Salam. Alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk menghadiri kuliah maghrib ustaz Zahazan di surau An-Nur, bangi. Belum mendengar lagi, ana sudah diminta oleh saudara Murtadha untuk berkongsi apa yang boleh dimanfaatkan di dalam blog ini. insyaAllah ana akan cuba sampaikan apa yang termampu, mengikut kefahaman ana.
Hari ini kita heboh dengan satu isu yang sensitif di hati umat Islam. Isu berkaitan nama Allah. Bila kita mempertikaikannya, ada dari kalangan kita menggelar mereka2 ini sebagai racist. Sedarkah kita ini adalah satu isu yang berbahaya(merbahaya tiada dalam istilah sebenar bahasa melayu) kerana sedar tak sedar, agama kita semakin longgar. Ada yang membanding-bandingkan dengan keadaan di negara2 arab sana, di mana penduduknya rata-rata bertitle muslim. Hanya terdapat golongan minoriti yang tersangat kecil sahaja yang non muslim. Jadi, kadang2 kita tak dapat membezakan yang Islam mahupun sebaliknya. Itu tidak akan menggugat Islam di sana. Berbeza dengan di sini. Adakh kita mahu, 10 tahun lagi, mereka mahu menggunakan masjid pula sebagai nama untuk rumah ibadah mereka. Adakah ini yang kita inginkan?
Seketika teringat satu dalil(afwan, ana lupa sumbernya, quran atau hadis) yang mafhumnya ada menyebut bahawa mukmin itu membenci kafir. Ya, tetapi dalam membenci itu ada adabnya. Kita tidak lupa dengan adab2 dengan zimmi, tapi jangan sampai kita lupa dan dipijak kepala pula! Dalil tersebut memuji para sahabat sebenarnya, kerana para sahabat amat memuliakan islam itu sendiri, berbanding kafir. Ada satu hadis yang menyebut bahawa”tangan yang berada di atas lebih baik dari tangan yang berada di bawah”. Untuk membenarkan hadis nabi ini, para sahabat telah menetapkan jika para zimmi ingin membayar jizyah, mereka perlu menghulurkan tapak tangan mereka ke atas, dan tangan penerima mengambilnya agar tangan kafir sentiasa di bawah. Ini adalah salah satu tanda usaha sahabat untuk memuliakan Islam itu sendiri. Jadi, di manakah peranan kita dalam mencontohi para sahabat ini? Mereka adalah contoh terbaik kita selepas nabi, malahan mereka digelar bintang2 yg begemerlapan di langit malam oleh rasul.
Sebahagian dari kita,dewasa ini sering mempertikaikan sahabat dan para ulama zaman dahulu. Seharusnya kita mencontohi da’ie2 yang hebat ini dalam membawa Islam ke mata dunia. Ibnu abas, contohnya, adalah seorang muallim dengan sifat murabbi yang patut dicontohi. Ada yang mempertikaikan kehebatan Ibnu Abas kerana ada riwayat2 beliau yang diambil dari Israiliyyat.. adakah kita ini berlagak lebih hebat dari beliau yang tidak diragui kealimannya? Beliau pernah bertanya kepada nabi mengenai Israiliyyat, dan baginda bersabda kepadanya yang bermafhum,” Israiliyyat ada tiga, jika tepat dengan quran dan sunnahku, maka khabarkanlah. Jika bercanggah dengan keduanya, maka haram disebarkan. Tapi jika tiada berlanggar mahupun bertepatan dengannya, maka tiada salahnya.” Huraian panjang ana ini utk membuktikan bahawa mereka patut diikuti bukan dipertikai. Mereka lebih tahu alasannya. Walhal kita pada zaman ini sibuk mempertikai hadis2 dhaif, malah ada yang membeza2kan hadis dhaif at-tarmizi dan hadis sahih at-tarmizi. Bukankah beliau bukan calang2 orang? Pasti hadis2 dhaif itu ditulis dengan alas an tersendiri. Malah, imam bukhari sendiri memiliki kitab hadis dhaif yang menyentuh tentang adab. Salah satu hadis yang terkandung di dalamnya ada menyebut yang mafhumnya,” jika kamu membenci seseorang, hendaklah benci sekadarnya kerana boleh jadi suatu hari nanti orang yang kamu benci itu adalah orang yang paling kamu cintai, dan cintalah seseorang itu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi orang yang kamu cinta itu suatu hari nanti akan menjadi orang yang paling kamu benci”. Bukankah hadis ini menepati menepati kehidupan kita pada hari ini, malah ustaz juga telah menyelitkan satu contoh reality mengenainya. Tidak perlulah saya sebutkan di sini. Hadis itu juga bertepatan dengan fitrah Islam itu yang sederhana dalam semua perkara. Jadi, perbuatan2 mereka ini bersebab, dan tidak perlulah kita mempertikai mereka sebaliknya mencontohi mereka. Ingat tak cerita para2 sahabat, ada yang pernah kencing di masjid, ada yang pernah membunuh anak sendiri, tapi baginda nabi telah membentuk mereka sebagai role model terbaik untuk dicontohi. Mereka tidak boleh dipertikaikan kealiman dan kredibiliti kerana taraf mereka berbanding kita adalah sangat berbeza. Bukankah lebih baik kita mencontohi mereka dan menjadi ‘saudara’ nabi seperti yang disebutkan dalam satu hadis baginda yang masyhur,”…. Saudaraku ialah mereka yang hidup pada akhir zaman dan berpegang teguh dengan Islam dan sentiasa merinduiku walaupun tidak pernah melihat wajahku…” (afwan, mafhum ini tidak berapa tepat, tapi maksud ‘saudara’ itu sampai hendaknya.)
Jadi, apakah peranan kita pada hari ini dalam menjunjung Islam kembali kepada takhta yang selayaknya, sebagaimana telah kita lihat pada lembaran2 sejarah yang telah dicoret indah oleh para sahabat? Banyak, antaranya, perlulah kita membina satu ‘taifah’ seperti yang disebut di dalam satu hadis,mafhumnya,”akan ada satu taifah(kumpulan) yang berpegang teguh dengan agama Islam padahal masayarkat ketika itu tidak lagi mengamalkan Islam(afwan, ana juga kurang pasti ketepatan hadis ini)”. Kita juga perlu mengikuti saranan ulama besar kita, imam yusuf al-qardhawi, yang mana ustaz zahazan memetik saranannya ketika menziarahi Malaysia dahulu supaya menyokong orang Islam. Kebanyakan dari kita sering mempersoalkan kehalalan makanan, boikot dan sebagainya. Bukankah lebih baik kita membina satu lorong alternatif yang boleh menjadi pilihan muslim untuk membeli barangan muslim, atau setidak2nya kita yang menyokong alternatif ini? Sekiranya ada pilihan, utamakanlah produk muslim. Jika terdapat kelemahan, eloklah kita menegurnya supaya ada perkara yang boleh dibaiki, bukan meninggalkan mereka dengan kesalahan2 itu. Biar mereka berubah menjadi produk2 yang lebih berkualiti dan bersaing dengan sang kafir. Menegur pula ada tatacaranya, seperti yang ditegur oleh Allah akan rasulnya, dalam az-zahrawain(afwan,ana lupa mana satu) yang menyuruh nabi supaya berlembut dengan orang Islam. Nabi juga menyarankan kita senyum, sehingga melabelnya sebagai sedekah. Jadi, menegur kita itu biarlah membina bukan menjatuhkan orang lain. Tirulah juga imam hadis sahih kita, yang menghafal sejuta hadis. Bila ditanya, beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengumpat sejak beliau tahu mengumpat itu haram hukumnya. Bila diselidik bilaka beliau tahu mengumpat itu haram, ialah ketika beliau diajar tentang ayat yang terkandung di dalam surah al-hujurat oleh ibunya ketika berumur 5 tahun! Jika kita saling menyokong sesama muslim, pasti kita dapat membentuk satu rabitah yang utuh. Endahkan percanggahan remeh kita yang boleh mengakibatkan pertelingkahan, sebaliknya utamakan mana yang lebih aula. Maaf jika ana sebutkan di sini, pentingkah jika kita mempertikaikan mengenai keutamaan solat ba’diyah berbanding solat hajat berbanding keutamaan mencari resolusi mengenai masalah ramainya umat Islam yang mengabaikan solat? Perlukah dipertikai mengenai bilangan terawih 8 atau 20 sedangkan pastikah kita anak muda di luar melakukan solat isya’ atau tidak? Akhir sekali, Beranikan diri menjunjung Islam, bukan lantang bersuara tapi seperti tin kosong yang jatuh, lantang bunyinya tapi tiada berisi. Wassalam. Allahuakbar!
** tulisan ini diolah oleh ana sendiri, berintipatikan ilmu yang ana dapat dari kuliah tersebut. Maaf jika terlalu panjang lebar dan membosankan atau berbelit, ana hanya seorang insan yg penuh kekhilafan. Maaf juga kerana dalil2nya tidak ana ingat kerana ana menanggung banyak dosa yang tidak membenarkan hati ini diterangi cahaya dalil2 itu. Jika ada sebarang kesilapan, sila tegur ana agar boleh diperbetulkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan