Ahad, Ogos 16, 2009

~Hayya naqribullah,bizikril MAWT~

~MAUT~ Ayat al-Quran ini,menggentarkan hati barangsiapa yang mambacanya.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan MATI"
(ali-Imran:185)
Maut satu perkataan yang digeruni manusia yang sedang bernafas.
Alhamdulillah ya Allah,tangan ini masih mampu menulis. Tidak tahu bila ia akan berhenti.
Tidak tahu? Mengapa?
kerana ia RAHSIA ALLAH.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian penasyid terkenal Ustaz Asri yang jga merupakan vokalis kump nasyid yang tidak asing lagi,Rabbani.
Sebelum ini kita dengar tentang pemergian Michael Jackson,Yasmin Ahmad.
Kesemuanya secara tiba-tiba..
Siapa sangka?
arwah Ustaz Asri rebah begitu sahaja dan malaikat maut terus mencabut nyawanya.

Arwah yang juga merupakan bapa saudara kepada sahabat saya di sekolah menengah dahulu.Arwh merupakan,penasyid juga ulama' yang sering menjadi rujukan sahabat2nya. Terpancar sikap rendah diri arwah tatkala melawat sahabat saya di asrama dahulu.Tidak pula pernah arwah membangga-bangga bahawa dia merupakan penasyid yang pernah merangkul banyak anugerah. Semoga rahmat dan redha Allah mengiringi pemergiannya.

kita bila? siapa sangka mungkin esok kita tidak melihat dunia.
tiba2 Allah takdirkan begitu,dengan amalan yang tidak pernah cukup.
Ya Allah~~~ ketika ini terketar2 saya membicarakan tentang kematian.

Ingin sekali saya mengajak semua berterusan mengingati MATI.
Berterusan dan tidak pernah berhenti.
Peringatan ini diutamakan dan ditujukan KHAS buat diri ini yang sering terlupa serta juga para pembaca yang sentiasa dalam agaan dan lindungan Allah Ta'ala.
Teringat tentang pemergian sahabat saya ketika di sekolah menengah dahulu.Mungkin sebahagian pembaca SEPINTAR mengenali arwah.
*******
Nama arwah ialah Siti Munirah bt Ajiyan.
Seorang yang rajin menghafaz Al-Quran.
Dengan ingatan Al-Quran yang hebat.
Jika ditebuk surah2 yang telah dihafaz arwah,pasti dapat.

Suatu hari,semasa di lawatan sekolah,kebetulan pula hri itu adalah hari pemrgian isteri bekas PM kita.Ketika itu hujan renyai2 dan petang jumaat.
Arwah datang kepada saya dan berkata:

"Asma,seronokkan kalau dapat mati masa malam jumaat,pastu hujan renyai2.Hujan menandakan langit sedih dengan pemergian kita..."

saya terdiam dengan kata-kata arwah lantas mengangguk dan tersenyum.

saya membalas dengan mengatakan inshaAllah pasti,orang macam dia akan husnul khatimah,saya doakan.

Dan pengakhirannya,arwah betul2 meninggal pada malam jumaat dan ketika itu hujan renyai2.Punca kematian adalah akibat pendarahan dalam otak yanglewat dikesan.

Siapa sangka?
Ketika itu,kami baru di Tingkatan 4.Cuti sekolahketika itu.Cuti akhir tahun.Saya dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan arwah rebah ketika sedang bersembang dengan keluarganya beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Ketika hari pengebumian,muka arwah yang hitam manis dilihat berseri. Seakan-akan bercahaya pada pandangan kami. Ketika dimasukkan ke dalam lahad pula,abang arwah yang turun ke lahad menceritakan kepada kami bahawa sebaik turun ke lahad,dia merasa sejuk yang semacam. Sesejuk pandangan arwah. Lahad untuk orang yang husnul khatimah kata kami.
*******

Sahabat2 sekalian, secara umum dapat dikatakan pembicaraan tentang kematian bukanlah pembicaraan yang menyenangkan hati semua orang,bahkan ada segelintir manusia yang inginkan hidup seribu tahun lagi seperti yang dinyatakan Allah dalam surah Al-Baqarah;

"Dan sungguh,engkau(Muhammad) akan mendapati mereka(orang-orang Yahudi),manusia yang paling tamak dalam kehidupan(dunia),bahkan lebih tamak dari orang-orang musyrik.Masing-masing dari mereka ingin diberi umur seribu tahun lagi,padahal umur panjang itu tidak akan menjauhkan mereka dari azab.Dn Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan"
(al Baqarah:96)

Dalam surah Ghafir atau surah al-Mu'min pula Allah Ta'ala menceritakan tentang ucapan orang2 kafir pada hari kiamat;
"Mereka menjawab,"Ya Tuhan kami,Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali,lalu kami menakui dosa-dosa kami.Maka adakah jalan(bagi kami) ntuk keluar(dari) neraka?"
(Ghafir:11)

Definisi kematian bagi sebahagian ulama' adalah ketiadaan hidup atau antonim bagi hidup.

1. Kematian pertama=dialami manusia sebelum kelahirannya,yakni sebelum roh ditiupkan
2. Kematian kedua=merupakan saat yang kita sedang tunggu dan tidak tahu bila waktunya,meninggalkan dunia yang fana ini.Fana bermakna tidak kekal.

PERSOALANNYA
Seperti yang biasa ditanya.Usah tanya orang lain.Tanya diri sendiri.
BERSEDIAKAH aku?
Jika imtihan,kita bersedia dengan membaca buku sehingga tidak tidur malam.
Menyediakan diri agar soalan2 imtihan dapat dijawab.
Persediaan yang boleh dikatakan sempurna sebelum menjawab imtihan. Kemudian,natijahnya,ditentukan Allah.

Jika persedian IMTIHAN yang lagi satu ini?BERTEMU ALLAH.PENCIPTA kita.PEMILIK NYAWA kita.Ayuh saya dan sahabat2 pembaca yang dirahmati Allah,mari bersedia ke arah itu..
Tugas kita hanya bersedia.Natijahnya juga pada Allah.
Untuk itu,kitaperlu DOA,DOA, sdan DOA agar pengakhirannya Husnul khatimah.
Mari menjadi orang yang paling BIJAK.
Yang mengingati MATI.
Persoalan bijak bukan pada 4 flat atau berapa banyak A~~
Tapi kita yang mengingati MATI.

Mari kita bersama-sama menjadi syabab yang..
"jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat..Laksana anak-anak akhirat.. Melihat dunia dari jendela akhirat"
(Allahyarham Ammar:bekas pelajar tahun 3 perubatan Kaherah)

sebelum mengakhiri pembacaan,luangkan masa kita sebentar untuk menghadiahkan surah al-fatihah pada yang telah pergi,muslimin muslimat,mujahidin dan mujahidat serta semua yang telah pergi tidak kira kita mengenali mereka atau tidak.
AL-FATIHAH p/s:bittaufiq wan najah pada adik2 SEPINTAR yang bakal menduduki PMR an SPM.Berjuang elok2.Semoga redha Allah mengiringi setiap pergerakan anda semua.Amin~Fi hifzillah..(^^)/

Tiada ulasan: