Semua orang lapar. Aku
lapar, kau
lapar. Kita semua ada masa-masanya rasa lapar.
Semua orang buat dosa. Aku buat dosa, kau buat dosa. Kita semua buat dosa.
Semua orang suka bercerita. Aku suka bercerita, kau suka bercerita. Kita semua suka bercerita.
Biar aku bagitahu sesuatu yang orang ramainya tak tahu. Blog ni tempat
ruangan peribadi.
Tempat aku luahkan apa yang aku rasa. Tempat aku nak
menulis. Tempat aku nak bercerita dan sesungguhnya aku tak harapkan
pembaca, walaupun satu masa dulu blog aku ni dapat hampir 2 juta
pembaca.
Tapi itu semua dulu.
Sekarang aku dah slow down.
Nak menulis
pun banyak yang unpublished, bukannya tak update. Hampir setiap minggu
juga aku tulis entri baru. Tapi simpan sorang-sorang sajalah.
Sebabnya, ramai sangat yang suka berprasangka.
Aku bagitahu satu lagi perkara. Hubungan aku dan kau bukannya hubungan
pasangan kekasih. Bukan juga kawan yang kau boleh rileks pm buat lawak
tak kelakar. Bukan butthurt, tapi ada benda kena belajar limit. dengan
siapa kau bergurau. Perkara apa yang dibawa bergurau. Entahlah. Mungkin
aku dah tua.
Aight, berbalik pada topik asal aku.
Lapar.
"O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful." (Al Hujurat:12)
Bagi yang kurang faham. Maksud ayat ni menjelaskan bahawasanya, Allah menyeru orang beriman supaya elakkan daripada ber-prasangka.
Kerana sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan elakkan daripada mengumpat. Sebabnya, adakah kita suka makan daging saudara kita yang telah mati?
Lalu Allah pesan pada kita supaya takutlah kepada Allah, dan sesungguhnya Allah maha menerima taubat.
Di sini ya, biar aku jelaskan sesuatu.
Aku, kau, kita semua sama. Tapi ada perkara dalam dunia ni, kita kena
sedarlah. Kalau tak mampu menampung dosa-dosa kita dengan amalan taubat,
tak perlulah seronok-seronok tambah dosa kita macam syurga neraka tak
pernah diciptakan.
Benda paling tak best sekali kadangnya ada sesetengah golongan yang chill gila guna ayat "aku bukan nak mengumpat, tapi..."
Tapi apa?
Aku bukanlah manusia paling baik dalam dunia. Aku bukanlah manusia paling mulia dalam dunia. Dan kau juga bukan.
Daripada mengumpat-mengumpat buka aib orang lain, just take a reflect and see ourselves.
Kalau rasa tak tahan sangat, boleh mesej personally tegur kesilapan orang tu.
And nak menegur ni pun kena ada master skill untuk tawan hati mad'u. Tak boleh terus direct mesej guna sarcasm, "Best ke orang kagum dengan tulisan kau, acah-acah dakwah, tapi belakang berasap merokok."
Similarly macam kalau sekarang ni aku terus pakai serbu kata, "Eh sedap ke tu makan daging orang tu? Kanibal, kanibal, kanibal!"
Haa mesti tak best kan?
Ini adalah entri counter as a victim kepada orang-orang yang suka mengumpat aku. Lelelel.
Takdelah.
Tapi betul juga, dalam Quran tu, Allah tujukan pesanan tu pada orang
beriman.
Jadi aku tak expect untuk kita semua terkesan dengan ayat tu.
Bukan apa, beriman ke kita sebenarnya?