Isnin, Mac 15, 2010

Strategi.......????!!!!!

1.Allah berfirman bahawa Dia menciptakan kamu berpasang-pasangan tetapi cuba kita lihat kejadian Amoeba.sp.Kalau kita belajar biology,Amoeba ni merupakan unicellular organism bermaksud satu atau tiada pasangan.Jadi,betul ke tak Allah ni???

Jawapan :1- Secara logik akalnya,Allah berfirman tentang perkara tersebut dalam Al-Quran.Jadi, siapa yang baca Al-Quran?Manusia atau Amoeba?Sudah tentulah manusia.
2- Tidak semua benda Allah ciptakan di dunia ni berpasang-pasangan sebab dalam Surah An-Naba',Allah tak kata pun,"...Kami menciptakan semuanya berpasang-pasangan..." tetapi sebaliknya Allah berfirman,"....Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan....".


2. Boleh tak Allah menciptakan batu yang Dia sendiri tak boleh angkat??kata Allah itu maha mencipta?

Jawapan:1-Sememangnya Allah itu maha mencipta,tetapi kita kena ingat bahawa Allah itu Pencipta yang hebat dan agung juga.Cuba kita bayangkan seandainya seorang manusia menciptakan sesuatu yang dia sendiri tak boleh nak kawal,bolehkah kita memanggil dia seorang pencipta yang hebat?Sudah tentu tidak.Kalau kita ikuti siri kartun Jimmy Neutron,seorang budak saintis yang dikatakan hebat,dia pernah mencipta sebuah atom yang berkuasa dan tak pernah diciptakan oleh saintis lain.Tetapi,dia sendiri tak mampu nak mengawal pergerakan atom itu.Dia sendiri akui bahawa dia telah gagal dalam ujikaji itu.Jadi,dia tak boleh digelar pencipta yang hebat.Tetapi berbeza dengan Allah,Allah itu Pencipta yang berkuasa dan mampu mengawal semua benda.Jadi,fikir-fikirkanlah sendiri Allah boleh menciptakan batu yang dia sendiri boleh angkat ke tak?

p/s : Strategi dakwah bukan hanya terletak pada dalil sahaja tetapi ia merangkumi dalil,sirah,contoh dan analogi serta sebagainya.

Tiada ulasan: