Sebagaimana
yang telah saya garapkan sebelum ini, antara keunikan bahasa arab yang
dimuliakan dengan al Quran itu adalah, banyak perkataannya hadhir dalam dua
keadaan, kata nama beserta kata kerja atau sifatnya. Apabila Allah swt memilih
perkataan perkataan ini untuk menjelaskan sesuatu perkara, kombinasi kata nama
dan kata kerja perkataan tersebut membuktikan al Quran suatu mukjizat agung
dari sudut bahasanya.
Sebagai
contoh,
Hati
dalam bahasa arab bermaksud Qolbun. Kombinasi qof, lam dan ba. Qolbun ini bukan
sahaja bermaksud hati jika diterjemah semula ke dalam bahasa lidah kita, tetapi
juga bermaksud yang berbolak balik. Atau beberapa translasi Inggerisnya ialah
overturn, reverse dan inverting. Kesemua kata kerja ini memang bertepatan
dengan sifat hati,yang sering berbolak balk.
Memetik
kata-kata Abu Darda r.a yang tersemat dalam al Muntalaq;
“Hati
lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak”.
Insan
Perkataan
arab yang lainnya yang termasuk dalam kategori ini ialah insan, yakni manusia,
human being. Ahli bahasa mengutarakan perkataan insan berasal daripada beberapa
perkataan yang lain. Antaranya nasia, yang bermaksud pelupa. Sifat pelupa ini
memang padan la dengan manusia.
Selain
itu, perkataan insan juga berasal daripada perkataan uns, yang bermaksud cinta,
penyayang, love, compassionate dan merciful, antara lainnya. Ibnu Faris
mengatakan bahawa manusia dipanggil insan kerana mempunyai perasaan belas,
sayang dan bukan sahaja menunjukkan sifat sifat ini, bahkan mendambakan sifat
sifat ini.
Manusia
membutuhkan kasih sayang daripada yang lain.
We
want to love and to be loved.
Nah
mengapa pula saya utarakan hal ini?
Dalam
surah Ar Rahman pada ayat ketiga, yang uniknya menceritakan perihal pencipataan
manusia setelah ayat kedua Allah swt menyebut tentang al Quran, dalam ayat
ketiga ini Allah swt menggunakan perkataan insan.
‘Allama
al Quran..
Yang mengajarkan Quran
Kholaqol
insan..
Yang menciptakan manusia
Berkenaan
dua ayat ini, ada beberapa study yang menarik, bahkan menakjubkan dari sudut
bahasanya. Pertama sekali, perihal al Quran disebut mendahului perihal
penciptaan manusia. Seolah-olahnya mesej di situ, Quran jauh lebih penting.
Melalui al Quran manusia tahu tujuan penciptaannya. Ini menunjukkan, tujuan
penciptaan manusia membawa misi dan mesej yang sangat besar dan utama, lebih
utama daripada penciptaan manusia sendiri.
Apabila
al Quran disebut terlebih dahulu, menunjukkan betapa tiada gunannya hidup kita
kalau tidak berpegang dengan manhaj hidup ini. Hidup tanpa panduan al Quran
langsung tidak membawa erti. Al Quran diturunkan kepada manusia untuk memberi
nilai dan makna dalam kehidupan. Maka mengapa kita tidak cuba berinteraksi
dengan al Quran ini ?
Seterusnya,
pemasyhuran tentang al Quran terlebih dahulu lebih releven apabila kita dapat
kaitkan fungsi al Quran dan sifat manusia yang telah kita diskusikan di atas.
Peringatan
dan Kasih Sayang
Memandangkan
manusia itu pelupa, maka Allah datangkan al Quran sebagai peringatan. Dalam al
Quran banyak ayat yang bercerita tentang peringatan. Peringatan tentang hari
qiamat, peringatan tentang tanggungjawab manusia, peringatan tentang punca
kebinasaan umat terdahulu dan terlalu banyak lagi.
Peringatan
diberikan kepada mereka yang lupa dan lalai. Maka nampaklah perkaitan susunan
ayat yang cantik antara dua ayat ini.
Seterusnya,
bertepatan dengan sifat manusia yang mendambakan kasih sayang, al Quran
sebenarnya menghubungkan manusia dengan Allah swt, untuk meraih kasih sayang
yang paling luhur,sejati dan paling utuh untuk mengisi kekosongan jiwa mereka.
Al Quran itu sendiri merupakan tanda kasih sayang Allah swt kepada
hamba-hambaNya, bertepatan pula dengan nama surah ini, surah Ar Rahman.
Mengetahui
akan hakikat al Quran ini, mengapa kita masih tidak sudi meluangkan masa
membaca, memahami, mengkaji dan mengamalkannya? Itu satu persoalan besar yang
wajar ditanya oleh setiap daripada kita
.
Saudaraku,
Al
Quran akan kekal sebagai peringatan dan manifestasi cinta Allah swt kepada
hambaNya, sehinggalah dunia ini melabuhkan tirainya. Sekarang terpulang kepada
kita untuk mengambil pengajaran daripada peringatan dan mengisi jiwa kita yang
kosong itu dengan kasih sayang yang dihulurkan atau tidak.
Tidaklah
saya menulis melainkan untuk mengajak diri saya terlebih dahulu dan kalian yang
membaca sehingga ke patah perkataan ini untuk kita sama-sama kembalikan
kehidupan yang berpandukan al Quran. Jadikanlah al Quran teman akrab, satu
obsesi harian kita.
Moga
pencerahan ini menggandakan keghairahan kita untuk belajar mukjiazat paling
agung ini. Semoga Allah teguhkan hati hati kita untuk beramal dengan agamanya.
Semoga usaha kita ini diangakat sebagai satu jalan untuk mendekatiNya dan
diredhaiNya.
Wallahu’alam.
Ps
: Linguistic study daripada artikel ini bersumberkan video kuliah Ustaz Nouman
Ali Khan.
In sha Allah jika berpeluang, saya sambung. Sebarkan !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan