Sedingin bayu subuh
Lelah. Biasalah, baru pulang ke asrama. Serasa otak tepu dengan ragam-ragam rakan-rakan pelajar di asrama. Aduh, peningnya! Aku melangkah ke bilik air di sebelah kamar. Hanyir, berlumut sedikit, tidakkah Mak Salmi membersihkannya? Atau barangkali dia pun sudah jemu membersihkannya. Asrama lelaki, biasalah. Seusai selesai urusan di tandas, aku melangkah semula di kamar. Kenapa bising macam zoo ni? Oh, patutlah, Faizzudin baru pulang dengan lauk macam untuk kenduri sekampung khas untuk geng sekamar, diiringi lawak segarnya.
”Makanlah,” ujarnya. Seperti orang Mongolia gamaknya, semua makan penuh lahap. Lucu sekali. Terasa seperti aku seorang sahaja yang sudah matang.
click here to read more...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan