Sabtu, Ogos 15, 2009

Muka'd Kelumpuhan bukan HALANGAN..

SALAM..

Sebagai seorang hamba yang tidak pernah lepas diduga, Muka'd seorang hamba ALLAH yang semakin dimamah USIA merupakan seorang yang LUMPUH FIZIKALNYA. Kelumpuhan beliau tidak sesekali mampu menghalangnya dari terus membuktikan kecintaan dan keimanannya kepada ALLAH dan Rasulullah.

Muka'd telah menyuruh anaknya membina sebuah pondok dihadapan rumahnya agar dapat Muka'd melihat wajah Rasulullah andai Rasulullah melintas atau melalui dihadapan rumahnya. Dia sanggup tinggal seorang diri disitu hanya kerana ingin melepaskankan kerinduan kepada kekasih ALLAH,Muhammad S.A.W.

Suatu hari Rasulullah mendapat khabar berita Muka'd telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Maka Rasulullah bersabda bahawasanya hanya Rasulullah sahaja yang layak untuk pergi menziarahi Muka'd. Maka Rasulullah terus menapak menuju kearah pondok Muka'd. Setibanya Rasulullah di pondok Muka'd, Malaikat Jibril sudah ada di dalam pondok Muka'd.

Lantas Malaikat Jibril berkata andai kau tidak tiba wahai Muhammad, aku akan menjalankan penghormatan menguruskan jenazah Muka'd. Namun memandangkan Engkau sudah tiba di sini, maka Engkaulah yang selayaknya untuk menguruskan jenazzah Muka'd. Lantas Rasulullah memanggil para sahabat untuk bersam-sama menyelesaikan urusan menguruskan jenazah.

Moralnya, walau lumpuh Muka'd tidak pernah sesekali beliau tetap teguh ingin membuktikan IMANnya kepada Rasulullah. Penghormatan untuk menguruskan jenazahnya hanya layak dijalankan oleh Malaikat atau Muhammad S.A.W. Hebatnya orang2 yang BERIMAN.!!

Tiada ulasan: