Sabtu, Disember 19, 2009

solat rawatib & solat hajat

assalamualaikum........................

salam maal hijrah............................

sebelum itu saya ingin meminta maaf kepada para sahabat sekalian kerana lewat menyampaikan perkara ini.........................

PERSOALAN

pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai persoalan yang telah sekian lama timbul di fikiran saya;mengapakah kita sering menunaikan solat hajat terlebih dahulu berbanding solat rawatib[ba'diyah maghrib] di sekolah??................................

DEFINISI

1.solat rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu,menurut hadith yang sahih rasulullah telah menunaikannya sebelum subuh,sebelum&selepas zuhur,sebelum asar,selepas maghrib,& sebelum&selepas isya'.

2.solat hajat pula ialah solat yang dilakukan untuk memohon sesuatu perkara daripada allah pada bila2 masa kecuali pada waktu2 yang diharamkan solat.

HUKUM

berdasarkan kaedah usul fiqh,setiap ibadah yang dilakukan perlu mempunyai dalil......

oleh itu berikut adalah dalil bagi kedua-dua solat sunat tersebut:

1.dalil bagi solat sunat rawatib telah diambil berdasarkan hadith yang bertaraf sahih yang diriwayatkan oleh imam al-bukhari & imam muslim [radhiallahu 'anhuma...].

2.manakala solat hajat pula dalilnya telah diambil menurut Faaid bin abdurrahman yang telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa, rasulullah s.a.w. telah bersabda : "sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani adam[manusia] hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya[mengambil wuduk dengan sempurna] kemudian solat 2 rakaat. terus [setelah selesai solat] hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, kemudian dia mengucapkan doa.....". menurut Abu 'Isa ini adalah hadith gharib & dalam sanadnya terdapat Faaid bin Abdurrahman yang dha'if[lemah] dalam hadith dan faaid adalah Abu al-Waruqa'.-hadith riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya Kitab al-Sholaah :441

Gharib bermaksud yang asing, jauh, aneh atau susah difahami. Hadis gharib bermaksud hadis yang diriwayatkan dengan satu sanad atau hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi. Hadis gharib ini ada yang sahih, hasan dan juga dha’if (lemah). Namun begitu hadis yang diperbincangkan ini statusnya dha’if dan tidak boleh dijadikan sebagai dalil dalam menetapkan sesuatu hukum. Ini diindikasikan sendiri oleh Imam al-Tirmizi r.h ketika meriwayatkan hadis ini. Hadis di atas ini berstatus dha’if jiddan (sangat lemah) kerana dalam sanadnya terdapat Faaid bin Abdurrahman Abu al-Waruqa’ dan beliau telah dilemahkan oleh ulamak hadis seperti Imam al-Tirmizi, Imam Abdullah bin Ahmad, Imam Ibn Ma’in, Imam Abu Daud, Imam al-Nasaai, Imam Abu Hatim, Imam al-Hakim, Imam Ibn Hibban dan Imam al-Bukhari. Oleh itu hadis di atas tidak boleh dijadikan dalil untuk mensyari’atkan solat Hajat.

Hadis ini juga tidak sahih kerana dalam sanadnya terdapat seorang perawi, iaitu Maimun Abu Muhammad al-Mura’i. Beliau seorang yang majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ulamak hadis seperti Imam Ibn Ma’in, Imam Ibn ‘Adiy, Imam al-Zahabi dan Syeikh Nashiruddin al-Albani. Sanad hadis ini juga munqati’ (terputus) kerana Yahya bin Abi Kathir yang merupakan seorang tabi’ al-tabi’in telah meriwayatkan secara terus daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam. Sedangkan Yusuf merupakan seorang sahabat Nabi s.a.w. Al-Tabi’in adalah seseorang yang di dalam hidupnya sempat berjumpa dengan sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Manakala tabi’ al-Tabi’in adalah seseorang yang sempat berjumpa seorang tabi’in. Di dalam hadis ini, seorang tabi’ al-Tabi’in telah meriwayatkan hadis secara terus daripada seorang sahabat Nabi s.a.w tanpa perantaraan daripada seorang tabi’in di dalam sanadnya. Oleh itu, hadis ini dikategorikan sebagai munqati’, iaitu terputus sanadnya.

KESIMPULANNYA................

mengapa kita menunaikan solat hajat terlebih dahulu berbanding solat rawatib setelah solat fardhu maghrib sedangkan solat rawatib ialah solat mengiringi solat fardhu??.............
bahkan, solat rawatib hukumnya sunat muakkad manakala solat hajat pula dihukum ghair muakkad??...........................

jadi, kita seharusnya melakukan perkara yang mempunyai keutamaan yang lebih terdahulu.....

wallhua'lam.........sekian................
[sebarang pandangan lain harap boleh dikongsi bersama...........]

Tiada ulasan: