Jumaat, September 25, 2009

sedeqah elak bala...

salam... hari ni ana telah pulang ke kampung sebelah ayah di sekinchan setelah lama tak pulang ke sana... alkisahnya ana pi la semayang jumaat di masjid parit 4... dalam kemamaian tu, ana terdengar juga isi khutbah yang ana kira cukup menarik untuk dikongsi bersama. tentang sedeqah oleh seorang imam muda bersemangat waja... ucapannya ala-ala ustaz Hj. Abdul Hadi...


sedeqah... antara point2 yang dapat ana tangkap...

rasulullah dalam hadisnya telah menerangkan tentang sedeqah... ana bukanlah pakar dalam hadis seperti sdr Hilmi, tp lebih kurang begini, ada yg mengatakan senyum itu sedeqah. ada yang mengatakan membuang duri di jalanan itu sedeqah. dan ada yang menyebut sedeqahlah walau sebiji tamar.
tiga hadis yg berbeza, bukan bercanggah tp punya tafsiran yang tersendiri.
bagi hadis yg mengatakan senyum itu sedeqah, dan membuang duri di jalanan itu juga sedeqah, Rasulullah jelas menunjukkan semua orang layak & mampu bersedeqah... tidak kira dia miskin atau kaya kerana senyum itu turut dikira sedeqah.
bagi hadis yang menceritakan tentang 'sedeqahlah walau sebiji kurma', nabi ingin menekankan bahawa sedeqah yg pling afdhal ialah sedeqah dlam bentuk material.

kenapa sgt ditekankan bersedeqah??
rasulullah juga mengajar kepada kita betapa sedeqah mampu membantu menyembuhkan penyakit, dengan kuasa Allah.
dalam satu hadis ada menyatakan, kalau kita ada penyakit yang tidak sembuh2, maka hendaklah kita bersedeqah. afwan, ana tak ingat matan.huhu.
ini kerana kadang2 penyakit itu berpunca dari hati yang tidaj bersih. Allah ingin membersihkan hati kita daripada sifat kedekut, lalu doberi penyakit supaya kita bersedekah. wallahua'lam,itu hanya pendapat ana.
dan ada lagi seperkara yang menarik...
hukum sedekah...
hukum sedekah ialah sunat, tetapi blh jatuh haram,blh jatuh wajib. ana taknak huraikan bab haram, tapi yang wajib.
sedekah menjadi wajib apabila:-
-niat nazar
-zakat bg yang mampu
-apabila jiran2 kelaparan dan kita tiada mengendahkan mereka, maka saat itu, tunggulah bala dari Allah...

itu sahaja ilmu yg ingin dikongsi... selamat hari raya, maaf lahir dan batin... assalamualaikum.

Tiada ulasan: