Isnin, Julai 18, 2016

Ayah Nabi Ibrahim bukan Musyrikin



"Ayah Nabi Ibrahim adalah seorang musyrikin" ? 

Mari kita lihat ayat Quran..

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".
(Surah Al-An'am: 74)

Dalam Ayat tersebut, benar Allah swt menyebut "Bapanya". Maka adakah benar ayah kandung Nabi Ibrahim adalah seorang musyrikin? Malah membuat berhala-hala untuk disembuh kaum Nabi Ibrahim.. 

Dalam Ayat tersebut bahawa Allah gunakan perkataan "Abi" yang bermaksud bapanya.

Dari segi bahasa, perkataan الأب (Abi) bukan hanya ditujukan kepada ayah kandung semata-mata. Namun ianya juga ditujukan kepada datuk, moyang dan juga kepada bapa saudara itu sendiri. Jika kita melihat ayat 133 di dalam surah al-Baqarah yang berbunyi :

 Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".




Di dalam ayat ini, mereka mengatakan "bapa-bapa mu" iatu Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Walhal, mereka bukan ayah kandung mereka maupun ayah angkat. Tetapi Nabi Ibrahim adalah datuk kepada Nabi Yakub, Nabi Ismail adalah bapa saudara kepada Nabi Yakub dan Nabi Ishak adalah ayah kepada Nabi Yakub. Di sini dalil nya bahawa perkataan "Abaika" (Bapa-bapamu) tidak semestinya khas untuk ayah kandung. 

MUSTAHIL AYAH NABI IBRAHIM ADALAH MUSRIKIN 
Maka di sini, para ulama' mengatakan bahawa Aazar yang dimaksudkan dalam al quran adalahBAPA SAUDARA Nabi Ibrahim dan bukan AYAH KANDUNG. 

Menurut Ibn Kathir dalam Kitab Sirah Ambiya'

Menurut beberapa tradisi bahawa Ayah Ibrahim AS meninggal dunia sebelum lahirnya dia dan dibesarkan oleh pakcik nya (Aazar) yang Ibrahim panggil dia "Ayah".


Mengapa mustahil?

1. Dengan mengatakan ayah Nabi Ibrahim adalah musyrikin membawa makna keturunan Nabi Ibrahim mempunyai darah musrikin. 
2. Juga membawa maksud bahawa RASULULLAH SAW adalah dari keturunan yang dijejas dengan darah musrikin. Sedangkan Allah swt sebut .. 

"Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis"
(At Taubah:28)

Ini kerana, mustahil berlakunya di dalam keturunan Nabi Ibrahim terdapat ibu dan bapa kandung yang mensyirikkan Allah taala. Ini jelas disebutkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ibn A’diy di dalam al-Kamil dan al-Imam Thabrani di dalam al-Ausath 

"Aku dilahirkan daripada pernikahan yang sah dan bukanlah aku dilahirkan daripada penzinaan. Sejak daripada Nabi Allah Adam alaihisalam sehinggalah aku dilahirkan oleh kedua ibu bapaku, tiada satu pun ahli keturunan ku yang terpalit karat Jahilyah."

Jika Baginda sallallhu alaihi wasallam sendiri mengatakan bahawa sejak daripada Nabi Allah Adam alaihi al-salam lagi tiada seorang pun di kalangan ahli keluarganya yang terpalit karat Jahiliyyah maka ini termasuklah ibu dan bapa Saidina Ibrahim alaihi al-salam. Maka ini jelas menunjukkan bahawa Aazar bukanlah bapa kandung Nabi Allah Ibrahim alaihi al-salam.

Jika benar , Aazar adalah bapa kandung kepada Saidina Ibrahim alaihi al-salam, mengapakah Saidina Ibrahim mendoakan pengampunan kepada kedua ibu bapanya di dalam surah Ibrahim ayat 41 ?? :

A041
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Kata Syaikhuna Jamal Faruq al-Daqqaq hafizahullah , ayat ini menjadi dalil bahawa Aazar bukanlah bapa kandung kepada Nabi Allah Ibrahim. Ini kerana , golongan Muslimin dilarang mendoakan pengampunan kepada golongan musyrikin. Maka ini jelas menunjukkan bahawa Aazar bukanlah ayah Nabi Allah Ibrahim alaihi al-salam.

Rujukan :

1. Tafsir Syeikh Mutawwalli Sya'rawi jilid 6 mukasurat 503-505
2. Pengajian bersama Syaikhuna Jamal Faruq al-Daqqaq bertarikh 19/1/2010 di Mudayyafah Ismail Sadiq al-Adawi , Kaherah
3. Post asal oleh Syeikh Nazrul Nasir Al Azhari 

Tiada ulasan: