Isnin, Mac 09, 2015

Apebende pulak Gaza dengan Israel nih?

Kenapa Israel dan Palestine bermusuh hingga ke hari ini? Siapa yang rampas tanah siapa? Macam mana boleh rampas? Siapa yang ditindas sebenarnya? Hamas dan Zionis tu apa pulak?
Relaks.... Kita ‘go through’ perlahan-lahan... Baguslah jika ada niat di hati untuk cakna isu ummah.
Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang urusan saudaranya, maka dia bukan sebahagian daripada ummatku." [Hadis Riwayat Muslim]

Tanah Palestine memang terkenal dengan kesuburan. Ianya sudah banyak kali bertukar tangan sejak zaman Nabi Ibrahim AS lagi.
Sewajarnya kita ringkaskan cerita kepada apa yang terjadi sejak 500 tahun lepas. Kalau nak diceritakan dari awal, ia bermula sejak 4000 tahun lalu (setakat rekod sejarah). Ditambah pula perangai pembaca yang malas, loya dan boleh maut melihat tulisan berjela-jela.. silap-silap jadi alasan tak puasa.. erk..

Mulanya dari Kerajaan Uthmaniyyah dari Turki yang menguasai hampir keseluruhan Middle-East termasuk Palestine. Mereka telah menguasai kawasan ini selama lebih 400 tahun. Masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestine merupakan antara 3 tempat yang dijanjikan barakah oleh Allah di samping berkait rapat dengan peristiwa Isra Mikraj. Khalifah Umar Al-Khattab telah mewakafkan tanah Palestine ini untuk umat islam. Untuk kita sama-sama menjaga. Masyarakat Palestine hidup dalam bahagia dan harmoni dengan burung-burung berterbangan.. Tempat kita.. Ya, tempat kita dan saudara-saudara kita..
“Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara..." [Al-Hujurat: 10]




Dalam pada itu, orang Yahudi ditindas di Eropah sekitar Abad ke-19. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin, nak tempat berteduh, minta perlindungan. 

Kata mereka.. saya ulang.. ‘kata mereka’, tanah Palestine ialah tanah yang dijanjikan tuhan mereka ke atas kaum yahudi sejak zaman Nabi Musa AS. Tapi fahaman mereka telah dipesongkan oleh pihak Zionis. Siapa Zionis? Teruskan membaca, jangan malas.



Bila dah semakin ramai Yahudi di Palestine sekitar 1896-1897 , Theodor Herzl mengasaskan Zionis. Dengan memikirkan kepentingan orang yahudi, dia menulis buku berjudul The Jewish State. Yang tak tahan, dia mencadangkan dan menyokong pembentukan NEGARA YAHUDI di PALESTINE... Ya, Palestine, tempat yang mereka tumpang berlindung ketika ditindas. Tak kenang budi..


Selepas mengadakan kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland, penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.. Biasalah orang tak sedar diri, buat macam rumah sendiri..



Sekitar 1914-1916 perang dunia pertama meletus. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez.... bukan Suarez.. erk..
(terusan ini penting dalam sebagai laluan perdagangan.. Tak pernah dengar? Bukak buku sejarah sekolah menengah, InsyaAllah ada)


Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin.


Dengan persetujuan British, sekali lagi Zionis meneruskan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin sekitar 1920-1939. Ini memang meloyakan. Hinggakan mereka memberi sagu hati dan membiayai kos penghijrahan kepada yahudi yang berpindah ke Palestine.

Rakyat asal Palestin membantah penghijrahan Yahudi Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain buat tak tahu. 


Perang Dunia Kedua meletus pada tahun sekitar 1939-1945. Di Eropah, Adolf Hitler (German) memulakan penghapusan etnik Yahudi atas sebab-sebab tertentu. Sebelum German tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis.


Banyak pertempuran berlaku pada ketika ini kerana perselisihan faham hinggakan PBB tidak mampu mengawal keadaan yang terlampau kelam-kabut di Palestine.




Pada 1947, PBB memulakan pemecahan negara Palestine. PBB memberikan lebih dari separuh tanah Palestine kepada Yahudi Zionis untuk mewujudkan negara haram Israel. Yahudi Zionis pula menggunakan kekerasan untuk mengusir peduduk Palestine. Tujuan mereka adalah untuk menguasai tanah Palestine sepenuhnya sebagai persiapan penubuhan negara haram Israel.
Akhirnya pada 1948, Zionis mengisytiharkan negara haram Israel untuk kaum Yahudi. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel.


Israel diterima sebagai negara anggota PBB pada 1949. Israel menerima arahan dari PBB untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab dan saudara-saudara islam untuk membebaskan Palestin.

Pada tahun 1956, Sekumpulan penuntut Palestin, salah seorang daripada mereka ialah Yasser Arafat, memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah. Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai telah diracun menggunakan bahan polonium berdasarkan satu kajian makmal yang dilakukan di Switzerland. Fatah kini merupakan kerajaan di Tebing Barat.


14 Disember 1987, HAMAS iaitu Harokah al Muqowamah al Islamiyah (Gerakan Perlawanan Islam) ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yasin. Beliau dibedil oleh 2 peluru berpandu ketika usai solat subuh di sebuah masjid. HAMAS kini merupakan kerajaan di Gaza. S
Zionis dan Israel semakin melampau, tidak puas hati dengan kemusnahan dan rampasan negara Palestin dari tangan penduduknya, mereka memulakan siri serangan demi serangan ke atas Gaza dan Tebing Barat. Tujuan mereka adalah untuk meluaskan tenah jajahan mereka dan melunaskan dendam selama ini terhadap umat Islam. Dengan bantuan dari USA dan Jewish United Fund, kekuatan tentera mereka tidak tertanding oleh pejuang-pejuang Palestine.

Hari demi hari, Palestine semakin mengecil, penduduknya dibunuh dan diusir keluar dari tanah mereka sendiri. Kicauan burung bertukar menjadi bunyi letupan bom saban hari.


Kini, bukan sahaja serangan masih diteruskan ke atas penduduk Palestine, mereka turut membina tembok sekeliling Gaza, menyekat bantuan makanan, menyekat bantuan ketenteraan dari negara luar serta menghadkan kawasan perairan untuk penduduk gaza. Mengurung mereka tanpa jalan keluar, lalu membedil mereka.. Perangai macam binatang.. Malah lebih teruk.
Sesungguhnya, kalau nak disenaraikan list kekejaman Yahudi Zionis terhadap manusia & umat islam terutamanya, berbuku-buku lah jawabnya. Cukuplah sekadar penulisan ringkas berkaitan kronologinya. Moga kita sama-sama berusaha menambah ilmu mengenai perkara ni. Sama-samalah kita perangi Zionis! Bukan yahudi, tapi zionis...




Palestine dulu.. dan Palestine kini.. [kredit gambar]

Tiada ulasan: