Sabtu, Disember 19, 2009

Hijrah... REALITI dan FANTASI..!

SALAM.. SALAM MAaL hiJRah.!

Sebelum memula bicara izinkan ana untuk lafazkan ucapan SALAM TAHUN BARU kepada semua.. Biar mereka di luar sana segelintirnya memandang remeh malah lebih menjunjung 'New Year' 1 Januari.. x salah tp kenapa bukan 1 Muharam yg dijunjung..?

PESOALAN: Peristiwa untuk di agungkan dalam ISLAM cukup banyak.. Namun kenapa Saidina Umar memilih Hijrah sebagai permualaan tahun bagi umat ISLAM..?

Ape yang pasti keputusan itu adalah hasil ijtihad para sahabat dalam SYURA. Mengikut tafsiran Saidina Ali Karamallahu Wajhah, beliau mendefinisikan hijrah sebagai Kemenangan atau KEjayaan.! Dan banyak lagi rahsia di sebalik Hijrah yang menyokong kepada keputusan Saidina Umar tadi.. Antaranya..


Hijarah Memuliakan NABI MUHAMMAD s.a.w...
Kita perlu faham,sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawasanya Mekah itu tanah air nabi. Titik tolak perjuangan Nabi. Bahkan Nabi sering melafazkan kerinduan terhadap Mekah apabila berada di Madinah.
Namun,Mekah itu didirikan asal-usulnya diBina oleh Nabi Ibrahim ALAIHISALAM. Maka x mustahil penentang ISLAM akan katakan Nabi Muhammad itu mulia kerana Mekah. Bukan Mekah itu mulia kerana adanye Nabi Muhammad s.a.w.

Kerana itu diHijrah kan Nabi Muhammad s.a.w ke yathrib. Satu tempat yang org x pernah dengar,x pernah tahu. Bayangkan Hijrah nye Rasulullah ke sana menTRANSFORMASIKAN yathrib kepada Madinah Al-Munawwarah. Bandar yang begemerlapan! Tanah yang dahulu nya aus dan khazraj bergaduh. Tanah yang menyaksikan pertelingkahan yahudi dengan bangsa lain. Kemudian datang seorang pemimpin disegani sepanjang zaman iaitu Muhammad s.a.w menggubal perundangan/perlembagaan bertulis pertama dunia yang menjadi rujukan hingga kini! Subhanallah..! Tanah pertelingkahan ber-evolusi kepada model Jemaah menghapus asabiyah!! Hebatnya hikmah di sebalik Hijrah.


PROSES PEMBERSIHAN JIWA PENENTU I'TIKAD HAKIKI...
Selain itu, ingat lagi x bagaimana perintah Hijrah itu diturunkan..? Bagaimana sambutan para sahabat pada ketika itu..? Inilah yang saya maksudkan sebagai PROSES PEMBERSIHAN. Kerana kalau antum masih ingat,peristiwa turun selepas berlakunya ISRA' MIKRAJ..

KAaitannya dengan ISRA' MIKRAJ..
ISRA' MIKAJ secara hakikat dan maknanya menguji i'tikad keyakinan para panganut ISLAM pada ketika itu. Sememangnya susah untuk diyakini bahawa peritiwa tersebut berlaku dalam satu malam.. Melainkan keimanan mereka betul2 teguh dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai perutusan mulia! Maknanye kat sini dah berlaku filtration siapa yang benar2 ISLAM sahaja akan bersama membangunkan ISLAM di Madinah.

ISRA' MIKRAJ juga sinonim dengan solat. dan solat itu sinonim dengan I'TIKAD. Mana x nye kan mase itu baru berubah dari menyembah berhala(wujud) kepada menyembah ALLAH yang MAHA ESA(ghaib). SIMPLE,mereka yang benar2 kukuh dan teguh dengan SOLAT maka perjuangan mereka akan terus bersama Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah meREVOLUSIKAN dunia dengan ISLAM..!!


Berdirinya Madinah itu bermula dengan perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Lebih dikenali dengan baiah . Maknanye disini secara jelasnya, Masjid Aqabah yang masih berdiri kukuh kini adalah titik tolak nye bermula REVOLUSI da'wah TRANFORMASI khilafah..! Ingat HIJRAH itu besar ertinya.. Mereka sama2 Hijrah dengan Nabi lah mereka yang menumpaskan kufar di medan BADAR. Mereka Yang 'never give up' selepas perang uhud menyaksikan kebenaran janji allah "inTansurullah yansurukum" dalam peperangan Khandak. Dari situ ISLAM mula BANGUN merampas 1/3 dunia. Kemudian khilafah islamiyah menyambung rantai perjuangan hingga menakluk 2/3 DUNIA hidup dibawah naungan hebat ISLAM. ALLAHUAKBAR..! Dimana bumi dipijak,di situ ISLAM dijunjung..!

SEJARAH PASTI DAN PASTI BERULANG.! Islam kembali menerajui takhta dunia dengan keadilan dan kesaksamaan!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan: