Tik
tok tik tok
Bukan
bunyi hujan yang turun merintik-rintik. Juga bukan bunyi alarm jam murahan yang
dibeli oleh housemate di pasar malam kebanggaan masyarakat global seksyen 6.
Kotak hitam berskrin empat segi tepat di atas meja di sebelah buku calculus
yang terdampar lemah kucapai dengan penuh syak wasangka. Terpapar jelas pada
skrin bersegi empat tepat itu, one message received. Lalu ku tekan-tekan
bebutang yang ada, entah bagaimana inti pati pesanan ringkas tadi terburai.
"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari Sabtu leaps saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F"
Mesej Ukhti Balqis Rexora Safiah tiba-tiba mucnul di ruangan skrin tadi tanpa diduga. Agak berderau darah Melayu suci dan sejati aku apabila insan yang semakin ku pendam perasaan kepadannya menegur aku. Tersenyum seketika disitu bagai kera mendapat chadburry.
"Hehe.. saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi Presiden Kelab Bidadari Syurga. Tak silap awak pun dapat anugerah muslimat harapan sempena Bukan Dakwah dan Tarbiyah kan? "
Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment yang berlambakan di depan mata. Sungguh bersemangat aku dengan ukhti Balqis Rexora Safiah sehingga tidar sedar larut malam. Semakin dibalas mesej, semakin aku balas ibarat Lee Chong Wei dan Lin Dan yang membalas pukulan shuttle. Heh. Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul dua belas tengah malam, itupun aku langgar dengan jayanya.
Kerana apa?
Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?
"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?" Tanya ukhti Balqis Rexora Safiah kelmarin dengan penuh keterujaan membuatkan tidurku semalam menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah, mula merasakan sesuatu yang tidak kena.
"Awak, awak..kenapa awak panggil kita Balqis Rexora Safiah je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan akhwat yang lain"?
Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini ? Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai dua identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan ahli sufi yang bertapa di Gunung Santubong. Kala nafsu melonjak, ghairah aku kembali jahil.
Naik gila kau fikir. Aku benar-benar bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan. Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia. Ya, pada asalnya aku dan ukhti Balqis Rexora Safiah berukhuwah kerana Allah, Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula merobek dan mencemarkan niat suci ini.
Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithat menjadikan hati teruja dengan keasyikan berukhuwah. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.
"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" Aku mula berani membuang ego
"---------------------"
Tiada jawapan.
"Awak, apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhuwah kita harus diletakkan semuala atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita pun sekadar saudara se-islam bertunjangkan rasa takut dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka"
"Wahai
manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang
perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar
kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah
ialah orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha
Teliti"
(Al-Hujurat:
13)
Takwa.
Jika kita berukhuwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?
Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu?
Perlukah?
Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah untuk aku mengatakan tidak perlu? Terlalu syadidkan aku bertegas untuk tidak perlu?
Mari fikir fikirkan semula ukhuwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhuwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?
Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas batasnya tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.
Jagalah hatimu.
Dan aku akan jaga hatiku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan