Alhamdulillah...
Lama juga tunggu nak cuti untuk luangkan masa dengan laman blog ini..
maklumlah,laptop mana boleh bawa ke Darul Quran...
Dapat je cuti hari jumaat hari tu..
memang rasa best gilerr...
sebab dapat pergi sekolah lama...
SEPINTAR !!!
huhu...
rindu lak aku...
namun,bukan perasaan rindu yang ingin aku luahkan pada tintaku kali ini..
tetapi perasaan kesal hasil daripada kombinasi post aku yang lepas yang bertajuk "Antara revolusi,perjalanan dan pemuda" dengan lawatan 3 hariku ke sekolah untuk melihat perkembangan demi perkembangan yang berlaku terhadap adik2 aku kat sekolah tu sekali gus merangkap sebagai generasi pemuda-pemudi Islam.
Aku masih ingat lagi forum spontan yang dikendalikan oleh abg hanif.abg murtadha,abg aufa,dan abg muadz yang bertajuk "Pemuda Islam"
Satu forum yang aku rasa sangat bagus dan sangat bermanfaat buat golongan remaja
tapi aku mula rasa terkejut apabila abg murtadha bertanya kepada mereka :
"Siapakah pemuda-pemudi Islam di Sepintar ini???"
lalu mereka katakan :
"Kami,kamilah pemuda-pemudi Islam"
Aku tak tahulah
time tu perasaan aku rasa nak gelak pun ada,marah pun ada,kecewa pun ada..
bercampur-campur macam rojak yang aku makan kat warung hari tu..
Sahabat-sahabiah yang saya kasihi,
Pada tinta kali ini,saya ingin mengajak kita bermuhasabah semula tentang hala tuju kita sebagai pemuda-pemudi Islam yang sebenar.Pemuda-pemudi yang selama ini sering melaungkan hasrat mereka untuk menegakkan semula khilafah Islamiah kononnya.Pemuda-pemudi yang kononnya ingin amar ma'ruf nahi mungkar.Sememangya hasrat-hasrat inilah yang kita akan selalu dengar daripada mulut-mulut mereka khususnya kalau ada program macam tamrin , kursus , dan sebagainya.Namun,ianya tidak lain tidak bukan hanya retorik semata-mata kerana golongan inilah yang hanya pandai bercakap tapi pengaplikasiannya = 0.
Ingin saya singkap semula kerajaan abasiyyah yang telah jatuh berkurun lamanya.Zaman ini dikatakan zaman keemasan.Kerana apa????.Kerana ketika inilah telah berlakunya perkembangan ilmu yang begitu pesat sekali yang akhirnya telah menarik minat orang-orang Eropah datang dan belajar daripada ilmuwan-ilmuwan Islam ketika itu.Setelah itu,golongan eropah inilah yang telah mencetuskan kebangkitan ilmu di eropah yang ketika itu dikuasai oleh kuasa gereja.Zaman gelap eropah.Dan akhirnya telah tercetusnya satu zaman baru dalam dunia eropah iaitu zaman reinassance hasil daripada kesedaran masyarakat eropah terhadap kepentingan ilmu ketika itu.Lalu eropah bangkit menjadi sebuah tamadun yang berjaya sehingga kini.Timbul persoalan,kenapa masyarakat Islam hari ini memandang hebat terhadap dunia Eropah sedangkan mereka mengambil ilmu daripada kita??
Sahabat-sahabiah yang saya hormati,
begitulah sedikit sebanyak sejarah silam yang menunjukkan betapa pentingnya hakikat ilmu itu sendiri.Kita dapat lihat bagaimana golongan pemuda-pemuda bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk kepentingan Islam itu sendiri.Namun,pemuda-pemuda Islam hari ini berbeza sekali dengan zaman dahulu termasuklah pemuda-pemuda yang melaungkan hasrat untuk menegakkan Islam di muka bumi ini kononnya.Hakikatnya pemuda-pemuda Islam hari ini :
[ Malas !!!! Kuat makan !!!!! Banyak tidur !!!! ]
Lalu gara-gara sikap pemuda-pemuda islam seperti di atas ini,Allah menjadikan kita pada hari generasi buih di lautan!!!generasi SAMPAH !!!
Rasulullah pernah mengingatkan kita keadaan umat di akhir zaman yang mana kita ini digerumuni oleh musuh-musuh di sekeliling kita.Ketika itu sahabat bertanya..:
"adakah bilangan kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?"
lalu Rasulullah beritahu :
"Tidak,malah bilangan kamu ketika itu amatlah ramai ibarat buih di lautan"
Nak menunjukkan umat Islam pada akhir zaman ramai tapi lemah sehinggakan di tindas.Peristiwa hari ini telah membuktikan kebenaran hadis yang dibawakan oleh Rasulullah S.A.W.Lihat sahabat-sahabat kita di Palestine dan banyak lagi di negara lain.
Kerana kita malas menuntut ilmu,sibuk melayan tidur,tidak habis-habis untuk mengenyangkan perut,Allah jadikan kita hari ini generasi buih di lautan.Gara-gara tiada ilmu.Bila tiada ilmu kita jadi lemah.Bila lemah kita jadi pengecut.Bila pengecut kita ditindas oleh musuh-musuh Allah.Semuanya berpunca dari malas.Sebab tu, Rasulullah mengajar kita doa ini :
"Allahumma inna nauzubika minal hammi wal hazan,wanauzubika minal 'ajzi wal kasal,wanauzubika minal jubni wal bukhl,wanauzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijal"
Kepada pembaca yang tak tahu maksudnya,carilah sendiri.Saya nak ajar anda supaya rajin sikit nak mencari sebab selama ni kita malas nak cari sendiri.semuanya tunggu mulut orang lain beritahu.Macam robot.
Sahabat-sahabiah rahimakumullah,
inilah sebenarnya penyakit yang kronik yang menimpa kita pemuda-pemudi Islam kini.Sebagai analogi,seorang yang tiada ilmu tiba-tiba dipanggil untuk memberi tazkirah di hadapan masjid,rasa-rasanya dia berani pergi tak?? Sudah tentu tak...sebaliknya,individu itu jadi takut,pengecut gara-gara tiada ilmu dan malas nak mencari ilmu.
lawatan 3 hari di Sepintar sebenarnya telah mendidik saya tentang hal ini,apabila sampai sahaja di sepintar,masuk dari dorm ke setiap dorm,majoritinya sedang tidur.Lalu saya teringat tentang hal ini lantas tergerak untuk tulis di laman blog ini.Hanya segelintir sahaja yang ketika itu mengulangkaji pelajaran.Inilah realiti yang berlaku pada pemuda-pemudi sekarang.Ilmu dah lah tak ada,malah berfoya-foya melakukan maksiat pula lagi di luar sana.Sikap kita ini menyebabkan Islam itu menjadi rugi kerana hilang generasi-generasi yang bakal mengambil alih tugas untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.
namun,bukanlah niat saya ingin memburukkan nama mana-mana pihak.Sebaliknya ingin mnegkritik sikap pemuda-pemuda islam kini supaya kita tidak mudah selesa dengan laungan takbir,Nahnu Ansarullah yang sering dilakukan selama ini.Tidak mudah selesa dengan gaya kita yang hanya pandai bercakap lebat sahaja.hal ini kerana,tindakan itu lebih baik daripada kata-kata.Kalau betul-betul kita nak tegakkan Islam,betul-betul nak amar ma'ruf nahi mungkar,buatlah bukan bercakap sahaja.Kerana realiti pemuda-pemudi Islam kini kebanyakannya begitu.
Buat adik-adik Sepintar,minta maaf andai tinta kali ini membuat antum/antunna berasa marah tetapi terpaksa jua saya tulis untuk kita bermuhasabah semula tentang istilah "Pemuda Islam".
beruntunglah kepada sesiapa yang membaca tinta ini dan sedar serta membuat perubahan.Dan rugilah kepada sesiapa yang membacanya tetapi tetap bersikap angkuh,ego untuk menerima kritikan ini.akhir kalam,janganlah sampai papan di hadapan Sepintar yang tertera "Di Sini Pemimpin Dilahirkan" ditukar kepada "Di Sini Sampah Dilahirkan".Lakukan muhasabah,janganlah malas,tambahkan ilmu dan pengetahuan,gerakkan dakwah,majulah Islam...!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan