Ahad, Ogos 30, 2009

masyarakat yang keliru....

salam....
secebis fikrah untuk dikongsi bersama...

ana kagum dengan kerajaan Kelantan(pujian bukan berdasarkan parti). mengapa? ana dikhabarkan bahawa Majlis Perbandaran Kota Bharu telah mengenakan syarat supaya mengambil pekerja yang menutup aurat sahaja. Alhamdulillah. nampaknya kerajaan Kelantan mengambil inisiatif yang praktikal dalam membendung masalah gejala sosial.. semuanya bermula dari aurat. ana teringat tentang satu hadis(afwan, x brape ingat sgt...) yg mengatakan bila perkara lucah dah berleluasa, maka penyakit taun dan penyakit yg tidak dijangkakan pun datang... ade kaitan x dengan H1N1? macam ada! jadi apa peranan kita? tak percaya perkara lucah berleluasa? senang... sila ke bazar ramadhan berhampiran anda... kompem anda bakal merosakkan mata dengan maksiat melihat aurat2 yang terdedah tanpa keinsafan sekelumit pun di hati... ha, benarkan? lalu ada segelintir hati yang sanggup menuduh tuhan itu kejam! mencipta penyakit-penyakit yang membunuh tanpa ada ubatnya. sedar atau tidak kitalah yang memulakan. kitalah yang mengingkari suruhan. kitalah yang lupa mengingatkan. lalu mengapa tuhan yang dipersalahkan? bukankah semuanya jelas dalam firman tuhan? siapa yang bersyukur akan ditambahkan rezeki, dan yang tidak bersyukur akan diberi azab yang pedih.. apa kaitan dengan bersyukur? apa kaitan? ada kaitannya...

pertama, kita dikurniakan akal untuk menafsir segala yang baik dan buruk.. tapi kita gagal menggunakan akal sebaiknya.

kedua, kita diberikan peluang untuk mengikuti segala suruhanNya, tapi kita mensia-siakannya...

betul tidak(ayat cikgu noni)?


satu hari, apabila MPKB buat spot check di premis2, terkantoilah satu makhluk ni yang selamber suke2 ati tak tutup aurat.. majikannya diminta menghantarnya ke sesi kaunseling atau something like that... n bile ditanya, kenapa tak tutup aurat? kan Allah itu maha penyayang, menjaga hambaNya supaya selamat sentiasa?
lalu jawapannya, hei encik, kalau betul Allah itu baik sangat, kenapa Dia buat neraka? kenapa tak buat syurga saje? kenapa nak buat tempat untuk menyeksa?
terkedulah si kaunselor itu.....
lalu dia menjawab...........................................................................................................................................

Tiada ulasan: