Jumaat, September 25, 2009

dua atau tiga???........

assalamualaikum........

pada kali ini saya ingin membetulkan sebuah persoalan yang boleh mengelirukan ramai pihak yakni mengenai :

*berapakah perkara yang ditinggalkan oleh nabi s.a.w.;dua atau tiga?

pada suatu hari, ada seorang sahabat saya menyatakan bahawa nabi muhammad s.a.w. telah meninggalkan kepada umatnya tiga perkara iaitu al-quran,al-hadith dan para ulama' berdasarkan dua hadith yang bermartabat shahih :

1-hadith yang pertama menyatakan bahawa rasulullah s.a.w. meninggalakan dua perkara iaitu al-quran dan as-sunnah....
2-hadith yang kedua meyatakan bahawa para ulama' ialah pewaris para nabi

.......................................................................................................................................................................................

walau bagaimanapun,jika nabi s.a.w. telah meninggalkan tiga perkara, semestinya hal ini telah dijelaskan oleh ulama'2 hadith baik mutaqaddimun mahupun muta'akhirun..........

seterusnya,sudah tentu kita akan terus dinyatakan dalam pembelajaran di sekolah bahawa perkara yang ditinggalkan oleh nabi s.a.w. adalah tiga....

.......................................................................................................................................................................................

pada pandangan saya,setelah saya berbincang dengan beberapa orang ahli usrah saya, hakikatnya rasulullah s.a.w. telah meninggalkan kepada umatnya dua perkara iaitu al-quran dan as-sunnah....

hal ini demikian kerana rukun waris telah diqiaskan dengan rukun wasiat. antara rukun wasiat ialah :

1.muso bihi[perkara yang diwasiatkan] yang sama dengan muwaris bihi[perkara yang diwariskan ]
2.muso lahu[pihak yang diberi wasiat] yang sama dengan muwaris lahu[pihak yang diberi waris]

dalam hadith yang pertama,nabi s.a.w. telah menyatakan bahawa baginda telah meninggalkan [mewariskan/muwaris bihi] kepada umatnya dua perkara iaitu al-quran dan as-sunnah.....
dalam hadith yang kedua,nabi s.a.w. telah menyatakan bahawa ulama' ialah pewaris[muwaris lahu] para nabi

kesimpulannya...........

1-para ulama' ialah pihak yang mewarisi para nabi dan bukanlah perkara yang ditinggalkan oleh nabi dan perkara yang ditinggalkan oleh nabi ialah al-quran dan as-sunnah dan bukanlah para ulama'

2-dalam perkara sebegini, tafsiran yang mendalam perlulah dilakukan supaya tidak berlaku sebarang salah tafsir

wallahu a'lam......
[nota:penjelasan di atas merupakan pandangan saya dan beberapa orang ahli usrah saya,jika ada sebarang pandangan lain,harap boleh dikongsi bersama.......]

Tiada ulasan: