Isnin, Januari 11, 2010

sebab-sebabnya......

assalamualaikum........

sebelum memulakan bicara saya pada kali ini,saya ingin meminta maaf kepada setiap individu terutama admin. blog ini yang mungkin berasa marah mahupun kecewa terhadap saya kerana dua 'post' saya sebelum ini yang bertajuk 'solat rawatib & solat hajat' dan 'mari berkongsi ilmu....'.selain itu,barangkali 'post' saya telah mewujudkan kontroversi dalam blog ini.minta maaf.

baiklah,pada kali ini saya akan menjelaskan satu-persatu sebab saya menulis kedua-dua 'post' tersebut. bagi 'post' yang bertajuk 'solat rawatib & solat hajat', tujuan saya menulisnya bukanlah kerana hendak meremeh-remehkan keadaan,tetapi hendak memberitahu anda semua bahawa kita[umat islam] perlulah melakukan sesuatu perkara baik dalam ibadat,sosial ,ekonomi dan sebagainya mengikut kepentingan sama ada telah ditetapkan syara' mahupun melalui akal yang telah dikurniakan allah.tambahan pula saya menulis perkara tersebut seiring dengan seruan ulama' besar yang kita sanjungi iaitu prof. dr. yusuf al-qardhawi.beliau telah menyatakan kepentingan umat islam supaya melakukan semua perkara dalam kehidupan mengikut peringkat kepentingan masing-masing. *dengan demikian,maka perkara yang kurang penting tidak boleh didahulukan ke atas perkara yang penting,dan perkara penting tidak boleh diutamakan ke atas perkara yang sangat penting,dan begitulah selanjutnya.perkara yang paling utama dan sangat penting mesti diletakkan di urutan tangga yang teratas dan harus didahulukan daripada perkara yang berada di urutan selanjutnya.*

seterusnya,bagi 'post' yang bertajuk 'mari berkongsi ilmu...',saya tidak bermaksud hendak membincangkan perkara yang remeh mahupun boleh memecahbelahkan umat islam,tetapi saya berniat untuk:
1.seiring dengan saranan ulama' besar yang kita hormati,prof. dr. yusuf al-qardhawi. beliau telah menyatakan mengenai KEUTAMAAN ILMU KE ATAS AMAL.
**ilmu mesti berdiri di hadapan perbuatan;dialah yang menjadi petunjuk dan pembimbing segala amalan.dalam sebuah hadith dari mu'adz bin jabal r.a. berkata: "ilmu adalah pemimpin,dan amal adalah pengikutnya".hadith diriwayatkan oleh ibn abdul al-barr dan selainnya daripada mu'adz bin jabal r.a.contohnya,kerana keutamaan ilmu,imam al-bukhari telah meletakkan sebuah tajuk dalam kitab sahihnya yang berbunyi: "bab ilmu sebelum perkataan dan perbuatan". para ulama' berkata bahawa yang dimaksudkan oleh imam al-bukhari adalah : ilmu syarat sahnya sesuatu perkataan dan perbuatan;keduanya(perkataan dan perbuatan) tidak akan bererti tanpa adanya (ilmu);ia mesti didahulukan dan diutamakan ke atas kedua-duanya,kerana ialah yang dapat mengesahkan niat dan memperbetulkan amalan.para ulama' melanjutkan lagi : imam al-bukhari sengaja mengingatkan kita mengenai kepentingan ilmu,sehingga tidak akan ada orang yang berkata bahawa ilmu tidak berguna,kecuali apabila disertakan dengan amal;yang menuntut demikian itu adalah pendapat yang melemahkan semangat untuk menuntut ilmu pengetahuan dan meremehkannya.

demi menyokong pendapatnya itu,imam al-bukhari telah menampilkan beberapa alasan dan hujjah yang kuat daripada al-qur'an dan hadith rasulullah s.a.w.
contohnya,firman allah;
maksudnya: "maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan selain allah,dan mohon ampunlah bagi dosamu dan dosa orang-orang mu'min lelaki dan perempuan.." [surah muhammad:19]

dalam ayat tersebut,allah memerintahkan rasulullah s.a.w. pertama sekali memahami tauhid,kemudian beristighfar yang ianya adalah merupakan jenis amalan.meskipun ayat menyebutkan rasulullah s.a.w.,namun perintah tersebut ditujukan kepada seluruh umatnya juga,firman allah;
maksudnya: "hanya saya,mereka yang takut kepada allah dari para hamba-Nya adalah orang-orang yang berilmu pengetahuan(ulama')"
[surah fatir:28]

ayat tersebut menjelaskan bahawa ilmu pengetahuanlah yang boleh menimbulkan rasa khusyu'(takut) kepada allah dan mendorong seseorang untuk melakukan amal perbuatan baik

mengapa ilmu mesti diutamakan berbanding amal?kerana ilmulah yang dapat membezakan hak dan batil dalam perkara akidah;antara yang benar dan salah dalam pendapat dan perkataan;antara yang sunnah dan rekaan[bid'ah];antara yang sah dan batal dalam urusan muamalah;antara perkara yang halal dan haram dalam pemakanan dan perbuatan;antara perkara yang mulia dan hina dalam akhlak;antara yang diterima dan ditolak dalam masalah perbuatan,pekerjaan dan perkara yang seumpamanya.**

2.untuk berkongsi ilmu yang kita miliki.semua orang memiliki ilmu yang berbeza,jadi itulah sebabnya saya memberikan tajuk 'post' saya "mari berkongsi ilmu...".

kesimpulannya,itulah sebab-sebabnya saya menulis 'post' tersebut.seterusnya, saya ingin menasihati para pembaca sekalin supaya kita sentiasa berfikiran positif. sebagai contoh,jika anda membaca 'post' yang bertajuk 'mari berkongsi...' dengan pandangan yang negatif,sudah tentu anda akan terus menuduh bahawa 'post' tersebut berunsur perpecahan kerana fikiran anda sudah di'set'kan negatif.manakala, jika anda membacanya dengan fikiran yang positif dan tenang,sudah tentu anda akan berfikir untuk menjawab persoalan yang mungkin timbul dalam lubuk hati dan seterusnya hal ini akan mendorong anda untuk belajar dan terus belajar dan mencari kebenaran.sebenarnya,pada mulanya saya juga membaca artikel tersebut dengan fikiran yang negatif,tetapi kemudian saya terfikir bahawa sebenarnya pemikiran sebegini hanya akan diakhiri dengan perpecahan umat islam.akhir sekali,saya amat berharap kepada sesipa sahaja yang membaca blog ini terutamanya rakan-rakan yang saya hormati sekalian supaya memberikan dalil yang menyatakan bahawa dibolehkan untuk berzikir dengan suara yang kuat selepas solat meskipun bukan untuk mengajar.saya tidak kisah jika anda terlupa sumbernya kerana saya mempercayai anda sepenuhnya dan saya juga berharap agar dalil tersebut ialah dalil yang sahih.janganlah kita asyik mengatakan sesuatu perkara itu mempunyai khilafnya jika kita tidak tahu apakah dalilnya.

sebenarnya,'post' saya yang bertajuk 'mari berkongsi ilmu...' itu adalah artikel yang saya nyatakan dan ayat-ayat yang menimbulkan kemarahan itu bukanlah saya yang tulis.sekali lagi saya meminta maaf kepada semua pihak agar kita boleh menjadi umat islam yang bersatu padu,insya-allah.

rujukan:
*ms.41;bab 2 KEUTAMAAN KUALITI KE ATAS KUANTITI,FIQH KEUTAMAAN[fiqh al-aulawiyyat],PROF. DR. YUSUF AL-QARDHAWI
**ms.59;KEUTAMAAN ILMU KE ATAS AMAL,KEUTAMAAN DALAM BIDANG ILMU PENGETAHUAN DAN PEMIKIRAN,FIQH KEUTAMAAN[fiqh al-awlawiyyat],PROF. DR. YUSUF AL-QARDHAWI.

wallahu a'lam.sekian terima kasih.
(jika terdapat sebarang pendapat atau teguran mahupun nasihat,harap dapat dilaksanakan dengan cara yang penuh hikmah).

Tiada ulasan: