“Saya adalah seorang yang tidak memiliki rasa percaya diri, selalu merasa curiga terhadap orang disekeliling saya. Saya ingin menjadi seseorang yang yakin pada diri dan tidak mudah goyah menghadapi badai yang melanda.Saya ingin menjadi seseorang yang pandai bergaul dengan semua orang yang saya jumpa. Saya ingin menjadi seseorang yang disukai oleh semua orang, tiada yang mempersoalkan tentang keperibadian & keburukan saya.”
Ingin Disukai Oleh Semua Orang ????
Jangan menyeksa diri sendiri dengan
menetapkan matlamat yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapa pun. Tiada
manusia yang akan disukai oleh semua orang dan tiada orang yang selalu nampak sempurna di mata orang lain.
Rasulullah sendiri misalnya bukan semua
penduduk Mekah menyukainya (malah menentangnya) walaupun Baginda
merupakan manusia yang terbaik.
Sebenarnya,
kadang – kadang kita perlu juga untuk merasa kekurangan, kerana ia akan
membuat kita selalu beringat dan melatih minda kita untuk membimbing
diri kita untuk menjaga kelemahan yang kita miliki.
Sedikit demi sedikit, Insyaallah kita
akan berjaya membina peribadi yang lebih baik dan positif seiring dengan
pengalaman yang kita tempuhi.
Mulakan dengan menjaga penampilan diri,
berjalan dengan penuh yakin, tersenyum pada semua orang yang kita temui,
menyapa terlebih dahulu dan bertanya khabar mereka dengan penuh kasih
sayang.
Jangan terlalu banyak berharap kepada
orang lain, kerana setiap orang masing – masing mempunyai kesibukan
tersendiri. Oleh itu, jangan berhadap untuk diberi tumpuan oleh orang
lain.
Jangan jadikan ini sebagai perkara utama kita. Cukuplah jika kita telah mendapat seorang sahabat yang baik terhadap kita.
Satu perkara yang harus kita ingat dan
ditanam dalam kepala, sebenarnya tiada orang yang mengawasi kita. Kita
tidak dituntut melakukan yang terbaik agar kita mendapat perhatian atau
simpati dari orang lain. Be yourself.
Jika kita bercadang ingin membina ikatan
kasih sayang dengan manusia – manusia lain, saya ada terbaca satu
artikel yang menarik dari BroHamzah of Langit Ilahi, tentang 3 Ungkapan Keramat Pengikat Kasih Sayang.
Menurut beliau, hati adalah tempat bertapaknya kasih sayang. Manusia
yang memiliki kasih sayang akan merasai kebahagiaan, ketenteraman dan
kedamaian. Saya sarankan anda membaca artikel tersebut
Terakhir, biarlah kita sekali sekala kita merasakan sedikit kesusahan dan merasakan sesuatu yang negatif semasa kita sedang dilanda musibah.
Kerana memang pada hakikatnya tiada
orang yang boleh terlepas dari perkara ini. Kita hanya boleh berserah
kepadaNYA. Apa yang penting adalah kita jangan pernah memberikan
kesempatan kepada musibah itu untuk bersemadi dalam diri kita.
Terimalah perkara – perkara yang positif
dan jangan menuntut diri untuk mencapai perkara – perkara yang diluar
kemampuan manusia. Dengan itu kita tidak menjatuhkan diri kita sendiri
tanya disedari dan dengan menyayangi diri sendiri, sebenarnya kita telah
membantu diri kita meningkat ke tahap yang lebih baik.
Kita tidak seharusnya terlalu mengejar untuk kelihatan “sempurna” dan disukai oleh semua orang, sebab kita hidup bukan untuk orang lain.
Adakah anda semua bersetuju dengan apa yang saya perkatakan ini? ~ sila tinggalkan pandangan anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan