu tarawih....aduh.org da nk raye solat tarawih lak..ade jemaah trgelak sket tetapi segera diselindung dgn batuk kecil....
..ape la nak jadi..kmudian imam mengambil tempat..beliau sempat bri taklimat..'okeyh..rakaat pertama kita takbir 7 kali, dan rakaat kedua kita takbir 5 kali'..lbih kurang camtulah..tetiba rakaat pertama beliau takbir 8 kali....aduih...berasap kepala saya ketika itu..saf mcm besela..bkn tkt bleh maen golf nk maen ragbi pun rsenye muat...mentang2la sejadah disusun dlm keadaan menegak..sume pakat setiap org stu sejadah..x khusyuk solat saya..geram betul..


..habis solat sunat..ape lg dgar khutbah lak..khutbah pun stu hal..x de org nk bace..org tuh tunjuk yg ni...yg ni tunjuk yg tuh...akhirnye lpas beberapa minit barula ade yg nk bgun gi bace khutbah..sekali lagi saya mengeluh..bace khutbah pn masalah..agaknya org tu x reti bace tulisan jawi kot..allah..tunggang terbalik..perkataan beramai-ramai disebut bermaya-maya...sdeyh..da la masa org bace khutbah jemaah nye bleh lak slambe dek bercakap-cakap..muslimatnye lg la..mngumpat smpai org depan leh dgar...plik x plik..


...apa yang saya ceritakan nih berdasarkan pengalaman saya beraya di kampung..harap kita sama2 la ambil iktibar..bknnya niat saya nk mengumpat,mengeji atau mengutuk mana2 pihak tetapi sekadar untuk kita jadikan pengajaran...malam tu ape lg..maen mrcun laa...kitorg adik beradik brpakat 'perang' ngn jiran sebelah...ni saya ade serta kan detik2 yg sempat dirakam pada malam tersebut..



video

Ahad, September 20, 2009

renungkanlah

Bismillah, ucapan selamat buat semua..moga senantiasa di bawah rahmat dan inayahNya..amin

Sekadar ingin berkongsi, email dari seorang sahabat lama...moga bermanfaat untuk kita semua.renung-renungkanlah...

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.

Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian".

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk para Da'ie. Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman Nabi SAW dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak "Seek to Understand, Then to be Understood".


Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini bukannya masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.
Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka 'bosan' dengan kebiasaan para ustaz yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan 'hukumnya ialah..."


Seorang Daie yang berjiwa Daie akan belajar untuk memahami mad'u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad'unya memahami dakwah yang dia bawa. Mari kita semua bertafakur di KLCC Suria atau 1 Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan 'usrah' kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat?

Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will create us hairless!"

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan jiwa Faqih otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyaknya dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".

"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?", saya menguji.

"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.

"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan.
"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", beliau bertanya lagi.

"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.

"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya dengan yakin.

"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi.

"Hmm...", sepi tanpa jawapan...
"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama..."

"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut mengacukan soalannya.

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:

"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!"

Jumaat, September 18, 2009

Syawal yang menghampiri... Ramadhan kian berlalu...

salam... selamat berpuasa... jgn lupa kita masih di bulan ramadhan... sahabat2... ingat tak???
seminggu sebelum ramadhan... adakah kita ternanti2 lambaian ramadhan yang kian menghampiri? atau lambaian itu disambut hambar dan sepi? bagaimana pula seminggu terakhir ramadhan kita? ada yang mencari lailatul qadar, tak kurang juga yang sudah mula menyanyikan lagu raya.. bukanlah satu kesalahan... tapi jgn sampai terlupa ramadhan yang masih tersisa... apabila ramadhan fm sepintar memutarkan lagu raya dsari konti, ramadhan fm mula disambut... sedihnya! saya kasihan dengan ramadhan yang bebaki.... ramadhan itu madrasah...

click here to continue...

Rabu, September 16, 2009

Shoe-thrower flown out of Iraq

Relatives of al-Zeidi celebrated his release [EPA]


Muntadhar al-Zeidi, the television reporter jailed for throwing his shoes at George Bush, the former US president, has left Iraq after being released from prison.


He flew to Syria on a private jet on Tuesday, before heading to Greece where he will undergo medical treatment, Uday al-Zeidi, one of his brothers, said.




Uday al-Zeidi said his brother had been hiding after making remarks to the press the same day, "because we fear for his life".

Speaking shortly after leaving jail, Muntadhar al-Zeidi, 30, said he had been tortured while in prison and demanded that Nouri al-Maliki, the Iraqi prime minister, apologise for withholding information about his treatment.

Al-Zeidi, whose release had been delayed by a day due to "red tape", said he had been beaten, whipped and been given electric shocks during his first few days in custody.

"Muntadhar will go to Greece for medical treatment, because he was injected with unknown chemical drugs and he suffers from a continuous headache," Haidar al-Zeidi, his cousin, said.

The aircraft flying al-Zeidi to Damascus, the Syrian capital, was chartered by the chief executive of his employer, Al-Baghdadiya television.

Celebrated release

After being released he was met outside the jail in Baghdad by parliamentarians who support his case, his brother, said.

The authorities had asked his family not to give him a hero's welcome, but people celebrated outside his home in central Baghdad.

Al-Zeidi had initially been sentenced to three years for assaulting a foreign head of state, but had his sentence reduced to a year on appeal.

While throwing his shoes at Bush at a news conference in Baghdad in December 2008, he shouted: "It is the farewell kiss, you dog."

Bush managed to duck the flying size 10 shoes.

Obama warning

Speaking on Tuesday, Al-Zeidi said: "At the time that Prime Minister Nuri al-Maliki said on television that he could not sleep without being reassured on my fate ... I was being tortured in the worst ways, beaten with electric cables and iron bars."

He said his guards had also used simulated drowning - the technique of waterboarding used by the US forces on suspects arrested over the September 11, 2001, attacks.

He told Al Jazeera: "I did this as a revenge for the victims and people killed in Iraq ... now the new US politicians should deal with Arabs properly ... as respectful counterparts not like slaves. I am neither afraid nor regretting what I did."

"Today I am free again but my home is still a prison," he added.

The US has kept its military presence in Iraq for six and half years since it led an invasion to remove Saddam Hussein, the former president.

Al-Baghdadiya showed footage of him arriving at the station wrapped in an Iraqi flag and wearing sunglasses. The staff slaughtered at least three sheep in his honour.

Uday al-Zeidi said: "I wish Bush could see our happiness. When President Bush looks back and turns the pages of his life, he will see the shoes of Muntadhar al-Zeidi on every page."

Huge embarrassment

Mosab Jasim, Al Jazeera's producer in Iraq, said: "I used to go to press conferences with Muntadhar. He's a stable man, not that radical, so I was really surprised that he did that.

"I think that, as he was listening to George Bush and the achievements he said he'd made in Iraq, for an Iraqi man who's been reporting on the suffering of the Iraqi people, I think he just couldn't control himself."

Although Bush laughed off the attack, it caused embarrassment to both him and al-Maliki.

The leaders had been speaking at a joint news conference on Bush's farewell visit to Iraq prior to being succeeded by Barack Obama, then president-elect.

Al-Zeidi faces the prospect of a very different life from his previous existence at Al-Baghdadia, a small, privately owned Cairo-based station, which has continued to pay his salary in jail.

His boss has promised the previously little-known reporter a new home as a reward for loyalty and the publicity that his actions, broadcast live across the world, generated for the station.

READ MORE...Click here!!