Israel bunuh pemimpin Hamas
Penduduk Palestin memeriksa kemusnahan bangunan yang menempatkan rumah Nizar di Gaza semalam.
BANDAR GAZA - Tentera Israel membunuh seorang 'orang kuat' Hamas semalam dalam serangan menyasarkan pemimpin-pemimpin kanan pergerakan berkenaan.
Serangan itu dilakukan di apartmen lapan tingkat iaitu tempat pemimpin Hamas tersebut, Nizar Rayan menginap menyebabkan dua daripada isteri dan empat anaknya terbunuh di Gaza.
SEBUAH jet F-15 milik tentera udara Israel berlegar-legar di utara Genting Gaza semalam.
Beberapa pemimpin Hamas menyembunyikan diri sebelum tentera Israel melancarkan operasi itu.
Rayan, 52, merupakan antara lima pemimpin teratas yang terlibat dalam membuat keputusan.
Beliau merupakan seorang profesor undang-undang dan dikenali mempunyai hubungan rapat dengan sayap ketenteraan Hamas.
ASAP menjulang selepas serangan Israel di utara Genting Gaza semalam.
Sementara itu angka korban berikutan serangan bertalu-talu sejak Sabtu lalu mengakibatkan lebih 402 penduduk Gaza mati manakala 2,098 lagi cedera.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan suku daripada angka kematian membabitkan orang awam.
SEBUAH roket dilancarkan dari Genting Gaza semalam.
Lebih 30 serangan peluru berpandu udara direkodkan semalam manakala beberapa buah kapal tentera laut mengawal pesisir pantai Gaza.
Banyak kemudahan awam dan rumah rosak termasuk bangunan Parlimen serta kementerian keadilan di kompleks kerajaan Hamas. - Agensi
Salam tinta..
Sedih.. Pilu.. Simpati... Hanya itu mampu terucap di mulut kita.. Hanya itu yang kita dapat rasakan dalm jiwa raga kita..
Di Malaysia, detik untuk memasuki tahun baru ditunggu-tunggu oleh ribuan rakyat, yang mana majoritinya beragama ISLAM, menyambut tahun baru, 'menghargai' nikmat kehidupan yang dikurniakan oleh ALLAH SWT dengan hiburan, konsert, pelbagai 'aktiviti'; arak, seks bebas, pergaulan bebas, rempit, dsb. yang mana majoriti adalah melayu yang beragama ISLAM...
Nun di sana... di bumi PALESTIN, bumi di mana lahirnya ramai di kalangan anbiya', tanah suci umat ISLAM, bumi yang pernah disirami dengan cahaya ISLAM ketika zaman khalifah Umar Al-Khattab dan dibuka semula di zaman Salahuddin Al-Ayubi, bumi yang menempatkan Masjidil Aqsa, bumi yang menempatkan ribuan rakyat palestin, saudara seakidah kita, di saat tahun baru, 'disambut' dengan hujan bom dari Israel laknutullah, dibunuh tanpa belas kasihan...
Mereka kehilangan bapa, ibu, abang, kakak, adik,sanak saudara.... mereka kehilangan tempat tinggal... mereka berada dalam ketakutan....
di sini.. remaja2 Islam kehilangan maruah, kehilangan moral, kehilangan akhlak,hilangnya Islam dlm diri mereka.. tidakkah mereka merasa kesedihan yang dirasai oleh saudara2 mereka di PALESTIN??
Di kala muslimin di Malaysia nyenyak tidur dibuai mimpi di hening pagi, mujahidin di PALESTIN berqiamullail, berjaga2 dgn serangan musuh...
di kala kita menghabiskan petang kita dengan bermain dan sbgnya, saudara kita bermandi darah mempertahankan agama dan negara tercinta..
Islam telah menguasai 1/3 dunia, jumlah umat ISLAM di seluruh dunia berjuta2, tapi kita masih xmampu untuk membantu saudara kita di PALESTIN.. OIC hanya sekadar 'Oh I See', apakah sumbangan kita??
Sedarlah WAHAI SAUDARAKU, ALLAH akan menyoal di akhirat kelak, apa yang kita lakukan untuk umat ISLAM di PALESTIN..
Tanyalah dirimu...
Muhasabahlah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan