“Kalau kau sakit jantung, wariskan laptop kau pada
aku. Laptop aku dah rosak tuh. Skrin sebelah rosak… Hehe…”
“Ah kau… dah kenapa tiba-tiba sergah aku Aiman?”
“Aku tengok kau termenung dari tadi… Nak kata
kalah dota, dengan Hanis je pun… Nak kata kalah PES, dengan Aulia je pun…
Kenapa? Cerita la sikit kat aku…
Tapi kalau kau nak pinjam duit, aku nak pergi
meeting dulu…” Aiman tersengih.
“Cakap cantik sikit okay. Setakat Hanis dengan
Aulia tuh, apa ada hal. Bawah kuku aku je… Kemon la, aku ada duit la, baru
lepas untung jual jaket kelmarin…”
Aiman mengangkat kening.
“MasyaAllah, boleh belanja KFC… Hehe.. Ha, kenapa,
cakap lah. Mana tahu aku
boleh tolong..”
Danial tersengih. Kemudian dia memandang ke luar
tingkap.
“Semalam aku jumpa Mariam…”
Danial menghela nafasnya.
Bulat biji mata Aiman mendengar intro daripada
Danial.
“Wow! Kau memang ada gaya kasanova. Hehe. Then?”
“Cakap baik sikit okay. Muka aku sesuci dalam debu
kot… Hehe… Hmm.. Tentang Mariam, dua hari lepas aku confess pada dia, yang aku
suka pada dia… Kemudian semalam dia nak jumpa aku, dan dia cakap depan aku yang
dia tolak aku…”
Aiman menggelengkan kepala.
“Danial, danial… Aku ajak ikut usrah, kau sibuk
nak main dota… Aku ajak ikut masuk sistem baitul Muslim, kau sibuk nak mencari
sendiri bidadari muslimah akhir zaman yang ada kat universiti…”
Danial mengerut dahi.
“Habis tu kau nak buat apa sekarang Danial? Pujuk
dia balik? Aku nasihatkan kau, tak payah la…”
“Aku nak kahwin waktu belajar ni… Apa pandangan
kau?”
Aiman terkejut.
“Kau serius Danial? Mana boleh langkah bendul!”
Danial tersengih.
“Kalau dah jodoh, apa ada hal… Lagipun aku rasa
macam tak nak kehilangan Mariam..” Danial mengangkat kening.
Aiman menghela nafasnya.
"Hari tu Hanis, sekarang ini Danial pula.
Aduh.. Lepas satu, satu.. Apalah si Mariam tu pakai.." Aiman bermonolog
dalam hati.
“Danial, danial… Hmm… Aku nak bagi pandangan pun,
aku belum kahwin lagi. Tapi aku perkenalkan kau dengan murabbi aku, akhi Ipin.
Dia sekarang dah berkahwin, dan dah ada anak 4. Dulu masa dia berkahwin, dia
kahwin waktu belajar. Mungkin kau boleh minta nasihat dia…”
Mata Danial bersinar-sinar.
“Jangan buat muka nak makan penyepak boleh tak?
Haha..”
Danial tergelak kecil.
“Bak mai nombor dia. Aku nak jumpa dia… minta
nasihat dari tuan guru… minta dari kau, dapat penyepak la jawapnya…”
“Ceh… aku bagi tu patut kau bersyukur… Ada bisnes
kadnya atas meja tuh. Kau pergi tengok sendiri.“
“Syukurlah, Aiman masih bujang… Hehe..”
Aiman gelak kecil dan terus keluar dari rumah.
------
“Ooh… Ini ke kembar Aiman. Muka lebih kurang sama
saja, cuma rambut saja berbeza..”
“Hehe.. Ana lebih hensem sikit dari Aiman, dan
perbezaan paling ketara adalah pada perut... Hehe..”
Ipin dan Danial gelak bersama.
“Okay, anta nak tahu apa sebenarnya?”
“Aiman cerita, Errr… anta berkahwin waktu belajar
kan? Boleh minta pendapat dari anta… Ana berniat juga nak berkahwin waktu
belajar, cuma nak minta pendapat dulu…”
Ipin tersenyum.
“Sebelum tu, ana ceritakan dulu siapa ana. Ana
dulu semasa belajar di UTP adalah sebagai seorang bapa, suami pelajar, aktivis
kumpulan dakwah, anak dan menantu. Jadi ana perlu memastikan masa ana digunakan
secara efisyen. Dan salah satu aktiviti yang perlu ana selitkan ialah aktiviti
mencari nafkah.”
Danial mengangguk.
“Ana bahagikan kerja mencari nafkah ini melalui
kerja harian, kerja mingguan, kerja bulanan dan kerja sampingan.”
“Tapi sebelum kita bercerita lebih jauh, kita
order air dulu.. Hehe.”
“Beres… Err.. bang, kasih teh o ais satu, dengan
teh o suam..”
“Okay kita sambung tadi.. Kerja harian ana adalah
membuat hotdog. Dalam sehari ana membuat sekitar 60 ke 100 biji. Masa yang
diperlukan hanyalah 1 jam sehari. Ana akan menyerahkan kepada runner untuk
menjualnya semasa waktu malam. Keuntungan per hari sekitar RM30-RM50. Ana buat
hot dog 4 hari seminggu. Purata ana dapat RM160 seminggu atau RM640 sebulan.”
“Kemudian, kerja mingguan pula adalah membuat
dadih. Ana akan membuat lebih kurang 200 biji dadih dan diletak di dalam peti ais
di rumah rakan-rakan di UTP dan letak bekas duit untuk orang membayarnya. Masa
untuk membuatnya lebih kurang 1 jam 30 minit. Seminggu sekali, ana akan
mengutip wang dari bekas dan memasukkan dadih yang baru. Pendapatan per minggu
RM100 atau RM 400 sebulan.”
“Wow.. menarik.. kemudian?” Danial sungguh
bersemangat.
“Kerja bulanan pula adalah re-pack kerepek ubi.
Ana akan mendapatkan kerepek yang dibungkus per 5 kg, dan membungkusnya semula
per 100 gm. Sebulan sekali ana akan re-pack kerepek ubi, 25 kg. Masa yang
diperlukan sekitar 2 jam sahaja. Ana letak kerepek ubi yang dibungkus semula di
hostel-hostel dan letak bekas duit bersamanya. Sebulan sekali ana akan kutip
wang dan menggantikan dengan kerepek yang baru. Pendapatan per bulan lebih
kurang RM250.”
“Kemudian, kerja sampingan pula ialah membuat
proofread buku untuk diterbitkan. 1 bulan 1 buku, 200 – 300 mukasurat. 1 jam
ana boleh selesaikan lebih kurang 50 mukasurat. So, dalam 4-6 jam sahaja
sebulan, bolehlah dapat sekitar RM500 per buku.”
“So total lebih kurang 40 jam sahaja sebulan,
dapat lebih kurang RM1700. Ok lah untuk menampung isteri dan seorang anak masa
tu. Ada lebihan lagi untuk ana berikan kepada ibu di kampung. Itu supaya mereka
gembira dan tidak risau. Lahir anak kedua, ana sudah meniaga buku.
Pendapatannya berkali gandalah, tapi itu cerita lain.. I rest my case”
Ternganga mulut Danial.
“Ha, Danial. Dah dapat idea? Nak bernikah ketika
kuliah? Hehe..”
Danial tersengih.
“Balik kena fikir semula nanti..”
Ipin tersenyum sambil minum air teh o.
----
Terngiang ngian dikepala Danial apa yang
diungkapkan Ipin petang tadi.
“Ha, Danial. Dah dapat idea? Nak bernikah ketika
kuliah? Hehe..”
“Hmm.. sediakah aku bernikah waktu kuliah?” Danial
bermonolog sendirian sambil melihat pandangan di balkoni rumah.
Danial mengeluh. Masih tidak nampak jawapannya.
Tetapi hati bertegas untuk kata belum sedia.
“Aiman… mana kau?”
“Apa dia.. Aku tengah buat kerja ni. Ada apa?”
“Esok kau ada usrah kan? Aku nak ikutlah…”
Aiman sedikit terkejut.
“Aik, kau nampak pokok sujud ke kat luar tu?
Hehe..” Aiman tersengih.
“Tak la, aku nampak bidadari turun dari kayangan,
suruh aku ikut usrah..” Danial terus masuk ke bilik. Malas melayan respon yang
akan diberikan Aiman.
Aiman tersenyum..
“Alhamdulillah.. aku ingatkan player dalam dota tu
suruh kau ikut usrah..” Aiman gelak sendirian.
---
Kredit : Cerita ini adalah kisah benar daripada
seorang murabbi bernama Akh Ipin (nama panggilan sebenar). Moga Allah kekalkan
beliau dan keluarga beliau dalam jalan dakwah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan