Rabu, Ogos 26, 2009

hadith ma'lul[cacat] tentang puasa dan ramadan

asslamualaikum....

hadith doa agar diberkati pada bulan rejab dan sya'ban,serta dipertemukan dengan ramadan...

matan hadith:

"mafhumnya: ya allah, berkatilah kami pada bulan rejab dan sya'ban dan sampaikanlah kami bulan ramadan"

takhrij hadith:

HR ahmad [259/1] dan lain-lain

status hadith:

tidak sahih kerana tafarrudnya bernama zaidah bin abi raqad , dan dia bermasalah, berkata imam al-bukhari dan an-nasaie tentangnya : munkarul hadith.

hadith ini didhaifkan oleh al-baihaqi, ibnu rajab, ibnu hajar al-asqalani dan lain-lain.

kata syaikh abdullah al-sa'ad :hadith ini munkar , dan sanad dhaif jiddan.

penerangan:

adapun hadith ini bermartabat dhaif, kita masih boleh lagi mengamalkan doa yang terdapat dalam hadith ini. hal ini kerana setiap hamba allah boleh meminta apa sahaja daripada tuhannya berdasarkan ayat 60 surah ghafir. walau bagaimanapun, kita tidak boleh beriktiqad bahawa doa[hadith] tersebut adalah daripada nabi s.a.w

wallahu a'lam...

Tiada ulasan: