Khamis, Ogos 13, 2009

Renungan..

Salam..

Sambil berehat menikmati keindahan kesejahteraan kehidupan yg bersalut dugaan dari Tuan Empunya Dunia tidak laen lagi ALLAH rabbuNA.. 'Aku' mengambil kesempatan ini utk berkongsi satu lintasan dari hati kecil penuh rayuan sukma mengharap satu transformasi yang hampir mustahil agar berlaku keatas REMAJA.! yang disebut oleh insan yang masyhur Hassan Al-Banna sebagai as-Syabab, atau al-Fatayat..

Dalam perjalanan 'aku' kesurau pada hampir setip hari utk mengerjakan solat zohor, perjalanan ku akan melintasi SMK TTDI JAYA yang tersergam indah. Namun jelas sekali ia dicemari dengan akhlak keji REMAJA dihadapan sekolah. Masing-masing dengan hal mereka sedang menanti org bertanggungjawab membawa mereka pulang.

Muslimah yang seharusnya indah bersalut hijab bertintakan akhlak mahmudah bawaan Khadijah Khuwailid dan Aisyah Humaira' sememangnya tidak menyedari mereka hakikatnya sudah keluar dari landasan akidah sebenar. Berjalan berdua-duan bersama LELAKI seakan tiada salahnya. Meninggi suara cuba bertengkar dengan makhluk EGO (lelaki) seakan lupa suara mereka sebenarnya anugerah yang harus disimpan. Hal ini di Malaysia yang gah sebagai ahli yang bersuara lantang di OIC.

Muslimin yang sepatutnya menjadikan Muhammadsebagai idola teraju kehidupan jauh sekali dari landasan ''Sitarol mustakim". Menjadikan hiasan dunia penghias sisi mereka. Seakan tidak mengenal erti masjid yang terletak berhampiran dengan sekolah,apa lah salahnya ke masjid utk menunaikan kewajipan seorang muslim dari melepak dan menikmati keindahan gadis tercemar! Berjalan dengan lagak gaya sombong seakan lupa dengan pesan Luqmanul Hakim dalam Al-Quran.

"Janganlah kamu berjalan dengan sombong di atas muka bumi ALLAH, sesungguhnya ALLAH membenci setiap yang berbangga dengan keturunan" (petikan dari Surah Luqman)

'aku' sendiri manjadi lemah utk bersuara berdakwah! Langkahku kemas berkopiah putih ditenung sekan janggal dengan insan sepertiku mempersiap rohani. Seakan tidak tergerak hati mereka walau sedikit utk bersamku menapaki langkah ke masjid yang sememangnya hampir dengan sekolah mereka.

Hakikatnya wahai DAI'E, selagi mana kita da peluang berdakwah, gunakanlah. Kerana sememangnya itu yang menjadikan kita khaira ummah. Tina suatu ketika di satu persimpangan kita menjadi kaku seakan tidak mampu berdakwah seperti mana yang berlaku ke atas ku dalam langkah ku utk fardu ZOHOR. Kita memerlukan
REMAJA utk menguatkan benteng dakwah islamiah. REMAJA memerlukan kita utk memperkasa BENTENG IMAN mereka!

Tiada ulasan: