Selasa, Disember 07, 2010
Buat Para Nuqaba' SEPINTAR
BUAT PARA NUQABA’ SEPINTAR YANG DIKASIHI...pesanan daripada Ustazah
"Islam, the way of life",bukan sekadar agama yang cenderung dalam soal ibadah semata-mata, bahkan ajaran yang dibawa oleh manusia sesempurna Muhammad S.A.W ini merangkumi segala aspek kehidupan. Cukup untuk membuktikan, bahawa Islam inilah agama benar daripada Allah S.W.T. Malang sungguh, terdapat ramai lagi manusia yang menafikannya. Astagfirullah! Sekarang tugas utama adalah menepis arus kebejatan sifat agama yang sering melanda. Para daie dan pemimpin Islam perlu peka dan harus menyediakan aset yang berkualiti dalam meneraju dunia Islam masa hadapan. Maka para naqib dan naqibah antara yang diberi taklifan menggalas amanah mulia ini.
Persediaan Nuqaba’
Tanggungjawab yang dipikul bukan satu bentuk bebanan, tapi satu peluang bagi masa yang ada sekarang ini untuk kita meraih pahala dalam menyeru manusia menegakkan Islam di persada dunia. Ingatlah ketika Ayat CintaNya mengingatkan “Kamu adalah ummat terbaik yang dikeluarkan untuk ummat manusia, kamu menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah” 3:110 .Sebelum kita membentuk anak didik kita, sebaiknya kita lengkapi diri kita terlebih dahulu. Rasulullah S.A.W adalah model terbaik untuk dicontohi. Antara sifat baginda:
*Siddiq(Benar)
Dalam setiap tutur kata Rasulullah S.A.W dipelihara daripada menyampaikan sesuatu yang bersifat pembohongan. Dari sifat yang mulia ini, masyarakat menggelarkan diri Rasulullah S.A.W sebagai Al-Amin. Kepercayaan yang ditaruhkan kepada Muhammad S.A.W membuahkan pengaruh dalam gaya kehidupan masyarakat. Oleh kerana itu tatkala Muhammad S.A.W sedang menyampaikan risalah agung dari ilahi ramai yang terkesan, kecuali mereka yang sombong dan hanya mengikut hawa nafsu semata-mata.
*Amanah(Bertanggungjawab)
Rasa amanah inilah sumber kelangsungan proses dakwah yang berterusan. Tanpa rasa bertanggungjawab pada amanah yang dipikul, kerja yang dijalankan hanyalah dengan sambil lewa dan lalai. Rasulullah S.A.W bersikap optimis dalam kerja dakwah dan sentiasa memberi tarbiyah kepada sahabat-sahabat baginda. Dengan rasa tanggungjawab juga Rasulullah S.A.W sentiasa berdoa mengharapkan pertolongan Allah serta berfikir bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ummah.
*Tabligh(Menyampaikan)
Sabda Rasulullah S.A.W "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"
Segala ilmu yang kita tahu hendaklah kita sampaikan dan ajaklah bersama-sama untuk diamalkan. Kerna ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Jangan takut atau kedekut untuk berkongsi ilmu demi kejayaan ummat. Insyaallah sekiranya ilmu itu diamalkan kita akan mendapat saham pahala yang berlipat kali ganda..Dengan tiga sifat inilah Rasulullah S.A.W mentarbiyah dan mendidik para sahabat hingga menjadi pemimpin hebat. Contohnya seperti era Khulafa' Ar-Rasyidin. Hasil daripada kajian dan penelitian para ulama' dalam ribuan sahabat Rasulullah S.A.W terdapat pula 6 sifat yang sentiasa wujud dalam diri mereka hasil pentarbiyahan Rasulullah S.A.W. Maka para naqib naqibah hendaklah mempunyai 6 sifat ini dan mesti perlu disematkan dalam diri anak didik sekalian agar mereka menjadi bayang-bayang para sahabat menongkah arus kefasikan dan kemaksiatan dengan hati yang cekal dan pemikiran yang kritis menyusuri zaman.
*Usaha dakwah atas hakikat Kalimah Syahadah(Akidah)
*Usaha dakwah atas solat khusyuk dan khuduk(Amal Soleh)
*Usaha dakwah atas dasar ilmu dan zikir(Ketaqwaan)
*Usaha dakwah atas ikramul muslimin(Akhlak Mulia)
*Usaha dakwah atas Ikhlas niat(Keyakinan)
*Usaha dakwah atas dakwah dan tabligh(Amar Makruf Nahi Mungkar)
6 aspek harus ditekankan ini bagi membina peribadi muslim terpuji ini. 6 aspek ini juga penting bagi memperteguhkan jati diri remaja. Para naqib naqibah pula perlu menyediakan method yang sesuai dalam membentangkan 6 sifat ini. Perlu bijak dikaitkan dengan isu semasa, tazkirah, hadith, ayat al-quran, persoalan mencabar dan lain-lain lagi. Diharapkan semua mampu memimpin dan mengorak langkah baru demi Islam tercinta.
SALAM MA'AL HIJRAH DAN SELAMAT BERJUANG DEMI ISLAM TERCINTA!
BUAT PARA NUQABA’ SEPINTAR YANG DIKASIHI...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan