Rabu, Ogos 26, 2009

hadith2 sahih tentang puasa dan ramadan

1-dari abu hurairah r.a. pula bahawasanya rasulullah s.a.w. bersabda:

"barangsiapa yang menafkahkan binatang fi sabilillah,maka ia akan dipanggil dari semua pintu syurga dengan ucapan "hai hamba allah, inilah yang lebih baik."

maka jikalau seseorang itu daripada golongan ahli solat,dia akan dipanggil dri pintu solat,barangsipa yang termasuk dalam ahli jihad, dia akan dipanggil dari pintu jihad, barangsiapa yang termasuk dalam ahli puasa ,dia akan dipanggil dari pintu rayyan, barangsiapa yang termasuk dalam ahli sedekah,maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah."

abu bakar r.a. berkata:"biabi anta wa ummi ya rasulallah,tidak ada kerugian sama sekali bagi seseorang yang dipanggil dari pintu-pintu itu,tetapi apakah adakah seseorang yang dipanggil dari semua pintu itu?", baginda menjawab:"ya, ada dan saya mengharapkan agar anda termasuk dalam golongan orang yang dipanggil dari segala pintu tadi" [muttafaq 'alaih]

2-no.1214. dari sahl bin sa'ad r.a. dari nabi s.a.w.,sabdanya:
"sesungguhnya di dalam syurga itu ad sebuah pintu yang disebut pintu rayyan. dari pintu ini masuklah semua orang yang berpuasa pada hari kiamat. tidak ada seorang yang selain orang-orang yang berpuasa dapat masuk pintu itu. dikatakanlah:"manakah orang-orang yang berpuasa?". mereka itu lalu berdiri,lalu tidak seorang pun yang masuk dari pintu rayyan tadi selain orang-orang yang berpuasa. jikalau mereka telah masuk seluruhnya,lalu pintu itupun ditutuplah,jadi tidak seorangpun lagi yang dapat memasukinya." [muttafaq 'alaih]

3-no.1215. dari abu said r.a., katanya:" rasulullah s.a.w. bersabda:"tiada seorang hambapun yang berpuasa sehari dengan niat fi sabilillah,melainkan allah akan menjauhkan wajahnya kerana puasanya tadi,sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka" [muttafaq 'alaih]

4-no.1216.dari abu hurairah r.a. bahawasanya nabi s.a.w. bersabda:"barangsiapa yang berpuasa ramadan kerana didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosa yang terdahulu." [muttafaq 'alaih]

5-no.1217. dari abu hurairah r.a. pula bahawasanya rasulullah s.a.w. bersabda:"apabila bulan ramadan telah datang,maka dibukalah pintu-pintu syurga,ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan." [muttafaq 'alaih]

-sumber:riyadhus solihin

Tiada ulasan: