Selasa, Disember 29, 2009

PENGAJARAN DARIPADA HIJRAH

Assalamualaikum, mgkin agak lambat untuk saya menceritakan sesuatu ttg hijrah, ttp atas kepentingannya untuk umat Islam, mugkin ia bellum terlambat lagi. Pada 19 Disember 2009, saya berkesempatan menghadiri ceramah agama yg dsmpaikan oleh ulama yg tidak asing lagi dalam dunia Islam, juga mrupakan junior Imam As Syahid Hasan Al Banna iaitu Professor Dr Yusuf Al Qaradhawi. Saya tidak meyalin 100% crmh beliau, ttp hanya pengajaran dan nasihat yang boleh diambil drp ceramah beliau itu. Ketika baru sahaja Professor Dr Yusuf hendak memulakan ceramah, para hadirin melaungkan kalimah "TAKBIR!!!!" kerana Tuan Guru Haji Hadi Awang baru tiba. Berikut adalah nasihat -nasihat dan pengajaran-pengajaran yang bleh diambil daripada ceramah beliau :



Pengajaran Pertama


Apabila sebut pasal hijrah, kita akan terfikir tentang burung merpati dan labah-labah, ttp hakikatnya ada perkara yang lebih penting daripada perkara tersebut. Dalam peristiwa hijrah, Allah tlh menurunkan perajuritnya yg tak dpt dilihat dgn mata, burung dan labah-labah dapat dilihat dgn mata. Di sebalik itu, malaikat tlah turun membantu baginda NABI MUHAMMAD SAW. Dalam peristiwa hijrah, Nabi dan para sahabat tlh meninggalkan harta benda, kaum keluarga dan sebagainya. Bagaimanakah dengan meninggalkan harta benda dan sanak saudara disebut satu kemenangan? Kemenangan yang sebenar ialah apabila seseorang itu berjaya mempertahankan prinsip & pendiriannya, pegangan akidahnya walaupun dianiaya dan diseksa. Mengapakah anda tidak mahu menyokong perjuangan baginda sedangkan Allah menoyokong dan mendokong baginda!!!!!!??????? Sahabat-sahabat rasulullah merupakan orang yang teguh pendirian dan keyakinan dengan dasar perjuangan walaupun ada di antara merekan dibunuh seperti Sumayyah. Selain itu, orang Islam di Mekah dikepung dan diboikot selama 3 tahun. Tidak boleh berjual beli dengan mereka, tidak blh berkahwin dengan kerabat mereka. Mereka disekat dari sudut ekonomi dan sosial sehingga ada yang makan rumput, daun dan ada di antara daun itu daun yang berduri sehingga berdarah halkumnya. Akhirnya, Allah menyuruh mereka berhijrah ke Yathrib yang skrang dikenli sbgai Madinah. Oleh tu, kemantapan dan kesabaran Nabi & sahabat adalah merupakan kemenangan sbnar. Persoalannya, mengapakan kalian tidak mahu menyokong perjuangan Islam yang dibawa Nabi sedangkan Allah menyokong dan mendokong rasulnya???!!!!!!!!


Pengajaran ke 2


Dalam peristiwa hjrah juga ,kita dapat lihat bagaimana Rasulullah mengatur strategi dengan penuh teliti. Baginda telah memilih saidina Abu Bakar menemaninya, baginda memilih Saidina Ali menggantikan tempat tidurnya pada masa yang sangat genting. Baginda juga telah mengatur perjalanan dengan cekap dan pintar sehingga dapat lari dari kepungan orang quraisy. Sehingga baginda berjaya masuk ke dlam sebuah gua. Semasa itu, baginda telah memilih Asma` untuk menghantar makanan dan memberitahu isu semasa atau berita terkini tentang gerak geri musuh. Namun begitu, orang musyrikin berjaya menjejaki baginda sehingga ke pintu gua. Keadaan ketika itu saaaaaaaaaaaaangat genting. Abu Bakar dgn gementar berkata "Kalaulah seorng daripada mereka tunduk & melihat ke bawah, pasti mereka mereka dapat melihat kita" . Nabi berkata" Wahai Abu Bakar, anda harus percaya kepada Allah, kepada misi dimana disertai oleh dua orang ttp orang yang ketiga ialah Allah. Allah bersam kita akan membantu kita. Allah telah menyokong dan mendokong perjuangan rasulnya & turunkan tentera yang tak dapat dilihat dengan mata. Allah menjadikan dasar perjuangan orang kafir merudum dan menjadikan dasar perjuangan Islam yang penuh dengan janji janji , itulah yang mulia. Oleh itu, setiap orang harus mengatur strategi dengan betul, mengurus perjalanan & operasi gerakan dengan cara yang betul, mengambil sebab sebab yang sepatunya diambil dan diserahkan bakinya kepada Allah.


Pengajaran ke 3


Hijrah merupakan permualaan pembinaan sebuah masyarakat yang berasaskan Islam. Tidak mungkin wujud perjuangan Islam tanpa masyarakat. Individu yang bknnya mempunyai sifat individualistik, tetapi seemangat jemaah. Ketika kita baca Al Fatihah, kita tak baca "ihdini" tetapi "ihdina", kita x baca "iyyaka a'budu" tetapi kita baca "iyyaka na'budu". Ayat ini menegaskan tentang semangat jemaah kerana jemaah merupakan penggerak tamadun. Nabi dapat melihat semagat jemaah dalam kalangan aus dan khazraj. Mereka sedia berkorban mempertahankan Rasulullah. Oleh sebab itu, bagida memilih Madinah untuk membina sebuah kerajaan. Dapat dilihat di sini, hijarah merupakan titik tolak permulaan terbangunnya masyarakat dan tamadun yang berasaskan Islam. Hal in juga dibantu dengan penurunan ayat al quran. Seperti mana yang kita ketahui, ayat quran terbahagi kepada dua iaitu makiyyah dan madaniyyah. Ayat makiyah menerangkan ttg keimanan dan akidah tetapi ayat madaniyah menerangkan ttg kaedah dan dasar-dasar sosial. Lafaz "ya.....................................amanu" digunakn pada permualaan ayat madanniyah kerana sudah terbentuk masyarakt yang berasakan islam dan iman. Oleh itu masyarakat yang dibangunkan di Madinah ialah masyarakat yang rabbani di mana telah diterapkan hukum hakam Allah.


Pengajaran ke4


Masyarakat yang dibina di madinah menunjukkan perilaku yang sangat lurhur dan mulia. Perkara ini pernah diusahakan oleh ahli-ahli falsafah ttp gagal. Seorang ahli falsafah greek pernah mengemukakan teori yang menyatakan manusia terbahagi kepada unsur emas, permata, dan perak sehingga membentuk pelbagai kasta.Hal ini bertentangan dengan Islam. Tidak ada kemuliaan melainkan atas dasar taqwa. Oleh sebab itu, masyarakat yang dibina Nabi bersifat perikemanusiaan dan yang mengutamakan orang lain daripada diri sendiri. Kebiasaannya, sahabat memberi lebihh daripada apa yang dipinta oleh Nabi. Namun begitu, masih terdapat juga kekurangan dan kelemahan. Masyarakat bukanlah bersih semataa-mata, mutlak bersih, tetapi memang ada musuh dalam selimut, AL-MUNAFIQUUUUUUUUN(bkn Ah Chong). Mereka memperdaya Allah dan orang yang beriman, mengaku beriman, tetapi sebenarnya tidak suka pada Islam, mereka berusaha untuk mencantas Islam. Surah At Taubah mendedahkan keaiban orang munafiq yang memulakan fitnah terhadap Aishah dan menyusahkan serta menjatuhkan maruah Rasulullah. Contohnya, Mastaq(x pasti ejaan betul), seorang yang dibela dan dipelihara Saidina Abu Bakar telah menggunakan lidahnya untuk mengkhianati rasulullah dan menyambung fitnah orang munafiq terhadap rasulullah. Golongan munafiq ini kata nabi, " mereka tidak solat kecuali dalam keadaan pemalas, mereka tidak memberi kecuali dalam keadaan sangat membenci, dan dalam keadaan meminta-minta. Munafiq sekarang jauh lebih dahsyat daripada munafiq zaman dahulu.


Semoga Allah memenangkan perjuangan Islam , Semoga Allah menyatukan hati kita untuk mendokong perjuangan Islam. Wabillahitaufiq...........



Para hadirin melaungkan kalimah, TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. Selepas itu, para hadirin menunaikan solat isya'. Selepas itu, orang ramai berkumpul untuk bersalam dengan Professor Dr Yusof. Ayah saya duduk kat saf depan skali sementara sya duduk di saf ke enam. Saya beratur untuk merasai bersalam dengan ulama agung itu. Tetapi, tiba-tiba, ada seorang wakil kerajaan memberitahu bahawa Dr tidak berapa sihat, sejurus selepas itu saya dan para hadirin yang lain ditolak oleh bodyguard yg kawal Dr yang sangat tough(lebih tough daripada Samad). Saya kesian melihat pak cik-pak cik tua yang hampir terjatuh kerana nak bersalam dengan Dr. Timbul rasa geram saya pada bodyguarnya itu. Tetapi ketika di dalam kereta,ayah saya menerangkan kepada saya bahawa bodyguard tersebut telah diberi amanah untuk menjaga Dr,seorang ulama agung Islam, justeru itu dia kene melaksankan amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab. Saya akur dengan hujah ayah saya. Walaupun saya tidak dapat bersalam dengan Dr, tetapi saya dapat berdiri betul-betul di belakang pemimpin saya,Dr Hasan Ali ketika menuju ke pintu keluar. Saya mengambil kesempatan untuk meraba bahunya berkali-kali. Ayah saya pula sangat seronok dan bangga kerana dapat memegang bahu Dr Yusof walaupun seketika kerana tangannya ditepis oleh bodyguard tersebut. Ketika menuju ke pintu keluar dewan solat, saya terseerempak dengan idola saya, saudara MURTADHA. Memang betul orang kata jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Allah telah pertemukan saya dengan murtadha. Kami sempat sembang sikit sebelum menuju ke haluan masing-masing.



Tiada ulasan: