Isnin, Ogos 24, 2009

hadith-hadith ma'lul[cacat] tentang puasa dan ramadan

beberapa ilmu yang boleh kita kongsi bersama.....

hadith no.1:

matan hadith:

"Wahai manusia,sungguh bulan yang agung telah datang [menaungi] kalian,bulan yang lebih baik dari seribu bulan,allah menjadikan puasa [pada bulan itu] sebagai satu kewajipan dan menjadikan solat malamnya sebagai amalan sunnah. Barangsiapa yang mendekatkan diri pada malam tersebut dengan [mengharapkan] suatu kebaikan,maka sama [nilainya] dengan menunaikan perkara yang wajib pada bulan lain...inilah bulan yang awalnya adalah rahmat,pertengahannya keampunan dan akhirnya adalah merupakan pembebasan dari api neraka..."

---------------------------

hadith ini adalah sebahagian dari hadith yang panjang, iaitu hadith yang menceritakan bahawa pada akhir bulan sya'ban dan bulan ramadan akan menjelang, baginda memberi khutbah dan antara isi khutbah itu adalah tentang fadilat ramadan, antaranya lafaz yang masyhur yang merupakan [oint khutbah itu ialah lafaz:

".....dan dia[ramadan] itu bulan yang awalnya rahmat,pertengahannya pengampunan,dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka...."

takhrij hadith:

riwayat ibnu khuzaimah dalam sahihnnya [hadith no. 1780],al-baihaqi dalam syuab al-imam [hadith no.3455]

status hadith:

hadith ini tidak sahih. ia dinilai dhaif oleh para jamaah a'immah huffaz hadith salaf[mutaqaddimun] sejak kurun 1-3 hijrah lagi, antaranya dinilai dhaif oleh:

1-imam ibnu khuzaimah:
beliau sendiri telah mendhaifkan hadith ini dalam kitab sahihnya [hadith no.1780], kata imam ibnu khuzaimah: "in sahhal khabar[jika benarlah khabar ini sahih/jika benar khababrnya]", dan sesungguhnya bentuk lafaz "in sahhal khabar adalah satu bentuk pendhaifan oleh imam ibnu khuzaimah. ini adalah manhaj/method yang digunakan oleh imam al-huffaz ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya, iaitu apabila beliau menebut "in sahhal khabar" dalam kitab sahih ibnu khuzaimah ia menunjukkan bahawa hadith itu dhaif disisinya


2-imam abu hatim:
hadith ini juga dinilai tidak sahih oleh al-imam huffaz nuqqad hadith abu hatim dalam 'ilal ibnu abi hatim [hadith no.733], kata imam abu hatim: "haza hadith munkar[ini hadith mungkar]"

wallahu a'lam....

Tiada ulasan: