Rabu, September 23, 2009

salam dari highway...

salam...
alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu... atas desakan 'bos' faiz ikmal, ana pun menulislah...

seingat ana, ana pernah bersekolah di merata-rata tempat... hira', al-amin, sambbst, dan sepintar ini... semuanya memberi ana kenangan tersendiri... tpi bukan itu yang ana hendak ceriterakan sebab ini bukan blog ana, tapi perjalanan dakwh yang ana lihat berbeza....
di hira' ana rasakan tarbiyyah yang sungguh hebat... satu2nya sekolah yang boleh celen (bak kata naqib ana akh fuad jamil), kisas jer sekolah yang sehebat hira'.. ana kagum... ana rasa kalau zionis nak serang malaysia, sekolah nilah yang dia datang serang dulu... sampai pernah termimpi lagi.. haha... tahun 2005, ana akan berpindah keluar.. ana dinasihati oleh akh fuad... abrar, anta belum cukup lagi ditarbiyyah di sini... sekurang2nya tiga tahun... ana tak faham. kenapa mesti tiga tahun? ana x mungkin hanyut dengan maksiat di luar. dengan cerita2 yang menjadi halwa telinga yang mengatakan sekolah agama di luar sudah teruk. agama hanya ada pada nama. ana takut. ana jadi benci pada sekolah agama. tak mungkin setanding dengan hira'...

ana pun berpindahlah ke sambbst... ana disambut oleh seorang ustaz yang bergaya sempoi, bernama ustaz ramli. ahlan ya abrar. ana ingat lagi. disambut pula oleh seorang kenalan baru bernama azim muiz yang menawarkan bantuan untuk menolong mengangkat beg....
panjang pula ceritanya...
apa moralnya?(cerita belum habis lagi... ana xnak selitkan cerita peribadi sangat... cukup sekadar memberi pengajaran...
pengajarannya, setiap tempat ada suasana dakwah tersendiri... kalau dulu di hira ana mungkin yang terteruk... di sekolah baru, ana yang terbaik... mungkin... situasi berperanan besar dalam dakwah kita... seperti post naurah, mengenai hasan al-banna, kita tidak boleh menerjah pemikiran mad'u dgn seribu satu dalil yang berlegar di kepala kita.. kita perlu lihat situasi... kalau di hira perbahasan ilmu semuanya mengenai perkara yang hebat2, lain pula di sambbst.. ana kagum dgn sambbst yang pelajarnya kuat amalan. berbeza dgn sepintar. ini golongan intelektual. kekerasan tidak berkesan, kecuali utk beberapa ketika. mereka semuanya golongan2 pemikir yan hebat. dan alhamdulillah semuanya menerima tarbiyyah dgn elok....
pesan ana, ingatlah, tarbiyyah sebenar kita adalah di dunia luar. dunia penuh maksiat yang kekurangan da'ie. bukan senang hendak berjumpa dengan da'ie sehebat murtadha di luar sana, sekental faiz ikmal, sepetah muadz. apa yang kita bawa hanyalah ilmu dam iman yang secebis tahi kuku. jgnlah sampai akhirnya kita menyesal di kemudian hari menolak tarbiyyah di sini, sekolah. ingat, hidup tanpa islam bermakna tiada tujuan. hiduplah dgn islam kerana islam akan tegak dijulang olh kita, generasi baru!kalau di hira ana akan qiammullail setiap minggu, tp tidak lagi di sambbst... ini semua kerana iman yang kian berkurangan. ambillah iktibar dari kisah ana... sorilah macam mengarut. inilah jadi kalau idea dah banyak sangat. asyik nak bercerita... lagi satu, elakkan sangka buruk macam ana. assalamualaikum.

Tiada ulasan: