Rabu, Jun 16, 2010

Laporan Nadwah Kempimpinan Islam Ke-30


Pada tahun 2010 ini, Nadwah Kepemimpinan Islam kali ke-30 telah diadakan di SBP Integrasi Sabak Bernam, Selangor. NKI ini telah melibatkan seluruh SBP yang terdapat di Malaysia, termasuklah SBP Integrasi Rawang (SEPINTAR). SEPINTAR telah menghantar wakil pelajarnya seramai 6 orang yang terdiri daripada 3 pelajar lelaki dan 3 pelajar perempuan. Mereka ialah Ahmad Noor Fikri bin Zainol, Mohd Zuladl bin Hasan Hamidi, Mohd Akmal bin Zulkarnain, Nor Farhana Atiqah bt Mohd Haizal, Nur Shahidah bt Shaari dan Nurul Hidayah bt Jamalluddin.



NKI ini telah diadakan selama 4 hari yang bermula daripada 18 Mac 2010 sehingga 21 Mac 2010, iaitu pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Oleh itu, pelajar SEPINTAR dikehendaki untuk berkumpul di sekolah pada hari Khamis, jam 10.30 pagi. Pelajar SEPINTAR bertolak ke SBPI Sabak Bernam dengan menaiki bas Sekolah Menengan Sains Sultan Alam Shah (ASIS) bersama-sama dengan pelajar SBP lain di sekitar daerah Gombak, Selangor. Perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira 2 jam setengah setelah tiba di sana pada jam 4.00 petang. Setelah sampai, pelajar SEPINTAR mendaftarkan diri dan bergerak ke asrama yang telah ditentukan.


Aktiviti NKI ini bermula pada sebelah malamnya, iaitu selepas menunaikan solat fardu Isyak secara berjemaah. Slot pertama pada NKI ini ialah taklimat peserta bersama pihak urusetia. Kemudian, pada pukul 10.00 malam, aktiviti ‘Simulasi Usrah’ telah diadakan. Dapatan daripada aktiviti ini ialah para peserta telah diperkenalkan dengann ahli-ahli usraah masing-masing. Sesi taaruf ini talah menjalinkan hubungan persahabatan yang baru sesame ahli usrah yang sememangnya terdiri daripada sekolah-sekolah yang berbeza. Seterusnya, para peserta minum malam sebelum pulang ke asrama untuk merehatkan diri.


Pada hari kedua NKI iaitu hari Jumaat, 19 Mac 2010, aktiviti pertama yang diadakan ialah kuliah subuh yang bertajuk Iman dan Takwa Tunjang Ketamadunan. Kuliah ini telah disampaikan oleh Ustaz Baharudin bin Husain dari SAM Tinggi Batu 38, Sabak Bernam. Pengisian yang disampaikan oleh penceramah tersebut amatlah bermanfaat dan berguna kepada para peserta. Antara pengisian tersebut ialah iman dan takwa menjadi tunjang dalam kehidupan insane yang bergelar Muslim. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan kelebihan al-Quran dan solat dalam kehidupan. Seterusnya, beliau ada menyebut, ‘dunia di tangan kamu, akhirat di hati kamu’ sebagai penutup ceramah beliau.


Kemudian, para peserta berkumpul di Dataran Informasi sebelum meneruskan aktiviti seterusnya selepas menikmati sarapan di dewan makan. Di sana, para peserta mengalunkan lagu Negaraku, lagu tema NKI dan Asmaul Husna. terdapat juga ikrar NKI sebelum mendengar taklimat daripada urusetia. Seterusnya, slot kedua ialah Ucap Tama NKI oleh Tuan Haji Abd Rashid bin Ngah iaitu Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertajuk Membina Jati Diri Kepemimpinan. Dapatan daripada aktiviti ini ialah tugas seseorang pemimpin itu bukanlah mudah. Pemimpin haruslah membaiki diri sendiri dahulu sebelum memimpin orang lain. Selain itu, seseorang pemimpin haruslah menyiapkan diri dengan ilmu yang penuh di dada.



Aktiviti NKI ini diteruskan lagi dengan slot ketiga iaitu Tamrin Qiyadi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Abd Ghafar bin Don, iaitu pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk ceramah beliau ialah Kecemerlangan Modal Insan Penentu Kepimpinan Terbilang. Dalam ceramah tersebut, beliau telah mendedahkan kepada para peserta NKI cici-ciri seorang pemimpin yang cemerlang. Seseorang pemimpin itu, bukanlah sahaja harus cemerlang dari aspek akademik semata-mata malahan, aspek sahsiah dan akhlak amatlah penting sekali. Hal ini kerana, pemimpin yang berakhlak dan bersahsiah mulia akan dihormati oleh orang lain serta mampu mewujudkan organisasi yang mantap. Selepas itu, para peserta menikmati makan tengahari sebelum masuk waktu solat zuhur. Bagi peserta lelaki, mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Politeknik Sultan Idris Shah. Manakala, bagi peserta perempuan pula, mereka mengikuti aktiviti Kalam Nisa’ bersama Ustazah Kartini bt Mahhyuddin dari SMK Munshi Abdullah, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Aktiviti Kalam Nisa’ ini diadakan khas untuk peserta-peserta perempuan saling berkongsi ilmu dan pengetahuan memandangkan isu-isu semasa yang berlaku pada masa kini banyak melibatkan kaum wanita.


Seterusnya, slot keempat NKI ini ialah Pengenalan dan Fungsi Organisasi BADAR bersama Ustaz Muhamad Syaari bin Abd Rahman. Dahulu, beliau merupakan ahli BADAR bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS). Kini, beliau ialah Senior Executive Training Department I.P. Minda Sdn. Bhd. Dalam slot kali ini, beliau mendedahkan kepada para peserta, iaitu ahli BADAR khususnya, fungsi sebenar organisasi BADAR dalam sesebuah sekolah. Hakikatnya, organisasi BADAR amatlah penting kerana merekalah yang menjalankan gerakan dakwah Islmiah di sekolah. Di samping itu, beliau turut memperkenalkan langkah-langkah untuk memantapkan organisasi BADAR. Pada petangnya, para peserta melakukaan aktiviti riadah dan permainan bersama ahli usrah. Aktiviti telah mengeratkan lagi jalinan ukhuwah sesama ahli usrah.


Setelah menguruskan diri dan makan malam, para peserta solat Maghrib secara berjemaah. Sementara menunggu waktu Isyak, terdapat pengisian kuliah maghrib. Kuliah tersebut disampaikan oleh Ustaz Nasri bin Jajuli dari SAM Pasir Panjang, Sekinchan. Tajuk kuliah beliau ialah Keunggulan Iman Teras Kegemilangan Ummah. Beliau banyak mengingatkan para peserta tentang tanggungjawab dan peranan khalifaah Allah di muka bumi ini. Seterusnya, Aktiviti LDK bermula pada jam 9.00 malam. Dalam LDK tersebut, para peserta diminta merancang satu program untuk dilaksanakan oleh pihak BADAR di sekolah masing-masing. Kemudian, setiap kumpulan usrah diminta membentangkan rancangan kumpulan masing-masing. Berbagai-bagai perkara yang berkaitan dengan BADAR dibentangkan, antaranya ialah berkenaan usrah, surau, dan organisasi BADAR itu sendiri. Kemudian, sebelum pulang ke asrama, para peserta menikmati minum malam di dewan makan.


Pada hari Sabtu bersamaan 20 Mac 2010,kuliah subuh telah diadakan seawal jam 6.25 pagi setelah selesai solat subuh secara berjemaah di Surau As-Syakirin.Kuliah subuh kali ini bertajuk Kepimpinan Berintegriti yang disampaikan oleh Ustaz Badruldin b. Tameziz dari Sekolah Agama Menengah Parit Baru.Terdapat banyak pengisian yang boleh kami dapati daripada program tersebut.Setiap muslim di muka bumi ini merupakan seorang pemimpin,sekurang-kurangnya menjadi pemimpin kepada diri sendiri.Setiap Muslim seharusnya berbangga kerana Allah telh mengiktiraf kita sebagai seorang pemimpin.Selain itu,setiap pemimpinseharusnya mempunyai skill yang tersendiri agar dapat mempengaruhi orang lain untuk mengajak mereka kepada kebaikan dan meninggalkan perkara yang mungkar.


Setelah selesai kuliah subuh,para peserta perlu bergerak ke dewan makan bagi menikmati sarapan pagi sebelum menuju ke Dataran Informasi.Para peserta menyanyikan lagu Negaraku,Lagu Nadwah,menasyidkan asmaul husna serta membaca ikrar nadwah di samping mendengar taklimat daripada kem komandan sebelum menjalankan aktiviti seterusnya sepanjang hari tersebut.Selepas itu,tepat jam 8 pagi,aktiviti kembara minda telah bermula.Dalam program ini,para peserta akan dibawa melawat ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Sabak Bernam.Antara tempat lawatan tersebut ialah Tempat Perlindungan Wanita Baitul Ihsan,Ladang Mangga,Pusat Bioasli,Muzium Sabak Bernam,Ladang Penternakan Lembu Fidlot,Institut Latihan Dakwah Selangor(ILDAS) dan Kilang Perusahaan Kerepek.Melalui program ini,para peserta mendapat pengalaman-pengalaman baru di samping dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kami kepada Allah atas segala kebesaranNya.Di samping itu,program ini member kesedaran kepada kami bahawa untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya,memerlukan pengorbanan yang tinggi lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin BADAR.Selepas pulang dari Kembara Minda,para peserta diarahkan untuk ke Dewan Ibn Sina untuk membentangkan hasil lawatan ke tempat-tempat tersebut.


Pada sebelah petang pula,aktiviti Eksplo-Riadah telah diadakan selepas para peserta makan tengahhari dan solat zohor secara berjemaah.Aktiviti ini berlangsung di sekitar SBPI Sabak Bernam.Dalam aktiviti ini,mentak dan fizikal para peserta akan diuji di samping menerapkan semangat bekerjasama antara ahli kumpulan.Para peserta perlu menghabiskan sebanyak 12 check-point yang jaraknya lebih kurang lima kilometer.Terdapat aktiviti yang menarik dalam setiap check-point tersebut yang menguji sikap kerjasama serta kreativiti para peserta.Antara aktiviti tersebut ialah,membina kapal layar menggunakan barang terbuang,papan anti-Israel,mengupas buah kelapa dan sebagainya.Aktiviti-aktiviti ini memberi pengalaman yang menarik kepada kami lebih-lebih lagi apabila kami menunaikan solat asar secara berjemaah di atas tanah di lokasi check-point maing-masing.


Selepas itu,para peserta berkumpul di dewan makan untuk menikmati makan malam.Kemudian,para peserta menghadiri kuliah maghrib di surau As-Syakirin setelah menunaikan solat maghrib dan solat hajat secara berjemaah.Kuliah maghrib pada kali ini bertajuk Khulafa’ Ar-Rasyidin Model Kepimpinan Ummah yang telah disampaikan oleh Encik Fathilah b. Salleh selaku Guru Inovasi negeri Selangor.Beliau telah menyatakan bahawa solat merupakan perkara yang paling penting yang perlu dilaksanakan dengan khusyuk dan jangan lalai di samping memperingati sunnah Rasulullah dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.Hal ini demikian kerana orang yang bijak dalam kalangan kamu ialah orang yang sentiasa mengingati kematian dan lebih bijak dari itu ialah orang yang bersedia menghadapi kematian.


Selepas itu,para peserta menunaikan solat isyak secara berjemaah.Kemudian,para peserta bergerak ke Dewan Ibn Sina untuk menghadiri Forum Nadwah Kepimpinan Islam.Forum ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Harlina Haliza bt. Hj. Siraj selaku bekas pelajar Sekolah Seri Puteri,Putrajaya dan Prof. Madya Dr. Ishak b. Sulaiman juga merupakan bekas pelajar SBP iaitu di Kolej Islam Sultan Alam Shah.Terdapat banyak input yang kami peroleh daripada forum ini.Mereka telah menyatakan bahawa kepimpinan yang menggunakan ilmu dan mempraktikkan sunnah Rasulullah adalah menjadi asas kepada kepimpinan fglobal agar setiap pemimpin dapat pergi lebih jauh untuk menyampaikan dakwah bagi memartabatkan agama Allah.Forum ini telah tamat pada jam 11 malam.


Pada keesokan harinya,seawall jam 4 pagi,para peserta telah berkumpul di Surau As-Syakirin untuk program qiamullail.Qiamullail ini diketuai oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor,Ustaz Haji Mustaffa b. Sidin.Solat sunat tasbih,solat sunat hajat dan solat sunat tahajud telah dilaksanakan oleh para peserta secara berjemaah di samping berzikir kepada Alah s.w.t.Allah telah berfirman,”dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”.Setelah itu,kami solat subuh secara berjemaah dan seterusnya menghadiri kuliah subuh yang disampaikan oleh beliau yang bertajuk Tahsin Surah Al-Fatihah.Beliau menyatakan bahawa Surah Al-Fatihah merupakan ibu kepada Al-quran.Hal ini demikian kerana surah Al-Fatihah merangkumi segala aspek yang terkandung dalam al-quran.Beiau menyatakan bahawa orang-orang yang berjaya ialah orang yang khusyuk dalam solatnya yang berdasarkan sebuah firman Allah dalam Surah Al-Mu’minun ayat 1&2.


Pada hari terakhir kami di Nadwah Kepemimpinan Islam ini,kami diarahkan untuk pergi ke bilik usrah seawal jam 8 pagi untuk slot yang seterusnya iaitu Pelan Tindakan Badan Dakwah dan Rohani(BADAR) setelah berkumpul di Dataran Informasi untuk menyanyikan Lagu Nadwah,Negaraku dan bacaan ikrar.Kami ditugaskan untuk berbincang dalam kumpulan akan tajuk tersebut.Selepas itu,peserta lelaki perlu bergerak ke Dewan Ibn Sina manakala peserta perempuan bergera ke Surau As-Syakirin untuk membentangkan pelan tindakan yang telah dibincangkan.Dalam pembentangan tersebut,secara tidak langsung kami dapat bertukar-bertukar pendapat mengenai program-program yang boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing.


Pada pukul 11 pagi,Majlis Penutupan Nadwah Kepemimpinan Islam telah dijalankan.Semua para peserta telah berkumpul di Dewan Ibn Sina bagi menunggu ketibaan perasmi penutup bagi program ini iaitu Yang Berbahagia Dr. Puad b. Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.Beliau menyatakan bahawa keadaan ummah akan datang bergantung kepada sikap remaja masa kini dan para pesertalah merupakan penggerak kemajuan negara bagi memimpin negara pada masa akan datang.Pengetua SBPI Sabak Bernam selaku pengerusi bagi Nadwah Kepemimpinan Islam kali ke-30 pada kali ini juga telah memberikan ucapan seterusnya menyampaikan hadiah kepada semua pengerusi BADAR bagi setiap sekolah serta pemenang-pemenang bagi aktiviti Eksplo-Riadah.Selepas penyampaian hadiah tersebut,maka berakhirlah Nadwah Kepemimpinan Islam kali ke-30 pada kali ini.Sebelum para peserta berangkat pulang,para peserta perlu bergerak ke dewan makan bagi menikmati makan tengahhari.Selepas itu,kami bertolak pulang pada pukul 2 petang dengan menaiki bas SMS Alam Shah.Alhamdulilla,kami selamat sampai ke SEPINTAR kira-kira jam 6 petang.

Tiada ulasan: