Sabtu, April 25, 2015

Orang sedar


tumblr_na2prveExW1tuaxbfo1_500
Hari ini aku lihat ramai orang sedar tidur lena. Lena dalam kamar selesa, bagai tiada apa-apa yang menimpa ummat ini. Orang yang sedar ini sedar dan tahu akan situasi ummat, tetapi kesedaran itu tidak cukup untuk membangkitkan mereka dari lena. Mereka seolah-olah diikat dengan rantai besi material sehingga tidak sanggup meninggalkan kesenangan jasadi lantas bangkit menyelamatkan ummat.

Hari demi hari berlalu, orang sedar ini masih lagi dalam fasa tidurnya. Badannya terbaring, tetapi matanya terbuka, itulah kondisi paling tepat untuk menganalogikan mereka. Kelibat orang-orang yang membakar rumah mereka jelas kelihatan, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa! Rantai besi itu cukup utuh dan kuat! Kehendak mereka tidak cukup kuat untuk melawan, dan mereka memilih untuk mengaku kalah dan tetap dalam perbaringan.

Hari demi hari berlalu, orang sedar ini masih lagi dalam perbaringan. Melihat sahaja dari jauh orang sedar lain memadamkan api rumahnya yang terbakar. Hanya melihat, sekadar itu. Jerit, sakit orang sedar lain yang memadam itu, tidak sedikit pun mengerakkan mereka. Mereka hanya melihat sahaja orang sedar lain mati dalam perjuangan. Mereka tetap berada dalam perbaringan.

Hari demi hari berlalu, orang sedar ini masih lagi dalam perbaringan dengan mata yang terbuka lebih luas kali ini. Melihat dengan mata terbeliak, bagaimana rumah mereka dirampas! Rakan-rakan sedar yang lain dibunuh, saat itu kehendak diri memuncak tinggi! Arghhhh!!! Satu demi satu rantai besi terputus! Tetapi belum sempat memijakkan kaki ke lantai!

Zupppp!!
Tubuh orang yang sedar itu terbelah dua dibunuh dengan tragis!
Kau sudah terlambat, wahai orang yang sedar!

Tiada ulasan: