Khamis, April 22, 2010

MAKSUD JIHAD

Maksud perkataan jihad dalam Islam amat luas.Ia merangkumi jihad harta benda,pendidikan,dakwah dengan lisan,penulisan dan seumpamanya.

Usaha agar umat Islam kuat dan mulia di hadapan masyarakat dunia juga termasuk sumbangan jihad walaupun ia tidak melibatkan senjata tetapi apabila menyebut peperangan atau dalam bahasa arabnya,Al-Harb Al-Jihad Al-Qitali atau mungkin diterjemahkan sebagai perang jihad maka ia bererti peperangan menentang musuh demi menegakkan agama menggunakan senjata.

Al-Zurqani berkata :

" Jihad menurut istilah syara' ialah mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kuffar"

Tiada ulasan: