Ahad, Jun 21, 2009

sambungan... sedingin bayu subuh...

Berderau darahku mendengar namaku disebut ustaz. Khalifah? Hendak memimpin 100 orang bakal Huffaz saja sudah menguji, masakan ingin memimpin 7 Billion umat Islam di dunia ini? Kepada tuhan dikurniakan segala pujian.
Selepas habis tazkirah itu, kami solat Isya’ berjemaah. Aku bersama Asad, Amir Lajnah Musolla segera memastikan saf-saf berada dalam keadaan kemas. Asad lagaknya seperti Umar pula. Sekejap seperti Hamzah, sekejap seperti Umar. Memang tokoh budak ini! Faiz Ikmal disuruh ke depan mengimami kami solat. Bacaannya yang sayu membuat hatiku luluh dan mataku mencair. Terasa basah di pipi. Maha suci Allah, tatkala dia membaca ayat,”wahai orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?” aku mendengar esak yang menyayat hati dari segenap penjuru musolla. Nyata, sedegil manapun mereka, mereka tetap insan pilihan. Kami dipilih tuhan untuk memegang amanah suci ini. ibarat memegang bara api. Terlintas di mindaku, bilakah aku akan menjadi insan sesoleh Ustaz Muhaimin, atau Asad atau Faiz Ikmal? Segera aku beristighfar teringat solatku mula diganggu syaitan.

click here to read more...

Tiada ulasan: