oleh: ABUL A’LA AL-MAUDUDI
Di antara perkara yang diketahui oleh kita semua wahai saudara-saudaraku bahawa
pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah
setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan
kekacauan politik.
Pada abad ke 18, penjajah telah memacakkan tongkat penjajahan mereka di negaranegara
Islam dan dapat mencapai maksudnya pada awal abad ini. Penjajah telah dapat
menguasai kebanyakan negara-negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah
secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan
ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa
negara-negara Islam yang dijajah penuh.. Mereka merasa serba kekurangan dan lebih
gerun kepada penjajah dari negara-negara yang kemerdekaannya dirampas
sepenuhnya. Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini
ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan
fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan