Selasa, November 22, 2016

BAY' AL-DAYN






Dalam kewangan Islam, ada satu produk yang ditawarkan kepada pelanggan muslim ini dinamakan Bay al Dayn, jual hutang maksudnya dalam bahasa. Atau, debt trading. Mengikut definisi umumnya,
Bay al dayn merupakan satu sales contract, antara creditor dengan debtor atau creditor dengan pihak ketiga, third party. Creditor menjual hak bayaran hutangnya kembali kepada penghutang atau kepada pihak ketiga, selalunya pada harga yang lebih murah atau at par value.


Di sinilah timbulnya satu isu besar tentang produk yang kononya Islami ini tatkala ia memakai nama dalam bahasa Arab. Masalahnya, apabila debt atau hutang dalam bentuk credit itu dijual pada harga yang murah untuk mendapakan cash segera, berlaku exchange of ribawi items pada amaun yang tidak sama, lalu tercetuslah persoalan riba dalam transaksi ini.

Namun, atas dasar masalahah umum ataupun public interest, penasihat syariah kewangan Islam rata rata menyetujui produk ini untuk pembangunan sistem kewangan Islam yang masih lagi mencari tempat dalam pasaran kewangan dunia, bahkan masih mencari tempat di pasaran pasaran tempatan seperti di Malaysia yang kita cintai.



Kadang-kadang, memerhati perkembangan sistem kewangan Islam di negara kita ini melalui sudut pandang seorang siswa kewangan Islam membuatkan saya berfikir banyak kali tentang kejujuran dan ketelusan untuk menghidupkan sistem kewangan Islam ini. Adakah benar kewangan Islam atau eknomi Islam diperkenalkan sebagai satu jihad untuk melaksanakan tuntutan bergelar seorang hamba kepada Allah swt atau semata-mata untuk keuntungan duniawi.


Pada waktu yang sama, gejala gejala ini membuatkan kita lebih menghargai nikmat bersama dengan gerabak tarbiah, kerana kita tahu benar perbezaan antara nama dan substance, antara tahu dan faham yang telah kita bincangkan sejak awal awal berkecimpung dalam halaqah halaqah tarbawi itu.


Cukuplah di sini sahaja kita kusutkan kepala memikirkan betapa tidak sihatnya sesetengah perkara yang menggunakan nama Islam, hari ini. Untuk makluman detail tentang produk bay al dayn, bolehlah kalian menggunakan khidmat Google atau dapatkan penerangan terperinci daripada mana-mana pegawai bank yang menawarkan servis Islamic Banking. Hong Leong Islamic sekalipun!


Al dayn.

Al dayn yang kita maksudkan di sini adalah hutang. Allah swt menjelaskan dengan cukup panjang lebar perihal hutang dalam kitab al Quran yang diturunkan buat kita semua. Pun begitu, sekali lagi bukanlah tulisan kali ini berhajat untuk melihat al Quran dari sudut pandang ekonomi atau kewangan Islam.


Siapa sangka, atau sedar, al dayn yang dimaksudkan dengan hutang itu dari segi bahasa Arabnya mempunyai root word yang sama dengan ad din, yakni agama. Cuma mungkin sebutannya lain ekoran baris yang diletakkan untuk membezakan mesej yang hendak dibawa oleh perkataan ini mengikut konteks ayatnya.


Pun begitu, substance perkataan al din atau ad dayn ini tidak melencong jauh jika kita substitute kan dalam struktur ayat yang macam mana sekalipun. Begitulah indahnya bahasa Arab, satu perkataan yang membawa maksud berbeza, tetapi masih boleh dipadankan dalam konteks ayat yang berbeza.


Tidak hairanlah, saat al Ustaz Nouman Ali Khan menafsirkan maksud yaumul din yang seringkali di terjemahkan sebagai hari pembalasan atau hari agama, juga boleh dikatakan yaumul din itu adalah hari menuntut hutang masing-masing! Subhanallah! Ada relevensi nya jika kita kaji dengan lebih detail.


Menuntut hutang yang macam mana?


Ketahuilah, hutang tidak wujud melainkan adanya proses jual beli atau pinjaman. Setelah mentadaburi ayat ayat Allah dari masa ke masa, sedar tak sedar telah pun terpateri bahawa kita semua, atau orang-orang beriman telahpun melakukan transaksi jual beli tatkala Allah swt berfirman dalam kitabNya;


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”
(At Taubah :111)


Akhi,

Ayat ini sepatutnya membuatkan kita jatuh terduduk di satu sudut daripada sudut sudut di rumah kita itu dan berfikir panjang. Dalam ayat ini, perkataan membeli yang digunakan ialah ‘isytaraa’ yang didatangkan dalam bentuk fe’el madhi atau dalam bahasa modernnya dalam bentuk past tense. Maksudnya apa ? Jual beli ini telah pun berlaku dan ditemeterai dalam kitab agung ini.


Kita telah pun bersetuju untuk menjual baik diri mahupun harta sebagai tukaran, untuk mendapatkan syurga Allah swt yang tidak tercapai dek akal untuk membayangkan bagaimanakah rupa syurga itu. Maka, relevenlah jika pada yaumul din itu nanti Allah bertindak sebagi ‘pemiutang’, menuntut daripada orang-orang mukmin yang telah melakukan jual beli tetapi belum melangsaikan hutang hutang mereka!


Sungguh!

Hari ini perkataan syurga telalu murah dan meniti di bibir bibir kita dengan begitu ringan. Perkataan syurga yang membawa mode kebahagiaan, keindahan dan kenikmatan itu menghiasi tajuk drama-drama romantic yang membawa mesej percintaan yang ironinya menyajikan adegan adegan sumbang mahram, perkataan syurga menghiasi halaman depan novel novel cinta picisan yang menghanyutkan para pembaca dalam dunia khayalan mereka sehingga dalam ucapan dan percakapan kita, terlalu mudah cita cita menuju syurga diungkapkan, ukhuwah fillah till jannah, ku tunggu dikau di pintu syurga dan tagline tagline lain yang sekufu dengannya.


Tanpa sedar kita telah dicandukan dengan kenikmatan syurga yang belum pun kita saksikan rupa sebenarnya sehingga kita lupa bahawa ada hutang yang perlu dilangsaikan untuk menikmati barang dagangan itu.


Lantas, pada hari hutang itu,

Apakah jawapan yang telah kita sediakan untuk menjawab pertanyaan Allah swt berkenaan hutang hutang yang tidak terlangsai itu wahai diriku?


Entah mengapa, teringat pula pada sosok sahabat Rasulullah saw yang bernama Mus’ab bin Umair. Mus’ab pada awal awal memeluk Islam terpaksa meninggalkan kemewahan dunia yang dimilikinya kerana konflik dengan ibunya yang terus kufur dan tidak bersetuju dengan keputusan Mus’ab untuk tunduk kepada Islam. Manakala pengakhirannya pula, Mus’ab syahid di medan Uhud, setelah memperjuangkan eksistensi agama ini sehingga ke denyut nadinya yang terakhir.


Meskipun ayat surah at Taubah yang kita sama-sama renungkan tadi turun setelah peperangan Tabuk manakala Mus’ab syahid ketika perang Uhud yakni beberapa tahun sebelum Tabuk, meskipun Mus’ab belum berkesempatan untuk menikmati bacaan Rasulullah akan ayat ini tetapi dia telah terlebih dahulu hidup dengan ruh ayat ini dan telahpun menunaikan hutang-hutangnya untuk mendapatkan syurga Allah swt.

Begitulah epiknya keimanan para sahabat. Kita sering cemburu dengan mereka dan merasakan kisah-kisah mereka ini terlalu ajaib untuk dipercayai apatah lagi untuk dicontohi tetapi ketahuilah manusia manusia ini memang wujud. Yang paling penting, orang orang sebelum kita telah pun memaknai maksud yaummul din dengan baik dan telah pun membuktikan keimanan mereka dengan ayat ayat Allah, lantas bagaimana pula dengan kita?


Mudah-mudahan suatu hari nanti kita aman daripada persoalan persoalan ini dan dapat menikmati kata-kata Allah ini;


“Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah itulah kemenangan yang agung”
(At Taubah :111)


Inspector Saahab
Siswa Sarjana Muda Kewangan Islam

Tiada ulasan: