Rabu, Mac 18, 2015

Berat Ke Nak Tanggung Amanah?


Amanah itu bukan mudah. 
Jika kita singkap balik di zaman Rasulullah s.a.w, segelintir sahabat andai diberi tugas atau amanah yang besar pasti mereka akan merasa takut. Mengapa?
Kerana mereka tahu amanah yang dipikul bukan atas dasar nama sahaja. Jika tidak dilaksanakan dengan adil, tidak bersungguh maka mampukah kita menampung azabnya ketika ditanya di hadapan Rabb Yang Maha Adil.? Cukup ke effort kita dalam memikul amanah yang diterima?
 
Tepuk dada tanya diri kita. Why we took the responsibility at the first place? Apa niat kita?  Just nak nampak power sebab pegang pangkat besar? Nak kena sanjung sampai melambung? 
 
Ramai yang kurang sedar pasal benda ni sampai satu masa amanah yang diberi tak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Terlalu sibuk hingga tak ada masa nak berdampingan dengan Ya Rabbnya. Yang mana akhirnya urusan duniawi terabai, Ya Rabb tertunggu tunggu saat mengadu hambaNya. Sound bad right?

Kalau ditanya di sana nanti bagaimana? Andai kita bukan ketua yang baik atau adil. Tepuk dada kita semua sepnjang diberi tugas diberi tanggungjawab adakah kita melaksanakn dengan baik? Melaksanakan dengan niat mendapat keredhaan-Nya. 
 
Zaman sekarang semua mudah sahaja menerima tugas kadang-kadang sampai pegang banyak jawatan. Tidak salah andai pandai bahagi masa tapi jangan sampai terlalu sibuk dengan hal dunia, hal akhirat dilupa. Dahulukan yang utama dan sepatutnya kedua-duanya stabil.Bukan kita jadi berat sebelah. Setiap tanggungjawab yang diberikan haruslah dilakukan dengan amanah dan  adil.
 
Bila berbicara tentang amanah bukan sahaja sebagai ketua malah sebagai anak buah juga kita harus amanah melaksanakan setiap kerja yang diberikan. Amanah ni bila kita diberi satu tanggungjawab kita kena laksanakan dengan baik. Saya yang diberi tugas menulis entri ini pun menggalas amanah untuk menarik dan menyentuh hati setiap pembaca. Jika lihat dari sudut saya amanah saya bagaimana saya melaksanakan tugas yang diberi serta bagaimana saya aplikasikan pada kehidupan seharian. 
 
Tak adil bukan saya menasihati tapi saya juga lupa apa yang saya tulis. Hakikat ini sudah dibahas dalam entri sebelum ni di mana samakah kita di dunia siber dan realiti. Jadinya saya sendiri punya amanah untuk menulis dengan baik dan saya juga kena aplikasikan pada kehidupan seharian. Kerana apa? Kerana pastinya saya akan disoal disana nanti menasihati tetapi saya juga tidak lakukan. Ini juga peringatan buat saya.
 
"Amanah yang besar dapat ditanggung seringgan kelopak bunga, dengan iman." (Kata-kata dipetik dari budak yang dipaksa mengedit artikel!) ^_^
Kenapa saya mengatakan sedemikian rupa? Apa ada pada iman? Everything
Hanya mereka yang faham saja yang yakin dan pasti segala amanah dan kesukaran ada hikmah. To us to be a better person. 

Goodluck pada yang mendapat amanah. Semoga qowwiy! Moga segala amanah yang kita lakukan dapat dilakukan dengan baik dan diredhai. 

Tiada ulasan: