Jumaat, Mac 31, 2017

TIDUR

NGANTUKNYA,

Suatu Masa dulu 

Ada seekor Singa  yang sangat digeruni dalam sebuah hutan,

Sang singa amat gagah dan berani dan pantang kalah apabila bertarung,

hinggakan,

Khabar angin Sang singa sampai kepada manusia,

Suatu Hari,

Manusia keluar beramai-ramai untuk menangkap Sang Singa,

Apabila Sang Singa telah dijumpai,

Mereka Bertarung hinggakan Habis Manusia dibaham oleh Sang Singa,

Manusia2 yang tinggal kembali ke tempat asal,

Manusia2 mengumpul tenaga dan bertekad untuk mengalahkan SangSinga

Setelah beberapa tahun berlalu,

Maka kali ini singa tersebut sudah tidak Segagah dulu

kali ini sang singa sudah lemah dan sakit,

nasib tidak menyebelahi,

SANG SINGA TEWAS DAN DITANGKAP,
 
dan kini Sang Singa kini lena di dalam SANGKAR,

DAN MUNGKIN SANG SINGA AKAN KEKAL TIDUR...

"RAKAN-RAKAN SEKALIAN SINGA ITULAH KITA UMAT ISLAM SEBENARNYA"

"SUATU MASA DULU KITA PERNAH MEMERINTAH DUNIA DAN DIGERUNI LAWAN"

KINI

KITA LEMAH DAN SAKIT SEPERTI SANG SINGA ....Sakit IMAN sakit AKIDAH 

sakit JIWA....

"KITA UMPAMA SANG SINGA YANG KINI TERPERANGKAP DALAM SANGKAR"

TERSEKSA.....ANGKARA DIRI SENDIRI

"RAKAN -RAKAN"

AYUH BANGUN DAN BANGKIT ..

GAGAHNYA KITA DAHULU SEKARANG DAN SELAMANYA

JANGAN DIBIAR TIDURNYA KITA,

AYUH BANGKIT....

BANGKIT DARIPADA TIDUR YANG LENA WAHAI SANG SINGA!!!

-BANGUN-









                                                 

Selasa, Februari 14, 2017

LAPAR


Semua orang lapar. Aku lapar, kau lapar. Kita semua ada masa-masanya rasa lapar.

Semua orang buat dosa. Aku buat dosa, kau buat dosa. Kita semua buat dosa.
Semua orang suka bercerita. Aku suka bercerita, kau suka bercerita. Kita semua suka bercerita.
Biar aku bagitahu sesuatu yang orang ramainya tak tahu. Blog ni tempat ruangan peribadi.

Tempat aku luahkan apa yang aku rasa. Tempat aku nak menulis. Tempat aku nak bercerita dan sesungguhnya aku tak harapkan pembaca, walaupun satu masa dulu blog aku ni dapat hampir 2 juta pembaca.

 Tapi itu semua dulu.
Sekarang aku dah slow down.

Nak menulis pun banyak yang unpublished, bukannya tak update. Hampir setiap minggu juga aku tulis entri baru. Tapi simpan sorang-sorang sajalah.
Sebabnya, ramai sangat yang suka berprasangka.
Aku bagitahu satu lagi perkara. Hubungan aku dan kau bukannya hubungan pasangan kekasih. Bukan juga kawan yang kau boleh rileks pm buat lawak tak kelakar. Bukan butthurt, tapi ada benda kena belajar limit. dengan siapa kau bergurau. Perkara apa yang dibawa bergurau. Entahlah. Mungkin aku dah tua.
Aight, berbalik pada topik asal aku.
Lapar.
"O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful." (Al Hujurat:12)
Bagi yang kurang faham. Maksud ayat ni menjelaskan bahawasanya, Allah menyeru orang beriman supaya elakkan daripada ber-prasangka.

Kerana sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan elakkan daripada mengumpat. Sebabnya, adakah kita suka makan daging saudara kita yang telah mati?
Lalu Allah pesan pada kita supaya takutlah kepada Allah, dan sesungguhnya Allah maha menerima taubat.
Di sini ya, biar aku jelaskan sesuatu.
Aku, kau, kita semua sama. Tapi ada perkara dalam dunia ni, kita kena sedarlah. Kalau tak mampu menampung dosa-dosa kita dengan amalan taubat, tak perlulah seronok-seronok tambah dosa kita macam syurga neraka tak pernah diciptakan.
Benda paling tak best sekali kadangnya ada sesetengah golongan yang chill gila guna ayat "aku bukan nak mengumpat, tapi..."

Tapi apa?
Aku bukanlah manusia paling baik dalam dunia. Aku bukanlah manusia paling mulia dalam dunia. Dan kau juga bukan.
Daripada mengumpat-mengumpat buka aib orang lain, just take a reflect and see ourselves.
Kalau rasa tak tahan sangat, boleh mesej personally tegur kesilapan orang tu.
And nak menegur ni pun kena ada master skill untuk tawan hati mad'u. Tak boleh terus direct mesej guna sarcasm, "Best ke orang kagum dengan tulisan kau, acah-acah dakwah, tapi belakang berasap merokok."
Similarly macam kalau sekarang ni aku terus pakai serbu kata, "Eh sedap ke tu makan daging orang tu? Kanibal, kanibal, kanibal!"
Haa mesti tak best kan?
Ini adalah entri counter as a victim kepada orang-orang yang suka mengumpat aku. Lelelel.
Takdelah.
Tapi betul juga, dalam Quran tu, Allah tujukan pesanan tu pada orang beriman.

 Jadi aku tak expect untuk kita semua terkesan dengan ayat tu.
Bukan apa, beriman ke kita sebenarnya?

Selasa, November 22, 2016

BAY' AL-DAYN






Dalam kewangan Islam, ada satu produk yang ditawarkan kepada pelanggan muslim ini dinamakan Bay al Dayn, jual hutang maksudnya dalam bahasa. Atau, debt trading. Mengikut definisi umumnya,
Bay al dayn merupakan satu sales contract, antara creditor dengan debtor atau creditor dengan pihak ketiga, third party. Creditor menjual hak bayaran hutangnya kembali kepada penghutang atau kepada pihak ketiga, selalunya pada harga yang lebih murah atau at par value.


Di sinilah timbulnya satu isu besar tentang produk yang kononya Islami ini tatkala ia memakai nama dalam bahasa Arab. Masalahnya, apabila debt atau hutang dalam bentuk credit itu dijual pada harga yang murah untuk mendapakan cash segera, berlaku exchange of ribawi items pada amaun yang tidak sama, lalu tercetuslah persoalan riba dalam transaksi ini.

Namun, atas dasar masalahah umum ataupun public interest, penasihat syariah kewangan Islam rata rata menyetujui produk ini untuk pembangunan sistem kewangan Islam yang masih lagi mencari tempat dalam pasaran kewangan dunia, bahkan masih mencari tempat di pasaran pasaran tempatan seperti di Malaysia yang kita cintai.


Isnin, Julai 18, 2016

Ayah Nabi Ibrahim bukan Musyrikin



"Ayah Nabi Ibrahim adalah seorang musyrikin" ? 

Mari kita lihat ayat Quran..

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".
(Surah Al-An'am: 74)

Dalam Ayat tersebut, benar Allah swt menyebut "Bapanya". Maka adakah benar ayah kandung Nabi Ibrahim adalah seorang musyrikin? Malah membuat berhala-hala untuk disembuh kaum Nabi Ibrahim.. 

Dalam Ayat tersebut bahawa Allah gunakan perkataan "Abi" yang bermaksud bapanya.

Dari segi bahasa, perkataan الأب (Abi) bukan hanya ditujukan kepada ayah kandung semata-mata. Namun ianya juga ditujukan kepada datuk, moyang dan juga kepada bapa saudara itu sendiri. Jika kita melihat ayat 133 di dalam surah al-Baqarah yang berbunyi :

 Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".

Khamis, Julai 07, 2016

HAKIKAT SEBUAH DOSA



Seorang hamba Allah, dikira berdosa apabila dia tidak melakukan kerja atau tindakan taat kepada Allah Taala.Sesorang hamba Allah itu dikatakan tidak melakukan kerja taat kepada Allah apabila tidak mengerjakan suruhan Allah atau melakukan kerja haram (perbuata maksiat, kemungkaran atau sebarang larangan dalam agama Islam).

Firman Allah SWT:
 "Dan sesungguh akan Kami rasakan kepada mereka (yang melakukan dosa) sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain (sebelum) azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar) - (QS. al-Sajadah : 21).


 



Tiap-tiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah pasti akan melakukan dosa sama ada sengaja ataupun tidak.Tapi janganlah kita rasa tiada jalan untuk kembali. Pintu taubat seluas langit dan bumi Allah buka kepada  hambaNya dan tidak akan tertutup sehingga kiamat tiba.




Kawan-kawanku, hidup kita di Sepintar memang penuh dengan dugaan. Pergaulan, adab sopan, persahabatan, percintaan,berjauh dari keluarga dan banyak lagi dugaan yang kini tempuh di Sepintar. Salah satu tanda doa kita dimakbulkan Allah adalah apabila kita berusaha dengan tenang untuk hadapi segala dugaan yang Dia beri.





Sungguh, kalau kita berada di luar dari Sepintar, berganda-ganda dugaan yang datang melanda. Jadi syukurkan sahabat-sahabatku. Ingat lagi tak kata-kata Abang Akmal bin Zulkarnain: (batch 0711)


         "Tarbiyyah kita tak sehebat mereka, tetapi tarbiyyah mereka tak dapat tandingi kita"



Adakah kita faham  maksud kata-kata abang Akmal tu. Mungkin ada di antara kita faham ayat tersebut tapi mungkin ada yang tidak. Renungkanlah kata-kata tersebut yang mempunyai banyak maksud yang tersirat.


Tarbiyyah yang kita dapat di Sepintar ni mungkin tak akan pernah ada di tempat lain. Dengan tarbiyyah inilah kita mampu hadapi dugaan yang Allah beri dan elakkan diri dari terus melakukan dosa. 


Mari kita renungkan kata-kata Imam al-Ghazali, 
"Perbuatan maksiat itu adalah sebagai makanan yang memudharatkan badan manusia. Dosa-dosa yang terkumpul dalam diri manusia akhirnya meracuni jiwa keimanannya. Perbuatan dosa akan mengakibatkan kegelapan dalam hati kerana dosa itu menjadi kotoran atau karat di hati."


Dosa yang kita lakukan ini akan terus menebal dan akan mengaratkan hati kita jika tidak disucikan dengan taubat. Demikian juga, dosa menjadi hijab yang menghalang kita dengan Allah. 


Karat di hati ini jangan kita anggap tidak dapat dikikis lagi. Mudah sahaja cara untuk mengikiskan karat di hati, caranya adalah : TAUBAT NASUHA.


Kita selalu baca doa ni setiap petang selepas Al-Mathurat dibacakan. Tapi, adakah kita faham maksudnya, adakah kita selami maknanya dan adakah kita hayati alunan doanya. Sungguh, dosa kita terlalu banyak. Maka, pulihkanlah ia dengan TAUBAT :)


                                                                        Aku Yang Berdosa :'(
Wallahualam. Assalamualaikum :)

Isnin, Februari 22, 2016

TAK BOLEH SOLAT DENGAN PAKAIAN DILIPAT, RAMBUT DIIKAT BAGI LELAKI, MENYELA RAMBUT?


Hal ini telah disebut dalam beberapa buah hadis antaranya:-
أُمِرَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ وَلَا يَكُفَّ ثَوْبَهُ وَلَا شَعَرَهُ
Ertinya: Nabi sallallahu’alaihi wasallam diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota dan tidak melipat bajunya, begitu juga (mengikat) rambutnya. ( Riwayat Al-Bukhari)

At-Tayyibi dan Al-Munawi menghuraikan erti (يَكُفَّ) dengan menggabungkan, melipat pakaian ketika rukuk dan sujud. Mereka juga berkata larangan itu membawa erti makruh dan tidak sampai kepada haram. Imam An-Nawawi menjelaskan
اتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى النَّهْيِ عَنْ الصَّلَاةِ وَثَوْبُهُ مُشَمَّرٌ أَوْ كُمُّهُ أَوْ نَحْوُهُ أَوْ رَأْسُهُ مَعْقُوصٌ أَوْ مَرْدُودٌ شَعْرُهُ تَحْتَ عِمَامَتِهِ أَوْ نَحْوُ ذَلِكَ ، فَكُلُّ هَذَا مَنْهِيٌّ عَنْهُ بِاتِّفَاقِ الْعُلَمَاءِ وَهُوَ كَرَاهَةُ تَنْزِيهٍ
Ertinya: Ulama bersepakat berkenaan larangan sewaktu solat dengan lengan pakaiannya bergulung dan berlipat atau yang sepertinya, juga rambut kepalanya terikat atau diruapkan rambutnya yang dibawah serbannya atau sepertinya, semua ini dilarang dengan sepakat para ulama dan itu adalah makruh yang tanzih (tidaklah begitu berat).

Khamis, Januari 28, 2016

4 SEBAB KENAPA ANUGERAH JUARA LAGU TAK PATUHI SYARAK


 
(Oleh Tarbiah Sentap.)

Sebelum ini, kami ada mengeluarkan status di FB dan twitter yang berbunyi:

"Syukur masih tak sampai ajal masa tengah tengok AJL." 

Kemudian,ia menjadi hangat dan viral di media sosial yang mana ramai orang salahkan kami dari status tu. Ia juga berpunca dari satu screen shot yang seolah-olah menyatakan kami salah cara dalam berdakwah.

Lalu kami pun sampai sekarang masih tertanya-tanya, kat mana salahnya status:

"Syukur masih tak sampai ajal masa tengah tengok AJL." ??

Kalau nak ikut sangat logik akal tu, berdosa dan salah sangat ke buat status ni berbanding persembahan AJL tu?

Isnin, November 30, 2015

PESANAN RINGKAS



Ustadz Umar Timilsani berkata, pada suatu kesempatan saya pergi bersama Imam Shahid ke Kota Thukh di Qalyubia. Undangan meriah dan jeritan jeritan riuh. Di perjalanan Imam Shahid bertanya kepadaku,

"Apa pendapat mu tentang acara tadi ?"

Saya menjawab, terlalu bising dan suara suara keras itu tidak membuatkan aku senang.

Imam Shahid berkata, "Dengar, kita mengikut jejak Rasulullah saw, baginda mendatangi orang orang di pasar dan tidak mendapatkan sambutan kecuali gangguan. Mari kita bersabar atas lambatnya respon yang baik. Sungguh andai kita bisa merekrut satu orang saja antara ribuan orang itu nescaya hal itu lebih baik dari dunia seisinya"


Begitulah telitinya angkatan orang beriman yang jernih hati mereka menelusuri tinggalan-tinggalan generasi pertama dan meneladani perjuangan Rasulullah SAW. Cukup jika yang terbina daripada tangan tangan kita seorang waris dakwah yang beramal di lapangan dan sanggup berhadapan dengan celaan, berbanding berpuluh puluh mengikut yang mengangkat tangan ingin bersama, tetapi kosong intinya. Mereka hanya bising di alam maya dan mengeruhkan keadaan tatkala senyap adalah berlian.

Imam Syahid juga pernah berpesan dalam satu kesempatan;

“Kam fiina walaisan minna. Kam minna walaisa fiina”

Betapa banyak ada bersama kita, tetapi bukan dalam kalangan kita. Dan betapa banyak yang dari kalangan kita tetapi tidak bersama kita”

Beliau mengajarkan dakwah ini adalah ikatan ruh dan akidah. Bukan pagar nama, geografi, keturunan apatah lagi garisan garisan sempit yang lain.

Pewaris dakwah yang dimaksudkan adalah rijal.

Begitulah akh, yang kita fahami. Kerja kita tidak pernah keluar daripada tujuan utama ini, sementara masa masih belum mengisyaratkan apa-apa.

Di satu kesempatan meneliti ayat ayat Quran, betapa banyak sebenarnya cerita pewarisan yang kita temui. Antaranya mari kami nukilkan;


Atau apakah telah kamu me­nyaksikan seketika telah dekat kepada Ya'qub kematian, tatkala dia berkata kepada anak-anak-nya: Apakah yang akan kamu sembah se­peninggalku ? Mereka men­jawab: Akan kami sembah Tuhan engkau dan Tuhan bapak-bapakmu, Ibrahim dan Ismail dan Ishaq yaitu Tuhan Yang Tunggal, dan kepada­Nyalah kami akan menyerah diri (Muslimin)
(Al Baqarah :133)


Para Anbiya’ sangat merisaukan apakah yang bakal berlaku kepada zuriat mereka tatkala mereka akan pergi menemui Sang Pencipta Allah swt. Begitupun seluruh hidup mereka telah dicurahkan supaya agama yang indah beserta makna-maknanya ini terus kekal dalam dada-dada manusia, mereka seakan tidak pernah merasa senang dan berpuas hati. Sehingga di saat malaikat maut datang menyapa, sekali lagi isu pewarisan agama ini menjadi concern mereka.

Begitulah yang kita pelajari.

Bagaimana dengan gerakan dakwah kita?

Di satu kesempatan yang lain, kami sering duduk bersama-sama dan memikirkan hal ini. Meskipun ternyata dalam kalangan yang duduk dan berfikir itu masih belum memiliki sebarang zuriat biologi, akan tetapi dakwah mengajarkan kita bahawasanya perjuangan ini rahimnya adalah tarbiyah. Dan anak-anaknya tidak dipagari oleh hubungan darah semata-mata. Maka siapakah yang telah lahir daripada tangan-tangan kita?

Sudahkah kita membina dan melahirkan rijal?

Atau kita sekadar syok sendiri dengan angka yang tidak bertambah dan melebar. Nukilan kali ini tidak perlu terlalu panjang. Cukuplah sekadar beberapa baris ayat yang mengajak seluruh ahli keluarga kita yang besar ini mengambil manfaat tatkala masing-masing sedang sibuk menapaki bumi ini dan membawa beban firmanNya.


Sesungguhnya kata-kata yang baik itu kekal dan berpanjangan, kerana ia terhubung dengan al haq. Dan siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada orang yang mengajak kepada Allah?

Sabtu, Ogos 15, 2015

"WHAT MATTERS MOST.."



“Qassim….”

“Saya cikgu ”

“Yeusoff..”


“Syahid cikgu!”
           
             “Abdullah..”

“Dibom cikgu!”

“Umar..”

“Syahid juga cikgu”

“Salman.”

“Ditawan cikgu”


Uwais memerhati ke hadapan kelas. Makin hari makin berkurang. Satu persatu anak didiknya syahid. Syahid di jalan paling mulia.
Anak-anak Gaza.


------------


“Danial..”

“Tak hadir cikgu, mabuk”

“Lutfi..”

“On the way cikgu”

“Fais..”

“Katanya kucing meninggal cikgu..”

“Sarah..”

“Baju lupa nak basuh cikgu..”


Berahim menarik nafas resah. Apa nak jadi dengan budak budak ini. Getus hatinya. Makin hari makin menjadi. Penat. Setelah penat berdiri, dia duduk sejenak. Dia memerhati satu persatu saki baki yang tinggal. Lemah.

Anak-anak bangsaku


---------------------



Selingan.


----------------------

“Im, is it possible kita boleh tinggalkan semua jahiliyyah kita tu?”

“Depends..” Im teguk air putih tu dua kali. Sekali lagi. “By the way, ni soalan ke cadangan?” Melawak.

“Kau rasa?”

“Well..”

“Soalan. Possible tak?”

“Kau rasa?”

“Entah.. Aku tanya kau, kau pula tanya aku”

“Kan aku dah cakap. It depends..”

“Depends on?”

Senyap.


Aman scroll lagi laman mukabuku. Down. Again and again. Tiada notis keluar pun. Tapi dia scroll lagi. Rasa kekosongan. Rasa something wrong. Ada something that haunts his mind. Not a good feeling. Not a good one. And he is seeking for the answer. To the unknown feeling.

“By the way, why so sudden?”

“Aku terfikir. Tiba-tiba”

“I have the same thought bro” Im pandang Aman. Aman pandnag Im balik. Dua-dua mata bertentang. Bertukar perasaan.

Aman tutup laptop. Tarik nafas. Tunduk.
Capai msuhaf.

“Lepas fikir-fikir, tak possible kan?”

“Hujah kau?”

“Yela. Dah settle satu, yang lain pulak datang. Jahiliyah ni berubah-ruba bentuk. Yang dulu pun tak settle settle, ada pula yang lain”

“Agree..”

“Satu hal. Aku dah cuba tinggalkan benda-benda ni, aku dah cuba, tapi tak boleh la Im. What do you think?” Aman mengeluh.

“Bak sini Quran tu”


Im buka zip. Diselak Quran tu.

“Kau nak cakap ini semua ujian kan? Cliche”

“Hmm. kau pun tahu kan. By the way sape yang cliché sekarang? Quran ?”


“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang dusta”


“Man, aku nak tanya kau, selama ni kita duk tadabur pasal ujian, kau rasa kenapa Allah uji hambaNya?”

“Kau ni nak uji aku ke ape?”

“Just answer me..”

“Macam ayat tu cakap la, untuk tahu siapa yang beriman, siapa yang tidak.”

“Tu jawapan kau? Final?”

“Salah ke”


Im tutup mushaf. Tadi dia berhenti di surah al ankabut. Surah yang sarat mesej pasal ujian. Im remain silent. Aman too. Waiting for each other to start first.


“Kalau kita fikir balik kan, buat apa Allah nak uji? Bukankah Allah tu Maha Mengetahui? Tak kan lepas dah uji baru Allah tahu kita ni benar ke tidak?”

Im lontarkan pandangan.
Bernas.

“Habis tu? Salah la statement Quran ni?”

“Tak la, kita yang mungkin salah tafsir”

“So, what’s you interpretation”

“Hmm.. kau rasa?”

“Alih-alih aku je yang kena rasa, tak best la”

“Ok. Sebenarnya Allah memang dah tahu kita ni, hamba-hamba Dia yang mana betul betul beriman dan yang mana tidak. Ujian ni, Allah nak bagi hint kat kita, supaya kita sendiri yang muhasabah. Allah nak suruh kita gred kan kita ni, hamba Gred A plus ke, A minus ke, B plus ke atau  Fail ke. Macam tu”

“Hmm”

“So do you get me?”

“Get what?”

“Jahiliyah tu, Allah turunkan supaya kita bley gred kan diri kita”

“So, kau nak cakap it’s not possible la seseorang itu boleh zero jahiliyah?”

“Entah..”

“Eish kau..”

“By the way, soalan kau tu, that does not even matter pun kan”

“Which means..?”

“What matters most, kita ni Gred brape?

Selasa, Julai 28, 2015

DOA DOA LEJEN (1)




Dalam al Quran ada sangat banyak doa yang dilantunkan oleh para Anbiya’ di sepanjang sejarah kemanusiaan yangdisematkan di pelbagai kisah epic. Kesemua doa ini mempunyai nilai dan maksud yang sangat tinggi dan 
mendalam.


Umpamanya doa yang diajarkan kepada kita sejak dari bangku sekolah lagi, yakni, “Rabbishrahli, shodri, 
wayassirli amri, wahlul ‘uqdatan millisani yafqohu qoulli” juga siapa sangka datangnya daripada kitab maha Agung ini. Puluhan tahun telah kian berlalu, tetapi kita tidak pun pernah mengetahui cerita asa usul doa yang dibaca setiap kali memulakan sesi pembelajaran ini.


Sehinggakan doa ini sekadar dibaca menjadi rutin tanpa dihayati sejarah yang terbuku disebaliknya. Untuk itu, saya dengan ini memulakan sesi merenung kembali doa-doa yang terpateri dalam al Quran. *tarian singa*


Sekali lagi kisah Nabi Musa a.s. yang mendominasi kisah kisah dalam al Quran yang tidak sunyi daripada 
pengajaran itu akan menjadi pemusatan idea penulisan kali ini. Ewah.