Selasa, Ogos 25, 2009

puasa si miskin

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkanbuluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anakkecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanyakepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur barukira-kira 11tahun:
"Mana emak?
""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?""Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayidalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lainkerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yanghantar.Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpangjalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulanglembu.
Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo berasuntuk disedekahkan kepada keluarga itu.Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompatkegembiraan sambil menjerit
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malamni..!"
.Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.
Diamemberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang merekaberpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu.
Bila mereka melihat akudatang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari ituaku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudahseminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik..
"Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup ituboleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yangtelah dimakan.
Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnyasemula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiaphari.
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pundah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.
"Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.
"Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaanmewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjanghidup anda?
Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-dagingyang ada padanya kerana anda kata ianya
"TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalaupun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.--
"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..
Kemudian DIAdatangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di manamatahari!Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."

Tiada ulasan: