Jumaat, Januari 20, 2012

Catatan rindu sang ikhwah

Wahai zaujahku, 
Aku mengerti di mana kamu, 
Kamu sedang letih berjuang, 
Kamu sedang lelah berdakwah, 
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah. 

Aku tidak tahu siapa kamu, 
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu, 
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain, 
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan, 
Kerna semua itu hanya layak untukmu. 

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran. 
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti. 

Zaujahku, 
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati, 
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat, 
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku, 
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku, 
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah. 

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu, 
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu, 
Sebaliknya dengan pandangan dakwah, 
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu, 
Kita seharusnya bersedia zaujahku, 
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

Sabtu, Januari 14, 2012

Kisah Cinta Salman al-Farisi




Assalamualaikum buat para pembaca,
Pernah baca kisah cinta Salman al-Farisi? Jika belum, sila baca kisah di bawah ini...

Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi, penuh warna dan cinta.

Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah...alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.

“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“Silakan tuan...” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

(kisah ini dipetik dari buku Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A. Fillah)

* * *
Sedih kan kisah cinta Salman al-Farisi ini? Namun, akhlak yang beliau tunjukkan subhanallah...sangat hebat. Bayangkan jika kita yang berada pada posisi Salman, mampukah kita memberikan reaksi seperti beliau?

Salman mengajar kita, bahawa cinta tak harus memiliki. Dan hakikatnya, kita memang tak pernah memiliki apapun dalam kehidupan ini. Semuanya milik Allah.

Salman juga mengajar kita, akhlak seorang lelaki yang soleh. Itulah bukti akhlak Islamiyyah yang terbaik kerana akhlak itu adalah reaksi pertama kita terhadap sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Jika kita sedikit terkilan atau rasa hendak marah pada mulanya, dan kemudian barulah kita bersabar, itu bukanlah akhlak yang terbaik lagi. Salman benar-benar membuktikan ketinggian akhlaknya.

Salman juga mengajar kita, erti hidup pada memberi. Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki. Salman memberi dengan penuh keikhlasan. Subhanallah...

~Ya Allah, berikanlah aku ketinggian akhlak sebagaimana Engkau berikan kepada Salman al-Farisi...~

Jumaat, Januari 06, 2012

Tiada Insan Lebih Istimewa


oleh:Fatimah Syarha

Rasulullah SAW paling istimewa. Kehidupan beliau mampu memberi contoh daripada pelbagai dimensi.
Bagindalah pemuda pemalu.
Bagindalah pemuda berani.
Bagindalah contoh di kala remaja.
Bagindalah contoh di kala dewasa.
Bagindalah orang miskin.
Bagindalah orang kaya.
Bagindalah rakyat biasa.
Bagindalah bangsawan mulia.
Bagindalah pemerintah yang sibuk.
Bagindalah orang biasa yang ada masa lapang.
Bagindalah menikahi janda.
Bagindalah menikahi gadis.
Bagindalah berkahwin satu selama 25 tahun.
Bagindalah berpoligami selama 10 tahun.
Baginda berjenaka.
Baginda serius.
Baginda berhikmah.
Baginda tegas.
                Subhanallah! Inilah kisah hidup manusia paling sempurna yang pernah Allah SWT cipta. Jom jadikan baginda contoh ikutan kita yang paling utama. Tahun baru, baharukanlah cinta kepada baginda. Do right thing in right time.

Isnin, Januari 02, 2012

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..
Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah lelakiyang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ibu kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus wanita yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”
Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?
**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal isteriku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..
sumber : blog sifu evisoraya terima kasih atas perkongsian ini dan setelah diolah sedikit isinya:)

Tokoh Islam: Gary Miller


Dr.Gary Miller



Dr. Gary Miller atau nama Islamnya Abdul Ahad Omar, asalnya ialah seorang tokoh Ilmu Teologi Kristian dari Kanada dan juga pakar Matematik. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran. Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini.

Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang bertajuk “The Amazing Quran” (Quran Yang Mengkagumkan) . Dalam tulisan ini beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik.

Beliau menjelaskan bahawa seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad.

Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu.

Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains.

Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik.

Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar.

Namun demikian janganlah pula al-Quran ini dikaji terlebih dahulu sebelum meyakininya. Kita adalah golongan yang meyakini perkara-perkara ghaib. Termasuklah kebenaran al-Quran. Walaupun kita belum lagi mempunyai masa untuk mencari persamaan antara sains dengan al-Quran, namun yakinlah bahawa al-Quran tetap benar.


“Sains hanyalah sekadar tahap terendah yang boleh dicapai oleh kehebatan al-Quran.” 



 

 



 In English Version:


A very important Christian missionary converted to Islam and became a major herald for Islam, he was a very active missionary and was very knowledgeable about the Bible. This man likes mathematics so much, that's why he likes logic. 

One day, he decided to read the Qur'an to try to find any mistakes that he might take advantage of while inviting Muslims to convert to Christianity. He expected the Qur'an to be an old book written 14 centuries ago, a book that talks about the desert and so on. He was amazed from what he found.
He discovered that this Book had what no other book in the world has. He expected to find some stories about the hard time that the Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) had, like the death of his wife Khadijah (may Allah be pleased with her) or the death of his sons and daughters. However, he did not find anything like that. And what made him even more confused is that he found a full "Sura" (chapter) in the Qur'an named "Mary" that contains a lot of respect to Mary (peace be upon her) which is not the case even in the books written by Christians nor in their Bibles. He did not find a Sura named after "Fatimah"(the prophet's daughter) nor "Aishah" (the Prophet's wife), may Allah (God) be pleased with both of them. He also found that the name of Jesus (Peace Be Upon Him) was mentioned in the Qur'an 25 times while the name of "Muhammad" (Peace Be Upon Him) was mentioned only 4 times, so he became more confused. He started reading the Qur'an more thoroughly hoping to find a mistake but he was shocked when he read a great verse which is verse number 82 in Surat Al-Nisa'a (Women) that says: 

“Do they not consider the Qur'an (with care)? Had it been from other than Allah, they would surely have found therein much discrepancy”. 

Dr Miller says about this verse: “One of the well known scientific principles is the principle of finding mistakes or looking for mistakes in a theory until it’s proved to be right (Falsification Test). What’s amazing is that the Holy Qur'an asks Muslims and non-muslims to try to find mistakes in this book and it tells them that they will never find any”. He also says about this verse: "No writer in the world has the courage to write a book and say that it’s empty of mistakes, but the Qur'an, on the contrary, tells you that it has no mistakes and asks you to try to find one and you won’t find any."
  




Dr. Gary Miller.
Another verse that Dr Miller reflected on for a long time is the verse number 30 in Surat “Al-Anbiya” (The Prophets):
“ Do not the Unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one unit of Creation), before We clove them asunder? We made from water every living thing. Will they not then believe?" 

He says: ”This verse is exactly the subject of the scientific research that won theNoble Prize in 1973 and was about the theory of the “Great Explosion”. According to this theory, the universe was the result of a great explosion that lead to the formation of the universe with its skies and planets. 
Dr Miller says: “Now we come to what’s amazing about the Prophet Muhammad (PBUH) and what’s pretended about the devils helping him, God says:
  
“No evil ones have brought down this (Revelation), it would neither suit them nor would they be able (to produce it). Indeed they have been removed far from even (a chance of) hearing it.” The Holy Qur'an, Chapter 26, Verses 210-212. 

“When thou does read the Qur'an, seek Allah's protection from Satan the Rejected One” The Holy Qur'an, Chapter 16, Verse 98. 

You see? Can this be the devil’s way to write a book? how can he write a book then tells you to ask God for protection from this devil before reading that book? Those are miraculous verses in this miraculous book! and has a logical answer to those who pretend that it’s from the devil”.
And among the stories that amazed Dr Miller is the story of the Prophet(PBUH) with Abu-Lahab. Dr Miller says: “This man (Abu Lahab) used to hate Islam so much that he would go after the Prophet wherever he goes to humiliate him. If he saw the prophet talking to strangers, he used to wait till he finishes and then ask them: What did Muhammad tell you? If he said it’s white then it’s in reality black and if he said it’s night then it’s day. He meant to falsify all what the prophet says and to make people suspicious about it. And 10 years before the death of Abu Lahab, a Sura was inspired to the prophet, named “Al-Masad”. This sura tells that Abu Lahab will go to hell, in other words, it says that Abu Lahab will not convert to Islam. During 10 years, Abu Lahab could have said: “Muhammad is saying that I will not become a Muslim and that I will go to the hell fire, but I’m telling you now that I want to convert to Islam and become a Muslim. What do you think about Muhammad now? Is he saying the truth or no? Does his inspiration come from God?”. But Abu Lahab did not do that at all although he was disobeying the prophet in all matters, but not in this one. In other words, it was as if the prophet(PBUH) was giving Abu Lahab a chance to prove him wrong! But he did not do that during 10 whole years! he did not convert to Islam and did not even pretend to be a Muslim!! Throughout 10 years, he had the chance to destroy Islam in one minute! But this did not happen because those are not the words of Muhammad (PBUH) but the words of God Who knows what’s hidden and knows that Abu Lahab will not become a Muslim. 

How can the prophet (PBUH) know that Abu Lahab will prove what is said in that Sura if this was not inspiration from Allah? How can he be sure throughout 10 whole years that what he has (the Qur'an) is true if he did not know that it’s inspiration from Allah?? For a person to take such a risky challenge, this has only one meaning: that this is inspiration from God. 

“Perish the hands of the Father of Flame (Abu Lahab)! perish he! No profit to him from all his wealth, and all his gains! Burnt soon will he be in a Fire of blazing Flame! His wife shall carry the (crackling) wood; As fuel! A twisted rope of palm-leaf fibre round her (own) neck!” The Holy Qur'an, Chapter 111. 

Dr Miller says about a verse that amazed him: One of the miracles in the Qur'an is challenging the future with things that humans cannot predict and to which the “Falsification Test” applies, this test consists of looking for mistakes until the thing that is being tested is proved to be right. For example, let’s see what the Qur'an said about the relation between Muslims and Jews. Qur'an says that Jews are the major enemies for Muslims and this is true until now as the main enemy for Muslims are the Jews. 
Dr Miller continues: This is considered a great challenge since the Jews have the chance to ruin Islam simply by treating Muslims in a friendly way for few years and then say: here we are treating you as friends and the Qur'an says that we are your enemies, the Qur'an must be wrong then! But this did not happen during 1400 years!! and it will never happen because those are the words of The One who knows the unseen (God) and not the words of humans. 

Dr Miller continues: Can you see how the verse that talks about the enmity between Muslims and Jews constitutes a challenge to the human mind?

“Strongest among men in enmity to the Believers wilt thou find the Jews and Pagans; and nearest among them in love to the Believers wilt thou find those who say, "We are Christians": because amongst these are men devoted to learning and men who have renounced the world, and they are not arrogant. And when they listen to the revelation received by the Messenger, thou wilt see their eyes overflowing with tears, for they recognize the truth: they pray: "Our Lord! We believe; write us down among the witnesses” The Holy Qur'an, Chapter 5, Verses 82-84. 

This verse applies to Dr Miller as he was a Christian but when he knew the truth, he believed and converted to Islam and became a herald. May Allah support him. 
Dr Miller says about the unique style of the Qur'an that he finds wonderful: No doubt there is something unique and amazing in Qur'an that is not present anywhere else, as the Qur'an gives you a specific information and tells you that you did not know this before. For example:

"This is part of the tidings of the things unseen, which We reveal unto thee (O Prophet!) by inspiration: thou was not with them when they cast lots with arrows, as to which of them should be charged with the care of Maryam: nor was thou with them when they disputed (the point)” The Holy Qur'an, Chapter 3, Verse 44. 

“Such are some of the stories of the Unseen, which We have revealed unto thee: before this, neither thou nor thy People knew them. So persevere patiently: for the End is for those who are righteous” The Holy Qur'an, Chapter 11, Verse 49.

“Such is one of the stories of what happened unseen, which We reveal by inspiration unto thee: nor was thou (present) with them when they concerted their plans together in the process of weaving their plots” The Holy Qur'an, Chapter 12, Verse 102. 

Dr Miller continues: “No other holy book uses this style, all the other books consist of information that tells you where this information came from. For example, when the Holy Bible talks about the stories of the ancient nations, it tells you that a this King lived in a this place and a that leader fought in that battle, and that a certain person had a number of kids and their names are. But this book (Bible) always tells you that if you want to know more, you can read a certain book since that information came from that book”. 

Dr Garry Miller continues: “This is in contrary to the Qur'an which gives you the information and tells you that it’s new!! And what’s amazing is that the people of Mecca at that time (time of inspiration of those verses) used to hear those verses and the challenge that the information in those verses was new and was not known by Muhammad (PBUH) nor by his people at that time, and despite that, they never said: We know this and it is not new, and they did not say: We know where Muhammad came from with those verses. This never happened, but what happened is that nobody dared to say that he was lying to them because those was really new information, not coming from the human mind but from Allah who knows the unseen in the past, the present and the future”. 
  




The Amazing Qur'an Dr. Miller's famous work.

 

Iman dan hati



Oleh: Dr. Hussin Syahatah

Iman letaknya di hati:

Dengan kurniaan Allah SWT telah menjadikan hati di tanganNya yang boleh berubah-ubah sebagaimana yang dikehendakiNya. Hanya Dia sahaja yang boleh mencampakkan iman ke dalam hati hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa , berdasarkan firman Allah SWT:

“Akan tetapi Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  (Al-Hujurat: 7-8)

Apabila hati telah dihidupkan dengan iman maka akan menggerakkan semua emosi, perasaan dan anggota ke arah kebaikan dan amal salih. Hati adalah tempat bergantung. Hati yang menyuruh dan melarang , sedang anggota lain hanya mengikutnya. Rasulullah saw telah menggambarkan keadaan ini di dalam sabdanya:

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati "(Bukhari dan Muslim),

Setiap kali iman betambah di dalam hati, bertambah kekuatan baik dan terbuka dada orang beriman untuk menambahkan amal-amal salih.

Hati perlukan kepada pembaharuan iman

Seorang muslim sentiasa perlukan makanan jiwa yang baharu; seumpama muatan iman  yang melapangkan dadanya untuk bergerak ke hadapan dalam perbuatan baik dan amal salih. Oleh itu, jika seorang muslim lalai mendapatkan makanan hatinya, maka ia menjadi lemah, sakit atau mati. Allah SWT telah menjelaskan kesan iman dalam hati melalui firmanNya (bermaksud):

“dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”  (At-Taghabun: 11),

Allah SWT telah memasukkan cahaya ke dalam hati hamba yang mukmin dengan sebab amal-amal salih yang dilakukannya, yang melapangkan dada dan menggembira hatinya. Justeru, ia menjadi seorang yang zuhud di dunia, beramal untuk akhirat dan bersedia untuk bertemu Tuhannya. Di antara dalil ialah seperti yang disebut oleh Nabi saw (bermaksud):

"Menjauhkan diri dari negeri yang melalaikan dan mendekatkan diri kepada negeri yang kekal abadi, dan bersedia untuk mati sebelum kedatangan mati " (Riwayat oleh Ibn Abi Dunia dan al-Hakim di dalam al-Mustadraknya ),

Benarlah Allah SWT telah berfirman (bermaksud):

“Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.”  (Az-Zumar: 22),

Di antara cara memperbaharui iman di dalam hati ialah: Berzikir, berdoa, merasai keagungan Allah, merenung makhluk-makhlukNya, mengingati mati, ziarah kubur, kesetiaan kepada orang-orang yang beriman dan bergaul dengan hamba-hamba Allah yang salih.

Dosa melemahkan iman di dalam hati

Dosa dan maksiat akan melemahkan iman dan menjangkiti hati dengan pelbagai penyakit, seperti kekerasan, kebengisan, kekufuran, menuruti hawa nafsu, lalai, cintakan dunia, cintakan harta, bermegah-megah, malas beribadat dan melakukan amal soleh, berakhlak buruk dan menyeleweng dari jalan yang lurus. Allah SWT telah menegaskan di dalam banyak ayat Al-Quran tentang hal ini, antaranya firman Allah SWT tentang perihal orang-orang kafir:

“Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka.” (Al-Maidah: 41),

Perihal orang-orang Yahudi yang munafik. Allah SWT menyebutkan:

“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.”  (Al-Baqarah: 74),

“Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran).” (Al-Maidah: 13),

Rasulullah saw telah menjelaskan kesan dosa dalam hati dalam sabdanya:

“Sesungguhnya ketika seorang mukmin melakukan satu dosa, maka satu titik hitam akan ditorehkan di hatinya, namun apabila ia bertaubat, menarik diri dari perbuatan itu dan meminta ampun, maka hatinya akan dibersihkan kembali. Tetapi sebaliknya, jika semakin sering dia melakukan dosa, maka titik hitam tersebut akan semakin bertambah hingga akan semakin hitam….(HR Tirmizi, No.3334)

Itulah kekotoran yang disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran dengan berfirman (maksudnya):

“Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.  (Al-Mutaffifin: 14),

Bagi mengelakkan iman di dalam hati berkurang Rasulullah saw menyuruh kita membanyak zikir dan doa, berkata:

" Iman dijadikan di tengah-tengah anda sama seperti pakaian dijadikan. Oleh itu, mintalah kepada Allah supaya memperbaharui iman di dalam hati anda, "

Rasulullah saw bersabda lagi:

" Tidaklah di dalam hati melainkan baginya terdapat awan seperti awan bulan yang ada kalanya bersinar, apabila awan menutupinya, maka bulan menjadi gelap, dan jika ia terbuka maka bersinar cahayanya. "

 Begitu juga dalam sabda Rasulullah saw yang lain:

"Sesungguhnya hati boleh berkarat sama seperti keluli yang boleh berkarat. Cara membersihkannya ialah dengan berzikir kepada Allah "(Riwayat oleh al-Bayhaqi).

Antara doa yang menerangkan hati ialah:

اللهم نقِّ قلوبنا من الخطايا كما ينقَّى الثوب الأبيض من الدنس.
“Ya Allah, sucikanlah hati kami daripada kesalahan dan dosa seperti bersihnya pakaian putih daripada kekotoran.”

اللهم اشرح لنا صدورنا ويسر لنا أمورنا
“Ya Allah, lapangkanlah dada kami dan permudahkanlah urusan kami.”

اللهم إننا نسألك إيمانًا يباشر قلوبنا
“Ya Allah, kami memohon kapadaMu iman yang dapat menghidupkan hati kami.”

اللهم نسألك رحمةً من عندك تهدي بها قلوبنا
Ya Allah, kami memohon kepada rahmat dari sisiMu agar memimpin hati-hati kami.”

اللهم زيِّن الإيمان في قلوبنا واجعلنا من عبادك الراشدين.
“Ya Allah, hiasilah di dalam hati kami dengan iman dan jadikanlah kami termasuk ke dalam hamba-hambaMu yang dikurniakan hidayah.”

اللهم لا تجعل في قلوبنا غلاًّ للذين آمنوا
“Ya Allah, janganlah jadikan hati berdendam dan berdengki kepada orang-orang yang beriman.”

اللهم أَلّفْ بين قلوبنا واجعلنا بنعمتك إخوانًا متحابين
“Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dan jadikan kami dengan nikmatMu kami bersaudara dengan saling kasih-mengasihi antara satu sama lain .”

اللهم اكتب في قلوبنا الإيمان وأيِّدنا بروح من عندك
“Ya Allah, tuliskan iman di dalam hati kami dan teguhkanlah kami dengan roh dari sisiMu.”

-----------
* Profesor di Universiti Al-Azhar Al-Syarif.

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=363&ArtID=97672

Sabtu, Disember 31, 2011

'AQIDAH ... ( apa itu aqidah? )



Pengenalan

  1. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
  2. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
  3. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

    Pengertian Akidah

    1. Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
    2. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt
    3. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

    Ilmu Akidah

    Ilmu Tauhid
    Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai
    Ilmu Usuluddin
    Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan pesuruhNya
    Ilmu Makrifat
    Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt
    Ilmu Kalam
    Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan
    Ilmu Akidah
    Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt

    Huraian Rukun Iman

    Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah saw yang bermaksud:-
    “Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah swt, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.”

    Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu:
    1. Percaya kepada Allah
    2. Percaya kepada Malaikat
    3. Percaya kepada Kitab
    4. Percaya kepada Rasul
    5. Percaya kepada Hari Kiamat
    6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar

    Percaya Kepada Allah Swt

    Erti beriman dengan Allah Ta’ala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Ta’ala.

    Beriman dengan Allah juga bermaksud:
    1. Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
    2. Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk
    3. Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu

    “Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang ) bertaqwa –
    (Surah Al-Baqarah:21)
    Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi langit dan planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah swt
    Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.

    1. Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah swt
    2. Tauhid Rububiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb.
    3. Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan sembahannya. Maklud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah.
    4. Mempelajari dan memahami ajaran Allah
    5. Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah swt
    Yakin dan Melaksanakan Petunjuk Allah swt
    Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang daripada Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang shamil dan kamil serta terbaik

    Percaya kepada Malaikat

    Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya. Sabda Rasulullah saw (terjemahanya):
    ”Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap & dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah”–(Hadith riwayat Muslim)
    Nama dan Tugas Malaikat
    1. Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia
    2. Mikail – Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah
    3. Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah
    4. Israfil – Meniup sengkekala apabila tiba masanya
    5. Raqib – Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
    6. Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
    7. Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur
    8. Nakir – Menyoal manusia di dalam kubur
    9. Ridhwan – Mengawal syurga
    10. Malik – Mengawal neraka

    Antara tugas-tugas Malaikat seperti:
    1. Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul
    2. Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah
    3. Memikut Arsy
    4. Berdoa untuk orang-orang beriman
    Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan seumpamanya
    Hikmat Beriman Kepada Malaikat
    1. Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia berada
    2. Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid
    3. Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur

    Percaya Kepada Kitab

    Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia
    Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:
    1. Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti)
    2. Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani)
    3. Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani)
    4. Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam bahasa Arab)

    Firman Allah swt yang bermaksud:
    ”Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan”
    (Surah Al-Baqarah: 213)
    Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala kitab-kitab yang terdahulu

    Percaya Kepada Rasul

    Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
    Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:
    1. Siddiq – Benar pada segala percakapan, perkhabaran & perbuatan
    2. Amanah – Jujur dan tidak membuat kesalahan
    3. Tabligh – Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia
    4. Fathonah- Bijaksana

    1. Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada orang lain
    2. Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya yang wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah
    3. Dari segi keaslian : al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli
    4. Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja
    5. Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup pemakainnya sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia

    Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab
    Menunjukkan bahawa agama yang dating daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab yang datAng daripada Allah mendahului. Para Nabi semasa ke semasa sehinggalah kitab al-Quran
    Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datAng daripada Allah

    Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama
    Semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain. 

    Percaya Kepada Hari Akhirat

    Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari Akhirat.

    Lima fasa pola beriman kepada hari Akhirat:
    1. Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Terjadi gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal
    2. Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang Mahsyar
    3. Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah
    4. Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan
    5. Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka

    Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat
    1. Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia
    2. Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan segala isi kandungannya
    3. Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat
    4. Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan

    Beriman Kepada Qada Dan Qadar'

    Maksud Takdir
    1. Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan kepada dua:
    2. Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
    3. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia

    Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah
    1. Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adir dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui
    2. Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita

    Peringkat-Peringkat Iman

    1. Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat orang lain
    2. Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati
    3. Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh
    4. Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin, iaitu orang yang hampir dengan Allah
    5. Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi

    Iman Bertambah Dan Iman Berkurang

    Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:
    1. Melawan hawa nafsu
    2. Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela
    3. Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji
    4. Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-mata kerana Allah
    5. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
    6. Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah  

    Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah

    Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah:
    1. Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt
    2. Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya
    3. Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah
    4. Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan
    5. Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka
    6. Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang

    Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia
    1. Akidah Sebagai Asas
    2. Akidah Sebagai Penentu atau Pendorong

    Penyelewengan Dan Kerosakan Akidah

    1. Melalui Percakapan atau ucapan
    2. Melalui Perbuatan
    3. Melalui Iktikad dalam hati

    Pembinaan Akidah

    1. Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus
    2. Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah
    3. Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam
    4. Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik
    5. Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah
    6. Bertawakal kepada Allah

    Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.