Rabu, Mac 03, 2010

remembering the day..3 mac 1924




Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa musibah yang tidak putus-putus. Umat, meskipun berada dalam keadaan yang tertekan, terus berpecah-belah dan saling bertelagah. Namun keadaannya berbeza dengan kaum kuffar. Mereka bersatu mempertahankan Denmark ketika negara tersebut diancam dengan pemulauan. Kata-kata Presiden EU baru-baru ini mempertahankan pendirian Denmark untuk tidak meminta maaf kepada kaum Muslimin menghidupkan semula memori Perang Salib. Apakah peristiwa penghinaan ke atas Rasul, kezaliman Yahudi dan pencerobohan mereka ke atas Qiblah-al-awwal, penghinaan ke atas Al-Quran, penyiksaan ke atas tahanan Islam di Teluk Guantanamo dan Penjara Abu Ghareeb serta banyak lagi penyeksaan ke atas kaum Muslimin masih belum cukup bagi kita untuk menyadari bahawa tiada penyelesaian lain bagi kaum Muslimin kecuali dengan menegakkan Negara Islam Khilafah? Semoga Allah menanamkan kesedaran ini kepada kaum Muslimin dan mempercepatkan berdirinya Daulah Khilafah. Marilah kita sama-sama berdoa agar 3hb Mac tahun ini merupakan hari peringatan terakhir bagi kaum Muslimin sebelum kemenangan gilang-gemilang dikurniakan Allah kepada umat yang mulia ini!. Amin.

..kalau anda perasan, dlm video ini dinyatakan..
'...he went to the grave of Salahudin Al-Ayubi,.the one who 730 years crushed the crusade and liberate Palestine and Syria..he went to the grave in Damascus and kick it..he said

'WAKE UP OO SALAHUDIN..WE ARE HERE'..

wow, terbakar rasanya.Satu tamparan hebat bg kita terutama yg beragama islam tentunya.Walau bgmana pun, telah dibekalkan kpd kita untuk bersiap sedia, menuntut ilmu sebanyak mungkin semata-mata utk melakonkan skrip janji optimis Rasulallah S.A.W mengenai kemenangan umat islam terhadap org-org yg kafir..bukannya menunggu mana-mana pohon atau batu berbicara...

Moga-moga suatu hari nanti akan lahir seorang PEMIMPIN yg BAIK untuk meneraju kepimpinan Ummah dan disertai pula dgn RAKYAT yg baik dan alangkah bagus sekiranya TENTERA pd ketika itu juga merupakan tentera yg BAIK..mudah-mudahan Konstantinopel 'moden' yg terkenal dgn keutuhan dn kehebatan ketenteraannya akan tunduk di bwh naungan islam suatu hari nanti...insyaallah

Tiada ulasan: