Selasa, Ogos 11, 2009

Madah Si Mujahid

Hei pejuang muda,
bangkitlah dirimu dari lena,
demi sebutir permata,
yang terselindung di balik kaca...
Hei pejuang muda,
dirimu bukan insan perkasa,
hanya menabur bakti dan jasa,
supaya dipandang Yang Maha Esa...
Hei pejuang muda,
ayuh berderap bersama-sama,
senada dan seirama,
mereka di luar memerlukan kita...
Hei pejuang muda,
usiamu amat berharga,
bekalanmu mesti berganda-ganda,
supaya kelak tak ditimpa murka...
P/S: Al-maklum hamba bukan yg pandai b'madah bicara.. kata2 diatas dari blog Abg Marwan Bukhari..! Copy n Paste utk diKongsi bersama..

Tiada ulasan: