Pijak kepalaku wahai Bilal!”
“Demi Allah, aku mohon pijaklah!”
Abu Dzar Al-Ghiffari meletakkan kepalanya
di tanah yang berdebu. Dilumurkan pasir ke wajahnya dan dia menunggu supaya
terompah Bilal bin Rabah pijak ke pipinya.
“Ku mohon Bilal saudaraku…” rintihnya…
“Pijaklah wajahku. Demi Allah aku
berharap dengannya Allah akan mengampuniku dan menghapuskan sifat jahiliyah
dari jiwaku.”
Abu Dzar memang nak menangis menangis
masa tu. Hatinya bercampur baur.
Dia menyesal.
Dia sedih.
Dia takut.
Dia marah pada dirinya sendiri.
Dia rasa sangat lemah dengan hawa
nafsunya. Dengan wajahnya yang penuh dengan debu dan pasir, Abu Dzar merayu
lagi,
“Aku mohon pijak kepalaku!”
Sayang seribu kali sayang, Bilal terus
menggeleng dengan mata yang berkaca.
Kenapa Abu Dzar suruh Bilal pijak kepala
dia?
Abu Dzar suruh Bilal pijak kepalanya
sebab penyesalan Abu Dzar pada Bilal.
Kisahnya macam ni, Abu Dzar ada bagi
tugasan pada Bilal. Tapi dia merasakan Bilal tak melaksanakan amanah tugasan tu
dengan bersungguh, bahkan seakan membuat alasan untuk membenarkan dirinya
sendiri.
Abu Dzar apa lagi, kecewa dengan Bilal.
Tapi sayangnya, dia tidak dapat menahan lidahnya. Abu Dzar terus menengking
Bilal,
“Hai anak budak hitam!”
Rasulullah sallahu alayhi wasallam bila
dapat tahu yang Abu Dzar cakap macam ni pada Bilal, terus merah padam wajah
baginda dan terus menghampiri serta menegur Abu Dzar,
“Wahai Abu Dzar..! Sesungguhnya dalam
dirimu masih terdapat jahiliyah!”
Bila Abu Dzar dengar Rasulullah sebut
macam ni, terus serta merta rasa sangat bersalah dan berbaring serta memohon
Bilal pijak kepalanya. Berulang-ulang kali Abu Dzar minta Bilal pijak.
Tapi Bilal cakap pada Rasulullah,
“Aku memaafkan Abu Dzar ya Rasulullah.
Dan biarkan urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak…”
Abu Dzar bila dengar Bilal cakap macam
ni, lagi la sentap tahap gaban.
Masa tu Abu Dzar dah terfikir,
“Alangkah lebih ringan kalau semua boleh
ditebus di dunia. Alangkah tidak indahnya melalui hari dan sisa umur yang
berbaki dengan rasa bersalah yang tidak terlupakan.”
Karat Jahiliyah Yang Melekat.
Malam ni saya nak kongsi hadis tentang
teguran Rasulullah sallahu alayhi wasallam kepada seorang sahabat Rasulullah
yang mulia – Abu Dzar Al-Ghifari – kat atas ni. Hadis ni direkod oleh Imam
Muslim dalam kitab Sahih Muslim No 3139.
Dan peristiwa ni direkod bukan untuk suka
suki, tetapi untuk iktibar korang pada hari ini. Bukan korang je, saya pun
sekali.
Nak tahu ada atau tidak karat jahiliyah
dalam diri kita?
Cuba sebelum tidur ni kita termenung
sekejap.
Pernahkah kita mencerca orang lain?
Pernahkah kita menggelarkan orang lain
dengan gelaran yang buruk, terutama kepada saudara Islam kita?
Apatah lagi kepada orang soleh yang kita
sendiri mengaku dalam hati yang dia tu soleh.
Tidak kisahlah kita kata, gemuk ke, macai ke, rambut besar ke, barua ke, tali barut ke, atau apa jua.
Apatah lagi dalam keadaan kita yang
kononnya pendakwah. Atau dalam keadaan kita mengaku kita ini pejuang agama
Allah.
Malah lebih teruk kita buat macam ni
dalam keadaan kita mengaku kita ni ikut tarbiah?
Kesat hingus.
Lepas tu kita fikir lagi.
Berapa banyak kali kita lewatkan solat?
Berapa banyak kali kita langgar je
ikhtilat lagi-lagi dalam facebook?
Berapa banyak kali kita tak baca Quran?
Berapa banyak kali kita komen smiley
dengan yang bukan mahram dengan kita?
Berapa banyak kali kita tiru assignment?
Berapa banyak kali kita sengaja tangguh
hutang?
Berapa banyak kali kita crush, tengok
korea sampai bangun subuh lambat,
Berapa banyak kali kita dan kita bla3..
Hantuk kepala kat bantal.
Itu belum lagi sebut isu dalam jalan
tarbiah.
Hak ukhuwwah yang tak selesai lagi.
Ziarah yang tak buat-buat.
Abaikan ikhwah yang sedang ada masalah,
dan sebagainya.
Ada semua ini? Kalau ada, sila cakap pada
diri sendiri ;
“Wei, Dalam Diri Kau Ada Jahiliyah! “
Kemudian lepas cakap macam tu, tanya pada
diri sendiri, berapa kilo lagi karat jahiliyah yang masih melekat dalam hati
kita?
Tak tahu bagaimana nak kira berat
jahiliyah dalam diri?
Antara jawapannya ada di sini ;
“Seorang Mukmin adalah CERMIN bagi
saudaranya. Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain…”
[Riwayat Abu Dawud 6/923]
Mintalah nasihat dengan mak ayah,
adik-beradik atau sahabat baik korang..
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan