Jumaat, November 27, 2009

bukan sekadar berkorban...

assalamualaikum. dah bertakbir? jgn sia2kan peluang...sementara ade masa, kita bertakbirlah...


menjelang hari raya kat area rumah ana, ramai2 la ke surau kan.. tahun ni 4 ekor kambing ngan 2 ekor lembu tumbang kat padang sini. korban makin banyak. orang yang turun pun makin banyak. alhamdulillah.. khutbah oleh ayah ana(mak kate khutbah yang diberi x best, so ayah ana buat yang baru) berkisar tentang mendidik anak. bagaiman terdidiknya ismail mematuhi perintah allah dan taatnya yang tiada berbelah bagi kepada ayahnya?
.....sambil2 tu x lupa juga cikgu2 kita yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah haram sana. moga2 mereka selamat. tengok berita rasa risau jugak.. dalam ingat2 tu, kat sini kena la ade yg menolong. sape nak kerjakan lembu ngan kambing tu? ana pun join la masyarakat.... mase tengah tengok pakcik2 tu siat kulit(ana bahagian potong daging), terdengar satu suara si ayah memberi tarbiyah kepada anaknya... "nanti adik dah besar sikit, bolehlah tolong yea..." kecil2 lagi dah dididik dengan semangat tolong-menolong. ana tersenyum sorang2.. budak tu kecik2 dah ade rase nk menolong. baguslah. lagi yang menyeronokkan, semua pakat2 menolong. berebut2 nak buat kerja.. ana pun naik semangatla. tapi x banyak ana dapat buat memandangkan ramai sangat yang nak menolong. rase tak puas pulak. alhamdulillah, semuanya setel dalam masa dua jam. bolehla bersiap nak gi masjid.. teringat lagu raihan..."bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.." yg pernah hilmi nyanyi dulu...hehe.. bila semua bekerja, cepat jer siap... ana dapat pengajaran baru dari aidiladha tahun ni... kerjasama, kasih sayang... dan betapa peri pentingnya tarbiyyah sedari kecil... melentur buluh biarlah dari rebungya... bak kata ustazah norrahila, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung...itu sahaja, assalamualaikum... selamat menyambut hari raya aidiladha!

Tiada ulasan: