Khamis, Januari 28, 2016

4 SEBAB KENAPA ANUGERAH JUARA LAGU TAK PATUHI SYARAK


 
(Oleh Tarbiah Sentap.)

Sebelum ini, kami ada mengeluarkan status di FB dan twitter yang berbunyi:

"Syukur masih tak sampai ajal masa tengah tengok AJL." 

Kemudian,ia menjadi hangat dan viral di media sosial yang mana ramai orang salahkan kami dari status tu. Ia juga berpunca dari satu screen shot yang seolah-olah menyatakan kami salah cara dalam berdakwah.

Lalu kami pun sampai sekarang masih tertanya-tanya, kat mana salahnya status:

"Syukur masih tak sampai ajal masa tengah tengok AJL." ??

Kalau nak ikut sangat logik akal tu, berdosa dan salah sangat ke buat status ni berbanding persembahan AJL tu?



Kalau AJL tu patuh syarak, maybe saya rasa status kami ni memang tak sesuai pun. Serius, kami really wonder. Kalau betul salah dan langgar syarak, tolong tegur dan beritahu kami.

Paling tidak pun, mesti ada yang kata:
"Status ni sinis sangat. Tak payah nak sentap2 sangat. Macam bajet bagus je.."

Ok la, maybe sinis sikit la kot. Ok saya minta maaf jika ada yang tak selesa dan anggap benda tu salah dan kami pun dah minta maaf. Ia adalah kelemahan kami.

Tetapi ada siapa yang sudi nak tegur AJL tu? Rasanya sepanjang AJL tu, hanya persembahan Faizal Tahir je yang paling padu dan penuh pengajaran(maaf sebab kami tak tengok, maybe ada juga yang lain).
Yang lain? smile emoticon

Dan mungkin juga status saya sebelum ni terlalu RINGKAS dan TANPA penjelasan yang detail. Itu yang menyebabkan ramai yang salah faham dengan status saya. Baiklah, hari ini saya bagitahu, apa yang salah pada AJL secara detail.

Kalau salah faham juga, saya tak tahu la apa masalahnya.
****
KESALAHAN DAN DOSA DALAM AJL
Sebelum apa-apa, ini adalah teguran untuk PENONTON AJL saja. Habis tu teguran untuk artis macam mana? Untuk teguran kepada keseluruhan industri hiburan tanah air, kami dah tegur dalam post yang lain. Boleh baca di bawah ini :
https://www.facebook.com/tarbiahsentapp/photos/pb.1543484522537803.-2207520000.1453886629./1744886852397568/?type=3&size=852%2C384&fbid=1744886852397568

Dan ingat, kami juga TAK PUKUL RATA menyatakan semua artis itu buat salah. TAK ! Ada je artis yang okay seperti Faizal Tahir dan lain-lain.

Dan lagi satu, JANGAN anggap kami menghukum pula. Kami hanya menegur apa yang betul dan apa yang salah, berdasarkan alquran dan sunnah. Wallahi, Kami tak pernah cop orang masuk neraka, menghina individu, menganggap kami yang paling mulia, menganggap kami saja yang betul yang lain semua masuk neraka, dan mengaibkan peribadi orang.

Kami hanya menegur secara umum. Berikut, adalah kesalahan-kesalahan pada AJL.
1) MELEWATKAN SOLAT BAHKAN ADA YANG MENINGGALKAN SOLAT.

Baru-baru ini, telah viral isu yang peserta AJL yang tidak di benarkan solat, bahkan di halau. Di sini saya copy paste status lelaki tersebut:

“Saya dan dua orang pemuda, seorang gadis dan sepasang suami isteri veteran bertanyakan surau. Ia tak boleh digunakan kecuali untuk staf kerana ia dilaluan berhampiran pink carpet. Kami disuruh turun dan solat di luar stadium yang agak jauh dan pasti penuh. Kalau pulang sebelum 8.30 malam dan bawa keratan tiket yang telah dikoyak PASTI DIKATA KAMI MENCURI! Ada polis mmberitahu gadis itu

“TAK PAYAH SOLAT LA”! Jahanam Islam polis tu ! Maka kami memulakan langkah dengan solat di dalam stadium tetapi dipepenjuru tanpa berlapik apa-apa. Setelah itu ramai turut menyusul mengikut kami berjemaah. Saya bukan mahu bagitau satu dunia saya solat…kerana ia memang wajib… Persoalannya,

KENAPA TAK DISEDIAKAN RUANG KHAS JIKA SURAU SEDIA ADA TAK BOLEH DIGUNAKAN ? Boleh kata 99% dalam stadium ni MELAYU ISLAM. TAK SOLAT KE SEMUA? Period ke lelaki pun?”

Boleh rujuk full di sini:
http://www.tawaurians.com/…/diarah-solat-di-luar-stadium-pe…

Saya nak nyatakan beberapa perkara:
a) Kenapa tak sediakan ruang solat?

b) Bahkan ramai penonton yang jaga solat tetap hadir AJL mengatakan ramai di kalangan penonton AJL
 yang lain melewatkan solat. Sedikit sahaja yang solat sebelum AJL bermula. Yang lain, melewatkan solat selepas AJL, ataupun ada juga yang tidak solat (Ini bukan fitnah, ini kes real sebab saya ada kawan yang dengan bangganya mengatakan dia tidak solat sebab penat tengok AJL).

c) Kepada penonton di rumah, adakah kalian solat dahulu sebelum AJL bermula, ataupun solat selepas AJL, ataupun tidak solat? Saya bertanya secara umum. Saya TAK TUDUH sesiapa.
Tidak tujukan kepada peribadi tertentu. Dan, saya bertanya, bukan menghukum.

Tahukah kalian, apakah pesanan dan teguran NABI MUHAMMAD kepada orang yang melewatkan solat dan meninggalkan solat?

Hadis Pertama:
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
“(Pembatas) antara seorang muslim dan kesyirikan serta kekafiran adalah meninggalkan solat.”
(HR. Muslim no. 257)

Hadis Kedua
الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.”
(HR. Ahmad, Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah)

Allah pula berfirman:
مَا سَلَكَكُمْ فِيْ سَقَرَ ، قَالُوْا لَمْ نَكُ مِنَ المُصَلِّينَ
"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat.”
(Surah Al-Mudatsir: 42-43)

Nak kata, dosa yang amat besar andai kita meninggalkan solat. Bahkan, melewatkan solat dengan sengaja juga adalah DOSA kecil. Apatah lagi melewatkan solat atau meninggalkan solat kerana tengok AJL?
Apapun, jom tengok next point.

2) ADA AURAT DI DEDAHKAN

Dalam AJL, ada penyanyi, penari dan lain-lain yang mendedahkan aurat, bahkan ada yang memakai pakaian yang agak menjolok mata.

Perkara ini sangat jelas bertentangan dengan syarak. Bahkan, yang menjadi PENONTON di rumah atau di stadium, juga mendapat dosa andai memandang aurat. Rasanya semua dah maklum bahawa TAK BOLEH dan berdosa tengok aurat orang lain. Hukum ni kita belajar sejak zaman sekolah lagi masa subjek Pendidikan Islam.

Perkara ini bukan kami yang kata, dan jangan pula kata kami menghukum. Ayuh kita hayati firman Allah dan hadith nabi berkenaan aurat dan menundukkan pandangan.

Hadis 1:
" صنفان من أهل النار لم أرهما بعد : رجال معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ، ونساء كاسيات عاريات مائلات مميلات على رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة ، لا يدخلن الجنة ولا يجد ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا "

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”
(Riwayat Muslim)

Manakala, ayuh kita lihat ayat al Quran dan hadis yang menyeru kita untuk tundukkan pandangan dari melihat aurat.

Hadis 2:
الْعَيْنَانِ تَزْنِيَانِ، وَزِنَاهُمَا النَّظَرُ
“Dua mata itu berzina, dan zinanya adalah memandang.”
(HR Bukhari dan muslim)

Imam Nawawi pula berkata:
“Pandangan kepada selain mahram secara tiba-tiba tanpa maksud tertentu pada pandangan pertama maka tak ada dosa. Adapun selain itu, bila ia meneruskan pandangannya maka hal itu sudah terhitung sebagai dosa.”

Allah berfirman:
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(An-Nuur 24:30)

Maka, adakah pendedahan aurat, dan kita pula melihat aurat tersebut tidak berdosa? Cuba tanya iman kita.
****
3) PERGAULAN BEBAS
 
Terus-terang dalam AJL itu ada pergaulan bebas. Dari penari yang menari bercampur lelaki dan wanita, dengan peserta yang datang dengan pasangan bukan mahram, couple, serta ada penyanyi yang berpegangan tangan.

Korang rasa, adakah ini tidak salah di sisi agama?

Sedangkan, Allah swt telah berfirman:
وَلاَ تَقْرَبُوا الزِّنَى إنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Isra’: 32)

Budaya couple, budak berpegang-pegangan, peluk memeluk, bahkan aksi ranjang di dalam TV walaupun nampak seolah-olah tidak keterlaluan, INI SEMUA BUKANLAH BUDAYA ISLAM.

Jika korang tahu statistik gejala sosial di Malaysia, nescaya korang akan menggigil dan menangis.
Purata kes cerai di Malaysia setiap tahun ialah 40,000 kes. Bermakna, purata setiap hari, kes penceraian mencecah 110 kes. Bermakna, setiap satu jam, 5 kes cerai di daftarkan. Itu baru yang di daftarkan, belum termasuk yang tak di fartarkan.

Kes ANAK LUAR NIKAH di lahirkan, mencecah 27,000 setahun. Bermakna, setiap hari 75 kes di laporkan, dan setiap jam, 3 anak luar nikah di lahirkan.
 
Saya tak nak cerita kes rogol, kes zina, kes gay dan lesbian, dan sebagainya.
Macamana semua ini boleh terjadi?

Kerana media dan tv seringkali mempropagandakan hidup secara pergaulan bebas. Maka, masyarakat yang menonton akhirnya akan terikut-ikut.

Adakah ini semua tidak dosa? Korang sendiri ada jawapannya.
***
4) TIDAK MENCEGAH MUNGKAR

Setelah kita semua lihat 3 perkara di atas, dengan aurat di dedahkan, tarian, pakaian yang menjolok mata, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, isu solat dan sebagainya, maka, soalan saya ialah:
"Adakah semua itu dosa?"

Setelah saya utarakan hadith-hadith di atas tadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa itu adalah perkara yang dosa dan melanggar syarak. Maka, andai KITA MELIHAT KEMUNGKARAN, namun tidak mencegah, kita juga mendapat dosa. Kerana apa?

Nabi saw bersabda:
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان .

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".
(HR Muslim)

Bermakna, andai kita MENONTON AJL samada di television atau stadium, dan kita tak berusaha mencegah SEKURANG-KURANGNYA dengan HATI, adakah kita ada IMAN? Cegah dengan hati ni ada 3 cara,

1) Kalau kita nampak maksiat dan dosa, kita BENCI DOSA dan maksiat tersebut. Tetapi BUKAN benci pendosa tu. Bukan benci pendosa tu tau.

2) Kemudian, kita wajib MENJAUHI dosa dan maksiat tu. Bukannya mendekati dosa maksiat tu. Habis tu pendosa tu macam mana? Pendosa tu lain cerita, mereka ni memang kita kena dekati. Tetapi BUKAN DEKATI DOSA MEREKA atau dengan kata lain, kita terikut-ikut nak buat dosa macam mereka buat.

3) Kemudian kita BERAZAM dan USAHA untuk cegah dengan tangan atau lisan kalau kita MAMPU.
Kalau kita faham hadis Nabi s.a.w. di atas, andai kita melihat kemungkaran dan kita tak cegah, bermakna kita tiada iman.

Persoalannya, apakah yang kita rasa bila tengok pergaulan bebas, aurat didedahkan, tarian sini sana, dan sebagainya? Adakah kita rasa bersalah, dan adakah kita berusahan untuk cegah sekurang-kurangnya dengan hati, atau kita masih boleh terhibur melihat perkara-perkara itu?

Cuba muhasabahlah wahai kawanku.
***
PENUTUP.
Mungkin ada yang kata,

“Kenapa tegur AJL je? Kenapa tak tegur drama-drama Melayu dan lain2?”
Atau,
“Kenapa tegur AJL je? Kenapa tak tegur drama Korea, Jepun, Bangla, bagai?”

Sebenarnya, bukan AJL je, tak kisahlah anugerah skrin ke, ABPBH, atau mana-mana pun, kami dah tegur secara umum atau secara khusus pun di page kami. Kalau korang mengikuti perkembangan Tarbiah Sentap, kami dah tegur semua ini berdasarkan apa yang kami MAMPU. Korang boleh baca di sini :

1) Teguran untuk peminat artis Kpop, Believer, dan lain2.
http://www.tarbiahsentap.com/…/teguran-buat-kpopers-beliebe…
2) Teguran untuk industri hiburan Malaysia.
https://www.facebook.com/tarbiahsentapp/photos/pb.1543484522537803.-2207520000.1453886629./1744886852397568/?type=3&size=852%2C384&fbid=1744886852397568

SOLUSI

Sebenarnya jauh dari sudut hati korang, korang tahu semua ni memang salah. Lalu disebabkan tak boleh terima yang korang buat tu salah, lalu korang cuba menutup kesalahan. Ataupun, ada yang memang tak tahu benda tu salah. Juga, ada yang tahu salah tapi tak mampu nak lawan. Moga Allah ampunkan kita semua.
Nasihat ikhlas dari kami, bertaubatlah, dan rasalah BERDOSA DAN BERSALAH bila buat dosa tersebut.

Dan ketahuilah, kami yang menegur ni pun BELUM TENTU kematian kami macam mana. Habis tu kenapa kami tegur?

Sebab sebenarnya inilah tanggungjawab kita semua. Kami ambik risiko untuk menebal muka tegur secara umum TANPA menyebut nama sesiapa pun dalam ni (kecuali Faizal Tahir, itu pun kami puji dia).
Allah ampunkan dosa kita semua andai kita minta ampun. Allah amat mencintai semua hamba-hambanya yang bertaubat.

Persoalan terakhir untuk kita semua muhasabah termasuk diri kami,

“Adakah kita rasa selesa andai kita mati dalam keadaan sedang bermaksiat dan buat dosa?”
Moga Allah ampunkan dosa kita dan masukkan kita dalam syurga.

Tiada ulasan: