Jumaat, Mac 30, 2012

Balaslah Kejahatan Dengan Kebaikan


Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.
"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.

Kejadian Aneh Di Padang Golf: Pabila Tidak Pedulikan Azan~


Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan. Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri? Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tanpa mengerjakan apa yang lebih wajib, iaitu solat lima waktu itu sendiri.

Permainan golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.Peristiwa 1
Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan laju.

Marsyal itu menjawab: “Datuk…. flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.

Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.

Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa akan terjadi.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.

“Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.

“Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah,” katanya.

Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.

Peristiwa 2Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya ’sesat’ apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12.

“Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak. ”

Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang,” katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.

Peristiwa 3
Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’ (out-bound).

Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.
“Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ,” katanya yang terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.

Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia ‘tercampak’ semula ke arah fairway.

Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.



Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?

Jawab Zubaidah: “Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

“Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”





"Sabda Rasulullah s.a.w: Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu berasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan" (Hadis Riwayat Muslim)

Jumaat, Mac 23, 2012

Dialog Renungan!!

DIALOG ANTARA USTAZ DAN PELAJAR YANG DITANGKAP KHALWAT Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing. 

Pelajar: Kami tidak berzina! 

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina. 

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina? 

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan. 

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. 

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis. 


Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun. 

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya? 

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke? 

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (r03;berpegang-r03;pegangan)r03;,r03; ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan. 

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! 

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-r03;hambanya.r03; Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq? 

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group. 

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta! 

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran. 

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia. 

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi. 

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula. 

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta? 

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu. 

Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam. 

Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia. 

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan? 

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun! 

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. 

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang. 

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji? 

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-r03;puasnya,r03; apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya)r03; maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (r03;Al-r03;A’araf:r03;ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. 

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin. 

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit. 

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti. 

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkanr03;nya.r03; Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya? 

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta. 

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. 

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? 

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah. 

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(r03;lazimnya)r03; tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan. 

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta? 

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. 

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati. 

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah. 

Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini? 

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35). 

Pelajar: Bagaimana kami? 

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. 

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha. 

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-r03;benarnya.r03; Taubat yang memenuhi 3 syarat: 
1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. 
2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. 
3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul. 

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb. 

Ustaz: Moga Allah terima taubatmu. 

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana. 

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.

Firasat orang soleh

Kadang2 apabila kita terbaca kisah peribadi orang2 soleh, kita begitu berkehendak supaya kita jadi seperti mereka. Firasat dan tindakan orang2 soleh ini ada baiknya jika diperhati dan diamati dengan saksama. Besar bezanya antara telahan mereka berbanding dengan manusia biasa di luar sana yang sentiasa bermesra dengan perbuatan dosa. Baik kecil apatah lagi dosa besar.


Khalifah Umar sepertimana ketahui kita adalah orang yang disabdakan nabi jika ada nabi selepas baginda, maka Umarlah orangnya. Ataupun dalam rakaman perkataan baginda yang lain, syaitan apabila terserempak dengan Umar di lorong yang sama maka syaitan akan memilih lorong yang lain.


Kita juga masyhur bagaimana Umar adalah Khalifah Islam yang 'walk the talk'. Tika gelap malam menerpa, Umar akan keluar membuat night round untuk melihat keadaan rakyatnya. Alhamdulillah Perdana Menteri baru kita juga telah mula mengikuti jejak langkah Umar dengan memulakan hari pertamanya dengan turun bersama rakyat di kota. Sebahagian orang kata "alah itu politik nak cari populariti" "bukan boleh tahan tu, sehari je lepas tu esok jadi macam tu balik". Telahan2 politik masing-masing. Terpulanglah kita menilai macamana.


Tidak seperti selalu. Suatu malam Umar berdepan dengan kisah yang luar biasa. Umar terserempak dengan perbualan seorang gadis dengan ibunya. Kata si ibu "Masukkan air ke dalam susu sebelum waktu fajar". Balas si anak "jangan ibu. Tidakkah amirul mukminin telah melarang hal ini supaya jangan dicampur air dengan susu". Lalu si ibu berkata "orang lain juga buat. Mana mungkin amirul mukminin boleh tahu" Kemudian keluarlah kata2 masyhur dari mulut wanita itu "Jika sekiranya amirul mukminin tidak melihat, nescaya Tuhan amirul mukminin Maha Melihat"


Umar al-khattab dengar perbualan tersebut. Lalu dia menangis! Kerana mengenangkan betapa baiknya peribadi wanita ini. Pulang kerumahnya lalu dipanggilkan anaknya yang bernama 'Asim. Kata Umar "Wahai 'Asim pergi kamu ke rumah si fulan itu dan kahwinilah anak gadisnya" Lalu Umar ceritakan semua yang berlaku. Dan katanya "Aku mengharapkan Allah keluarkan dari sulbi wanita ini satu orang tokoh yang akan memimpin orang arab dan ajam". Pergilah 'Asim berkahwin dengan wanita tersebut. Dipendekkan cerita dari pasangan ini lahirlah seorang anak bernama Laila. Dan cucu Saidina Umar ini (Laila) telah berkahwin dengan seorang bangsawan yang namanya Abd Aziz. Akhirnya firasat umar menjadi nyata dengan lahirnya dari pasangan Laila dan Abd Aziz ini seorang tokoh yang sangat kita kenali namanya. Bahkan sesetengah ahli sirah menganggap tokoh ini sebahagian dari Khalifah ar-Rasyidin. Beliaulah Umar ibn Abd Aziz


Orang-orang soleh selalunya Allah campakkan pada diri mereka firasat2 yang baik. Hari ini bila kita berdepan dengan cabaran dan fitnah dunia yang datang dalam pelbagai bentuk, tiba dalam pelbagai rupa dan sesetengahnya kita sendiri kabur terutamanya dalam hal-hal syubhat. Dalam memilih pemimpin, ijtihad, situasi politik, berdepan dengan fitnah wang ringgit, harta, wanita, ahli keluarga dan bermacam lagi. Maka pada waktu itu kita sangat berkehendak pada bantuan Allah dalam membuat pilihan, telahan, nilaian yang sahih. Jauh dari hasutan nafsu. Justeru, tidak dapat tidak firasat ini hanya 'dibuka' pada jiwa yang bersih dan soleh. Jalan menjadi untuk menjadi hamba soleh terlalu panjang dan berliku. Sesiapa yang mengatakan bahawa ianya mudah maka dia adalah penipu besar. Bukan dengan sekali kita dengar ceramah terus 100% berubah. Tidak semudah itu wahai teman..


Oleh itu perlunya kita kepada satu sistem pendidikan jiwa berbentuk rabbani yang sistematik dan konsisten. Allahuakbar berat sungguh perjalanan ini. Moga kita semua diberi taufiq.


Pengajaran dari kisah ini juga banyak. Tapi rasanya saya boleh nukilkan kemudian..
Wallahul musta'an


http://alfaruuq.blogspot.com/2009/04/firasat-orang-soleh.html

SYIAH

Syiah atau Shi'a (شيعى) merujuk kepada satu aliran dalam Islam yang mengutamakan Ali bin Abi Thalib dan keturunannya kerana mendakwa Ahlul Bait yang disebut dalam Surah 33 Ayat 33 al-Quran, merujuk kepada Ali, Fatimah, Hasan dan Hussein. Golongan ini berpendapat Ali sepatutnya menjadi pemimpin pertama umat Islam (Amirul Mo'mineen) selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. kerana Nabi s.a.w. sendiri mewasiatkan Ali sebagai Mawla selepas baginda (Ghadir Khum)). Perbalahan pendapat mengenai kepimpinan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. memecahkan umat Islam kepada dua golongan utama yaitu golongan majoriti Sunni yang tidak mengutamakan Ali dan golongan yang kedua terbesar dalam Islam, Syiah.

Syiah Islam, seperti Sunni Islam, kadang kala berpecah kepada cabang-cabang yang lebih kecil. Hanya 3 cabang yang kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Duabelas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (Twelvers /(اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang lebih kecil termasuklah Ismailiyyah, Zaidiyyah dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Druze juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syaih lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimid. Dua puluh peratus dari penduduk Turki adalah mengikut tarikat Alavi sementara Lubnan dan Siria pula mempunyai bilangan besar golongan Druze dan Alawi.

Pergerakkan Hizbollah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Duabelas.

Mengikut pandangan Syiah

Pengertian syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:

Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".

Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".

Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAW lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAW bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW.

Yang dimaksudkan oleh kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah yang selain daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Golongan Ghulat juga ditolak oleh ulama-ulama Syiah Imamiyyah sendiri.

Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah ghulat kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahrah, pula menyatakan Syiah ghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam.

Sila rujuk: Al Jam'iyah Al Khairiyah

Aqidah

5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi golongan Muslim Syiah:

* Tawhid - Bahwa Allah itu Satu
* Nubuwwah - Bahwa Nabi dan Rasul yang ma'asum dilantik oleh Allah untuk mengajar and membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul terakhir.
* Qiyamah - Bahwa Allah s.w.a. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat
* Adalah - Bahwa Allah s.w.a. itu Adil
* Imammah - Bahwa Allah s.w.a melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia, yaini sebagai Imam. Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam dan juga Rasul. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul maupun seorang Nabi tetapi Imam.

Dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu

Pengorbanan Pejuang-Pejuang Allah


Inilah jalan yang ditempuh oleh Ulama'-Ulama' sebenar dalam menegakkan agama Islam~

Imam Syafie
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah belah masyarakat

Imam Hanafi
Ditangkap, dipenjara, disebat, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah

Imam Maliki
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah

Imam Hambali
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertetangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap diri mereka lebih betul daripada Ulama'

Sufyan At-Thauri
Seorang wali Allah yang termahsyur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman dijalankan kilat & petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said b. Jubair
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah

Abu Yazid Al-Bustami
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamnya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya

Abul Husin An-Nuri
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tidakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakn wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya"

p/s: Hebat kan perjuangan dyeorang, so dapatkah kita mencontohi sifat & pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu?? Fikir-fikirkanlah~

Jumaat, Mac 16, 2012

9 siti yang menjadi tauladan


1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) maka gugurlah dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun-daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih dilaut” (H.R. Tabrani)

Khamis, Mac 15, 2012

As-Syeikh Dr. Yusuff Al-Qaradhawi | Pandangan tentang hukum berDEMONSTRASI


demoSoalan :
Apakah pendapat anda mengenai muzoharot (demonstrasi) menuntut hak, atau sebagai reaksi menolak sesuatu perkara di dalam politik, ekonomi, hubungan antarabangsa, adalah tidak ada di dalam syarak?
Ulama’ ini berkata :
Sesungguhnya organisasi yang menyusun demonstrasi ini, sesiapa yang mengajak kepadanya, atau yang menyertainya adalah haram.
Dalilnya adalah :
Ini adalah perkara bid’ah yang tidak pernah dibuat oleh orang muslimin, bukan sebahagian cara orang muslim, tetapi ia diimport dari Negara Yahudi, Nasrani, Komunis dan sebagainya dari orang kafir dan ateis.
Malah ulama’ ini mengatakan ia tidak pernah berlaku satu peristiwa pun bahawa demonstrasi sama ada besar atau kecil, pernah dilakukan pada zaman Nabi saw atau para sahabat r.a.
Jika demonstrasi ini dilakukan untuk menuntut sesuatu dari kerajaan, maka ia terkeluar dari manhaj islami yang menetapkan bahawa pemerintah hanya boleh diberikan nasihat. Juga sebagaimana yang diketahui, adalah lebih aula jika nasihat dari penegur ini diberikan secara tertutup kepada pemerintah, bukan secara terbuka.
Tambahan pula, ia dilakukan oleh golongan-golongan yang akan membinasakan harta benda dan kemudahan-kemudahan awam. Oleh itu, ia wajib dihalang sebagaisaddu az-zaro’i .
Adakah kenyataan ini boleh diterima pada syarak?
Adakah ia sesuatu yang betul jika seluruh manusia di setiap pelusuk dunia, keluar di jalanan melakukan demonstrasi untuk menuntut hak mereka, sama ada yang bersifat umum atau khusus, yang mana ia akan memberikan kesan kepada masyarakat di sekitarnya terutamanya pihak pemerintah dan penggubal undang-undang?
Adakah orang islam dilarang dari menggunakan jalan ini yang mana ia telah menjadi sesuatu yang diterima di peringkat global?
Saya mengharapkan supaya dapat mendengar penjelasan yang dalam, beserta dalil syarak pada perkara yang penting ini, yang mana ia telah menimbulkan keraguan pada setiap manusia di seluruh pelusuk dunia. Semoga Allah swt menolong anda.
Soalan dari pelajar ilmu deninyyah
Jawapan :
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه .
أما بعد . . .
Diantara hak seorang muslim – begitu juga dengan manusia yang lain – untuk dia turun ke jalanan menyertai demonstrasi, sebagai reaksi dari mereka untuk menuntut sebarang hak yang dibenarkan syarak, supaya suara mereka didengari oleh pihak pemerintah dan penggubal undang-undang, dan mereka tidak dapat mengelak dari mendengarnya.
Suara seorang tidak dapat didengari, tetapi suara majoriti yang ramai lebih didengari. Semakin ramai orang yang menyertai demonstrasi itu, lebih-lebih lagi jika ia disertai pihak yang ada pengaruh, suara mereka akan lebih didengari dan lebih berkesan. Ini kerana, kehendak dari sekumpulan manusia lebih kuat dari kehendak seorang sahaja. Seseorang itu akan lemah jika dia bersendirian. Firman Allah swt :
Maksudnya :
            Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan taqwa.
[Rekod al-Quran: Maidah, 2]
Juga sabda Rasulullah saw :
Orang mukmin itu dengan mukmin yang lain seperti satu bangunan, saling menguatkan antara mereka.
Lalu dia menyilangkan antara jari-jarinya.
Dalil yang mengatakan demonstrasi ini dibenarkan di dalam syarak adalah, ia termasuk di dalam perkara adat dan urusan kehidupan dunia. Dan hukum asal bagi perkara ini adalah ibahah(Harus).
Perkara ini telah saya sebutkan beserta dalilnya – sejak 50 tahun yang lalu – di dalam bab pertama kitab saya ; Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam. Prinsip pertama yang disebutkan di dalam kitab itu adalah :
            Hukum asal bagi setiap perkara adalah harus.
Prinsip atau kaedah ini telah dipilih oleh jumhur fuqaha’ dan para sarjana usul fiqh.
Maka sesuatu perkara itu tidak menjadi haram melainkan dengan dalil yang telah sabit , jelas dilalahnya yang menunjukkan kepada haram. Adapun jika hadis itu dhoifpada sanadnya, atau hadis itu sohih, tetapi dilalahnya tidak jelas menunjukkan ia haram, maka ia akan kekal pada hukum asalnya iaitu harus, supaya kita tidak mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah swt.
Bertitik tolak dari kaedah ini, ruang lingkup perkara yang haram itu akan mengecil sekecil-kecilnya, dan akan membuka kepada perkara yang harus seluas-luasnya. Hakikatnya, dalil atau nas yang mengharamkan sesuatu perkara itu sangat sedikit, dan apa-apa yang tidak ada padanya dalil yang mengtakan ia halal atau haram, maka ia kekal pada hukum asalnya iaitu harus, dan ia termasuk perkara-perkara yang dimaafkan oleh Allah swt.
Disebutkan di dalam hadis :
Apa-apa perkara yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitab-Nya, maka ia halal. Apa yang diharamkan-Nya, maka ia haram. Adapun perkara yang Dia diamkan (tidak menyebutkan mengenainya), maka ia dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah itu. Sesungguhnya Allah tidak akan melupakan sesuatu.
Lalu baginda membaca ayat :
            Dan Tuhan kamu itu bukanlah pelupa.
[Rekod al-Quran: Maryam: 64]
[Rekod DaruQuthni:2/137, Mustadrak:2/406, Silsilah Sohihah:2256]
Dan juga diriwayatkan dari Salman Al-Farisi :
Rasulullah saw ditanya mengenai lemak, keju dan al-fara`(Sejenis Himar liar),lalu baginda saw bersabda:
Perkara yang halal itu adalah apa yang Allah swt menjadikannya halal di dalam kitab-Nya. Perkara yang haram itu adalah apa yang Allah swt menjadikannya haram di dalam kitab-Nya. Dan apa-apa yang Dia diamkan mengenainya, maka ia termasuk di dalam perkara yang dimaafkan untuk kamu.
[Rekod Turmizi: 1726]
Rasulullah saw tidak ingin menjawab soalan yang ditanya oleh si penanya itu mengenai perkara cabang ini, tetapi memberikan kepada mereka kaedah ini yang dapat digunakan oleh mereka untuk mengetahui perkara yang halal dan haram. Cukuplah bagi mereka untuk mengetahui perkara yang diharamkan oleh Allah swt itu, dan apa-apa yang selain dari itu, maka ia adalah halal lagi baik.
Sabda Baginda saw lagi :
Sesungguhnya Allah telah mewajibkan perkara-perkara yang fardhu, maka janganlah kamu meninggalkannya. Dia telah meletakkan sempadan-sempadan (perkara yang haram), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan sesuatu, janganlah kamu mengambilnya. Dia telah diam pada sesuatu perkara, sebagai satu rahmat kepada kamu, bukan kerana Dia lupa, maka janganlah kamu (menyibukkan diri dengan) menyelidikinya
[Rekod DaruQuthni: 4/183]
Sukacita untuk aku nyatakan di sini bahawa kaedah ini, asal bagi setiap perkara adalah harus tidak hanya terhad kepada barang yang boleh disentuh, tetapi ia juga merangkumi perbuatan-perbuatan yang bukan pada perkara ibadat. Perkara ini kami namakan ia sebagai Al-Adah (Adat) dan Al-Muamalat (Urusan kehidupan manusia). Hukum asal baginya adalah tidak haram dan tidak ditaqyid (diikat) dengan apa-apa kecuali apa yang diharamkan oleh Allah swt. Firman Allah swt :
Maksudnya :
            Maka Dia telah memperincikan kepada kamu apa yang diharamkan kepada kamu.
[Rekod al-Quran: al-An`am,119]
Ayat ini merangkumi semua perkara dan perbuatan.
Berbeza dengan ibadah, ia adalah perkara yang bersangkut paut dengan urusan agama yang mesti bersumberkan wahyu untuk mengambilnya. Disebutkan di dalam hadis yang sohih :
            Sesiapa yang mereka-reka sesuatu yang bukan datang dari kami, maka dia ditolak.
[Rekod Sahih al-Bukhari: 2697, Sahih Muslim: 1718]
Ini kerana, hakikat agama itu ada dua perkara :
  1. Tidak boleh menyembah selain dari Allah swt.
  2. Tidak boleh melakukan ibadah melainkan dengan apa yang disyariatkan.
Sesiapa yang mereka-reka perkara ibadah tidak kira apa jua bentuknya, maka dia sesat dan ditolak, kerana Allah swt telah menetapkan sempadannya. Hanya Dia sahaja yang berhak menentukan jenis ibadah yang dapat mendekat diri kepada-Nya.
Adapun perkara Al-Adah dan Al-Muamalat, Allah swt tidak menentukannya secara spesifik, tetapi manusialah yang menentukannya. Syarak hanya akan membetulkan jika terdapat kesalahan dan untuk memastika keadilan kepada semua, dan menolaknya jika ia membawa kepada kemudaratan dan kerosakan.
Ibnu Taimiyyah berkata :
Sesungguhnya perlakuan hamba sama ada perkataan dan perbuatan, ada dua jenis : Ibadah yang dapat memperbaiki agamanya, dan adat yang diperlukannya di dalam urusan dunianya. Jika diteliti mengenai usul syariat, kita akan mendapati bahawa ibadat adalah apa yang diwajibkan oleh Allah swt, atau apa yang Dia sukai. Ia tidak disyariatkan melainkan dengan dalil syarak.
Adapun adat, ia adalah apa-apa yang biasa dilakukan oleh manusia dalam urusan dunia mereka, dan apa yang mereka perlukan. Asal bagi perkara ini adalah tidak haram, melainkan apa yang diharamkan oleh Allah swt. Ini kerana, suruhan dan larangan itu syariat Allah swt. Oleh itu, dalam aspek ibadat, ia perlu kepada suruhan. Adapun pada perkara yang tidak ada suruhan, iaitu perkara adat, bagaimanakah ia boleh dihukumkan bahwa ia adalah haram?
Oleh itu, Imam Ahmad dan lainnya dari fuqaha ahli hadis berkata : Sesungguhnya perkara asal bagi ibadat adalah tauqif (berhenti, tidak boleh dibuat) melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah swt. Jika tidak, kita akan termasuk di dalam makna bagi firman Allah swt :
Maksudnya :
Adakah patut bagi mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana urusan agama mereka, sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah swt?.
[Rekod al-Quran: Asy-Syura, 21]
Adapun perkara-perkara adat, asal baginya adalah dimaafkan, tidak haram kecuali apa yang diharamkan oleh Allah swt. Jika tidak, kita akan termasuk di dalam makna firman Allah swt :
Maksudnya :
Katakanlah (kepada kaum yang mereka-reka sesuatu hukum) : “Sudahkah kamu Nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan oleh Allah, supaya menjadi manfaat kepada kamu, sehingga kamu jadikan sebahagian darinya haram, dan sebahagian yang lain halal? .
[Rekod al-Quran: Yunus, 59]
Ini adalah kaedah yang begitu besar dan sangat bermanfaat . oleh itu, dapatlah kita simpulkan disini bahawa :
Jual beli, memberi hadiah, sewaan, dan selainnya adalah jenis-jenis adat yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan, seperti makan, minum dan pakaian. Sesungguhnya syariat telah datang menyuluh perkara adat ini dengan adab-adab yang mulia. Ia diharamkan jika ada padanya kerosakan, wajib jika terdesak, makruh jika berkehendak, harus jika terdapat padanya maslahat yang jelas, pada jenis-jenis adat ini, kadar-kadarnya dan sifat-sifatnya.
Jika beginilah keadaannya, maka manusia boleh berjual beli dan melakukan sewaan mengikut kehendaknya, selagi mana ia tidak diharamkan oleh syariat, sebagaimana mereka makan dan minum. Mereka melakukannya selagi tidak diharamkan, walaupun sebahagiannya telah diharuskan, atau sebelumnya makruh. Maka perkara-perkara yang tidak ditentukan oleh syarak, maka ia kekal dalam keadaan asalnya, iaitu harus .
[Rekod Kitab: Al-Qawaid An-Nuraniyyah Al-Fiqhiyyah, m/s 112&113]
Adapun dalil yang menyebutkan mengenai hukum asal seperti yang disebutkan adalah apa yang diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah, katanya :
Maksudnya :
Kami melakukan azal (1) pada waktu Al-Quran masih diturunkan. Jika ia termasuk di dalam sesuatu perkara yang dilarang, maka sudah tentu Al-Quran akan melarangnya
[Rekod Sahih al-Bukhari: 5208, Sahih Muslim: 1440]
 ___________________________
(1)  Memancutkan air mani di luar faraj ketika berjimak, tidak di dalam faraj.
Maka hadis ini menunjukkan bahawa apa-apa yang didiamkan oleh wahyu bukanlah haram dan tidak dilarang. Mereka halal untuk melakukannya sehinggalah datang nas yang melarangnya. Ia menunjukkan betapa tinggi kefahaman para sahabat r.a. Dan dengan hadis ini, terciptalah kaedah ini. Perkara ibadah tidak dilakukan melainkan apa yang disyariatkan, dan perkara adat tidak diharamkan melainkan diharamkan oleh Allah swt.
Pendapat yang mengatakan demonstrasi itu adalah bid’ah, ia tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah saw dan para sahabat, setiap bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu tempatnya di dalam neraka : Ia adalah pendapat yang ditolak. Ini kerana, ia hanya digunakan pada perkara ibadah dan urusan agama. Asal bagi perkara agama adalah Al-Ittiba’ (Ikutan, tidak boleh direka), dan pada perkara dunia Al-Ibtida’ (Rekaan, direka selagi mana ia memberi manfaat).
Oleh itu, para sahabat r.a. banyak melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi saw. Antara yang diketahui ramai adalah Ulawiyyat Umar, iaitu perkara-perkara yang dicipta oleh Umar r.a., yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelumnya. Contohnya :
i.                     Mewujudkan kalendar yang khas bagi orang islam.
ii.                   Memajukan Bandar.
iii.                 Mencetak buku.
iv.                 Menjadikan rumah sebagai penjara, dan sebagainya.
Selepas zaman sahabat, para tabien dan anak murid mereka pula meneruskannya. Contohnya :
i.                     Menempa duit untuk Negara islam, sebagai ganti dari bergantung kepada dirham dan dinar farsi.
ii.                   Mewujudkan system penghantaran pos.
iii.                 Penulisan buku-buku ilmiah.
iv.                 Mewujudkan ilmu-ilmu baru seperti : Usul Fiqh, Nahu dan Sarf, Balaghah, ilmu bahasa dan sebagainya.
Malah, orang islam juga menubuhkan bahagian perakunan dan menetapkan beberapa hukum dan prinsip. Malah terdapat pelbagai buku ditulis mengenainya.
Semoga apa yang dilakukan ini bertepatan dengan hadis Rasulullah saw :
Maksudnya :
Sesiapa yang melakukan sesuatu perkara yang baik, dia akan mendapat pahala darinya, juga dari sesiapa yang melakukannya sehingga Hari Kiamat.
[Rekod Sahih Muslim: 1017]
Hadis ini menyuruh kita supaya bersegera menjadi contoh ikutan yang dapat menggalakkan orang lain untuk mengikutnya, supaya dia mendapat pahala jika ia dilakukan oleh orang lain. Ada kata-kata menyebut :
Kebaikan itu untuk sesiapa yang memulakannya, walaupun jika orang yang mengikutnya itu lebih baik darinya.
Oleh itu, adalah satu kesilapan jika kita meminta dalil yang khusus bagi setiap perkara yang melibat adat. Cukuplah ia dengan tidak ada dalil yang melarangnya.
Manakala dakwaan yang mengatakan ia adalah satu perkara yang dicedok dari orang bukan islam, ia tidak mensabitkan bahawa demonstrasi haram, selagi mana ia adalah perkara yang harus, dan para muslimin melihatnya sebagai satu perkara yang bermanfaat. Sabda Rasulullah saw :
Maksudnya :
Hikmah itu adalah barang orang mukmin yang tercicir. Di mana sahaj kamu menjumpainya, maka kamu adalah yang paling berhak ke atasnya.
[Rekod Turmizi: 2687]
Pada zaman Nabi saw masih hidup, para muslimin pernah mencedok cara penggalian lubang di sekeliling Madinah ketika peperangan Khandak, untuk mengelak dari serangan musyrikin. Cara ini dicedok dari orang Farsi.
Begitu juga dengan Rasulullah saw. Baginda telah menggunakan cincin. Pada waktu itu, semua pemerintah dan raja di dunia menggunakan cincin. Mereka tidak akan menerima sebarang berita atau surat melainkan bertanda dari cincin ini.
Para sahabat juga telah meniru sistem kharaj (percukaian) dari Negara Farsi di dalam urusan pentadbiran. Mereka juga meniru proses penulisan buku dari Negara Rom yang mula-mula melakukannya.
Para muslimin juga telah menterjemahkan buku-buku yang mengadungi Ulum Al-Awail, iaitu ilmu dari umat-umat yang terdahulu. Mereka telah mengkajinya, memperbaikinya dan melakukan penambahan, antaranya Ilmu Al-Jabr (Algebra) yang telah mendapat pengiktirafan dari para sarjana dunia.
Mereka tidak menolak semua itu melainkan yang bersangkut-paut dengan aspek ketuhanan, iaitu dari Yunani. Ini kerana, hanya Allah swt sahaja ada di dalam akidah mereka, bukanlah tuhan-tuhan orang Yunani, dan juga dongeng-dongeng ciptaan mereka.
Jika kita lihat di dalam kehidupan kita dewasa ini, kita akan mendapati bahawa kita banyak perkara yang kita cedok dari barat, sama ada dalam aspek pembelajaran, media massa, ekonomi, pengurusan pejabat, politik dan lain-lain lagi.
Antaranya :
i.                     Sistem penggubalan undang-undang
ii.                   Pilihan raya dalam bentuk yang ada sekarang
iii.                 Pembahagian tugas (contoh : Kementerian-kementerian)
iv.                 Penerbitan surat khabar
v.                   Penyiaran radio dan televisyen
vi.                 Sistem penyebaran maklumat seperti internet
Dan di dalam aspek pembelajaran, dengan penubuhan sekolah-sekolah, pembahagiannya, penyusunannya, tahap-tahap, pengalaman-pengalaman, dan peralatan-peralatan, hampir semuanya dicedok dari barat.
Syeikh Rif’at At-Thohthowi ketika dia pergi melawat Paris, sebuah pelopor kemajuan, beliau telah melihat kota yang berwarna-warni dan ketamadunan yang kehadapan. Setelah pulang, dia memberitahu kepada kaumnya bahwa betapa penting bagi mereka untuk mencedoknya dari barat, supaya mereka tidak terlalu kehadapan dan kita jauh ketinggalan di belakang.
Selepas itu, orang-orang Mesir mula mencedoknya, dan diikuti oleh sebilangan yang lain. Sebelum itu, orang-orang Uthmaniyyah juga telah mencedok dari barat.
Semua ini telah kita lakukan dan menjadikan kita maju, kita tidak pernah mendapati masalah dengannya. Malah, tidak ada seorang ulamak pun yang menentangnya. Ia dianggap sebagai perkara uruf. Barat juga pernah meniru dan mencedok ilmu-ilmu dari kita dan memanfaatkannya untuk kemajuan mereka. Firman Allah swt :
Maksudnya :
            Dan itulah hari-hari yang Kami mengganti-gantikannya dikalangan manusia(1).
[Rekod al-Quran: Ali Imran, 140]
Apa yang pentingnya adalah kita mengambil apa yang bertepatan dan sesuai dengan akidah kita, nilai-nilai dan syariat tanpa meruntuhkannya. Peniru atau pencedok itu hanya mengambil apa yang bermanfaat bagi dirinya, bukan mengambil apa yang memudaratkannya. Perkara paling utama yang dicedok oleh muslim itu adalah apa yang berkaitan dengan kehidupan sehariannya, juga peralatan dan perkara-perkara yang bersifat fleksibel dan boleh diubah, bukanlah prinsip yang bersifat statik dan tidak boleh diubah.
Malah dakwaan mereka yang mengatakan demonstrasi ini berasal dari komunis adalah tidak tepat. Pentadbiran Kominisme tidak pernah mebenarkan demonstrasi ini kerana sistem ini menyekat kebebasan, mengunci mulut-mulut, tunduk kepada pihak pemerintah.
Di sini aku ingin menyebutkan dua kaedah yang sangat penting :
  1. Kaedah Al-Maslahah Al-Mursalah (المصلحة المرسلة)
  2. Lil Wasail Hukmul Maqasid (للوسائل حكم المقاصد) (Hukum bagi setiap cara atau jalan bergantung kepada tujuan dari cara itu)

1.      Kaedah Al-Maslahah Al-Mursalah
Kaedah ini tidak pernah dipraktikkan di zaman Nabi saw, para Khulafa Ar-Rasyidin, orang-orang muslim pada zaman awal, tetapi ia dicipta pada zaman ini. Tidak ada dalil syarak yang mensabitkan pensyariatannya, juga tidak ada yang menolaknya.
Syaratnya :
i.                     Ia bukanlah dipraktikkan pada perkara-perkara ibadat supaya tidak terjadi bid’ah.
ii.                   Mesti pada maslahat yang yang dibenarkan oleh syarak, iaitu apabila ia diselidiki, semua orang menerimanya.
iii.                 Tidak bertentangan dengan nas syarak.
iv.                 Tidak bertentangan dengan kaedah-kaedah syarak.
Jumhur fuqaha menerima kaedah ini sebagai satu dalil syarak yang boleh digunakan untuk menegluarkan fatwa dan hukum. Sesiapa yang membaca kitab-kitab fiqh, dia akan mendapati ratusan contoh yang mengambil kira maslahat dan menolak mudarat.
Para sahabat adalah sepandai-pandai manusia mengenai hukum islam, mereka mempraktikkan kaedah ini di dalam banyak aspek kehidupan mereka.
Pernah tersebar bahawa kaedah Al-Maslahah Al-Mursalah ini hanya dikhususkan bagi mazhab Maliki, tetapi Imam Syihab Al-Qarafi Al-Maliki telah mengkritik perkara ini dengan katanya :
Kita lihat pengikut-pengikut mazhab apabila mereka melakukan qias, mengumpulkan maklumat dan memisahkannya dari yang asal, mereka tidak meminta saksi bahawa mereka menukilkannya dari mazhab asal, tetapi cukuplah dengan menisbahkannya kepada mazhab itu. Ini adalah Maslahah Mursalah. Oleh itu, ia digunapakai oleh semua mazhab .
[Rekod Kitab: Syarah tanqih Al-Fushul m/s 171.]
2.      Lil Wasail Hukmul Maqasid
Kaedah yang kedua ini pula, setiap jalan bagi perkara-perkara adat mengikut tujuan bagi perkara itu. Jika tujuannya dibenarkan oleh syarak, maka jalannya juga akan dibenarkan oleh syarak, bukanlah haram.
Oleh itu, ketika terciptanya sistem penyiaran, antaranya televisyen, ramai orang telah bertanya mengenainya. Adakah ia haram atau halal?
Para ulama telah menjawab bahawa benda ini tidak mempunyai sebarang hukum, tetapi ia bergantung kepada cara penggunaan dan juga tujuannya.
Apabila ditanya mengenai hukum bom, kita akan menjawab : Jika ia berada ditangan mujahid (orang yang berjihad), maka ia adalah bantuan baginya untuk berjihad menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. Jika ia berada ditangan pemberontak, maka dia akan menggunakannya untuk melakukan jenayah, kerosakan di muka bumi dan makhluk-makluk lain.
Begitu juga dengan televisyen, sesiapa yang menggunakannya untuk mengetahui tentang isu semasa dan mengikuti rancangan-rancangan yang bermanfaat berbentuk ilmu, politik dan ekonomi yang membincangkan mengenai harta benda dengan syarat-syarat yang tertentu, maka tidak ragu-ragu lagi bahawa ia diharuskan oleh syarak. Malah ia boleh berubah menjadi ibadah dengan niat yang baik.
Sebaliknya jika dia menggunakannya untuk perkara-perkara yang ganas, lucah, gila dan lain-lain perkara-perkara yang menyesatkan fikiran dan akhlak, ia menjadi ahram.
Begitu juga dengan demonstrasi, jika dia keluar untuk menuntuk perkara-perkara yang menepati syarak, contohnya menyeru kepada praktik hukum islam, mencabut sistem kuku besi, menghilangkan undang-undang darurat yang hanya memihak kepada pihak pemerintah sahaja. Atau tuntutan yang lebih bersifat umum seperti menurunkan harga roti, minyak masak, gula, ubat, minyak petrol atau tujuan-tujuan lain yang dibenarkan oleh syarak. Jika ini tujuannya, tidak ada faqih yang akan menghalangnya.
Contohnya, demonstrasi menolong sahabat kita di Palestin, penggalian lubang di bawah Masjid Al-Aqsa, peperangan di Iraq atau karikatur yang menghina Nabi Muhammad saw.
Aku teringat ketika aku berada di Algeria pada tahun 1989, sebahagian pelajar perempuan universiti yang kuat pegangan agama mereka datang mengadu kepada aku, mengenai sebahagian perempuan secular seramai hampir 500 orang, yang telah melakukan demonstrasi di jalan ibu kota, yang mana antara tuntutan mereka adalah apa yang berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan. Antaranya, menghalang talak, poligami, menuntut persamaan antara lelaki dan perempuan di dalam harta pusaka, membenarkan perempuan muslimah berkahwin dengan lelaki bukan muslim dan sebagainya.
Aku katakana kepada mereka, jika mahu melawan desakan dari golongan secular itu, hendaklah muslimah-muslimah beriman keluar berdemonstrasi di jalanan menentang mereka, seramai 500000 orang, iaitu seribu kali ganda, menuntut supaya mereka menghormati undang-undang islam.
Dan selepas beberapa bulan berjuta-juta muslimah telah keluar menyokong undang-undang syariah dan disertai juga oleh beberapa lelaki di bawah pimpinan ulama’ Algeria Asy-Syeikh Ahmad Suhnun rahimahullah.
Oleh itu, demonstrasi dengan tujuan seperti ini dibenarkan oleh syarak. Berlainan pula dengan demonstrasi menentang hukum-hukum syarak, tidak ada ulamak yang akan berfatwa membenarkannya.
Sad Az-Zaroi’ (سد الذرائع)
Adapun mereka yang mengatakan bahawa demonstrasi itu perlu dihalang kerana ditakuti akan menyebabkan kerosakan kepada kemudahan-kemudahan awam, mengganggu keamanan dan menyebabkan perpecahan. Maka kaedah Sad Az-Zaroi’ini tidak sesuai dipraktikkan sehingga menghalang jalan ini sekiranya maslahat yang akan diperolehi itu lebih banyak.
Cukuplah untuk aku katakana bahawa demonstrasi itu dibenarkan jika mematuhi beberapa syarat:
i.                     Terjamin dari berlakunya kerosakan.
ii.                   Dikawal oleh pihak polis.
iii.                 Jaminan dari pihak penganjur bahawa ia tidak akan mengganggu keamanan. Sekirannya berlaku, dia akan bertanggungjawab mengenainya.
Inilah yang telah dipraktikkan di Negara-negara maju.
Dalil dari sunnah yang membenarkan demonstrasi
Aku merasakan bahawa semua dalil yang telah disebutkan tadi sudah mencukupi untuk mengatakan demonstrasi aman itu harus jika ia membawa mesej dari rakyat.
Bukanlah menjadi satu perkara yang penting untuk disebutkan dalil khas mengenainya, seperti dari Al-Quran, hadis Rasulullah saw atau peristiwa-peristiwa pada zaman nubuwwah dan khulafa’ Ar-Rasyidin.
Adapun peristiwa yang seakan-akan hampir adalah apa yang berlaku pada zaman Nabi saw, iaitu selepas pengislaman Umar Al-Khattab r.a.
Selepas Umar mendengar kisah bagaimana beliau memeluk islam, kita dengarkan pula kisah darinya pula, iaitu bagaimana dia ber‘demonstrasi’. Selepas dia masuk ke dalam rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, dia telah mengucapkan syahadah. Katanya :
Aku berkata : Wahai Rasulullah, bukankah kita berada di atas jalan yang benar, walaupun kita mati atau hidup?
Kata Rasulullah : Ya, demi diriku yang berada di dalam Tangan-Nya, sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran, sama ada kamu mati atau hidup.
Aku berkata : Kenapa kamu bersembunyi? Demi Yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, keluarlah kalian.
Lalu kami pun keluar dalam dua saf, Hamzah di saf pertama dan aku yang kedua. Dia bersungguh-sungguh sebagaimana tukang pengisar gandum. Sehinggalah kami masuk ke dalam masjid.
Kemudian Quraisy melihat ke arah aku dan Hamzah, dan mereka merasa seperti ditimpa musibah yang belum mereka hadapi.
Dan pada hari itu, Rasulullah r.a. memberikan aku nama Al-Faruq .
[Rekod Kitab: Hulyah Al-Auliya’ oleh Abi Nu’aim (1/40)]
Sesiapa yang menelusuri sirah Nabi saw dan sunnahnya, nescaya dia akan mendpati contoh-contoh yang seumpamanya.
والحمد لله رب العالمين
___________________________________________
Terjemahan oleh :
Mohammad Naqib bin Hamdan
Rujukan :
Min Hadyi Al-Islam, Fatawa Muasiroh,
Terbitan : Darul Qalam
Tajuk Asal :
هل يجوز شرعا تسيير المظاهرات السليمة الاحتياجية ؟
Adakah syarak membenarkan turun ke jalan, melakukan demonstrasi secara aman untuk menuntut sebarang hajat ? ]