Ahad, Disember 27, 2009

..serangan tentera monggol..



Assalamualaikum..


Sekadar berkongsi...mungkin tidak ramai orang yg tahu mengenai sejarah kejatuhan kota baghdad yg teringin skali utk saya coretkan di sini.Sejarah melakarkan pelbagai siri peperangan yg dilancarkan dlm kempen2 perang yg diketuai oleh pahlawan-pahlawan monggol yg sememangnya terkenal dgn keganasan mereka.Keadaan ini bertambah teruk apabila pemimpin-pemimpin sebahagian kerajaan islam pada ketika itu menghulurkan tangan tanda persahabatan dgn Hulagu(pemimpin tentera Monggol) sedangkan darah umat islam masih lagi belum kering..

...Menurut Abul Hasan Ali an-Nadwi, umat Islam yang terbunuh di dalam peristiwa kejatuhan Baghdad tersebut adalah 1,800,000 orang. Satu angka yang cukup menakutkan sesiapa sahaja yang cuba membayangkannya. Darah mengalir di jalanan. Buku-buku dicampak ke dalam sungai dan semua itu dianggarkan berjumlah sebanyak dua juta naskhah buku. Ahli sejarah menganggap itu sebagai punca kemunduran umat Islam selepas itu. Semua itu berlaku dalam masa 40 hari.

..maka pada ketika ini muncullah seorang pemimpin islam bernama Qutuz,pemerintah kerajaan Mesir utk memulihkan kembali keadaan ketika itu.Qutuz mengambil tiga langkah awal sebelum melancarkan peperangan ke atas Mongol. Ketiga-tiga langkah ini dilihat amat berkesan dan menjadi sumber kekuatan kepada tentera Islam pada ketika itu.



Langkah pertama yang diambil oleh Qutuz adalah mengembalikan kestabilan keadaan dalaman Mesir. Beliau memanggil golongan istana, pembesar-pembesar, menteri-menteri, ulama’-ulama’ dan golongan berpengaruh di dalam masyarakat. Beliau berkata kepada mereka:

“Apa yang aku inginkan dari jawatan ini hanyalah agar kita bersatu untuk melawan Mongol. Urusan itu tidak mampu diselesaikan tanpa Raja. Apabila kita berjaya keluar dari masalah ini dan mengalahkan Mongol, urusan ini terletak di tangan kamu semua. Pilihlah sesiapa yang kamu kehendaki untuk menjadi pemerintah.”

Ucapan Qutuz tersebut telah meredakan ketamakan sebahagian dari pembesar yang berniat untuk merampas takhta Mesir dari tangan Qutuz.

Langkah kedua yang telah dilakukan oleh Qutuz adalah memberikan pengampunan kepada semua penyokong Mamluk Bahriah. Perselisihan yang berlaku sebelum ini yang berpunca dari pembunuhan Raja Izzuddin Aibak ingin segera dihentikan oleh Qutuz.
Mamluk Bahriah mempunyai pengalaman yang luas di dalam medan peperangan.

Langkah ketiga yang diambil oleh Qutuz adalah mengusahakan penyatuan semula antara Mesir dan Syam.Raja Damsyik dan Halab (sebahagian dari bumi Syam) iaitu Raja Nasir al-Ayubi telah melakukan perjanjian damai dengan Mongol.

..Disimpulkan bahawa keadaan dunia Islam pada awal tahun 658 H adalah:
a. Mesir berjaya mendapatkan kekuatannya
b. Baghdad, Halab dan Damsyik jatuh ke tangan Mongol di samping negara-negara lain yang telah jatuh sebelumya (Daulah al-Khawarizmiyah, Daulah Arminiyah, Daulah Karjiyah)
c. Palestin keseluruhannya jatuh ke tangan Mongol termasuk Gaza yang terletak hanya 35 kilometer dari sempadan Mesir

..namun begitu,ketika Mesir sedang sibuk melakukan persiapan tenteranya, tampil 4 org wakil dr pihak Hulagu memberikan tawaran..mnyerah atau berperang..

Sebahagian dari pembesar pada masa itu mula merasa takut dan ingin menarik diri kerana persiapan Mesir pada ketika masih lagi tidak seberapa jika dibandingkan dengan Mongol yang menguasai satu kawasan jajahan yang cukup luas (dari Korea ke Poland hari ini).
Qutuz mengumpulkan pembesar-pembesar dan panglima-panglima perangnya lalu berkata kepada mereka:

“Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan Muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad.”

Kata-kata beliau telah menyentak dan menyedarkan kembali pembesar-pembesar Mesir ketika itu. Mereka bukan saja berhadapan dengan dua pilihan yang diberikan oleh Hulagu, tetapi mereka berhadapan dengan pilihan yang diberikan oleh Allah terhadap mereka. Jihad pada ketika itu adalah fardhu dan mereka tidak ada pilihan selain dari itu.
Setelah berunding dengan semua pembesar, akhirnya mereka memutuskan untuk membunuh keempat-empat utusan tersebut sebagai pengisytiharan perang terhadap tentera Mongol. Kepala para utusan tersebut telah digantung di pintu Bab Zuweila yang terletak tengah bandar Kaherah ..

..bygkn kalo kepala2 pemimpin laknatullah tuu kita gantung..



Tiada ulasan: