Isnin, Julai 18, 2016

Ayah Nabi Ibrahim bukan Musyrikin



"Ayah Nabi Ibrahim adalah seorang musyrikin" ? 

Mari kita lihat ayat Quran..

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".
(Surah Al-An'am: 74)

Dalam Ayat tersebut, benar Allah swt menyebut "Bapanya". Maka adakah benar ayah kandung Nabi Ibrahim adalah seorang musyrikin? Malah membuat berhala-hala untuk disembuh kaum Nabi Ibrahim.. 

Dalam Ayat tersebut bahawa Allah gunakan perkataan "Abi" yang bermaksud bapanya.

Dari segi bahasa, perkataan الأب (Abi) bukan hanya ditujukan kepada ayah kandung semata-mata. Namun ianya juga ditujukan kepada datuk, moyang dan juga kepada bapa saudara itu sendiri. Jika kita melihat ayat 133 di dalam surah al-Baqarah yang berbunyi :

 Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".

Khamis, Julai 07, 2016

HAKIKAT SEBUAH DOSA



Seorang hamba Allah, dikira berdosa apabila dia tidak melakukan kerja atau tindakan taat kepada Allah Taala.Sesorang hamba Allah itu dikatakan tidak melakukan kerja taat kepada Allah apabila tidak mengerjakan suruhan Allah atau melakukan kerja haram (perbuata maksiat, kemungkaran atau sebarang larangan dalam agama Islam).

Firman Allah SWT:
 "Dan sesungguh akan Kami rasakan kepada mereka (yang melakukan dosa) sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain (sebelum) azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar) - (QS. al-Sajadah : 21).


 



Tiap-tiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah pasti akan melakukan dosa sama ada sengaja ataupun tidak.Tapi janganlah kita rasa tiada jalan untuk kembali. Pintu taubat seluas langit dan bumi Allah buka kepada  hambaNya dan tidak akan tertutup sehingga kiamat tiba.




Kawan-kawanku, hidup kita di Sepintar memang penuh dengan dugaan. Pergaulan, adab sopan, persahabatan, percintaan,berjauh dari keluarga dan banyak lagi dugaan yang kini tempuh di Sepintar. Salah satu tanda doa kita dimakbulkan Allah adalah apabila kita berusaha dengan tenang untuk hadapi segala dugaan yang Dia beri.





Sungguh, kalau kita berada di luar dari Sepintar, berganda-ganda dugaan yang datang melanda. Jadi syukurkan sahabat-sahabatku. Ingat lagi tak kata-kata Abang Akmal bin Zulkarnain: (batch 0711)


         "Tarbiyyah kita tak sehebat mereka, tetapi tarbiyyah mereka tak dapat tandingi kita"



Adakah kita faham  maksud kata-kata abang Akmal tu. Mungkin ada di antara kita faham ayat tersebut tapi mungkin ada yang tidak. Renungkanlah kata-kata tersebut yang mempunyai banyak maksud yang tersirat.


Tarbiyyah yang kita dapat di Sepintar ni mungkin tak akan pernah ada di tempat lain. Dengan tarbiyyah inilah kita mampu hadapi dugaan yang Allah beri dan elakkan diri dari terus melakukan dosa. 


Mari kita renungkan kata-kata Imam al-Ghazali, 
"Perbuatan maksiat itu adalah sebagai makanan yang memudharatkan badan manusia. Dosa-dosa yang terkumpul dalam diri manusia akhirnya meracuni jiwa keimanannya. Perbuatan dosa akan mengakibatkan kegelapan dalam hati kerana dosa itu menjadi kotoran atau karat di hati."


Dosa yang kita lakukan ini akan terus menebal dan akan mengaratkan hati kita jika tidak disucikan dengan taubat. Demikian juga, dosa menjadi hijab yang menghalang kita dengan Allah. 


Karat di hati ini jangan kita anggap tidak dapat dikikis lagi. Mudah sahaja cara untuk mengikiskan karat di hati, caranya adalah : TAUBAT NASUHA.


Kita selalu baca doa ni setiap petang selepas Al-Mathurat dibacakan. Tapi, adakah kita faham maksudnya, adakah kita selami maknanya dan adakah kita hayati alunan doanya. Sungguh, dosa kita terlalu banyak. Maka, pulihkanlah ia dengan TAUBAT :)


                                                                        Aku Yang Berdosa :'(
Wallahualam. Assalamualaikum :)