Memaparkan catatan dengan label puisi kreatif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi kreatif. Papar semua catatan

Jumaat, April 20, 2012

Memang Allah sengaja


MEMANG ALLAH SENGAJA…..



memang ALLAH sengaja menemukan kita

dengan orang yg salah supaya kita

dapat menjadi penilai yg baik.


memang ALLAH sengaja menemukan kita

dengan orang yg salah supaya kita

sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg

sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita

dengan orang yg salah supaya kita

dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS
UNTUK DIRI KITA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita

dengan orang yg salah supaya kita

sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &

PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…


memang ALLAH sengaja menemukan kita

dengan orang yg salah supaya kita

dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita

dengan orang yg salah supaya kita jadi

MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita

dengan orang yg salah supaya kita

lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita

dengan orang yg salah supaya kita

LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
SELAMANYA KEKAL…

RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA…..

Jumaat, Ogos 28, 2009

SUATU KEINDAHAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang...
aku renung..
dan renung..
pokok disebalik tingkap..
berhampiran bilik..
semakin hari semakin indah..
pokok yang mule mengeluarkan putik2 bunga..
pokok yang tdk kuketahui namanya..
yang aku tahu hanya Penciptanya..
ku renung lagi..makin lame dipandang,,
semakin indah..
subhanaAllah..
ciptaan Allah yang Maha Pencipta..
siapa lagi yang mampu menciptanya???? siapa???
tiada siapa melainkan Allah yang Esa..
kembali teringat malam yang cukup indah bersama sahabat2..
sehari sebelum tiba nya ramadhan yang cukup indah..
satu luahan..
satu perkongsian..
satu muhasabah..
satu kenangan..
yang insyaAllah akan memberi impak yang cukup besar bagi kami semua..
kesempatan yang agak pendek dihadiahkan oleh Allah untuk kami rasai,
akan cube kami kenangi sedalam2 nya..
ambil ikhtibar disebalik keindahan malam itu..
subnaAllah..
disitu aku tahu kekurangan ku sebagai hambaNya yang sgt jahil ini..
astaghfirullah..
sungguh teruk akhlak ku rupenye..
tentu ibadah ku juge tdk sempurna..
masyaAllah..
patt la diri ini terleka..
sehingga melakukan sesuatu di luar jangkaan semua org..
YaAllah..
Kau Maha Pengampun..
Kau Maha Mengetahui..
Tunjukkan aku Ya Allah..
rendahkan pandanganku..
tundukkan hatiku..
jgan biarkan ia terus2 bersifat raja yang zalim..
sombong dan angkuh..malam yang indah..
suatu keindahan yang kami rasai bersama..
syukran kepada sahabat2..
diatas semua yang dilontarkan..
membuatkan diri ini tersedar dari lena..
"seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang sudi menegur kesilapan sahabatnya..
"Ya Allah..
moge ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..
ku renung lagi putik2 bunga yang indah..
teringat satu persatu wajah sahabat2 pada malam yang indah itu..
terasa keikhlasan hati mereka..
kasih sayang persahabatan kami yang seperti adik beradik..
YaAllah..jangan pisahkan kami..
pada jalanMu kami dipertemukan..
maka,
pada JalanMu jualah Kau pisahkan kami..
inilah suatu keindahan...

Selasa, Ogos 25, 2009

perjuangan kita..

Hidup tidak selalunya indah,

langit tak selalu cerah,

suram malam tak berbintang,

itulah lukisan alam,

begitu aturan tuhan.

Jadilah rumput nan lemah lembut,

tak luruh dipukul ribut,

bagai karang di dasar lautan,

tak terusik di landa badai.

Dalam sukar hitunglah kesyukuran mu

Dalam senang awasi kealpaanmu

Setitis derita melanda

Segunung kurniaannya

usah mengharapkan kesenangan

Dalam perjuangan perlu pengorbanan

Usah dendam berpanjangan

maafkan kesalahan insan

Begitu ajaran tuhan.....



(lagu depetik dari lukisan alam dendangan hijjaz.)

Ahad, Ogos 23, 2009

Salam..



RamaDhan di Sambut Tulus Terbuka,

raMADhan diRai rIaing tak terKira,

Ramadhan dipUJI Manis Bicara..



Hakikatnya..



aDakah Ramadhan diLALUI sesungguhnya..?!

ayuh SHIFT PARADIGMA kita..!



Terasa diri ini seakan hanyut lak ditelan waktu.. Bukan ape, (pejam-celik)2 da sampai ke Ramadhan Kareem.. Sekali-sekala dalam benak hati seorang yang daif lagi kerdil diSISI ALLAH ini terlintas juga pertanyaan "Kenapa berpuasa..?!" Macam dalam movie di TV3 semalam(22/8) tajuknya: Bukan Bidadari. Seorang watak ade mengatakan buat ape kita amalkan "ritual org arab tu" kemudian dia sambung "menjauhkan diri dari makan dan minum seharian agak GILA!" Macam mana nak jawab tuh.. Al-Maklum la saya sekadar hamba yang mengondang setitis ilmu yang kurang berkemampaun dalam membidas atau mengutarakan pandangan2 "menDefend ISLAM"



"AMALAN ISLAM IALAH RITUAL MASYARAKAT ARAB"

betul ke nih? Ehm,sememangnya ISLAM dibawa oleh Muhammad s.a.w yang berbangsa ARAB. Namun hakikat amalan yang dibawa oleh Muhammad S.A.W adalah sesuai untuk diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Kita sendiri maklum dengan kehebatan islam yang mencakupi setiap sudut DIMENSI.Hakikat ALLAH yang MAHA BIJAKSAN mengutuskan utusanNYA dari kaum berbangsa ARAB ialah mereka ini melalui proses tarbiyah yang mantap dan mampu mempersiapkan diri dalam memajukan diri dan UMMAH seluruhnya. Masyarakat ARAB kalau disaksikan kehidupan mereka yang disinari MATAHARI yang terik,sememangnya menguji KESABARAN and KETABAHAN. Nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing seusia muda lagi. Maklum la, bagaimana payahnya nak mendidik kambing. Jadi sebab itu hikamhnya Nabi and Rasul comes from those ARABS...



"KENAPA PUASA"

Hakikat berpuasa itu bukan amalan org ISLAM sahaja. Kita tengok orang YAHUDI turut berpuasa. Kristian pun sama. INDIA pun puasa jugak! Cuma amalan dan konsep nya sahaja berbeza.







Contohnya dalam berpuasa sendiri, terdapat dalam kalangan agama2 lain yang menyokong bahawa puasa itu mampu mendekatkan diri dengan TUHAN. Kristian sendiri ada puasa mereka, Yahudi bahkan india oun ade Puasa. Just konsep dan cara amalan itu sahaja berbeza. Nabi2 terdahulu berpuasa apabila melakukan kesalahan. Ini adalah cara terbaik dalam ISLAM untu kita TAQARRUB dengan ALLAH.

Sabtu, Ogos 22, 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...

Kini,
Bulan yg kita semua nanti,
tiba jua,
oh, Ramadhan...

Gembira hati ini,
tatkala bertemu denganmu,
sungguh tidakk kuduga,
pertemuan ini akan berlaku,
Karena hati ini rindu padamu...

Ramadhan,
hadirmu membawa kweyeynangan,
hadirmu membawa kedamaian,
hadirmu membawa sinar Ilahi,
hadirmu membawa cahaya keinsafan...

Ya Ramadhan,
malammu diimarahkan degan tarawikh,
diakhiri dengan witir,
syaitan dibelenggu,
hanya nafsu yang tinggal untuk menguji iman kita...

Hadirmu penuh bererti,
malammu penuh kesyahduan,
Padamu jua,
hadirnya satu malam,
yang lebih baik drpd 1000 bulan,
itulah Lailatilqadar,
yang dicari orang beriman...

Namun,
tidak terungkap olehku,
akan keistimewaanmu,
yg menjadikan rinduku padamu,
makin bertambah,
Aku rindu padamu Ramadhan...

Selamat menyambut bulan Ramadhan alMubarak kepada semua warga Sepintar khususnya kepada rakan-rakan seperjuangan dakwah...

ahlan wasahlan ya Ramadhan...

AKU RINDU PADAMU...
Kini bulan kita nanti,
muncul jua,
oh, Ramadhan ...
Ah, gembiranya hati ini,
tatkala bertemu denganmu,
sungguh tidak kuduga akan pertemuan ini,
akn berlaku jua,
karena hati ini rindu padamu...
Ramadhan,
hadirmu membawa ketenangan,
hadirmu membawa kedamaian,
hadirmu membawa sinar Ilahi,
hadirmu menguji keimanan...
Hadirmu penuh bererti,
malammu penuh kesyahduan,
Padamu jua hadirnya,
satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan,
itulah Lailatulqadar,
yang dicari orang beriman...
Ya Ramdhan,
malammu diimarahan,
dengan tarawikh,
diakhiri dengan witir,
Syaitan dibelenggu,
namun hanya nafsu yang tinggal,
untuk menguji iman...
Tapi,
tidak terungkap olehku,
akan keistimewaan,
yang ada padamu,
menjadikan rinduku padamu,
makin bertambah...
Aku rindu padamu Ramadhan...
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua warga sepintar...

Selasa, Ogos 11, 2009

Madah Si Mujahid

Hei pejuang muda,
bangkitlah dirimu dari lena,
demi sebutir permata,
yang terselindung di balik kaca...
Hei pejuang muda,
dirimu bukan insan perkasa,
hanya menabur bakti dan jasa,
supaya dipandang Yang Maha Esa...
Hei pejuang muda,
ayuh berderap bersama-sama,
senada dan seirama,
mereka di luar memerlukan kita...
Hei pejuang muda,
usiamu amat berharga,
bekalanmu mesti berganda-ganda,
supaya kelak tak ditimpa murka...
P/S: Al-maklum hamba bukan yg pandai b'madah bicara.. kata2 diatas dari blog Abg Marwan Bukhari..! Copy n Paste utk diKongsi bersama..

Isnin, Ogos 10, 2009

jagalah dari tidurmu!!

kamu berdiri membawa panji
kononnya berbangga bergelar muslim
lagaknya seperti tak pernah takut
sedangkan hatimu bergalau sentiasa
berjihad melawan nafsu
berbekalkan secebis iman di hati
kalaulah hawa nafsumu memenangi peperangan itu
luputlakanlah segala impianmu itu
lupakanlah segala hasratmu
jagalah dari tidurmu!!!
jikalau dunia masih di pelukanmu
buangkanlah panji di tanganmu
hentikanlah ceritera palsumu
tetapi kalau benar segala anganmu
biarlah kita gelarkannya cecita
usah lengah menunaikanyya
kelak pudar pula dikaburi zaman
sedangkan Islam belum cukup pejuang
untuk mempertahankannya
malam dan siang...

serikandi Islam


"perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,

Tidak sedikitpun Allah membenarkan mane2 lelaki

menyentuh dirinya....walaupun hatinya...

kerana Allah teramat mencintainya.....
.
Tetapi andai kita bergelumang denagn cinta lelaki.....

di mana Allah untuk menjaga kita?

Allah seperti melepaskan kita kepada seseorang manusia yang

lebih byk mengecewakan kiter"

"Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya

meninggalkan cinta seorang lelaki,

bermaklna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya...

MENGAPA MASIH RAGU-RAGU?


"kekuatan usah ditunggu..tp harus dicari"

hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan...

"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"


_Imam Ghazali_

MUSLIMAH SEJATI

muslimah sejati.......
sentiasa menjaga maruah dirinya
daripada insan yan bergelar Adam...
wahai muslimahku peLiharalah dirimu
walau dalam apa jua kondisi yang menghampirimu......
agar kau menjadi sebutan
bagi mereka yang menghormatimu
sebagai
SERIKANDI ISLAM!!!!


Jumaat, Ogos 07, 2009

-Lenyapnya sinar ukhwah-

sinar jingga pun kian berakhir

tatkala mentari memencilkan diri

kegelapan malam kian menyelubungi

dapatkah aku di sini terus menanti

bertebarlah jiwa dalam kegelapan

merebut sisa sinar kepalsuan

hanya berpegang kalimah keAKUan

tiada lagi erti persaudaraan

Dan diriku......

menagih dahaga pimpinan mu

menadah titisan kasihmu

kurindukan gemilang nan semalam

ku nantikan sinaran esok

Tak ku pinta hamparan permata

suburilah ukhuwah semula

bisikan syahdu pilu terjemahan kalbu

menghitung kemampuanku

ku mengharap sinar nun di ufuk sana

sinar kan gemilang semula

sempatkah ku menjengah sinar esok?